Merangkak sudah, berjalan pun sudah, kini mak ayah mula risaukan anak yang masih tidak bercakap dengan lancar. Tak mahu anak lambat bercakap, beberapa aktiviti boleh mak ayah lakukan di rumah lebih awal bagi merangsang anak untuk bercakap.

Permainan sambil memperbanyakkan perkataan ketika bermain ini boleh dimulakan seawal anak berusia 1 tahun setengah. Nak tahu apa aktivitinya? Jom ikuti perkongsian Pn Wan Nur Syakira ini.

Anak Lambat Bercakap, 3 Aktiviti Ni Boleh Banyakkan Perkataan Anak 18 Bulan-2 Tahun!


3 AKTIVITI BANYAKKAN PERKATAAN ANAK 18 BULAN – 2 TAHUN

1️. Cabut sepit baju pada kad, dan masukkan dalam botol.
Sambil ibu sebut perkataan “sepit”, “botol”, “cabut” setiap kali anak buat pergerakan atau sentuh objek berkaitan.

2️. Tiup bebola kapas dari atas meja sampai jatuh ke bawah.
Aktiviti ni bantu tingkatkan fokus mata anak, dan “engagement” anak. Fokus dan “engagement” akan memudahkan anak untuk dengar perkataan.

IKLAN

3️. Pasangkan lagu yang ada video pergerakan seperti “A Ram Sam Sam”.
Semasa anak meniru pergerakan dalam video, sambil mendengar rima lagu, anak akan belajar untuk “relate’kan pergerakan dengan bunyi tertentu.

Anak Lambat Bercakap, 3 Aktiviti Ni Boleh Banyakkan Perkataan Anak 18 Bulan-2 Tahun!

Ini akan meningkatkan kecekapan pendengaran anak, yang amat penting untuk membantu anak “alert” dengan apa yang didengarnya di sekeliling, dan seterusnya memudahkan anak “catch-up” perkataan yang didengar dari sekeliling.

Mudah sebenarnya nak banyakkan perkataan anak.

IKLAN

TAPI ALERT!
Jangan sampai paksa anak bercakap. Buat aktiviti minimum 15 minit sehari, atau seeloknya dalam lingkungan 30 minit sehari untuk berikan RANGSANGAN kepada anak.

Anak secara biasanya, mula belajar perkataan dari apa yang didengarnya di sekeliling. Jadi, pastikan anak BANYAK DENGAR dari sekeliling, dalam keadaan yang tenang dan menyeronokkan.

Anak Lambat Bercakap, 3 Aktiviti Ni Boleh Banyakkan Perkataan Anak 18 Bulan-2 Tahun!

* Main dengan anak, dengan aktiviti yang bersifat multi-sensori akan sangat membantu anak untuk lebih mudah “pick-up” dan faham perkataan yang digunakan oleh orang sekelilingnya.

IKLAN

* Bila anak selalu dengar, anak dihidangkan dengan perkataan-perkataan semasa aktiviti bermain yang disukainya, maka akan lebih mudahlah untuk anak ingat perkataan tersebut.

Bila anak ingat, barulah anak lebih mudah untuk gunakan semula perkataan itu di tempat yang betul.

Artikel berkaitan: Tersalah Langkah Boleh Buat Anak Lambat Bercakap, Jauhkan Benda Ni, Rangsang Cara Tepat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI