Faktor kesuntukan masa membuatkan gaya pemakanan keluarga kini berubah hampir keseluruhannya. Salah satu faktornya kerana bilangan ibu berkerjaya semakin meningkat saban hari yang menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri di rumah.
Sebagai penyelesaiannya, ramai dalam kalangan ibu bapa mengambil alternatif dengan memilih untuk membeli makanan segera atau makanan sejuk beku mahupun makanan yang ditinkan. Namun sekiranya diteliti dengan bijak mampukah makanan sebegini menyaingi khasiat makanan yang dimasak di rumah atau hanya mampu memberi kelazatan semata-mata.
Perkongsian dari Puan Azlinda Hamid mungkin boleh memberi panduan dan mencari punca kenapa anak-anak kerap sakit. Apa yang dkongsikan ini adalah salah satu penyebabnya.
Alhamdulillah dapat buat nugget sendiri sejak tahun 2016 dan sejak itu perlahan-lahan hentikan pembelian nugget komersial di rumah.
Ads
Kenapa saya buat nugget sendiri? Ya ada kisah disebalik mulanya langkah membuat nugget sendiri.
Tahun 2016 adalah tahun di mana kehidupan saya sebagai ibu sangat mencabar kerana mempunyai anak yang baru memulakan persekolahan darjah 1 (perlu naik van sekolah seawal 6.45 pagi), anak bersekolah tadika (sangat sukar bangun pagi & bersiap) & anak kecil yang masih fully breastfeeding (24jam melekat dengan ibu).
Ads
Suami ketika itu masih bekerja makan gaji & kerap kerja luar untuk tempoh yang lama. Jika tidak kerja luar, kerja hakiki perlu keluar seawal pagi (sesudah subuh)
Dan pada tahun 2016 la anak-anak kerap sakit terutama Nadhil yang setiap bulan mesti MC tidak ke sekolah. Kemuncak pada bulan March apabila Nadhil berulang demam setiap bulan & ibu terpaksa ambil EL berulang kali menyebabkan ibu segan dengan majikan & kawan-kawan yang terpaksa cover kerja ibu. Dari situ ibu kaji penyebab demam berulang / antibodi lemah.
Ads
Akhirnya ibu dapat jawapan bahawa kebanyakan masalah kesihatan adalah berpunca dari perut kita sendiri iaitu pemakanan. Bermula dari post Dr. Suriyakhtun mengenai leaky gut ibu bertemu ramai insan hebat dalam pemakanan sihat sehingga mengenali Pn. Ainini Zainal (boleh follow beliau banyak info pemakanan sihat) & produk Oven Nini .
Sejak dari itulah ibu cuba ubah cara pemakanan kami sekeluarga termasuk membuat nugget sendiri (anak-anak gemar nugget). Alhamdulillah mudah sangat buat nugget sendiri.
Sumber: Diari Keluarga Naslin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Psikologi adalah cara untuk bentuk displin pada anak seawal usia empat tahun antaranya kemas rumah bukannya membiarkan anak menjadi tuan di rumah.
Apabila sebuah rumah itu ada kanak-kanak, kebiasanya ruang tamu atau biliknya berselerak dengan barang mainan ataupun makanan yang bersepah di sana sini. Dan ia perlu dikemaskan setiap hari! Akibatnya kebanyakkan ibu bapa memarahi sikap si anak yang malas.
Arahan ‘kasih
Kanak-kanak yang rajin biasanya akan melakukan kerja yang diberi dengan kemas dan penuh keseronokkan. Sebaliknya bagi yang malas pula, masih melakukan kerja tetapi hasil kerjanya tidak memuaskan dan tidak teratur. Ini kerana dia berasa tugasan itu satu bebanan kepadanya. Jadi apabila anda memberi sesuatu arahan pastikan intonasi suara itu memberitahu bahawa tugasan itu menyeronokkan bukan membebankannya. Ini kerana kanak-kanak tahu nada suara ibu bapa mereka dalam keadaan marah ketika memberi arahan. Sebaliknya kanak-kanak suka apabila dirinya diberi arahan dengan intonasi suara yang mesra seperti ‘Sayang, boleh kan kemaskan bilik sayang ni, kalau mama mahu disiapkan dalam masa satu minit.”
Memuji kerja yang dibuat
Selepas dia berjaya mengikut arahan anda, berikan pujian. Tindakan secara psikologi ini amat disukai oleh kanak-kanak. Lakukan begitu selepas mereka melakukan tugasan mengemas bilik atau ruang yang berselerak dengan barang mainan. Juga memberitahu kepada mereka jika berjaya mengemas bilik pada waktu yang ditetapkan, dia adalah seorang kanak-kanak yang bagus. Jadi, dengan pujian ini, apabila anda memberikan arahan untuk melakukan tugasan itu sekali lagi, ia akan dilakukan dengan gembira.
Tunjukkan pencapaian kejayaan
Kanak-kanak memang sukar apabila disuruh menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru tadikanya. Jadi anda perlu tunjukkan kepadanya situasi pencapaian kejayaan jika dia bersikap rajin atau malas. Katakan kepadanya, jika adik mahu berjaya menjadi doktor atau angkasawan mesti rajin baca buku dan buat kerja sekolah. Sebaliknya jika malas, adik tidak akan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.
Lakukan ia seperti ‘permainan’
Boleh anda menjadikan kerja kelihatan seperti satu permainan? Ya anda boleh!, Lakukan ia supaya kanak-kanak melihat ia seperti ‘permainan’ yang menyeronokkan. Wujudkan satu permainan seperti pertandiangan mengutip barang permainan di ruang tamu dan hadkan masa. Lakukan bersama-sama dengannya supaya aktiviti itu seolah-olah seperti si kecil sedang bersaing dengan anda untuk bergelar ‘juara!
Ganjaran
Kanak-kanak begitu menyukai ganjaran. Beritahu kepadanya apabila dia telah berjaya menyiapkan kerjanya ( contohnya; mengemas bilik), anda akan membawanya ke suatu tempat yang menarik, memberinya kek atau makanan kegemarannya. Walau bagaimana pun, apabila anda masuk ke biliknya untuk melihat hasil kerjanya, jangan tunjukkan rasa tidak puas hati kerana biliknya masih lagi tidak teratur seperti yang anda inginkan. Kanak-kanak akan merasa sedih apabila usahanya tidak dihargai. Apa yang penting dalam usia ini, kanak-kanak sepatutnya didik supaya menghargai hasil kerjanya. Cara ini membuatkan ia berasa bangga dan yakin diri.
Lakukan untuk si dia
Apabila arahan anda tidak mahu diikuti oleh anak, jangan terus meninggikan suara. Misalnya jika dia tidak mahu membasuh pinggan atau mengemas biliknya, seterusnya, andalah yang harus melakukan untuk dia tanpa membebel atau memarahinya. Ini adalah tindakan psikologi supaya si dia akan merasa rasa bersalah apabila melihat anda pula yang mengemas biliknya. Cara ini akan membuatkan dia terus berubah sikap mahu melakukan kerja yang diberi oleh ibunya. Dia mahu dirinya berkelakuan baik dan disayangi!
Idola kesukaan
Salah satu personaliti kanak-kanak ialah sikapnya yang suka meniru perwatakkan orang lain. Jadi untuk merangsangnya bersikap rajin, cuba cari idola yang disukainya. Beritahu sikap positif idolanya itu contohnya rajin membaca buku, dan menolong ibu bapa mengemas rumah. Katakan kepadanya jika bersikap begitu disukai oleh semua orang. Lakukan dalam bentuk penceritaan supaya kanak-kanak ini mudah memahami perwatakan idola kesukaannya.
Kesihatan
Ceritakan kepada anak anda tentang realiti kehidupan dengan mengaitkan dengan kesihatan. Katakan kepadanya jika mahu sentiasa sihat dan ceria, mestilah hidup dalam rumah yang bersih. Dan apabila rumah bersih, badan pun sihat. Adik juga tidak selalu batuk dan demam. Katakan untuk mendapat semua itu, mestilah menjadi seorang yang rajin menjaga persekitaran rumah supaya tiada bakteria yang mengganggu sistem imun badanya.
Tuhan suka kebersihan
Anak yang malas biasanya sukar untuk di pujuk membantu anda. Dia akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada diberi tugas. Jadi, katakan kepadanya yang tuhan suka dan sayang kepada anak yang menjaga kebersihan. Untuk memastikan biliknya kemas dan bersih, adik mestilah selalu membersihkan bilik dan barang mainan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimana kita nak bantu anak kita bercakap? Kenapa anak orang lain usia 2 tahun dah petah cakap? Persoalan ini tak susah jika mak ayah sendiri yang rajin layan anak. Sesibuk mana pun dalam sehari waktu kualiti kita luang sekurang-kurangnya 30 minit pun sangat bermakna. Kalau dapat lebih lagi bagus.
Jadikan masa dengan anak waktu yang sentiasa ditunggu-tunggu dan memberi keseronokan untuk anak terus mendapat ilmu baru.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Ashikin Hashim ini sangat membantu.
1. Keraplah berbual dengan anak.
Saya memahami bahawa kebanyakan suami dan isteri masing-masing bekerja dan pulang lewat, namun ianya bukan alasan untuk tidak meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan anak.
2. Bacakan buku untuk anak.
Melalui pembacaan, anak akan mendengar lebih banyak kosa kata. Ini membantu dan merangsang anak untuk bercakap.
3. Terhadkan penggunaan gajet.
2 tahun ke bawah jangan perkenalkan langsung kepada anak. Untuk anak pra sekolah, terhadkan masa. Jangan sampai anak ketagihan gajet pada masa ini. Sangat sukar nak kawal jika kita sudah berlebihan memberi masa gajet kepada anak. Bertindak sekarang.
4. Beri anak peluang dan masa main di luar rumah.
Pergilah main di padang. Main bola. Main bubble. Main tanah dan pasir. Pelbagaikan aktiviti supaya anak banyak berkomunikasi.
Ibu marah, cari ayah. Ayah marah, cari ibu. Biasa berlaku kan? Apa respon kita sebagai ibu dan ayah?
Keadaan ini selalu berlaku pada anak-anak untuk mereka dapat perlindungan atas kesalahan yang dilakukan.
Sekali sekala bertegas dengan anak perlu untuk mendidik. Cuma bagaimana cara ibu bapa buat sebenarnya yang akan menentukan sikap anak bila mereka besar.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aabidah Ab Ghani boleh membantu ibu bapa bila berdepan situasi ini.
Mempertahankan anak
Habislah. Apabila salah seorang bos dalam rumah (mak/ayah) marah, pastikan ia adalah untuk mendidik. Jika untuk mendidik, bos lagi satu please please please. Janganlah defend anak tersebut. Kenapa? Anda akan menyebabkan anak pandai manipulate keadaan. Keharmonian akan terganggu.
Dalam mendidik anak perlukan kesepakatan.. Parti politik tak sama tak apa.. Tapi bab mendidik anak WAJIB SELARI. Bila selari, pasti berjaya.
Marah sama-sama
Ops… Walaupun perlu SELARI, tindak balas tak perlu COPY. Ayah dah marah, mak jangan marah sama. Kalau hati tisu, lari ke kawasan lain. Biar ayah yang uruskan sampai habis. Bila dua-dua marah, emosi anak akan super duper affected.. Cukup seorang.
Take over
Biasa juga kan. Mak marah tak jalan, ayah take over.. Jika balance take over antara mak dan ayah mungkin ok. Tetapi jika satu pihak sahaja yang selalu take over, agak kurang sihat. Kesannya sesetengah anak akan merasakan mak/ayah yang berundur dari kemarahan untuk di take over by another parent kurang authority.
Apa pun ibu bapa perlu ingat marah untuk mendidik. Elakkan marah kerana emosi.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...