Kita nampak anak kita ‘keras’ dan suka membentak, hakikatnya jauh di sudut hati anak kecil kita, mereka amat dahagakan kasih sayang.
Mereka melawan demi meraih perhatian dari mak ayah. Berlembutlah. Tak guna kita gunakan kekerasan untuk mendidik mereka. Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Anak yang kuat melawan ni, kasihan sangat.
Pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin, sama juga la dengan anak dia pun tak nak melawan kalau dia tidak di dorong untuk melawan.
Anak kuat melawan ni sebenarnya satu Red-Flag bahawa dia ada Unsettle Emotion di dalam hati.
Unsettle emotion ni boleh jadi macam-macam, mungkin dia rasa tak di sayangi, tak di hargai, tak di beri perhatian atau selalu kena marah dan sebagainya.
Hati dah remuk, tiba-tiba kena pula, – di paksa-paksa – di arah-arah – di marah-marah – di kritik-kritik – di jerit-jerit
Ads
Makin koyak la hati dia jadinya. Makin membuak-buak hati nak melawan. Kita nampak anak kasar, degil, keras kepala dan kurang ajar!
Tapi hakikatnya, di dalam hati dia tersorok satu rahsia yang tak akan dia bagitahu kita.
Ads
Bahawa, dia sangat dahagakan kasih sayang kita. Allahu…
Sebab itu la kita kalau nak marah anak yang degil, kasar dan keras kepala ni bukan dengan kekerasan lagi tapi dengan kelembutan.
Anak dah keras, kita pun keras makin keras dia jadinya. Batu dengan batu kalau berlaga boleh terpercik api tau!
Maka ibu ayah sekalian jadi la seperti air, di lempar batu kita tetap tenang dan keluar api pun kita boleh menenangkan dia.
Ads
Banyakkan peluk, cium dan puji anak selalu. 3 petua mujarab melembutkan hati anak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan difikirkan anak kecil kita tidak tahu apa-apa. Ketika menonton televisyen misalnya, jika ada aksi yang kurang senang dan tidak sepatutnya dilihat anak, beritahulah mereka. Elakkan pandangan mata anak-anak kita.
Bukan di televisyen sahaja, kita sendiri mak ayah seharusnya cuba menunjukkan teladan dan menjaga pandangan mata anak-anak ini. Pakailah pakaian dengan baik dan tidak menampakkan tubuh yang tidak sepatutnya pada anak-anak. Ketika menukar pakaian misalnya, tutuplah pintu agar tidak dilihat anak.
Menurut Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, tanpa sedar anak kita terdedah kepada soft sex grooming. Jadi elakkan!
“Papa rania nampak spender papa”. Tadi membongkong ambil mainan tersangkut bawah kerusi, rania tegur nampak spender warna merah katanya.
Bukan sekali je, tapi dah banyak kali sebenarnya. Pernah sekali rania tanya, “Papa pakai seluar tak kat dalam tu?”
Masa tu solat saya pakai kain pelekat tanpa seluar di dalamnya, mungkin nampak susuk punggung tu rania bertanya.
Pernah juga sekali tu, rania nampak bahagian perut saya ada bulu. Dia jadi penasaran sangat, “papa kenapa perut papa ada rambut?”
Anak baru 7 tahun tapi perasan body alert dia tentang tubuh badan lelaki ni sangat tinggi sekali.
Kalau boleh semua benda dia nak tahu. Itu la sebabnya, kita di rumah kena hati-hati dalam berpakaian.
– Elakkan buka baju depan anak.
– Elakkan pakai pakaian yang ketat-ketat.
– Elakkan tak berpakaian depan anak.
– Elakkan bergurau tentang alat sulit ( baik anak, baik diri sendiri )
Anak perhati je setiap tingkahlaku kita. Setiap susuk tubuh kita anak duk pantau dan amati. Sebabnya mudah, anak nak belajar !
Memang fitrah anak kecil, mereka teroka dan belajar. Apa sahaja yang menarik minat mereka, mereka akan teroka habis habisan.
Terutama bahagian tubuh badan ni. Bila dia nampak tubuh kita ( lelaki ) langsung tak sama dengan tubuh dia ( perempuan ) lagi membuak buak la rasa ingin tahu dia tu.
Sama juga sebaliknya, jika anak lelaki nampak susuk tubuh ibunya, pun sama datang nafsu nak meneroka dan tahu lebih lagi.
Tanpa sedar terjadi la soft sex grooming kat situ. Allahu. Jom berhentikan soft sex grooming ni dari rumah. Kita ajar anak kita cara berpakaian yang baik sejak di rumah lagi, confirm sampai ke luar rumah cantik je pakaian mereka. InsyaAllah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak solat sememangnya memerlukan kesabaran, namun trik dan pendekatan yang digunakan ibu ini sememangnya berbeza. Bukan ketika usia anak lima tahun tetapi sejak usia anaknya berusia dua tahun lagi, anak-anak sudah didedahkan akan kepentingan untuk menunaikan tanggunggjawab sebagai umat Islam.
Pendekatan paksa namun dengan cara cukup berbeza. Ini yang dikongsikan oleh Pn Nora Karim. Semoga trik dan tip yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama.
Alisya menyarung stoking berwarna pink ke kaki kanannya. Air mata masih menitis, bersama wuduknya. Sedu sedan, masih berbaki. Dalam marah dan rajuk, dia akur dipaksa solat zuhur.
Paksa? Ya, saya paksa dia untuk solat. Walaupun ketika itu usianya baru lima tahun. Belum baligh. Belum wajib solat.
Saya ingat lagi, bagaimana dia menangis sehingga merah matanya, kerana saya menyuruhnya solat di surau ketika kami berada di pusat membeli belah.
Ketika itu saya tidak boleh solat. Tetapi saya memimpin tangannya ke surau dan menyuruhnya solat.
“Mama?” soalnya kepada saya.
“Mama cuti hari ni. Alisya solat. Mama tunggu dekat sini,” jawab saya. Dia tak puas hati dan mula menangis.
Puas dipujuk, namun dia terus menangis. Akhirnya saya meletakkan sejumlah wang di tapak tangan kanannya dan dia boleh beli apa saja dengan wang yang saya berikan itu. Jumlahnya tak banyak cuma RM10.
“Allahuakbar,” bahunya tergerak-gerak menahan esak. Solat dengan sisa-sisa air mata.
“Assalamualaikum warahmatullah… assalamualaikum warahmatullah…,” sambil memalingkan kepalanya ke kanan dan kiri.
Alhamdulillah. Cukup empat rakaat!
“Boleh kita singgah Daiso? Alisya nak tengok barang dekat sana,” pintanya sambil membuka stoking pinknya dan menggenggam erat duit RM10, ‘upah solat tadi’.
“Ok, boleh. Jom!” Saya memimpin tangannya keluar dari surau.
“Ini… bukan upah solat tau. Tapi ini, Allah bagi rezeki untuk Alisya. Allah bagi Alisya, tapi melalui Mama,” sambung saya lagi, sambil menunjukkan duit RM10 yang digenggam erat ditangan kanannya.
“Mama bangga sebab Alisya solat zuhur. Allah mesti sayang Alisya. Good job Alisya,” puji saya sambil berHi-5 dengannya.
Dia memandang saya dengan senyuman. Tiada lagi air mata. Hanya wajah ceria. Mungkin dikepalanya dah terfikir apa yang hendak dibeli nanti.
Itu kisah enam tahun lalu, sekarang tiada lagi drama air mata bila disuruh solat. Kadang-kadang bila saya terleka, dialah yang akan tanya, sama ada saya dah solat atau belum. Kalau saya tertidur pun, dia akan kejutkan dan tanya sama ada saya dah solat atau belum.
Upah solat? Tak, sekali tu je saya bagi dia RM10. Tapi jika dengan ‘upah’ tu anak-anak nak solat, maka raikanlah. Biasanya anak-anak yang bawah 12 tahun, mereka suka buat sesuatu untuk dapatkan ganjaran atau upah. Jadi tak salah pun kita nak beri ganjaran, tapi dalam masa yang sama, beritahu mereka, solat bukan untuk duit atau mainan. Nanti lama-lama mereka faham.
Tip & trik didik anak solat
Apa yang saya buat sejak Faris dan Alisya kecil, adalah seperti berikut:
1. Setiap kali nak solat, letak anak di sebelah sejadah. Buat sejak anak bayi lagi. Saya perasan Faris dan Alisya, mereka boleh duduk diam jika kami singgah solat di surau atau masjid.
2. Fasa paling awal adalah mengajar anak-anak untuk meniru pergerakan solat kita. Tentang bacaan, boleh dikuatkan sedikit supaya anak-anak tahu pada setiap pergerakan tersebut, adanya bacaan-bacaan tertentu.
3. Belikan buku panduan solat untuk anak-anak. Saya beli buku solat Upin Ipin ni, sebab masa kecil mereka suka sangat dengan Upin Ipin. Eh, sampai sekarang pun mereka masih suka Upin Ipin. 😅 Buku solat ni masih digunakan sehingga kini sebagai rujukan dalam memperbetulkan bacaan.
4. Beri ‘kuasa’ kepada anak-anak untuk memilih telekung, kain pelekat dan sejadah kegemaran mereka sendiri. Biasanya bila dipilih sendiri, mereka akan rasa teruja untuk memakainya. Kadang-kadang Alisya suka pakai telekung warna sedondon dengan saya.
5. Setiap kali kita nak solat, ajak anak-anak sekali, kalau mereka tak nak solat pun, pujuk mereka untuk duduk sebelah kita. Lama kelamaan, daripada duduk saja, mereka akan mula perhati dan kemudiannya akan ikut.
6. Sekali sekala bila anak-anak tengah main tu, buat game. Contoh, “siapa tahu, rukuk tu apa?” (galakkan mereka untuk tunjukkan cara rukuk. Masa ni tugas kita adalah membetulkan cara rukuk dan semak bacaan ketika rukuk.) Anak-anak ni sebenarnya lebih cepat ‘tangkap’ sesuatu yang kita ajar tu ketika mereka sedang bermain. Buat santai-santai je. Tak perlu lama.
7. Kaedah ‘pohon solat’ pun sebenarnya banyak membantu saya dan Alisya untuk jadualkan waktu solat. Selain tentang rutin solat itu sendiri, ada banyak cerita dari sebatang pokok tu untuk kita ambil ibrah, boleh cerita pada anak-anak.
Inilah tujuh tips yang saya lakukan ketika perkenalkan tentang rutin solat pada Faris dan Alisya, seawal mereka berusia dua tahun.
Nora Karim Benarlah anak-anak mudah dilentur, ketika usianya masih kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering kali diajukan soalan begini kan? terutama sekali ibu atau bapa yang mempunyai anak yang semuanya jantina yang sama. Mulut orang tak boleh ditutup tapi respons kita terhadap situasi itu mengubah stres kepada reda.
Mungkin pertanyaan banyak dihadapi mama papa. Adakalanya terpaksa korbankan perasaan sendiri yang mungkin terhiris dengan perilaku orang sekeliling yang mempersoalkan takdir yang sudah tertulis. Soalan yang tak mampu dijawab. Senyum dan bersabarlah kerana setiap apa yang hadir adalah ujian atau nikmat.
“DUA ORANG JE?” soal seorang wanita tatkala saya duduk menunggu suami.
“Haah, alhamdulillah,”
“Dua-dua perempuan?” soalnya lagi.
“Haah, ya…”
“Tak teringin ke nak bagi suami baby boy pulak?” soalnya lagi.
Kali ini, saya mampu senyum sahaja.
“InsyaAllah, yang dua ni pun dah alhamdulillah,” balas saya perlahan.
“Kena usaha lagi tu, bagi dapat yang lelaki, rugi muda lagi…” katanya lagi. Riak wajahnya serius sahaja sejak dari tadi.
Tiada garis senyuman.
Tidak tahu apa difikirannya. Saya pula bukan pandai nak menelah apa di dalam hatinya.
Akhirnya, saya cuma mengangguk sambil membalas ‘insyaAllah’ sebelum meminta undur diri.
ABAIKAN DEMI MENJAGA EMOSI SENDIRI
Untuk menjaga kebajikan emosi sendiri, soalan sebegini saya biarkan sahaja bagai angin lalu, kerana antara sebabnya, suami saya sendiri belum ada mempersoalkan apa-apa berkaitan hal ini.
Untuk itu, saya amat bersyukur juga, tidak diuji suami yang tidak dapat menerima kenyataan tidak dikurniakan anak lelaki. Kalau tidak, berat juga untuk menanggung akibat suami yang jahil dan tidak redha dengan ketentuan Ilahi.
Jauh di sudut hati, saya yakin, Allah menentukan ini yang terbaik untuk saya dan suami buat masa ini. Sebab anak ni pemberian Allah. Pinjaman dari Allah.
Bukan kata bila saya beranak, ia tanda kehebatan saya, bukan.. Bukan di tangan saya untuk menentukannya.
Kalau bolehlah hendak dipilih-pilih umpama memilih sayur di pasar. Namun, sebagai hamba, kita kena yakin, pilihan Allah itulah yang terbaik.
Ada orang, bila dia ada anak, dia rasa dia ada kelebihan berbanding orang yang tidak beranak.
Ada orang, bila dia ada anak lelaki dan perempuan, dia rasa hidupnya lebih sempurna berbanding yang tidak memiliki anak kedua-dua jantina.
Namun, jika diterbalikkan pula,
Orang yang belum beranak, melihat ada anak seorang pun sudah rahmat yang besar.
Orang yang anak baru seorang dan ‘struggle’ untuk menambah zuriat, melihat ada anak dua orang sama jantina pun adalah rezeki yang tidak ternilai.
Kita jenis yang bagaimana?
Nikmat yang kita ada sekarang ini membuatkan kita MEMBESARKAN ALLAH atau merasa nikmat pinjaman itu adalah tiket untuk MEMBESARKAN DIRI SENDIRI?
NAK ANAK RAMAI JANGAN SAMPAI MENZALIMI MENTAL PASANGAN
Nafsu kita memang kata nak anak ramai, kalau boleh nak berpasang-pasang, selang seli, tetapi rupanya mungkin tidak sedar menzalimi mental dan emosi pasangan.
Kadang bukan isteri sahaja trauma dan mentally exhausted tetapi sesetengahnya kaum suami pun sama kerana terlalu berat memikir kelangsungan nafkah anak isteri.
Hal merancang anak, serta pendidikan mereka memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Tak cukup jika salah seorang sahaja yang berhempas pulas, sedangkan seorang lagi ‘lepas tangan’.
KALAU BAHAGIA & SUAMI OK, PEDULIKAN PANDANGAN ORANG
Oleh itu selagi mana kita suami isteri okay dan bahagia dengan keadaan yang Allah izinkan kita berada sekarang ni, sudah memadai, insyaAllah. Pedulikan apa pandangan orang lain. Kita lebih faham rumahtangga kita.
Ingatkan diri kita sentiasa, dunia ini bukan untuk MEMBESARKAN NAFSU, tetapi untuk MEMBESARKAN TAQWA. Bukan tentang taqwa kita sahaja, bahkan iman dan taqwa isteri serta anak-anak juga.
BERDAMAILAH DENGAN KETENTUAN TAKDIR
Lihat anak-anak kecil memang comel, tetapi kerenah dan mehnah membesarkan mereka bukan hal mudah. Bertimbangrasa lah dengan pasangan.
Berdamailah dengan ketentuan takdir. Setiap anak bukan sahaja rezeki, bahkan adalah amanah yang berat. Apa sahaja ketentuan Allah, samada beranak ramai mahupun tidak, itulah takdirNya yang terbaik untuk kita.
Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)
Cukuplah ayat ini mengingatkan betapa besarnya tugas kita sebagai ibubapa, sebagai suami isteri.
Ingatan dan muhasabah buat saya yang PALING banyak lalai dan buat silap.