Bayi selepas dilahirkan akan mengalami pengurangan berat badan pada beberapa hari yang pertama. Selepas itu mempunyai kadar penambahan berat badan di mana bayi akan bertambah berat badan. Secara puratanya, berat badan bayi akan mencapai 2 kali ganda berat lahir pada umur 5-6 bulan, and 3 kali ganda berat lahir pada umur 12 bulan.
Bayi perlu diberi susu ibu mengikuti keperluan bayi (on demand). Tidak dikira siang atau malam. Pada kebiasaannya, bayi menyusu 8-12 kali dalam 24 jam (ada bayi yang menyusu lebih dari 12 kali).
Bayi akan menunjukkan tanda ingin menyusu (feeding cues), iaitu mulut terbuka mencari susu, menghisap jari, menangis; serta susu ibu akan menitis dari payu dara. Bayi yang diberi susu ibu yang cukup akan kencing 6-8 kali sehari, dan kencing berwarna kuning pucat, serta berak beberapa kali sehari.
Susu ibu adalah susu yang paling sesuai untuk bayi (susu ibu juga cukup berkhasiat untuk bayi pra-matang). Ibu yang memberi susu ibu kepada bayi perlu mengambil makanan yang seimbang serta minum air yang secukupnya. Untuk memastikan bekalan susu ibu dihasilkan dengan secukupnya, bayi perlu minum hanya susu ibu (bayi tidak boleh diberi susu yang lain, cth. susu formula atau air).
Khasiat susu ibu adalah cukup serta paling sesuai untuk tumbesaran bayi pada 6 bulan pertama, selepas itu bayi memerlukan makanannya komplemen selain daripada susu ibu. Bayi disyorkan untuk diberi susu ibu selama 2 tahun.
Biasanya penghasilan susu ibu adalah mengikut keperluan bayinya. Sekiranya bayi menyusu setiap jam & masih tidak puas (menunjukkan feeding cues), masalah yang sering berlaku adalah posisi penyusuan atau pelekapan pada payu dara yang kurang betul. Ini yang menyebabkan bayi cepat henti daripada penyusuan ibu dan masih lapar.
Timbang berat baby tak naik-naik?
Berikut panduan yang dikongsikan oleh Kaunselor Penyusuan, Puan Nurasyikin Ali untuk bayi dapat nutrien & kenyang dalam tempoh lebih lama.
Anak kuat menyusu tapi setiap kali time timbang anak, jarum tak bergerak. Bila tengok perkembangan umur anak dengan berat badan, hmm bikin mama murung kejap.
Ada ke anak-anak mommies yang macam ni?
Sebenarnya ada tip dan panduan yang betul supaya anak dapat nutrien dan kenyang lebih lama especially buat ibu-ibu fully breastfeed. Untung-untung berat badan baby makin naik.
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, YM Che Puan Khaleeda Bustamam mendedahkan suaminya tidak pernah menemaninya bersama-sama ketika beliau melahirkan ketiga-tiga anakanda mereka.
Menurut Che Puan Khaleeda, beliau sendiri tidak mahu TMJ ada bersamanya semasa bersalin kerana tahu suaminya akan gemuruh apabila melihat darah banyak dalam kuantiti yang banyak.
Katanya Che Puan Khaleeda, dia sangat mementingkan suasana yang tenang ketika proses bersalin. Namun beliau mendedahkan bahawa TMJ adalah seorang suami yang sangat baik, penyayang dan memahami.
GEMURUH LIHAT DARAH BANYAK
“Saya yang tak nak dia (TMJ) ada dalam bilik bersama semasa saya melahirkan anak-anak saya.
“Dia akan berasa sangat gemuruh dan tidak tenang apabila melihat darah yang banyak ketika proses bersalin.
CALM ENERGY SEMASA MELAHIRKAN ANAK
Che Puan Khaleeda mengakui dia sangat mementingkan suasana yang tenang dan persekitaran calm energy semasa proses bersalin berjalan.
“Saya sangat particular dengan ‘calm energy’ yang ada bersama saya ketika proses melahirkan anak-anak saya. Tapi saya boleh kata TMJ seorang suami yang sangat ‘supportive’, penyayang dan memahami,” katanya Che Puan Khaleeda menerusi ruangan Insta Story di Instagram.
Selain itu, Che Puan Khaleeda juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan.
MAKANAN YANG DIAMBIL SEMASA BERPANTAN
MEMILIH CARA BERPANTANG MODEN
LAKUKAN SENAMAN SEMASA HAMIL
BERSALIN SECARA NORMAL SELEPAS KELAHIRAN CAESAREAN SEBELUM INI
TIP MENAMBAH SUSU IBU
ALAMI MORNING SICKNESS SEMASA HAMIL ANAK PERTAMA & KEDUA
Wanita mana yang tidak sukakan kecantikan. Walaupun sudah bergelar seorang isteri dan ibu, masih mahu tampil cantik untuk suami. Sebenarnya bila dah jadi ibu ni, kadang-kadang kita lupa nak beri perhatian kepada diri sendiri.
Ada juga suami tegur, penampilan kita tidak sama seperti zaman anak dara. Waktu inilah, kita mula tak senang duduk. Sebelum suami tegur lagi, baik buat sesuatu!
Ada cara mudah untuk jadi cantik tanpa perlu mengeluarkan belanja pun. Jika boleh (memang susah sikit bila dah jadi ibu ni, tapi bolehlah cuba), tidurlah sebelum jam 11 malam. Sebenarnya bila kita tidur lewat dari waktu itu, kita akan terasa untuk mengunyah.
Sudahlah makan benda manis dan snek. Itu yang tak bagus. Bila kita tidur lewat, ia mengganggu proses pelangsingan dan kita pun mudah menjadi gemuk.
Tabiat tidur lewat ini akan memberi kesan yang tidak baik pada metabolisme tubuh.Selain badan susah untuk kurus, jika kita selalu berjaga lewat malam akan membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering. Boleh dikatakan semua masalah kulitlah, mungkin boleh terjadi pada kita!
Menurut pakar kulit, Geoff Wright, badan manusia ada ‘jam biologi’. Kulit akan melembap secara natural bermula jam 8 malam sehingga 11 malam setiap hari. Pada jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah waktu penjanaan semula sel kulit dan penutrisian.
Ketika jam 11 malam sehingga 3 pagi, akan berlaku proses gantian sel dan ia hanya boleh berlaku ketika tubuh dalam keadaan rehat sepenuhnya (tidur). Jika tidak, proses ini akan terganggu dan tidak optimum. Paling teruk, mungkin tidak akan terjadi pun. Sebab itulah kulit nampak tua dan kusam.
Biasanya kalau dah siap semua kerja rumah, jaranglah para ibu ni nak tidur lambat. Mengantuknya, hanya Allah SWT yang tahu. Patutlah semua ibu cantik-cantik belaka!
Melihat hasil perahan susu buat pertama kalinya memang terasa perit. Bagi mendapatkan susu sekitar 2oz terasa cukup sukar. Apa lagi kala melihat kuantiti susu ibu lain yang cukup banyak. Makin buat ibu bertambah tertekan.
Menurut Kaunselor Laktasi bertauliah, Pn NoorFazila Abdul Rahman, yang juga merupakan salah seorang Malaysian Breastfeeding Peer Counselor, kejayaan menghasilkan 2 auns susu diperingkat awal boleh disifatkan sebagai satu kejayaan besar buat ibu.
Kunci utamanya adalah jangan pernah merasa tertekan dan membandingkan dengan ibu lain.
Suka saya katakan bahawa jumlah hasil perahan 2oz yang diperolehi ketika baru melahirkan anak itu bukanlah satu jumlah yang sedikit. Mungkin anda rasa ia jumlah yang sikit kerana membandingkan hasilnya dengan ibu lain yang mampu dapat lebih dari jumlah tersebut. Berapa banyak hasil perahan yang kita mampu dapat melalui sesi perahan sebenarnya langsung tidak menggambarkan jumlah susu yang badan kita mampu hasilkan.
Ini kerana, jumlah hasil perahan ini sebenarnya hanya menunjukkan kemampuan pam susu yang anda gunakan untuk mengeluarkan susu dari payudara anda. Sama juga halnya dengan jumlah hasil perahan yang anda dapat, ianya tidak menggambarkan jumlah yang sama dengan berapa yang anak perolehi bila menyusu terus.
Jumlah hasil perahan tidak boleh dijadikan indikator untuk menentukan sama ada anda ibu yang tidak mampu menghasilkan susu yang cukup untuk anak atau sebaliknya. Jika anak membesar dengan sihat, pembuangan air kecil dan besarnya normal setiap hari dan terdapat kenaikan berat badan setiap bulan, itu tanda yang badan anda telah menghasilkan susu yang cukup untuk anak. Jadi, saya harap anda tidak terus rasa kecewa dan beranggapan anda tidak mampu menghasilkan susu yang cukup untuk anak.
Ubat Minda & Elak Tertekan Dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran susu, ramai ibu mengharapkan mereka dapat hasilkan susu yang banyak untuk anak, hakikatnya mengharapkan susu yang banyak hanya akan membuatkan mereka lebih tertekan dan mudah berputus asa.
Apa yang penting, pertama sekali anda boleh mula mengubah mindset dari mengharapkan susu yang ‘banyak’, adalah lebih baik anda setkan minda agar dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anak kerana sesungguhnya, untuk menjayakan penyusuan susu ibu, ibu tak perlu susu yang banyak yang penting cukup untuk anak.
Perkara paling penting yang anda perlu lakukan untuk memastikan bekalan susu sentiasa cukup untuk keperluan anak adalah dengan memastikan rutin penyusuan yang sepatutnya anda lakukan, dilakukan sebaiknya sebelum memikirkan makanan apa yang mampu membantu membanyakkan bekalan susu. Ini kerana, banyak atau tidak susu yang badan ibu hasilkan bukan bergantung pada apa yang ibu makan sebaliknya berapa kerap susu dikeluarkan dari badan.
Patuhi Rutin Penyusuan Rutin penyusuan yang perlu dilakukan perlu mematuhi konsep asas penyusuan iaitu lebih banyak permintaan, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Apa yang dimaksudkan dengan konsep asas penyusuan ini adalah :-
1. Bila bersama dengan anak, anda boleh terus menyusu pada payudara sekerap 1-2 jam sekali. Lebih kerap rangsangan pada payudara, lebih tinggi paras hormon prolaktin dalam darah ibu, lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Apabila di tempat kerja, pentingnya menjaga jadual memerah susu. Pastikan jarak antara sesi perahan tidak lebih dari 3 jam. Ini penting bagi memastikan payudara terus mendapat rangsangan permintaan susu supaya badan terus menghasilkan susu walaupun tanpa kehadiran anak di sisi.
3. Penyusuan waktu malam juga dapat membantu meningkatkan bekalan susu, ini kerana paras hormon Prolaktin di dalam darah ibu dua kali ganda lebih tinggi di waktu malam. Jadi biasakan untuk mengejut anak menyusu 2 jam sekali sepanjang waktu malam.
4. Jika ada kelapangan masa, boleh ikhtiarkan dengan melakukan Power Pumping sehari sekali di awal pagi selama 2 minggu. Power pumping merupakan teknik mengepam yang seolah meniru gaya hisapan anak dan ia merupakan antara usaha untuk menaikkan paras hormon supaya badan terus menghasilkan lebih susu.
5. Selain itu, jika anda mengambil pil perancang pastikan ianya tidak mengganggu hormon penyusuan. Berbincanglah dengan doktor agar doktor memberi pil perancang yang tidak mengganggu produksi susu. Ini penting bagi memastikan bekalan susu yang sentiasa mencukupi untuk anak.
6. Selain itu, pastikan minum air kosong mencukupi mengikut keperluan badan. Ini kerana, hormon Oksitosin yang dirembes sewaktu aktiviti penyusuan berjalan membuatkan anda berasa dahaga, jadi minumlah air kosong mencukupi. Selain itu, air kosong juga membantu membawa oksigen yang cukup ke otak dan ini penting untuk memastikan anda entiasa bertenaga.
7. Sentiasa tenangkan diri. Amalkan zikir Ya Matin sepanjang sesi memerah atau waktu menyusukan anak. Elakkan berada dalam keadaan tertekan atau sedih kerana ia akan mengganggu penghasilan hormon Oksitosin. Seperti yang puan sedia maklum, hormon Oksitosin sangat penting kerana ia membantu mengeluarkan susu dan memastikan aliran susu lancar keluar dari payudara.
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, minum susu sebagai sumber kalsium, makan lebih sayur-sayuran dan buah buahan kerana diet ibu menyusu perlulah berwarna warni dari bahan semulajadi. Jangan sesekali bazirkan wang membeli produk-produk yang dikatakan mampu membanyakkan susu ibu sedangkan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya boleh diambil dalam bentuk semulajadi. Adalah lebih baik membelanjakan wang dengan membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber protien dan makanan berkhasiat yang lain.
9. Akhir sekali, jika anda telah lakukan semua yang disenaraikan di atas anda bolehlah mencuba makanan yang dikatakan boleh membantu membanyakkan susu ibu. Saya akui ada sesetengah makanan atau herba yang dikelaskan sebagai ‘Galactagogue’ dikatakan mampu membanyakkan susu ibu seperti lobak putih, oat, halba, jantung pisang dan sebagainya tapi ia bukan jaminan.
Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit manfaat dan boleh dijadikan panduan dalam usaha anda meningkatkan penghasilan susu. Memang hakikat perjalanan penyusuan agak sukar di peringkat awalnya tapi percayalah berkat kesungguhan pasti akan berjaya jika anda terus bersemangat dan komited dengan rutin penyusuan yang sebenar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.