Besarnya pengorbanan ibu bapa untuk anak. Sama ada diberi rezeki lebih atau hidup dalam sederhana, semuanya nak beri yang terbaik. Begitu juga kasih seorang ayah buat anaknya. Orang kata kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati di FB Azri Walter mengenai kisah seorang ayah yang sanggup membawa balik teddy bear yang dijumpai di tempat sampah itu menunjukkan kegigihan ayah memenuhi permintaan anak.
“Dah lama anak nak teddy bear”
Menerusi perbualan lelaki itu, teddy bear yang bersaiz besar itu dah lama anak inginkan. Disebabkan harganya yang mahal dan secara berseloroh dia cakap harganya boleh buat beli lauk, hasrat itu terpaksa dipendamkan.
Kebetulan rezeki terjumpa teddy bear ini yang masih dalam keadaan elok di tempat sampah, apa salahnya ambil dan basuh semula. Ini pun dah buat hati anak gembira.
Pengorbanan ayah tiada nilainya
Di penghujung perkongsian saudara Azri, dia ada menitipkan kata-kata semangat buat seorang lelaki bergelar suami.
Ingatlah setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan. Mari kita semua bersama-sama terus melawan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh putus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.
Kalau rasa down, tatap sekejap wajah-wajah insan yang Tuhan amanahkan untuk kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suri rumah berkongsi detik cemas apabila anak bongsu beliau hampir menjadi mangsa culik dan rumah hampir diceroboh masuk. Beliau menyangka anak bujangnya pulang dari sekolah tapi pelik kerana ketika itu baru pukul 12.30 tengah hari. Apabila beliau datang ke pintu depan, beliau terus menjerit.
Rumah saya hampir di samun/Percubaan menculik budak
Lokasi Saujana Impian Kajang Selangor Jam 12.30pm 18.9.18
Saya berada di rumah bersama anak bongsu berumur 3 tahun. Dalam rumah mmg kecoh la suara anak bermain kan .. saya terdengar bunyi motor agak kuat berhenti di hadapan rumah tapi terlindung. Saya menjenguk tapi tiada sesiapa. Kemudian terdengar bunyi pagar hadapan di buka bunyi kuat (seperti biasa cara anak bujang bukak pagar). Biasanya pagar bermangga mungkin sebab paginya hujan jadi anak cuma selak je.
Saya jenguk dari sliding door masih tak ada nampak sesiapa (masa tu fikirkn anak bujang yang balik). Anak bongsu saya memang biasa sambut anak bujang balik jika dengar pagar di buka.. jadi anak bongsu terus meluru ke pintu (grill memang berkunci). Saya tak dengar anak jerit nama abang dia (kebiasaan dia akan ulang sebut nama) saya rasa pelik dan tengok jam baru pukul 12.30 dan pelik kalau anak saya balik lebih awal.
Saya terus menghampiri anak bongsu saya dan melihat seorang lelaki (rupa seperti warga indonesia) memakai helmet biru, bertshirt biru lusuh , berjeans lusuh dan berkasut sport (tak ingat warna) berdiri berhampiran grill rumah dalam percubaan untuk membuka (grill bermangga dan berjaring) Saya terkejut lalu menjerit , sergah kuat dan lelaki tu memang memandang tepat ke muka saya dan terus berlari keluar. Keadaan tu berlaku dalam beberapa saat je.. memang cepat tapi kesan yang menakutkan.
Masa tu Allah je yang tahu, menggigil seluruh badan saya kerana anak saya berada betul-betul di depan lelaki tu (anak saya memang jenis peramah tak takut orang). Saya bersyukur sangat kerana pintu grill bermangga.. cuma pintu kayu saya tak tutup dan selak sebab sedang menunggu anak balik. Pandangan pintu terbuka terlindung dari luar pagar kerana ada ampaian baju terjemur. Dia berlari mengikut laluan tepi tembuk bersebelahan ampaian baju kerana itu saya tidak nampak bila masa dia masuk.
Keadaan pada masa tu agak sibuk sebab waktu puncak orang menghantar anak pergi sekolah. Betapa beraninya dia datang waktu orang / kenderaan lain lalu lalang di luar.
Sebelum kejadian tu saya nampak memang ada sebuah van vanette putih tiada tingkap di belakang, parking di seberang hadapan rumah saya telah berada di situ dari jam 11am. No plat tidak nampak kerana pandangan sisi tepi dan saya memang tak berani keluar. Security di sini tidak ketat jadi sesiapa boleh masuk mengikut laluan pagar terbuka untuk menghantar, mengambil anak sekolah dan ada yang mengambil kesempatan parking di kawasan perumahan. Saya memang selalu bimbang akan keselamatam kami kerana setiap hari ada je kereta yang tidak dikenali parking berhampiran rumah kerana menunggu anak keluar dari sekolah. (AJK dan community setempat dah tau dan perkara ni pernah di usulkan ).
Selepas saya menjerit van tadi berlalu pergi.. dan motor di naiki 2 suspect berlalu pergi. Saya memang trauma untuk keluar amik plat no bimbang hal lain akan berlaku. Semasa report polis di buat.. pihak polis mengatakan van itu agak sukar di kait kan.. jadi polis fokus kepada lelaki yang menceroboh masuk diperkarangan rumah sahaja.
Polis mengklasifikasikan kejadian ni kemungkinan bertujuan untuk menyamun / percubaan menculik kanak-kanak kerana waktu tengah hari kebiasaan suri rumah yang berada di rumah.
Rumah saya biasa je.. rumah jiran lain lebih nampak mewah tapi orang ni tuju ke rumah yang ada penghuni dan ada kanak – kanak.
Suri rumah
Jika rasa masih dalam keadaan bahaya.. tak perlu lah sibuk nak kejar / ambil no kenderaan yg biasanya palsu tu.. anak lebih penting. Penjahat mgkn berpatah balik utk ambil anak kita
Asyik melekat dengan puting, menggonggong tanpa henti membuatkan ramai mak-mak mula runsing. Mana tidaknya, bukan hanya terkesan pada pertumbuhan gigi bahkan turut memberi kesan kepada masalah lambat bercakap.
Jika pelbagai usaha dilakukan termasuk melumurkan garam, limau atau benda-benda pahit diletakkan pada puting tidak menjadi, idea unik keluarga ini dipuji ramai.
Idea hebat mengikat puting pada belon helium yang dikongsikan di Tik Tok sebagai taktik untuk menjarakkan puting bagi tiga orang bayi ini menarik perhatian. Satu idea yang menarik.
Tambah gamat bila mana puting terbang ke atas dan tiga bayi berkenaan mula menangis secara serentak.
Walaupun kasihan melihat kekecewaan anak kecil ini pada puting kesayangan mereka namun ia penerimaan yang baik untuk anak kecil ini melupakan puting kesayangan mereka itu.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi dikongsikan wargamaya malah turut mencadangkan beberapa tip yang digunakan mereka kepada anak-anak. Memang menarik!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehidupan kanak-kanak sekarang dalam era kecanggihan teknologi membuatkan anak seawal usia 4 tahun ada yang sudah pandai untuk mengakses telefon pintar orang dewasa.
Untuk memastikan keselamatan, Ibu bapa atau penjaga perlu memasang kata laluan untuk sesetengah aplikasi kerana anak-anak kecil tidak memahami apa-apa dan boleh menekan apa sahaja tanpa berfikir. Kadang-kala ia boleh mengundang ‘malang’ buat orang dewasa jika tidak memantau aktiviti si kecil ini.
Menurut perkongsian Cik Miya Azira melalui grup Anak Sepahkan Apa Hari Ini? di Facebook berkongsi cerita dan sekeping gambar dimana anak saudaranya yang berusia 5 tahun memesan makanan di aplikasi Food Panda sehingga mencecah RM1800++ kerana lapar.
Antara makanan yang dipesan termasuklah, Nasi beriyani gam 14 bungkus, daging Wagyu, Kebab Rice 4 bungkus dan banyak lagi.
Kejadian ini mungkin agak lucu tapi boleh menjadi mimpi ngeri sekiranya anak saudara dia menekan klik pada button Cash on Delivery (COD). Ikuti perkongsian ini.
Alkisah last week punya cerita. Anak sedara saya, main handphone saya, then dia order food panda! Order dari restoran mahal! Nasib baik food panda apps dalam phone bukan auto order. Kalau tak, RM1800++ makanan sampai kat rumah. Berderau jantung tacik dia…nasib baik anak sedara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya. Nak makan pizza.
Edited: pesanan untuk ibu bapa sekalian..hati-hati dengan anak vs apps food panda..ada yang (Cash on Delivery) cod je..hehehe
Jumlah makanan yang dipesan sebanyak RM1,821.32. Memang betul-betul lapar si kecil ni!
Rata-rata netizen terhibur melihat jumlah makanan yang dipesan oleh si kecil ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!