Bila anak masuk usia dua tahun, satu hal yang membuatkan kita mula rungsing bila mana anak masih lagi tidak mengeluarkan patah perkataan yang lancar ketika bercakap. Lebihkanlah masa untuk berinteraksi dengan anak kerana inilah sahaja daya ransangan yang cukup baik untuk anak.

Namun dalam pada itu, tidak dinafikan, kelalaian kita dan kemahuan kita yang mahukan anak pintar mengikut trend semasa membuatkan anak langsung tidak mahir bercakap. Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. Jadi elakkanlah!

Tersalah Langkah Boleh Buat Anak Lambat Bercakap, Jauhkan ‘Benda’ Ni, Rangsang Cara Tepat!


Kesiannya kat si kecil tu. Rupa-rupanya dia tak mahir langsung nak bercakap (speech delay) sebab banyak sangat gangguan dekat rumah.
TV terbuka sepanjang masa.

Mak ayah pun asyik hulur gajet je kerjanya. Aduh, sedihnya. Macam ni kawan-kawan.

Si kecil kita tu terutama yang umurnya bawah setahun, otaknya hebat sangat. Automatik je akan serap semua jenis ransangan bunyi yang dia dengar.

IKLAN

Walaupun kita rasa kita dah selalu berkomunikasi, bercakap, buat bunyi-bunyian, menyanyi dengan si comel tu untuk bantu dia mahir bercakap, tetap bunyi background TV tadi buatkan fokus dia jadi kacau bilau dan tak dapat nak bezakan bunyi mana yang patut didengar dan bunyi mana yang tak patut (auditory filtering).

Tersalah Langkah Boleh Buat Anak Lambat Bercakap, Jauhkan ‘Benda’ Ni, Rangsang Cara Tepat!

Akhirnya proses perkembangan skill bercakap tu pun jadi lambat. Sebab tu saya setuju sangat dengan nasihat daripada American Academy of Paediatric. Kalau boleh si comel kita yang berusia bawah 2 tahun, tolong jangan dedahkan langsung pada gajet.

Memang efeknya jadi sangat buruk pada perkembangan speech dan language anak kita tu. Tak percaya tengoklah kajian yang dilakukan oleh team yang diketuai Dr Catherine Birken. Dr Chatherine ni sebenarnya ialah doktor pakar kanak-kanak dan jugak saintis di The Hospital for Sick Children di Canada.

IKLAN

Mereka ada kumpulkan data yang daripada 894 anak kecil berumur antara 6 bulan hingga 2 tahun dan rupa-rupanya memang confirm, bila makin lama anak terdedah pada penggunaan gadget, makin tinggi risiko terkena speech delay.

Bukan tu je. Setiap 30 minit si comel terdedah dengan gadget akan meningkatkan 49% risiko lewat bercakap (expressive speech delay)!

Tersalah Langkah Boleh Buat Anak Lambat Bercakap, Jauhkan ‘Benda’ Ni, Rangsang Cara Tepat!
Sebab tu kena cek betul-betul ‘polisi’ penggunaan gajet dan tv dekat rumah kita tu. Tak nak lah anak kesayangan kita pun jadi mangsa speech delay ni disebabkan kelalaian kita.

Bila perkembangan bahasa terhad, si kecil tu tak akan pandai nak beritahu kita apa yang dia inginkan. Tu yang akhirnya anak jadi mudah tantrum dan asyik mengamuk je memanjang.

IKLAN

Tak pasal-pasal kita pun sakit kepala. Padahal ‘polisi’ tak betul dalam rumah kita tu lah punca asalnya.

Tolong ye. Beritahu jugak info mahal ni pada ahli keluarga kita yang lain.

Dr Ahmad Luqman Bukhari .

Artikel berkaitan: Anak Lemah, Berat Susut & Susah Buang Air Besar Gara-Gara Asyik Main Gajet, Tak Kesian Ke Pada Anak!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI