Anak lelaki kalau ikut muka ibunya, ‘sejuk’ kata orang tua-tua. Baru-baru ini sempena hari jadi Mira Filzah, suaminya Wan Emir Astar telah berkongsi foto Mira Filzah semasa kecil. Kalau diamati betul-betul foto Mira Filzah semasa kecil, anak mereka, Wan Khair Amir mirip Mira Filzah.
Anak Lelaki Kalau Ikut Muka Ibu, ‘Sejuk’ Kata Orang Tua-tua
Pengasas jenama hijab Mira Filzah ini mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
*Bukan sahaja mempunyai iras wajah yang sama, perangai, cara senyum, ketawa, semuanya sama dengan ibunya.
Kesimpulannya walau iras siapa pun wajah kita, semestinya ada sebab kejadian Allah ini. Bersyukurlah dan sentiasa mengingati asal usul kita dari mak ayah kita.
Anak ada ekzema, ibu ayah boleh bantu dengan membuat 16 perkara ini supaya kurang gatal dan rasa tidak selesa!
Ekzema ialah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah.
Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema , Eczema herpeticum, Nummular eczema, Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang paling banyak dihidapi bayi dan kanak-kanak.
PENCETUS EKZEMA
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk.
Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada si manja ialah:
-Pendedahan kepada bulu binatang
-Penggunaan bahan kimia pada kulit
-Pemakaian fabrik sintetik
–Panas dan berpeluh
–Cuaca kering dan sejuk
-Kulit terlalu kering
5 SIMPTOM EKZEMA
1.Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok.
2.Lokasi tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala.
3.Terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku.
4.Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi.
5.Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.
Sebaik-baiknya, bawalah anak mendapatkan rawatan dan diagnosis daripada doktor pakar kulit terlebih dahulu.
BAGAIMANA MENGAWALNYA? PASTIKAN BUAT 16 PERKARA INI!
Ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali. Yang boleh dilakukan ialah mengawalnya agar ia tidak tercetus dan menjadi semakin teruk.
Walau pun tidak mampu menyembuhkan 100%, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.
1)Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk.
2)Elakkan permaidani
3)Elakkan memelihara binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah buat sementara waktu sehingga ekzema anak hilang.
4)Sapuan pelembap. Pelembap kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
5)Kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
6)Tuaman menggunakan pek ais mengurangkan kegatalan.
7)Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
8)Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian. Kalau ekzema tengah flare di bahagian mukanya, boleh pakaikan bayi dengan sarung tangan.
9)Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan. Bukan garu!
10)Amalkan penyusuan susu ibu. Tapi ibu perlu elakkan dari memakan makanan yang pencetus alergi.
11) Bila anak mula makanan pejal, elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang boleh menimbulkan alergi dan kegatalan. Pendedahan kepada bahan ini yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus.
12)Segera mencuci mulut anak setiap kalu selepas makan kerana ia juga boleh menjadi punca ekzema menjadi teruk.
13)Jangan berlengah menukar lampin untuk mengelakkan kerengsaan akibat ekzema semakin teruk.
14)Selepas mandi, elakkan mengelap dengan cara menggosok, sebaliknya hanya melalukan dan menekan lembut sahaja kulit anak untuk mengelakkan kelembapan semula jadi kulitnya hilang.
15)Pakaikan bayi dengan pakaian yang tidak menyebabkannya panas dan berpeluh. Pakaian yang berpotongan longgar, nipis dan menyerap peluh seperti kain kapas amat disarankan.
16) Sapukan bayi dengan krim pelembap setiap kali selepas mandi terutama sekali pada bahagian yang terbabit ekzema.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang semua ibu bapa akan mengatakan risau jika anak masih tak tahu membaca lagi. Sebenarnya, persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
10 TIP MENGGALAKKAN ANAK MEMBACA BUKU
Salah satu cara untuk menggalakkan kanak-kanak membaca ialah:
1.Terangkan kepada kanak-kanak boleh membaca walaupun jika mereka tidak pasti apa yang dinyatakan menerusi cetakan.
2.Pilih cerita yang tahapnya yang biasa dan ia boleh dibacakan semula.
3.Mula dengan membaca gambar, menjelaskan dalam bahasa yang mudah apa yang dilihat. Gunakan pengetahuan anda terhadap jalan cerita dan isyarat visual dalam ilustrasi untuk menerangkan secara perlahan apa yang berlaku.
4.Baca satu halaman pada masa yang sama, berhenti untuk memberi kanak-kanak menyerapkan komen anda.
5.Ajak kanak-kanak yang boleh membaca sendiri untuk membaca halaman selepas anda membaca (gambar) dua atau tiga halaman.
6.Berterusan menggalakkan kanak-kanak yang boleh membaca dan juga yang tidak boleh membaca untuk mengambil bahagian.
7.Bertanya kepada kanak-kanak yang terhenti sewaktu membaca, pandu mereka kepada isyarat visual pada halaman buku.
8.Melalui penceritaan, tanya soalan menggunakan ayat mudah atau sebahagian ayat sahaja.
9.Tunjukkan cara belajar membaca gambar atau ilustrasi. Teruskan membaca ilustrasi sehingga kanak-kanak selesa dengan rutin membaca.
10.Melayani pertanyaan semasa bercerita dengan menjawab dan bincang pertanyaan oleh kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sesebuah pendidikan keluarga, perlunya ada keseimbangan dalam mendidik anak-anak. Perlu ada elemen berlawanan. Seperti lumrah hidup, panas mesti ada sejuk. Besar dan kecil. Kuat dan lemah. begitu jugalah keluarga
Anak-anak ni kalau dua-dua ibu bapa lembut hati sangat. Kurang seimbang jadinya. Kekadang mereka tidak akan takut dan terlebih manja. Tu yang tak dengar cakap, taknak dengar arahan, suruh buat itu tak mau, lambat, bertangguh, dan sebagainya. Dah mak ayahnya lembut hati.
Kalau dua-dua tegas dan garang pun tak seimbang sangat. Takut anak-anak tidak merasa tenteram pula dirumah. Berasa seperti diri tak disayangi
Tapi, kalau salah seorang samada ibu atau bapa garang dan tegas, maka akan jadi seimbang. Anak akan lebih mudah mendengar kata. Anak akan mudah mendengar kata orang yang dia takut.
Contohnya yang paling ditakuti / tegas ialah ayah, makan lebih mudah si anak mendengar kata ayah. Ibu yang lembut pula berfungsi sebagai penyejuk dan pemujuk. Dan si ibu pula boleh lah menggunakan peluang yang ada pada ketegasan si bapa kalau tak berapa nak dengar kata ibu.