Anak kecil kita yang berusia dua tahun sebenarnya sudah pun pandai bercakap dalam ayat atau ayat gabungan walaupun pelat.
Namun bila anak pada usia ini masih bercakap sepatah-sepatah sahaja, ada baiknya mak ayah berikan perhatian.
Ada kemungkinannya cara kita sendiri merangsang anak itu yang kurang tepat. Ini yang boleh anda perhatian melalui perkongsian Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Ruby Atika.
Anak umur 2 tahun ke atas sudah boleh bercakap ayat pendek, gabung perkataan. Walaupun pelat atau hujung-hujung saja bunyinya, tapi dia bercakap dalam ayat.
Kenapa anak yang speech delay ni, masih cakap sepatah-sepatah saja, walaupun dah lebih 2 tahun?
1) Jumlah perkataan dia belum mencecah 50.
2) Kalau dah lebih 50 pun, semuanya kata nama. Sikit sangat kata kerja.
Ads
3) Dia hanya ingat 1 perkara pada 1 masa. Bila suruh ambil 2 barang, selalunya dia akan tersilap atau kita kena ulang arahan, baru dia ambil betul.
4) Bila bermain, dia hanya main 1 objek. Dia belum tahu nak gabung beberapa objek untuk tema permainan tu. Cara bermain tu, hanya 1 idea saja.
5) Buku gambar yang ibubapa belikan semuanya gambar objek, haiwan, kenderaan, buah-buahan, bentuk, warna, abc 123.
Ads
6) Setiap kali anak sebut, dia cakap pelat dan ibubapa sibuk sangat nak betulkan pelat tu. Padahal dia baru saja fasa cakap sepatah-sepatah.
7) Terlalu banyak ayat tanya. Ni apa? Tu gambar apa? Baju warna apa? Ni apa ni? Maka anak pun jawab sepatah saja setiap kali ditanya soalan.
8 ) Ibubapa tak tahu nak cakap apa. Pelik, tetapi wujud dan benar.
9) Pengaruh tv menyebabkan dia cuba nak cakap panjang macam dlm kartun tv tu, tapi yang keluar semuanya bahasa jargon. Hanya sepatah saja yang difahami. Yg lain semua @&£-@@+-#£
Ads
Biasanya saya tulis sampai 10. Kali ni tulis sampai 9 jelah. Buat ibubapa yang masih atas pagar, dia rasa anaknya ok saja, fikirkan semula.
Umur anak akan terus meningkat. Sedar-sedar saja dah 5 tahun. Siapa yang masih tunggu tarikh appointment tu, jom belajar dulu dalam fb Ibubapa Prihatin. Tak rugi pun belajar.
Dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil memang banyak cara yang dipraktikkan oleh setiap ibu ayah. Ada yang tegas orangnya dan ada juga yang jenis lembut. Memang tak dinafikan setiap orang ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak.
Tapi nak tahu cara yang diguna pakai itu berkesan atau tidak, cuba lakukan seperti yang dikongsi oleh Siti ‘Aisyah Rozalli ini. Antara marah dan pujuk si kecil ternyata keduanya mempunyai kesan yang tersendiri.
Beberapa hari ini, saya buat eksperimen.
Saya tengok beza tindak balas anak antara saya marah dengan saya pujuk.
Abang Husam yang baru 4 tahun jagung tu meraung.
“Aufa ketuk Husam!!!!”
Maka….
Dipendekkan cerita, saya pun mintalah Aufa mohon maaf pada abang dia.
Saya marah Aufa.
Saya cakap dengan nada keras.
“Aufa! Tiup abang balik! Cakap sorry kat abang!”
Hmmm… Nak tahu apa jadi?
Aufa keraskan badan dia, sungguh-sungguh tak mahu salam dan minta maaf pada Husam.
Kenapa? Sebab dia berada dalam MOD DEFENSIF. Otak Aufa kata : “Awak tengah kena marah ni! Defend diri!”
So, Aufa pun freeze. Siap silang tangan kat dada, kerut kening.
Nampak macam melawan kan?
Tapi, sebenarnya Aufa cuma “mirror” reaksi marah saya pada dia. Otak dia tak dapat proses apa yang dia perlu lakukan. Yang dia tahu, dia sedang kena marah, badan dia kena manipulate (sebab saya bawa tangan dia suruh salam abang), maka dia kena selamatkan diri dia dengan FREEZE kan badan.
Reaksi survival manusia.
Maka…. Saya pun tukar method.
Kan tengah eksperimen tadi kan?
Saya pause dalam 2 minit.
Masih pegang tangan Aufa. Tapi, lepas tu saya tarik perlahan dan dudukkan di pangku.
Sambil usap-usap belakang Aufa, cium sikit dahi dia…
Aufa pandang abang dia. Masih senyap. Kesan kena marah tadi…
“Jom kita tiup abang nak? Aufa tiup boleh?”
Aufa masih tak bergerak. Tapi, dah tak melawan bila saya bawa dia dekat ke abangnya.
“Tiup jom”
Macam magik. Terus datang dan tiup abang.
“Aufa cakap sorry abang, salam abang”
Sekali lagi macam magik.
Terus cakap “torry abang” dan salam abang berlaga dahi sebab masing-masing nak cium tangan
So, apa kesimpulannya di situ?
Bila kita marah anak, tunjukkan reaksi marah, dan paksa anak bergerak ikut apa yang kita nak dalam keadaan kita sedang marah….
Anak akan masuk MOD SURVIVAL /DEFENSIF.
Ada anak FREEZE atau WITHDRAW. Dia tegak. Tak boleh buat apa. Ada anak yang akan sekalikan dengan tangisan. Ada anak yang akan bawa diri ke sudut bilik.
Ada anak FIGHT. Maka, bila kena marah, dia memukul, menjerit, meraung kemarahan.
Apa nak buat?
KITA DULU KENA TENANG, GROUNDED DAN USAHA UNTUK FAHAM REAKSI ANAK KITA.
Macam mana nak buat?
LEARN = Sentiasa belajar ilmu-ilmu parenting yang praktikal, ilmu pengurusan stress, ilmu pengurusan anak yang betul dan positif (bukan toxic positive ya. Tapi, practically positive)
UNLEARN = Hilangkan ilmu-ilmu yang tak betul dan tak praktikal dan tak sesuai dengan sifat kita dan anak.
RELEARN = Belajar semula, remind diri kita tentang ilmu-ilmu yang kita pernah tahu. Cari circle yang membina.
Mama, Ayah…..
Nak urus anak, kena make sure emosi kita terurus ya.
Anak kecil sekejap saja.
Saya doakan kita semua berjaya menjadi ibu ayah yang sentiasa berusaha menjaga emosi agar boleh menyalurkan kebaikan kepada anak kesayangan.
Siti ‘Aisyah Rozalli
Jadi mak ayah, sebelum bertukar jadi marah tu sila tenangkan diri dahulu. Tarik nafas Panjang-panjang dan faham situasi anak-anak sebelum ambil tindakan. Bukan tak bagi marah langsung, tapi kalau boleh cuba berlembut kerana dengan cara itu anak juga akan lebih tenang dan emosi mereka juga tidak terganggu dengan perasaan marah.
Membesarkan anak-anak pada zaman sekarang bukan satu tugas yang mudah. Pendedahan kepada teknologi dari awal usia membuatkan mereka kurang berekplorasi dengan alam selain emosi dikawal oleh gajet.
Selain itu, aras akademik yang semakin tinggi juga sedikit sebanyak membuatkan anak-anak kita pada masa kini turut tertekan.
Perkongsian daripada Wawa Shauqi tentang kenapa kanak-kanak zaman sekarang lebih mudah stress daripada anak zaman dulu menerangkan apakah sebab utama mereka ini mudah tertekan.
Menurut Wawa ada 3 sebab utama yang perlu dikenal pasti oleh ibu bapa hari ini. Menurut wanita ini juga, sesekali ibu ayah perlu cuba selami hati dan perasaan anak-anak untuk ambil tahu apakah cara didikan kita itu adil buat mereka.
Kenapa kanak-kanak sekarang lagi senang stress dari anak zaman dulu?
Saya TERJAGA,
TERSENTAK,
TERBUKA MATA
bila dengar satu patah ayat dari Puan Ummu Aminah dalam live semalam.
Katanya, “Kanak-kanak sekarang sangat fragile. Kalau dulu, anak-anak masih boleh ‘jadi orang’ bila dirotan. Tapi sekarang dah tak boleh. Sebab anak-anak sekarang fragile macam kaca.”
3 Sebab Utama Yang Perlu Kita Kenal Pasti
Kenapa anak zaman sekarang lebih ‘fragile’?
Zaman dulu, anak-anak belajar membina ketahanan diri dari aktiviti bebas di luar rumah. Bebas panjat pokok, terjun sungai, lompat atas lopak dan main atas batas sawah.
Tapi zaman sekarang, ramai kanak-kanak duduk di bandar. Rumahnya jarangkan bertanah. Kalau bertanah pun sekangkang kera. Atau tak ada sungai dan pokok untuk diteroka.
Kebebasan eksplorasi juga terpaksa dikawal disebabkan jenayah yang berleluasa. Aduhai. Saya sendiri pun, macam ni.
Jadi, janganlah pekik kami kalau nampak saya dok bagi semangat kat anak yang sedang panjat pokok atau join anak mandi hujan.
Peluang eksplorasi anak saya ni dah tak banyak. Sebab itu saya tak larang anak saya buat benda yang dia sudi nak mencuba. Walaupun nampak bahaya. Insya Allah, saya pantau sebaiknya.
Saya percaya, BANYAK MELARANG bukan sahaja menyekat kemahuan anak nak meneroka. Malah, membantutkan daya tahan fizikal serta emosi anak.
solusi: tengok gambar
Bila anak ada cetusan emosi, mereka sepatutnya belajar untuk melepaskan dan menyalurkan dengan cara yang betul.
Biasa tak bagi anak henfon bila mereka menangis?
Alah.. trik ni saya pun pernah buat. Terutama kalau kat tempat yang mereka tak boleh bising. Sebenarnya, tak sihat tau. Tapi, kalau sekali sekala buat menyelamatkan keadaan dan sebagai solusi terakhir, ampunkanlah diri sendiri.
Yang bahaya bila kita beri kepada anak HAMPIR SETIAP KALI mereka menangis.
Rupanya, bila kita buat macam ni, kita akan didik mereka bahawa henfon adalah tempat untuk mereka bergantung, setiap kali mengalami emosi yang tak best. Walaupun bila dah besar.
Bila sedih, kecewa, marah, henfonlah solusi. Jadi mereka tak belajar bagaimana cara yang betul untuk mengendali emosi. Dan tak tau bahawa, komunikasi adalah salah satu bentuk yang sihat untuk salurkan emosi.
Nak-nak pula, internet di henfon ni, ‘membawa’ anak kita ke mana sahaja tanpa sempadan. Mudah sangat untuk anak dapat pengaruh negatif dalam fon tu. Dari TikTok, Bigo semua tu, tiba-tiba, anak kita dah bertukar jadi seorang yang tak pernah kita didik. Nauzubillah…
Ini belum lagi menyentuh bab persaingan. Bersaing siapa pakai fon paling canggih, siapa yang nampak lagi cool, lifestyle siapa paling menarik, semua ini ibarat persaingan anak zaman kini di media sosial.
Sekolah sepatutnya medan untuk anak berjuang dalam akademik.
Walaubagaimanapun, sistemnya menyediakan satu acuan yang perlu di’fit’ oleh semua kanak-kanak. Disebabkan terlalu nak fit kanak-kanak dalam satu sistem tu, kita mak pak ni dah tak ambil kira sama ada anak tu : – cukup asas atau tak – dah bersedia atau tak – types of learning anak tak sesuai dengan cara pembelajaran di sekolah – mengenepikan fitrah mereka untuk bermain – mengenepikan keperluan emosi mereka – ketinggalan perkembangan lain seperti perkembangan emosi, fizikal, spiritual, komunikasi, urus diri dll – dihalang untuk tonjolkan bakat dan potensi lain
Usaha untuk anak jadi pandai adalah usaha yang sangat baik. Anak-anak kita memang perlu kita latih untuk mampu beradaptasi dengan sistem sekolah.
Tapi, jangan kerana terlalu fokus nak anak capai akademik, kita terlupa untuk bangunkan perkembangan anak yang lain. Especially perkembangan emosi.
Kita lupa yang perkembangan emosi yang sihat inilah yang menentukan anak tu ada kemampuan yang besar untuk cope stress atau tidak. Dan bila dah besar, mampu beradaptasi dengan orang lain, mampu tahap tekanan, dan tak cepat melatah bila diuji.
Niat yang baik tak menjamin usaha yang betul.
Usaha yang baik tak menjamin tindakan yang bijak.
Sesekali, kita pandanglah mata anak-anak. Selami hati mereka. Duduk di tempat mereka dan cuba dalami perasaan mereka. Adakah selama ini mereka melihat kita sebagai seorang yang adil dalam mendidik.
Sumpah, saya kalau buat gitu, selalu keluar segala rasa kesal. Nasib baiklah kita sentisa ada peluang untuk belajar dan betulkan silap kita. Tau apa yang paling saya struggle dalam dunia parenting ni?
BALANCE.
Ada beberapa pakar mengibaratkan parenting ni ibarat main layang-layang; perlu pandai bila nak lepaskan atau tarik tali layang-layang yang sedang di udara.
Macam mana letihnya nak balancekan layang-layang tu, macam tulah nak balancekan dunia parenting.
Ada hari yang saya keletihan mental, emosi dan fizikal untuk ‘play balance’, saya hanya biarkan anak-anak buat ikut sukati mak bapak diorang.
Tapi ada hari yang saya dapat kekuatan, saya perlu mainkan semula ‘balance’ ni. Ia sangat susah. Tapi inilah perjuangan kita, kan! Kepada ibu bapa yang baca tulisan ini,
forget your past mistakes and let’s start over. Relearn and redo.
Kalau Allah sentiasa buka pintu taubat untuk hambanya yang bersalah, kenapa kita perlu tutup ruang kita untuk mencuba semula. Ini perjuangan kita.
Semoga kita mampu melahirkan anak-anak yang resilient & strong from inside. Yet loving & caring with others.
Pernah tak kat rumah tiba-tiba anak datang mengacau. Masa tu jugaklah kita tengah sibuk ada benda yang perlu diselesaikan dengan segera. Itu tanda mereka perlukan perhatian daripada ibu dan ayah.
Mungkin sahaja tanpa sedar, kesibukan kita buat tangki emosi anak-anak jadi kosong. Bukan sahaja sibuk kerana perkara yang penting malah disebabkan perkara yang kita sendiri tak sedar boleh sebabkan anak rasa terpinggir dan tidak disayangi.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Taufiq Razif bila tangki emosi anak kosong yang boleh membuatkan anak-anak mengacau ibu dan ayah tanpa sebab.
Anak selalu kacau kita?
Boleh jadi Tangki Emosi ( Emotional Tank ) anak sedang kosong sebab :-
– kita banyak fokus pada anak yang lain
– kita banyak fokus pada TV dan handphone
– fikiran kita banyak menerawang sangat
– kita kurang peluk dia
– kita selalu sibuk
Anak kita ni umpama handphone
Walaupun mereka nampak tak kisah
Tetapi sampai satu masa ‘bateri dalaman’ mereka akan habis
Ketika itulah anak anak kita sedang dalam keadaan CONNECTION SEEKER :-
– Mereka akan merengek
– mereka akan gelisah
– mereka akan tanya kita macam macam
– mereka akan cari kita sampai jumpa
– mereka akan naik belakang kita
– mereka akan ikut kita ke mana saja
– mereka akan kacau kita
– mereka akan buat apa sahaja untuk dapat perhatian kita
Itulah kenapa kita sebagai mak ayah WAJIB buat benda ni :-
Jika anak masih kacau kita, jangan marah mereka dan tengking mereka. Ketahuilah anak kita bukanlah Attention Seeker seperti yang kita sangka , mereka cuma Connection Seeker yang perlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibubapanya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.