Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.
Anak yang baik, anak yang cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.
Anak-anak yang biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga.
Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.
Anak-anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya dan rencahnya. Jangan lukai hati anak-anak kita.
Ads
Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih. Anak-anak kita mentah, jiwa mereka rapuh.
Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.
Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat.
Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.
Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian sekarang tapi dia lah yang akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Ads
Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang! Kata-kata indah untuk renungan kita bersama.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seia sekata membesarkan anak dengan cara mereka sendiri. Amalan selalu bercakap dengan anak sejak dari dalam kandungan rahsia Amarra jadi petah
Setiap kali menatap pasangan ini di Instagram, tidak kering gusi dibuatnya. Ada-ada sahaja lawak jenaka Azad menceriakan suasana keluarga.
Azad Jazmin dan Eira Syazira pasangan serasi kini bahagia dengan tiga cahaya mata. Amarra Sofea Rose, 5, Ameisya Leanne Rose, 1 dan Areisya Suri Rose, 5 bulan menjadi pengikat kasih sayang pasangan selebriti ini.
Kedua-dua selebriti mempunyai persefahaman dalam mendidik anak. Pasangan ibu bapa muda ini mahu anak mereka menjadi anak yang cemerlang seimbang dunia dan akhirat. Penerapan elemen asuhan dan didikan serta mengutamakan anak melebihi segala-galanya.
KARAKTER KELAKAR MENAMBAT HATI
“Azad mempunyai ciri seorang lelaki yang saya cari selama ini. Perkenalan pertama kami ialah bila sama-sama berlakon dalam sebuah drama. Ketika mekap, saya ternampak seorang lelaki kacak tinggi lampai datang ke set. Siapakah lelaki itu kacak persis Amitabh Bhachan? Dia kemudian memperkenalkan dirinya kepada saya. Ketika itu, Azad memegang watak tambahan dan hanya mempunyai satu scene sahaja. Selama ini hanya tengok di TV sahaja, tak pernah berjumpa in person, hati berdebar-debar. Saya sukakan karakter dia yang kelakar dan bersahaja,” kata Eira tentang suami yang dikahwininya pada 16 September 2011 lalu.
FAMILY MAN
Lama kelamaan hubungan kedua-duanya semakin akrab sehingga menjadi pasangan kekasih. Apabila diperkenalkan kepada kepada ibunya, Eira tidak merasakan jurang dan tertawan dengan layanan baik ibu Azad. Bahkan dia amat tertarik dengan cara Azad melayan kepada ibunya. Cara percakapan dua beranak itu membuatkan Eira kagum. Tanpa membuang masa, lantas Eira mengatakan kepada dirinya “Lelaki ini mesti jadi ayah kepada anak-anakku nanti.”
Ternyata selepas berkahwin dan menimang cahaya mata, Azad mempraktikkan apa yang dilakukan oleh Allahyarham bapanya kepada anak-anak. Kerap berkomunikasi, caring dan bonding yang sangat kuat dengan anak-anak menjadikan Azad bapa yang sempurna di mata Eira. Azad memang family man. Dia amat teliti tentang anak-anaknya dan sanggup berhabisan untuk mereka. “Anak-anak perlu sentiasa kemas dan tidak boleh comot. Kalau tidak Azad akan tanya kenapa. Dia memang akan lakukan apa sahaja untuk anak-anaknya,” kata Eira tentang suaminya.
AZAD SEBAGAI PAPA
Bila ditanya bagaimana mendidik anak-anak, lelaki penuh humor ini menjadikan ibu bapanya ialah idola. “Ibu bapa saya begitu rapat dengan kami adik beradik. Saya mengaplikasikan apa yang mummy& daddy saya lakukan iaitu sentiasa bercakap dengan anak-anak dan melatih kami agar saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Daddy saya berketurunan Serani dan mummy pula Melayu. Cara didikan kepada kami adik beradik adalah kombinasi kedua-duanya,” kata Azad.
Selain itu, bagi Azad, menjadi seorang ayah bermakna dia perlu pandai mengawal keadaan. Hal kerja dan perniagaan ditinggalkan di luar pintu sebelum masuk ke dalam rumah. Di rumah, dia bukan ahli perniagaan atau pelakon, tetapi suami dan ayah kepada anak-anak.
Azad memang suka berbual dengan anaknya walau pun ketika anaknya masih di dalam kandungan. Azad juga melayan anak-anaknya bermain dan bercakap seperti kanak-kanak yang sudah besar supaya pemikiran anak lebih berkembang. Kelebihan kepada Azad ialah dia boleh mengatur jadual hariannya dengan lebih baik dan mempunyai lebih banyak masa dengan keluarga.
Membesar sebagai anak sulung, Azad juga melatih Amarra untuk menjadi pelindung dan pemimpin untuk adik-adiknya. Setiap anak mempunyai keunikan dan keistimewaan masing-masing. Azad menyayangi ketiga-tiga anak perempuan sama rata dan berharap semuanya menjadi insan yang seimbang dunia dan akhirat.
KEPETAHAN AMARRA
Anak sulung pasangan ini amat menonjol karakternya. Amarra Sofea Rose yang kini berusia lima tahun petah dan mempunyai perwatakan ceria. Kerana kepetahan dan keakrabannya dengan Azad, kedua-duanya terpilih untuk program Oh My Family di Astro. Amarra yang kini sedang bersekolah tadika banyak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di rumah.
Amarra juga digelar Eira sebagai Azad Junior. Apa sahaja yang disukai bapanya akan menjadi kegemaran anak kecil itu. Didikan sejak kecil dan ikatan kuat antara dua beranak ini terjalin erat. Sejak Amarra di dalam kandungan Eira, Azad akan berbual dan selepas dilahirkan, dia menghabiskan banyak masa berinteraksi dengan Amarra walau pun pada ketika itu masih bayi. Kata Azad, mungkin kerana itu, Amarra mudah menerima arahan dan petah berkata-kata.
Azad & Eira teruja jadi hos rancangan Pa&Ma. Dengan situasi terkini mereka sebagai ibu bapa kepada tiga anak pelbagai usia, penglibatan ini memperkayakan ilmu keibubapaan mereka. Rancangan yang bakal ke udara pada jam 12 tengah hari, setiap Selasa bermula 12 Jun 2018 di Astro Prima & Maya HD. Program ini nanti bakal mengutarakan tajuk-tajuk menarik keibubapaan seperti Jutawan Cilik, Kehamilan IVF, Homeschooling dan sebagainya.
Setiap kali berjumpa doktor bukan semua dari kita mampu bercerita dengan baik keadaan diri anak ketika dilanda sakit baik demam atau apa jua masalah.
Cadangan terbaik dari Dr Redza Zainol adalah dengan merekodkan setiap masalah sakit yang dihidapi anak. Barulah doktor dapat melihat dengan jelas keadaan anak ketika sakit.
Selain mengambil dan merekodkan video, sembilan perkara ini mak ayah perlu lakukan jika ada bayi di rumah. Jangan terlepas.
Sembilan amalan yang baik diamalkan oleh ibu bapa jika ada anak kecil di rumah.
1. Sebelum bayi lahir, pastikan ada satu termometer di rumah. Demam disukat menggunakan termometer dan bukan dengan tapak tangan.
2. Sendawakan bayi selepas menyusu.
3. Maklumkan kepada klinik kesihatan selepas isteri bersali dan discaj dari hospital. Jururawat akan datang ke rumah untuk melihat kesihatan isteri dan anak secara percuma.
4. Buat aktiviti tummytime pada bayi yang baru lahir hingga umur bayi 5 bulan.
5. Jadikan satu amalan untuk ambil gambar atau video anak jika timbul keadaan yang luar biasa. Contohnya ruam kulit, warna najis yang berbeza atau warna muntah yang mencurigakan.
6. Selalu tanya pada anak soalan ini. “Ada ke orang selain mak dan ayah yang pegang kemaluan anak?”
7. Simpan ubatan orang dewasa di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan anak.
8. Periksa lubang hidung dan lubang telinga anak menggunakan lampu suluh setiap bulan.
9. Potong makanan seperti anggur dan sosej dalam bentuk hirisan halus dan memanjang.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cinta seorang ayah kepada anak perempuannya adalah cinta yang paling tulus sekali di dunia ini. Seorang ayah biasanya mempunyai tahap kerisauan yang berbeza kepada anak perempuan dibandingkan kepada anak lelaki.
Hubungan seorang ayah dengan anak perempuan memainkan peranan penting kepada perkembangan anak sehingga dewasa.
Biasanya anak perempuan juga menjadikan ayah adalah hero pertama yang mereka cintai dan kagumi sejak kecil lagi. Maka pentingnya ayah memainkan peranan penting mempamerkan imej dan karektor yang positif di mata anak.
Menyedari berat tanggungjawab dirinya sebagai seorang bapa, pelakon Saharul Ridzwan,33, turut tidak terkecuali mempunyai perasaan risau pada masa depan anak perempuannya.
Bila seorang ayah tengok anak perempuan, macam-macam dalam fikiran. Risaunya berbeza.
Menurut Saharul, sebagai seorang ayah, tanggungjawabnya bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, nafkah dan pendidikan untuk anak tapi penting untuk perkenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan Rasulullah SAW.
“Kita tak mampu pun nak jaga anak kita, nak tentukan ke mana arahnya dan sebagainya.
Tapi usahakanlah untuk kenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan kekasih kepada semua hati yang mencintainya, Rasulullah saw,” demikian tulis Saharul dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Sebelum ini, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini pernah berkongsi kisah penghijrahannya mendalami ajaran Islam sehingga ramai terinspirasi untuk mencontohi beliau.
Justeru tidak hairanlah banyak perkara yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya termasuk aspek pendidikan anak-anak, pemilik nama sebenar Muhammad Saharul Ridzwan ini memilih pendekatan memahami Islam sebenar sebagai asas mendidik akhlak dan iman kedua cahaya matanya.
“Semoga Allah pandang usaha kita, dan asbab itu, Allah bentukkan akhlak dan perlindungan terbaik dunia akhirat untuk kita semua. Amin Ya Allah.”
Bapa kepada Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra ini menyerahkan hanya kepada Allah SWT untuk menjaga dan melindungi anak perempuannya di masa depan selepas segala usahanya memberikan didikan agama berjaya dilaksanakan.
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed pada 16 September 2016.
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.
Nak Menang hadiah 2 TIKET masuk ke GENTING SKYWORLD, daftar di SINI