Untitled design (30)

Mana-mana ibu bapa pun pastinya mahukan anaknya menjadi orang yang berjaya suatu hari kelak. Namun kejayaan yang bakal diraih anak apabila besar nanti bukanlah satu hal yang mudah. Semuanya perlu dilakukan lebih awal, iaitu semasa anak-anak masih kecil lagi. Malah kebijaksanaan anak tidak datang sendiri. Anak yang kecil harus dirangsang untuk menjadikan mereka lebih cergas, aktif dan mempunyai otak yang bijak. Di sinilah ibu bapa memainkan peranan yang cukup kuat.

Kita nampak mudah, namun banyak perkara yang kita rasakan remeh dapat membentuk kemahiran berfikir anak setiap hari. Malah pelbagai aktiviti mudah juga dapat merangsang daya otak anak untuk menjadi lebih cergas sekaligus di asah untuk menjadi lebih bijak.

Demi menjadikan anak insan yang berguna, sukses dan hebat di masa hadapan, pastinya ada beberapa perkara yang seharusnya ibu bapa lakukan ketika anak-anak masih lagi kecil. Semua ini akan di bawa mereka sehinggalah mereka membesar.

Anak Lagi Cerdik Dan Berjaya Bila Besar, Rangsangan Perlu Tepat, Mak Ayah Perlu Persiapkan 5 Perkara Ni!

Antara usaha ibu bapa untuk merangsang perkembangan 360ᵒ anak berhadapan masa hadapan adalah seperti berikut:

Dedahkan anak dengan persekitaran
Anak kecil kita memerlukan persekitaran yang sihat kerana inilah yang menjadikan daya imun mereka lebih kuat. Bila imun anak makin kuat, tubuh juga makin cergas dan otak berkembang dengan baik. Apa yang patut ibu dan ayah lakukan adalah membiar dan mendedahkan anak dengan pelbagai perkara terutamanya aktiviti luar yang membuatkan otak anak dirangsang dengan baik. Biarkanlah anak bermain pasir, berjalan tanpa kasut sambil memegang rumput-rumput yang segar. Begitu dengan bunyi-bunyian alam serta air yang mendamaikan. Semua ini buat anak berfikir dengan lebih baik sambil menerima oksigen yang baik untuk otak.

Anak Lagi Cerdik Dan Berjaya Bila Besar, Rangsangan Perlu Tepat, Mak Ayah Perlu Persiapkan 5 Perkara Ni!

Tanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak
Anak-anak tidak akan tahu dengan sendirinya jika tidak diajar. Menanamkan nilai-nilai murni pada diri anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Ia perlu ditanam dan dipahat kemas dalam diri anak-anak semenjak mereka kecil lagi. Maka segala ilmu dan asas nilai-nilai murni perlu bermula dari rumah sebaiknya. Sikap suka membantu ibu bapa, kawan-kawan, guru, sayangkan haiwan, jaga kebersihan diri dan persekitaran perlu diterapkan sebaiknya agar mereka dapat menjadi insan yang pandai menilai baik dan buruk dan bertoleransi dengan masyarakat.

IKLAN

Anak Lagi Cerdik Dan Berjaya Bila Besar, Rangsangan Perlu Tepat, Mak Ayah Perlu Persiapkan 5 Perkara Ni!

Hantar anak ke kelas perkembangan
Kita rasa membazir, walhal pendedahan daripada kebiasaan rutin harian kita buat anak makin berminat. Menghantar anak ke kelas-kelas perkembangan dapat memberi nilai tambah kepada anak-anak kita. Bukan hanya kemahiran bahkan kemahiran sosial, cara bergaul dan sebagainya turut membuatkan anak lebih berdikari malah bijak.

Kelas-kelas kemahiran misalnya seperti kelas balet, muzik, melukis dan sebagainya bukan hanya menambah ilmu bahkan anak juga didedahkan dengan pengalaman dari pelbagai aspek kehidupan termasuklah bersosial bersama kawan-kawan, berinteraksi dan menerima arahan disamping mengikuti rutin dan disiplin di kelas perkembangan. Semua ini menambahkan lagi ilmu dan keupayaan otak anak berfikir.

Anak Lagi Cerdik Dan Berjaya Bila Besar, Rangsangan Perlu Tepat, Mak Ayah Perlu Persiapkan 5 Perkara Ni!

Bentuk rasa yakin diri dan berani
Sejak kecil lagi latih anak kecil kita untuk menjadi orang yang berani dan yakin dengan keupayaan dirinya. Elakkan perkataan ‘takut’ kerana ia membawa aura negatif. Latih anak untuk berjumpa dengan ramai orang, perkenalkan mereka dengan wajah-wajah yang asing saban hari agar dapat membiasakan anak-anak. Malah ketika membeli barang misalnya, latih anak untuk membayar sendiri supaya meningkatkan keyakinan dirinya disamping bijak membuat keputusan. Begitu juga setiap kali mereka memilih barangan sendiri. Yakinkan diri dengan keputusan mereka dan sebolehnya libatkan anak bagi mendorong mereka untuk lebih berinteraksi. Semua ini menjadikan minda anak lebih diuji.

IKLAN

Anak Lagi Cerdik Dan Berjaya Bila Besar, Rangsangan Perlu Tepat, Mak Ayah Perlu Persiapkan 5 Perkara Ni!

Ajar anak kemahiran sosial
Kemahiran sosial adalah perkara penting yang mesti diajar kepada anak bagi mempersiapkan diri mereka untuk menempuh alam persekolahan kelak. Membiasakan diri dengan orang ramai, rasa yakin dan percaya, rasa belas kasihan pada insan lain, empati serta kebolehan untuk memahami dan berkongsi emosi orang lain merupakan elemen yang perlu dirasai melalui pengalaman. Inilah yang seharusnya cuba diterapkan oleh ibu ayah dalam membentuk anak cemerlang serta menjadi insan yang berguna kelak.

Anak Lagi Cerdik Dan Berjaya Bila Besar, Rangsangan Perlu Tepat, Mak Ayah Perlu Persiapkan 5 Perkara Ni!

 

IKLAN

Lengkapkan pemakanan sihat
Anak yang sihat, cerdik dan pintar perlu disokong dengan pemakanan yang sihat, segar dan seimbang. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan makanan yang sihat dan segar serta paling utama jangan abaikan pengambilan susu kerana ia sangat berkhasiat dan dapat membantu anak membina tulang dan gigi yang kuat dengan kandungan kalsium yang tinggi.

Walaupun berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan, cubalah berkreatif supaya nutrisi penting dapat diambil anak dengan sebaiknya. Barulah minda anak makin berkembang dan badan makin sihat.

Anak Lagi Cerdik Dan Berjaya Bila Besar, Rangsangan Perlu Tepat, Mak Ayah Perlu Persiapkan 5 Perkara Ni!

EPISOD 1 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!

Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI