Anak-anak lelaki menjadikan ayah sebagai contoh. Layanan si ayah pada ibu akan menjadi ikutan. Kalau ayah lemah-lembut, hormat dan sentiasa berlembut dengan isteri, itu jugalah layanan yang akan mereka berikan kepada ibu. Sebab itulah, penting untuk ayah tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Tahukah anda, anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan penuh kasih sayang akan membesar menjadi invididu yang hebat dan cemerlang?
Seseorang yang bergelar ayah akan menjadi lebih bertanggungjawab menjaga dan memastikan anak tersayang sentiasa dilindungi dan disayangi sepenuh hati. Daripada semua perkara tersebut, ada satu perkara penting yang ayah boleh buat dan akan memberikan impak besar dalam hidup seorang anak. Apakah dia?
Nampak ‘simple’ tapi kesannya sangat besar. Mencintai dan menyayangi ibu anak anda adalah perkara terhebat yang anda boleh lakukan untuk si kecil!
2. Layan & hormat isteri
Ads
Cara anda layan dan tunjukkan kasih sayang pada isteri sangat penting kepada anak. Apabila anak melihat yang papanya sangat menyayangi mama, mereka akan faham erti kasih sayang. Anak lelaki belajar bagaimana cara yang betul menyayangi dan menghormati wanita bila mereka besar nanti. Anak perempuan pula belajar bagaimana sepatutnya seorang lelaki patut melayan wanita yang dia cintai.
3. Sentiasa tunjukkan emosi positif pada anak
Mencintai ibu anak-anak anda sebenarnya cara terbaik memupuk nilai kasih sayang dalam diri anak. Cinta dapat menggalakkan dan memberi inspirasi kepada anak untuk sentiasa berkasih-sayang, hormat-menghormati dan bertolak-ansur dalam kehidupan. Mereka tidak belajar nilai tersebut daripada buku tetapi mempelajarinya daripada pemerhatian terhadap kedua ibu bapa.
Ads
4. Keharmonian membentuk kebahagiaan
Rumah yang bahagia dan penuh rasa cinta akan melahirkan anak-anak yang gembira dan ceria. Ia penting untuk membantu perkembangan dan tumbesaran positif anak. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan dilimpahi kasih sayang yang cukup akan membesar sebagai anak yang hebat.
5. Sentiasa tunjukkan kasih sayang
Ads
Apabila papa dan mama sentiasa berkasih sayang dan tak bergaduh depan anak-anak, tentu impian anda untuk mempunyai anak yang berakhlak dan mendengar kata akan terlaksana.
Kerjasama dua belah pihak sangat penting untuk melahirkan anak yang positif tingkah lakunya. Anak dapat merasakan ikatan yang hebat dalam pasukan papa dan mamanya, dan mereka tahu bukan hanya seorang sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendidik mereka menjadi anak yang baik tetapi sebaliknya dua orang penting bekerjasama memastikan si kecil sentiasa berada di landasan yang betul.
Jadi, bila sudah bergelar ayah, kasih sayang anda bukan sekadar untuk anak, tetapi terus cintai dan sayangi ibu anak-anak anda seperti zaman bercinta dulu bahkan patut lebih lagi. Ia akan memberikan faedah yang sukar dinilai dengan wang ringgit!
Membesarkan anak-anak di zaman serba moden ini memang sangat mencabar. Pelbagai cara dan teknik keibubapaan digunakan demi untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang baik dan berakhlak.
Dalam pada ibu bapa sibuk mempelajari pelbagai teknik keibubapaan, jangan sesekali melupakan keampuhan doa sebagai senjata seorang mukmin.
Ada pelbagai surah-surah dalam al-Quran yang boleh menjadi amalan doa terbaik dalam kehidupan setiap manusia.
Perkongsian video di akaun TikTok n.dibsy mendapat perhatian wargamaya apabila ramai kagum dan memuji cara seorang ayah mengalunkan ayat suci al-Quran kepada bayinya yang baru berusia dua bulan.
Dengan kapsyen yang ditulis, “Ingat tak dulu Uwais 3 bulan surah Ad-Dhuha, now adik dia Maryam 2bulan surah Taha” menunjukkan bahawa ibu dan ayah anak ini sememangnya sudah biasa membacakan surah-surah al-Quran kepada dua orang anaknya.
Pesanan untuk para ibu bapa, daripada kita asyik membebelkan anak lebih baik kita buat amalan doa surah Taha ayat 1-6 sebagai salah satu usaha untuk melembutkan hati anak dan mudah mendengar kata.
Menurut sumber dalam Hijabista, surah Taha adalah surah yang ke-20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembutkan hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas, degil untuk beribadat kepada Allah SWT.
Boleh diamalkan sebagai ayat pendidinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk IIslam pada hari tiu juga di hadapanan
Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan Surah Taha
Rajnlah amalkan ayat 1-5 Surah Taha. Ini adalah salah satu doa untuk melembutkan hati suami, isteri dan anak yang kurang mendenar kata, yang tak mahu solat, mudah marah dan berhati keras.
Maksudnya:
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurukan al-Quran kepadamua (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahmaan yang bersemayam di atas ‘Arasy.
Ayat ini seeloknya dibaca tiga kali. Kemudian hembuskan ke muka atau ubun-ubun anak dan pasangan yang sedang tidur nyenyak. Hembus pada waktu mereka sedang menarik nafas masuk.
Kenapa dibuat pada waktu malam? Ini kerana waktu tidur, jiwa anak-anak dan suami/isteri berada dalam keadaan tenang.
Semoga Jadi Anak Solehah
Meninjau ruangan komen, ternyata ramai mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa yang mendidik anak mencintai al-Quran sejak usia bayi lagi dan turut mendoakan si comel membesar sebagai anak solehah dan terus mencintai al-Quran.
Nak Menang hadiah 2 TIKET masuk ke GENTING SKYWORLD, daftar di SINI
Membaca buku dengan anak-anak ni seronok kan? 5-15 minit “masa emas” dengan anak. Bonding time yang inshaAllah anak akan ingat sampai bila-bila.
Menerusi perkongsian Puan Azila Ghani, berikut 5 TIPS yang boleh mommies buat semasa membaca buku dengan anak kesayangan.
1) PILIH SEBUAH BUKU YANG SESUAI.
Buku yang nak dibaca bersama mestilah menarik minat ibu dan anak. Contoh anak suka cerita dinosaur. Pilih buku berkaitan dinosaur yang best-best dan sesuai dengan usia anak.
2) LETAK EMOSI DALAM SETIAP CERITA.
Baca dengan nada berirama. Intonasi ada naik dan turun. Bukan straight je. Kita kan bercerita kepada anak. Reading to “child” not “chair”..okay?
3) LIBATKAN ANAK SEMASA SESI BERCERITA.
Tanya anak apa yang berlaku. Ini apa? Objek ni warna apa? bentuk apa? Untuk anak yang sudah pandai membaca, cuba mommies sebut perkataan tu dengan salah. Nanti tengok, happy betul diaorang betulkan kita. Then boleh inform anak its okay to make mistake, dear.
4) MASUKKAN BUNYI.
Buat kesan bunyi yang mantap. Huarghh, kebaboom, splish-splash. Over pun tak apa, its okay! Ini cara untuk taknak bagi anak boring.
5) LAST BUT NOT LEAST, MESTI ENJOY!
Ini part last yang penting tau. Anak kadang tahu apa emosi kita. So jadikan masa membaca ni sebagai masa berkasih-sayang. ‘Bonding time’.
Jadi inshaAllah, bila anak bersama dengan buku, diaorang akan kaitkan dengan kasih-sayang. Sekian
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bedak Sejuk Campuran Beras Pulut, Kunyit & Kulit Kayu Manis, Mama Hamil Pun Boleh Cuba Pakai
Bedak sejuk memang sejak dari dahulu lagi menjadi amalan nenek moyang kita. Bagi ibu-ibu hamil, adakalanya mengalami masalah jerawat, kulit kering dan tona tidak sekata. Pemakaian bedak sejuk mampu merawat kulit wajah di samping menjadikan kulit lebih halus dan anjal.
Apabila jerawat mula menghinggapi kulit wajah, solekan setebal mana pun tidak mampu menyembunyikannya. Apa kata anda cuba bedak sejuk versi cara cepat dan mudah. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Boleh buat untuk stok dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Tidak sesuai simpan di luar, bimbang berbau atau pun berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut
Kunyit hidup
Kulit kayu manis
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Basuh beras pulut dan rendamkan semalaman atau sejam (ikut mana kita suka)
2. Buang kulit kunyit (kuantiti kunyit ikut kesesuaian dengan beras pulut)
3. Kisar kering beras pulut bersama kunyit (jangan dicampur dengan air)
4. Campurkan kulit kayu manis. Jangan terlalu banyak. Takut panas muka. Boleh guna setengah sudu kecil. Kemudian kaccau hingga sebati.
5. Kulit kayu manis ikut suka sama ada hendak tumbuk atau pakai serbuk yang sedia jual di kedai.
6. Simpan di dalam bekas. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. Barulah tahan lama
7. Apabila hendak pakai, ambil sedikit, barulah campur dengan sedikit air.
BERIKUT LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT BEDAK SEJUK VERSI CEPAT DAN MUDAH:
Kisar semua bahan dengan kaedah kisar kering ikaitu tanpa dicampur dengan air.
Simpan di dalam bekas yang tertutup dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Ambil sedikit untuk digunakan.
Campurkan dengan sedikit air.
Sapukan rata pada seluruh kulit wajah.
Sebenarnya kita boleh mempelbagaikan ikut kesesuaian kulit muka kita. Ada orang suka campur madu dan asam jawa. Boleh jugak buat masker dengan putih telur. Dan tiga bahan ini juga kita boleh olah buat skrub badan juga.
Apa yang menarik tentang bedak sejuk kunyit + kulit kayu manis ini? Sebenarnya ia boleh membantu untuk mengecutkan jerawat, menegangkan kulit wajah dan menghilangkan gatal-gatal resdung pada kulit muka.
Kunyit memiliki sifat antikeradangan dan antioksidan yang penting untuk mengubati masalah kulit. Menggunakan kunyit sebagai pupur wajah bukan saja dapat meredakan keradangan akibat jerawat, malah mampu mengecutkan jerawat dan mengurangkan kemunculannya.
Sumber kredit: Hanie Inara via Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.