Pengalaman pertama menjadi ibu sememangnya mencemaskan. Selain masalah bayi menangis, kembung perut, bayi yang acapkali muntah juga menjadi kerisauan bagi ibu-ibu. Lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang kurang ilmu dan pengalaman.
Menurut kaunselor laktasi, Siti Asma Moin daripada Global Trade Sdn Bhd, dari segi saintifiknya, perut bayi mengalami proses tumbesaran setiap hari dan ia juga merupakan penanda aras keperluan makanan bayi untuk proses kehidupannya agar ia selaras dengan keperluan nutrisi sebenar.
Namun begitu, terdapat juga fenomena ini berlaku kepada bayi yang mana susu yang di minum akan termuntah keluar semula. Persoalan demi persoalan akan timbul di benak pemikiran seorang ibu jika situasi tersebut berlaku tanpa sedar. Tambahan pula dengan tiada persediaan langsung untuk menghadapi cabaran tersebut.
Antara situasi sebenar yang biasa berlaku ketika bayi memuntahkan susu yang diminumnya adalah seperti berikut:
1. Jeluak
Dimana keadaan susu yang di minumnya terkeluar semula dalam tempoh tertentu selepas menyusu susu ibu. Situasi tersebut boleh berlaku dengan adanya tindak balas pada otot perut. Ia tidak membahayakan bayi kerana situasi ini merupakan proses bayi menyesuaikan diri. Keadaan ini kebiasaannya akan mengambil masa sehingga bayi berusia 1 atau 2 tahun, sehingga tempoh otot perut bayi melalui proses kematangan.
Tips: Tinggikan sedikit kepala bayi agar kurang memberi tekanan kepada perut dalam kadar waktu yang singkat.
Ads
2. Minum Terlalu Banyak
Semasa proses penyusuan berlaku, bayi menyusu dalam situasi sedikit gelojoh dan melakukan hisapan dengan laju. Secara tidak langsung susu yang masuk juga serentak dan tidak dihadam dengan betul. Situasi ini kebiasaannya akan berlaku apabila bayi terlalu lapar dan seterusnya menyusu dengan sedikit gelojoh. Tambahan pula apabila sel sel otak anak sedang berhubung dan masa untuk bermain itu tinggi.
Tip: Apabila bayi menyusu kita boleh mengawalnya dengan kadar kita melakukan kaedah scissors hold sementara.
Ads
3. Posisi Menyusu Kurang Tepat
Cara posisi penyusuan susu ibu kurang tepat juga mengundang susu yang di minum akan terkeluar semula. Anak kecil yang semakin aktif sememangnya akalnya bijak untuk melakukan sesuatu, maka dengan itu kedudukan posisi dalam menyusu tidak tepat serta susu yang masuk ke dalam perut akan dimuntahkan semula. Ada ketika semua sekali akan di muntahkan dan ada waktunya hanya sebahagian darinya.
Tips: Pastikan cara posisi ketika menyusu diperbetulkan, cara pelekapan dan perut menghadap perut. Ia mampu membantu bayi menyusu dalam situasi tenang.
4. Aliran Susu Keluar Laju
Aliran susu yang keluar sangat laju menyebabkan bayi tidak sempat untuk mengawalnya. Lantaran dengan itu secara automatik susu akan keluar dari mulut tanpa sempat untuk proses penghadaman.
Tips : Ibu disarankan untuk melakukan perahan tangan agar susu dapat dikeluarkan sebelum bayi meneruskan penyusuan tanpa gangguan.
Ads
5. Alahan Pemakanan Ibu
Pemakanan yang sihat untuk ibu yang menyusukan anak sangat penting dipilih sebaliknya. Mana mungkin makanan yang kurang bagus menjadikan sesuatu makanan sihat untuk di ambil. Dalam menyusukan bayi sangat dititikberatkan mengambil makanan yang sihat agar bayi yang menyusui susu ibu tidak mempunyai alahan daripada susu ibu. Dari sudut kajian pengambilan kafien yang berlebihan sedikit sebanyak menyumbang kepada alahan kepada bayi yang menyusu susu ibu. Apabila bayi alah dan kurang selesa, bayi akan mula menangis, ataupun dari segi bahasa bayi mengalami ketidakselesaan pada bahagian perutnya.
Tips: Ibu perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan sihat untuk menghasilkan susu yang baik. Protein, vitamin, karbohidrat yang lengkap agar nutrisi sembang.
6. Batuk Dan Berkahak
Cuaca pada hari ini tidak menentu serta persekitaran yang kurang sihat boleh menyebabkan bayi mudah dijangkiti batuk berkahak. Oleh itu, akan mengakibatkan paru-paru dan jantung berkerja keras dalam memainkan peranan untuk mengepam jantung. Apabila susu yang di minum masuk, disusuli dengan batuk berkahak maka susu yang di minum biasa akan termuntah bersama kahak apabila batuk menyerang tubuh bayi. Jika ia terlalu serius, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan lanjut daripada doctor.
Tips : Ibu bapa perlu mengambil berat mengenai persekitaran dan menjaga kebersihan dengan teliti untuk mencegah dari dijangkiti batuk.
7. Terlampau Aktif Selepas Menyusu
Rangsangan minda bayi laju dan aktif. Mereka mula belajar dengan setiap apa yang mereka lalui. Itulah proses kepintaran untuk hidup. Bagusnya ialah mereka akan sentiasa sihat dan cergas. Namun bergerak aktif tanpa kawalan sehingga menyebabkan perut yang penuh dengan susu akan bergoncang.
Tips : Didik bayi kita sentiasa untuk bertenang. Lakukan dengan selalu berinteraksi dengan mereka agar wujud sifat tenang. Mereka juga boleh aktif pada tempat dan waktu yang tepat.
Dengan adanya situasi tersebut ia akan membuatkan ibu bapa belajar tentang bayi mereka. Sesungguhnya setiap bayi yang di anugerahkan adalah berbeza caranya serta sifatnya.
Sebagai ibubapa kita bukan sahaja menjaga malah seluruh aspek kehidupan anak kita dalam membantu pembentukkan awal dalam hidupnya dipertanggungjawabkan oleh kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diuji dengan anak sakit tidak sesekali mematahkan semangat Dr Atiyah Azmi yang juga anak kepada Prof Dr Muhaya untuk terus sentiasa positif. Menganggap ujian yang Allah berikan ini tandanya Dia sayang pada hambanya sentiasa buatkan dirinya bersyukur dengan ketentuan ilahi.
Berkongsi perasaan sebagai ibu yang mempunyai seorang anak istimewa, Dr Atiyah menganggap Muhammad adalah anugerah yang tak ternilai buatnya sekeluarga.
Walaupun sejak lahir boleh dikatakan hospital adalah rumah keduanya, Dr Atiyah yakin akan ada ganjaran yang Allah nak beri padanya.
Dr Atiyah juga turut menasihati ibu-ibu yang sedang mengandung dan apabila diberitahu doktor anak dalam kandungan mungkin mengalami masalah fizikal sedangkan kita belum bersedia menerimanya jangan terus menyalahkan takdir.
Ingatlah kita kena sentiasa positif, carilah orang yang baik-baik, soleh dan solehah untuk berikan kita semangat dengan ujian yang Allah beri serta dekatilah diri dengan al-Quran dan agama.
Bagaimanapun, menerusi posting yang dimuat naik oleh Prof Muhaya, beliau memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk cucunya yang kini sedang dalam keadaan kritikal.
Ditimpa dengan ujian yang besar sekalipun, sikap positif dalam keluarga ini cukup buatkan semua kagum.
Diharapkan adik Muhammad terus kuat dan cepat sihat serta dapat terus memberi kegembiraan kepada orang disekelilingnya terutama kakak-kakak yang sangat menyayanginya.
Sumber: ig dratiyahazmi/prof muhaya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang ini ramai yang suka abadikan kenangan sambut kelahiran anak pertama dengan bermacam cara. Selain untuk disimpan sebagai kenangan manis, ia juga bagus untuk ditunjukkan kepada si anak kelak.
Peluang para bapa untuk sama-sama menyaksikan kelahiran zuriat sudah tentu tak akan dilepaskan dan yang pasti dengan menggunakan teknologi masa kini, momen tersebut mestilah dirakamkan sebagai simpanan kenangan.
Seorang ayah yang juga bergelar Jurukamera, Azim Al-Fikri berkongsi perasaannya pertama kali menyaksikan kelahiran anak sulung dan mendengar tangisan dalam sebuah video yang sangat ‘sweet’ dan mampu menitiskan air mata para ibu yang menontonnya.
Isterinya, Sri Nur Izzati, melahirkan bayi secara pembedahan caesarean kerana masalah songsang pada 11 Januari 2018 ketika usia kandungan genap 38 minggu.
Tentu ramai yang mula mengimbas kembali kenangan masing-masing melalui proses kelahiran anak yang sangat manis untuk dikenang sepanjang hayat.
Mungkin bakal ayah boleh juga mencontohi cara ayah ini mengabadikan kenangan manis kelahiran anak pertama.
Benar-benar satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan perasaan yang tidak dapat digambarkan..
Alhamdulillah syukur, tak dapat nak gambar kan macam mana perasaan jadi ayah bila dengar kali pertama suara anak kita menangis, kali pertama kita dukung & azan ditelinga nya, dan pada masa yang sama….. kita pegang camera nak record pembedahan c-section… pegang camera sebelah tangan sambil genggam tangan wife yang risau, bila anak dah lahir saya tinngal kan camera kejap untuk dukung & azan kan..
Jadi, satu hari nanti bila anak dah faham & menonton video ini, & dia tanya “mana daddy dalam video ni??” saya akan beritahu “ayahlah orang yang merekod video itu Aaira”… hehee lumrah juru kamera…
Terima kasih kepada semua yang mendokan kami, membantu & memberi sokongan kepada kami, terutamanya & Noor Aziah Mohd Awal Abdul Halim Sidek & Ezziq Aries.. kami tak dapat melakukan ini tanpa kalian semua.
P.S : Video ini membuatkan ibu bapa saya menangis, tetapi lagunya sangat membantu menetapkan nada video ini, jadi terima kasih tak terhingga Maher Zain Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) menjadikan ia lagu yang sangat menarik..
Selebriti media sosial, Aisyah Hijanah berkongsi rasa sebak apabila tak lama lagi bakal menimang cahaya mata kedua.
Menurutnya, dia risau untuk berbahagi kasih namun rezeki yang diberikan oleh Allah harus dijaga dengan baik.
“Sedih juga sebenarnya bila kena kongsi rasa sayang untuk Khadeejah. Bukan apa, dia baru setahun lebih, tapi dah ada tanggungjawab baru sebagai kakak. Tapi Alhamdulillah, Khadeejah ni cepat belajar & berdikari”
“Lagi 2 minggu Khadeejah akan dapat adik, itupun paling awal”
Tambah ushawan bagi jenama Hijanah ini lagi, anak sulungnya seolah-olah mengerti bakal menjadi kakak tidak lama lagi.
“Baiknya Khadeejah, dah tahu dia akan jadi kakak tak lama lagi. Suka membaca, suka main & suka siap perut”
“Anak yang sangat berdikari & cepat belajar. Kadang tu rasa sedih juga sebab terpaksa kongsi rasa sayang. Tapi rerzeki daripada Allah jangan kita tolak”
“Khadeejah dah rasa tanggungjawab & buat semua sendiri. Dia nak mewarna, membaca”
Memanjat kesyukuran di atas rezeki kehamilan, Aisyah turut memohon doa ramai agar urusan bersalin anak keduanya ini dipermudahkan.
“Alhamdulillah syukur, keluarga kami makin berkembang. Slowly grow semuanya dari bawah. Alhamdulillah, banyak yang Allah beri kepada kami sekeluarga.”
“Semoga ada keberkatan dalam keluarga kami ❤️. Doakan adik Khadeejah dapat lahir dengan normal & baik tanpa sakit-sakit”
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.