Kalau anak anda kerap terjaga waktu tidur malam jangan main-main kerana ia boleh jejaskan perkembangan minda dan fizikal si manja. Mesti ramai ibu bapa yang melalui pengalaman si kecil suka menangis tengah malam dan susah untuk tidur semula.
“Sejak masuk umur setahun, Amna susah nak tidur malam. Lepas tu asyik terjaga ajak main. Risau mama tau!”
Mungkin ada anak kecil yang dulu jenis tidur sepanjang malam dan hanya bangun untuk menyusu sahaja tetapi bila masuk usia setahun mula berubah pola tidurnya. Tambah memeningkan kepala papa mama, bila dia bangun tengah malam dan ajak bermain untuk tempoh paling lama tiga jam.
Waktu siang pula dia hanya tidur sekali dan sekejap. Mulalah papa dan mama risau fikirkan hal ini. Adakah ini boleh memudaratkan kesihatan si kecil?
Tidur yang cukup dan berkualiti memang penting untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar. Kalau tak cukup tidur, ia boleh menjejaskan perkembangan minda dan fizikal si manja.
Pernahkah anda terfikir berapa lama sebenarnya si kecil perlu tidur dalam sehari? Dari lahir sampai dewasa, jumlah jam tidur yang diperlukan berbeza ikut peringkat perkembangan dan ini termasuk tidur petang atau ‘nap time’. Tidur penting untuk anak membesar sihat dan cergas.
Jom rujuk jadual tidur anak mengikut usia mereka.
• Lahir-3 bulan: tidur selama 18 jam sehari – lapan atau 10 jam pada waktu malam dan lapan jam waktu siang.
• 4-6 bulan: tidur selama 16 jam sehari – 12 jam tidur pada waktu malam dan empat jam pada waktu siang.
Ads
• 6-8 bulan: tidur selama 14 jam – 11 jam pada waktu malam sementara tiga hingga empat jam pada waktu siang.
• 8-12bulan: tidur selama 13 jam – 11jam hingga 12 jam pada waktu malam, 2 jam lagi pada waktu siang.
• 12-18 bulan: tidur antara 11 hingga 12 jam waktu malam dan hanya dua jam pada waktu siang.
Masa bayi baru lahir, dia tidak dapat membezakan waktu siang ataupun malam. Jadi, bayi akan tidur untuk 2-3 jam dan bangun semula untuk menyusu. Waktu malam pun sama. Selepas kira-kira 6 minggu, barulah mereka mula dapat tidur lebih lama pada waktu malam. Ketika ini, digalakkan ibu bapa untuk mula membiasakan bayi untuk aktif waktu siang dan tidur lebih lama pada waktu malam.
Selepas usia 3-6 bulan, bayi biasanya dapat tidur berterusan selama 5-6 jam pada waktu malam. Anak-anak yang dapat jumlah tidur yang cukup boleh masuk tidur dalam masa yang singkat iaitu 15-30 minit, tidur berterusan dan lena.
Sekiranya si kecil tidak dapat kualiti tidur yang bagus, dia akan selalu mengantuk pada waktu siang, mengamuk dan bersikap hyper dengan masalah sikap yang sukar dikawal.
Ads
Kenapa sesetengah anak kecil ada masalah tidur malam? Ini antara sebabnya.
1. Sudah jadikan ‘habit’ memerlukan bantuan untuk tidur. Misalnya dia biasa dibuai ketika hendak tidur jadi anak tidak akan belajar untuk tidur sendirian. Jika dia terjaga atau ibu tiada di sisinya, dia akan menangis dan mengamuk untuk mendapatkan perhatian.
2. Terlalu penat atau tidak dapat ‘nap time’ yang mencukupi. Bayi dan kanak-kanak memerlukan tidur petang sekurang-kurangnya satu hingga dua kali sehari. Sekiranya mereka rasa penat sebab tak cukup tidur petang, mereka akan mengamuk dan tidak mahu tidur malam. Jika mereka nampak sudah terlalu mengantuk waktu petang, bagilah mereka tidur untuk 1 hingga 3 jam. Tetapi jangan bagi mereka ‘nap’ kalau sudah dekat dengan waktu tidur malam.
3. Gelisah berpisah dengan ibu bapa kerana perlu tidur berasingan di katil/bilik berlainan. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam atau tidak tidur lena dan asyik terbangun.
Ads
4. Anak tiada rutin tidur yang tetap di mana waktu tidur bertukar-tukar dan berlalinan pada hari cuti akan membuatkan amalan tidur anak menjadi lebih susah. Ibu bapa dan ahli keluarga lain yang selalu tidur lewat dan tiada waktu tidur rutin turut menjejaskan amalan tidur anak.
5. Obstructive Sleep Apnea di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan masalan tonsil dan adenoid (bahagian belakang hidung dan tekak) yang besar. Anak-anak tidur berdengkur kuat, nafas laju, mulut ternganga dan tidak dapat kualiti tidur yang bagus. Mereka tidak dapat tidur lena dan susah bangun pagi. Jika anak ada tanda seperti ini, segera bawa berjumpa doktor.
6. Alahan dan asma. Hidung tersumbat/berlendir ataupun resdung sebab alahan, selesema ataupun penyakit asma boleh menyebabkan anak susah bernafas. Akibatnya, mereka tidak dapat tidur lena. Masalah perut kembung, asid refluk, sakit telinga atau sakit tumbuh gigi di kalangan bayi juga boleh menyebabkan mereka susah tidur malam.
Jadi, walau apa cara sekalipun anak anda hendak tidur, sentiasa pastikan mereka mendapat cukup tidur. Jangan biasakan anak kecil berjaga hingga lewat malam kerana menonton telvisyen atau bermain handphone dan akibatnya mengamuk susah nak tidur.
Awas bila nak bawa bayi mandi di kolam awam pada musim raya ini. Tempat tertutup yang sibuk juga tingkatkan risiko jangkitan paru-pau bayi. Hati-hati mama papa!
Bayi mempunyai antibodi yang masih lemah. Mereka sangat mudah mendapat jangkitan. Jangkitan paru-paru selalunya terjadi melalui pemindahan cecair ataurembesan pernafasan daripada pesakit yang mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam.
Oleh itu, elakkan bayi daripada berada di dalam tempat yang tertutup dimana terdapat ramai orang yang mungkin tidak begitu sihat. Ini adalah antara faktor risiko yang kerap dikaitkan dengan jangkitan paru-paru.
HATI-HATI KE KOLAM RENANG AWAM
Walaupun jarang berlaku, terdapat juga sebahagian kuman yang boleh merebak melalui air sekiranya air tercemar oleh sisa kumuh manusia atau haiwan seperti tikus. Jangkitan boleh berlaku sekiranya bayi tertelan atau tersedut air ke dalam sistem pernafasan.
Oleh itu, langkah-langkah harus diambil untuk memastikan kebersihan air kolam terjamin dari pencemaran dan memantau bayi semasa aktiviti berenang agar tidak tertelan atau tersedut air kolam.
MANDI MALAM DAN ASMA
Penyebab jangkitan ialah kuman sama ada virus atau bakteria yang berjaya masuk ke dalam sistem pernafasan manusia dan menyebabkan radang pada paru-paru. Ramai yang mengatakan mandi malam bukanlah penyebab langsung penyakit asma dalam kanak-kanak.
‘Bronchial asthma’ atau asma merupakan penyakit yang boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor (multifactorial). Sebahagian faktor risiko asma termasuk faktor keturunan atau genetik, gaya hidup seperti aktiviti fizikal, tabiat pemakanan, tabiat merokok, faktor persekitaran seperti habuk atau debu, dan juga faktor alergi seperti alahan kepada makanan atau bahan tertentu. Sekiranya anak puan menghidap asma, suhu persekitaran yang sejuk atau penggunaan air sejuk mungkin boleh merangsang serangan asma. Jadi, anda bolehlah menggunakan air suam untuk mandi pada waktu malam.
Malahan semasa menghidap jangkitan sistem pernafasan seperti ‘rhinitis’ (jangkitan selsema) , ‘pharyngitis’ (jangkitan tekak), anak yang tiada penyakit asma juga boleh mengalami kesukaran pernafasan disebabkan hidung tersumbat dan kahak yang lebih banyak dan pekat sekiranya dalam kesejukan.
TERAPI NEBULIZER, FAHAMI FUNGSINYA
Terapi nebulizer (nebulized medication) merupakan salah satu rawatan yang diberikan untuk pelbagai jenis penyakit/jangkitan sistem pernafasan seperti bronchiolitis, bronchitis, pneumonia, asma dan lain-lain. Pelbagai jenis ubat-ubatan boleh digunakan menerusi terapi nebulizer mengikut preskripsi doktor bergantung kepada jenis penyakit yang dirawat.
Antara kesan yang paling ketara ialah ianya boleh membantu mengurangkan pengeluaran kahak, mencairkan kahak, dan juga membantu mengurangkan radang pada rongga pernafasan. Selain penyakit asma, kebanyakan masalah dan jangkitan paru-paru dikalangan kanak-kanak merupakan penyakit yang tidak kronik. Oleh itu penggunaan terapi nebulizer untuk penyakit-penyakit berkenaan tidak akan menyebabkan kebergantungan pesakit kepada nebulizer.
Walaubagaimanapun, sekiranya pesakit yang menghidap asma tidak menerima rawatan asma yang bersesuaian dan asma tidak dikawal dengan baik, pesakit tersebut boleh sering mendapat serangan asma yang teruk dan akhirnya kerap memerlukan terapi nebulizer.
Secara ringkasnya, penyakit asma yang tidak dikawal dengan baik lah yang menyebabkan pesakit terpaksa seringkali mendapatkan rawatan nebulizer.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genap 44 hari, Zizie Izette berkongsi foto anak ketiganya yang dilahirkan pada 1 Mac lalu. Kelahiran bayi perempuan ini ditunggu-tunggu oleh Zizie dan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah mendapat kembar lelaki Disember 2017.
Sejak dilahirkan, Zizie belum bersedia berkongsi gambar Aalisa Belle Izette dan hanya memuat naik foto Aalisa hanya sipi-sipi sahaja.
Bagaimanapun, habis tempoh berpantang Zizie mula memuat naik beberapa keping gambar perempuannya yang cukup comel dan berkulit putih gebu seperti mommynya.
Setelah berkongsi gambar Aalisa, semua peminat teruja melihat kecomelan Aalisa dan mengucapkan tahniah kerana kehadiran anak kembar lelaki dan perempuan sudah melengkapkan rumahtangganya walaupun sebelum ini menunggu agak lama untuk mendapat zuriat.
Comel macam mommy
Senyuman tu buat kita melting
Sumber: ig Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mencecah usia enam bulan, bayi mula bersedia untuk makan bagi sajian pertamanya. Air tangan ibu adalah yang terbaik untuknya. Jadi, mama sediakanlah makanan untuk adik kecuali ada kekangan waktu. Suaplah si manja dengan tangan anda sendiri dan rasailah keseronokan tersebut. Makan dari tangan ibunya adalah penghargaan buat anak anda. Usah serahkan tugas ini kepada orang lain.
Ini 8 panduan apabila anak sudah mula makan makanan pejal.
1.Sebelum memberikan makanan pejal, pastikan si manja sudah boleh menyokong lehernya sendiri. Suap dalam keadaan si manja duduk, bukan berbaring.
2.Makanan pejal yang pertama yang dicadangkan ialah bubur nasi kerana ia kurang risiko alergi.
3.Perkenalkan sejenis makanan dalam tempoh tiga hari berturut-turut untuk mengetahui makanan tersebut menimbulkan alergi atau tidak.
4.Makanan pejal penting bagi bayi enam bulan ke atas untuk menampung keperluan nutrien yang tidak terkandung di dalam susu ibu.
5.Elakkan daripada memulakan makanan pejal lebih awal kerana ocrgan serta sistem penghadaman si manja seperti buah pinggang dan usus masih belum boleh memproses makanan.
6.Puri buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dibuat awal dan disimpan di bahagian beku peti sejuk.
7.Jangan cepat putus asa jika si manja anda kurang berminat dengan makanan yang disediakan. Cuba lagi dengan cara bahan dan penyediaan lain.
8.Bolehlah mendapatkan kerusi bayi untuk memudahkan mama menyuap adik makan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.