Apabila kanak-kanak didedahkan kepada penilaian akademik terlalu awal dalam hidup, maka tekanan ke atas mereka untuk memenuhi harapan orang dewasa juga bermula terlalu awal dalam hidup mereka.

Jika anda mempunyai anak yang akan menamatkan zaman tadika ataupun yang baru selesai tahun 1, janganlah terlalu cepat menilai anak sebagai ‘tak pandai’ hanya berdasarkan penilaian yang dibuat pada tahap itu. Perjalanan anak-anak usia itu baru sahaja bermula.

Usia 6-11 TAHUN adalah usia mencari keupayaan dan kelebihan diri. Ibu bapa dan guru-guru di sekolah memainkan peranan yang sangat penting sepanjang 5 tahun itu untuk membantu memantapkan keupayaan dan kelebihan yang dikenalpasti dalam diri anak.

Pendapat ibu bapa, guru dan rakan-rakan menjadi ‘SUARA HATI’ anak-anak usia ini. Mereka membina konsep diri dari kata-kata yang mereka dengar tentang diri mereka.

Silapnya, Usia Anak 6-11 Tahun, Cepat Sangat Kita Menilai Mereka ‘Tak Pandai’!

Seandainya pada usia seawal 6-7 tahun lagi tindakan dan perkataan yang diucapkan oleh ibu bapa memberi isyarat kepada anak bahawa anak tidak ada harapan, anak tidak pandai seperti orang lain, anak tidak mencapai piawaian yang sepatutnya dan anak tidak memenuhi jangkaan, maka bayangkan dari peringkat awal lagi anak sudah tidak yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan merasa inferior.

‘Sense of competence’ atau rasa berupaya hanya terbina dalam diri anak-anak usia ini apabila mereka berjaya membentuk kecekapan ketika BERMAIN (pada usia awal) dan kecekapan MENYELESAIKAN TUGASAN sekolah pada usia seterusnya. Semua ini adalah PROSES YANG BERTERUSAN dan tidak boleh dinilai hanya pada satu tahap yang tertentu sahaja.

IKLAN

Anak-anak yang sentiasa diberi KATA-KATA PERANGSANG dan galakan akan tumbuh sebagai seorang insan yang yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.

Manakala anak yang tidak dirai dan tidak mendapat sokongan ibu bapa dan guru akan tumbuh sebagai seorang individu yang sentiasa meragui keupayaan dan kebolehannya sepanjang proses mengenali diri pada usia tersebut.

Bayangkan anak yang merasakan diri ‘tidak berupaya’, ‘tidak pandai’, ‘tidak sempurna’ ini akan melangkah kaki ke USIA REMAJA dengan menganggap dirinya sebagai seorang ‘LOSER’.

Konsep diri yang sebegini selalunya akan membawa padah ke atas diri anak itu, keluarga dan juga masyarakat secara umumnya kerana mereka akan ‘rebel’ dengan sangkaan bahawa diri tidak bernilai.

IKLAN

PERANAN IBU BAPA DAN GURU

Berikanlah galakan dan sokongan kepada anak-anak usia 6-11 tahun ini. Mereka masih dalam proses MENGENALPASTI KEUPAYAAN DAN MEMBINA KOMPETENSI. Melalui interaksi sosial bersama rakan-rakan dan guru di sekolah mereka sedang membina rasa bangga dengan keupayaan dan pencapaian diri yang akan mendorong mereka untuk terus berusaha.

Silapnya, Usia Anak 6-11 Tahun, Cepat Sangat Kita Menilai Mereka ‘Tak Pandai’!

HARGAI SETIAP USAHA

IKLAN

Anak usia ini walaupun usaha itu kecil kerana usaha kecil inilah yang akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar. Kritikan, kutukan, cemuhan dan merendah-rendahkan diri dan keupayaan mereka tidak akan menggalakkan mereka untuk terus berusaha.

Janganlah meletakkan kejayaan akademik pada usia awal sebagai syarat untuk anak mendapat perhatian dan kasih sayang anda.

Janganlah dijauhkan diri anak yang dirasakan ‘tidak berjaya’ pada usia 6-11 tahun ini dengan menghantar ke mana-mana institusi supaya dia memperbaiki diri. Tindakan sebegini hanyalah dilihat oleh anak sebagai satu HUKUMAN ke atasnya kerana anak usia ini masih memerlukan perapatan, belaian, sokongan dan bimbingan secara langsung dan berterusan daripada ibu bapa yang berada di sisinya.

Kredit: Puan Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI