Memang setiap perkembangan anak berbeza, tapi kalau 24 jam buka tv dirumah.
Setiap kali anak menangis disuakan handphone. Handphone dah jadi macam “bantal busuk” atau puting anak.

Dikurungnya pula di dalam baby cot 24 jam sambil tengok tv. Makan bubur hingga umur 6 tahun. Tiada komunikasi dengan anak dan sebagainya kesannya sangat tak bagus untuk anak. Kenapa?

Berikut perkongsian Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi.

Anak Kita Sejak Lahir Bijak. Silapnya, Menangis Bagi HP, Buka TV. Patutnya Bagi Anak Explore

Saya kongsikan kesan jangka panjang yang selalu saya jumpa:

1. Anak menangis ➡ Bagi handphone ➡ Anggap handphone sebagai ubat penenang ➡ Setiap kali menangis akan expect dapat handphone ➡ Tak dapat handphone ➡ Tantrum ➡ Speech delayed ➡ Tiada eye contact dan masalah sosial ➡ Masalah tingkah laku dan masalah mengurus emosi

2. Letak dalam baby cot 24 jam ➡ Kurang merangkak atau berjalan, duduk setempat ➡ Tak pandai melompat di umur 3 tahun ➡ Tak pandai naik turun tangga di umur 4 tahun ➡ Gross motor delay ➡ Speech delay ➡ Lenguh bila duduk lama di kerusi ➡ Masalah pembelajaran

3. Makan bubur hingga umur 6 tahun ➡ Kurang rangsangan oral motor ➡ Speech delay and picky eater

4. Gadget ➡ Tidak berminat main bola atau main permainan normal kanak-kanak ➡ Kurang rangsangan deria sentuhan ➡ Delayed fine motor ➡ Susah untuk menulis ➡ Masalah pembelajaran

Anak Kita Sejak Lahir Bijak. Silapnya, Menangis Bagi HP, Buka TV. Patutnya Bagi Anak Explore

IKLAN

5. Gadget atau tv ➡ Tidak dengar apabila nama dipanggil ➡ Masalah terhadap Auditory Filtering ➡ Tidak pandai menapis bunyi mana yang penting dan tidak penting ➡ Speech Delay dan masalah fokus ➡ Masalah potty train ➡ Masalah pembelajaran

6. Overprotective ➡ Semua tak boleh main ➡ Kurang rangsangan deria sentuhan ➡ Geli nak makan sendiri ➡ Tak pandai butang baju sendiri ➡ Geli nak cuci berak sendiri ➡ Fine motor delay ➡ Masalah potty training ➡ Masalah skil urus diri ➡ Kurang keyakinan diri

7. Terlebih rangsangan bunyi dari gadget atau tv ➡ Tak pandai bezakan bunyi kuat dan bunyi perlahan ➡ Takut bunyi blender atau vacuum ➡ Speech delay

8. Semua mak buat sampai umur 6 tahun ➡ Makan bersuap ➡ Baju seluar dipakaikan ➡ Tidak pandai menulis ➡ Tak pandai makan sendiri ➡ Tak pandai baju seluar sendiri ➡ Pakai diaper ➡ “Tangan keras” tak pandai kutip benda halus ➡ Delayed fine motor

Bila setiap kali jumpa kes-kes diatas, saya jadi sedih. Sebab bagi saya kes diatas bila saya ambil sejarah perkembangan anak sejak bayi kebanyakannya berpunca dari kesilapan parenting, tapi lagi sedih ada mak ayah yang “denial” tak nak sedar kesilapan diri sendiri.

Anak Kita Sejak Lahir Bijak. Silapnya, Menangis Bagi HP, Buka TV. Patutnya Bagi Anak Explore

IKLAN

Dibiarkan berlarutan tanpa belajar rawatan yang bersesuaian untuk anak. Bila dah umur 7 tahun baru kelam kabut, masa itu “tangan dah keras”, “lidah pun keras” nak belajar. Progress jadi lambat berbanding anak yang dirawat seawal umur 2-3 tahun.

Bila anak masuk tadika atau sekolah rendah, prestasi rendah kalau dibandingkan dengan anak-anak lain di sekolah. Dimarahnya anak sebab “malas” atau “lambat belajar”.

Anak Kita Sejak Lahir Bijak. Silapnya, Menangis Bagi HP, Buka TV. Patutnya Bagi Anak Explore

Sedangkan punca anak nampak “malas” datang dari kesilapan parenting sejak bayi.
Contohnya skil membaca, jika mak ayah tak pernah bacakan buku untuk anak-anak sejak kecil atau tak pernah baca buku depan anak. Macam mana anak nak suka membaca?

Tapi dalam kes ini tak patut masyarakat menuding jadi 100% pada mak ayah tanpa usul periksa ya. Ada juga kes yang mak ayah dah buat yang terbaik tetapi anak tetap lewat perkembangan.

IKLAN

Ingat ya, anak dibawah umur 2 tahun belajar apa apa melalui rangsangan sensori. Ini bukan saya cakap, tapi Jean Piaget yang cakap melalui Teori Perkembangan Kognitif. Saya bukanlah teori person yang pegang pada semua teori tanpa amali. Ini semua berdasarkan pengalaman dah pemerhatian saya.

Saya pun bukanlah ibu yang perfect, ada juga tengok tv dengan anak. Ada masa malas nak kemas anak makan bersepah, suapkan sahaja. Ada masa penat atau tak sihat, buka TV supaya anak tak ganggu semasa saya tidur. “Cheat day” sekali-sekala tak ada masalah.

Anak Kita Sejak Lahir Bijak. Silapnya, Menangis Bagi HP, Buka TV. Patutnya Bagi Anak Explore

Tapi kalau dah Allah jadikan anak kita istimewa, lambat perkembangan redhalah. Tapi sebelum redha, banyakkan usaha untuk merangsang perkembangan dia. Letakkan tawakal selepas usaha. Jangan terlampau selesa dengan “setiap perkembangan anak berbeza” tapi di rumah tidak pernah merangsang perkembangan anak dan tidak membantu anak.

Sekiranya mak ayah dapati anak ada masalah perkembangan, jangan tangguh-tangguh untuk dapatkan intervensi awal sebab anak semakin membesar.

Semoga bermanfaat, terima kasih. Dialu-alukan untuk “Like”, “Follow”, Tag pasangan dan Save page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari perspektif occupational therapist.

Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI