Anak Lelaki Kita Tak Sama Macam Anak Perempuan, Perkembangannya Lambat Sikit!

Share

Setiap perkembangan anak kita berbeza-beza, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Namun satu hal yang ibu perlu ketahui adalah menjadi perkara biasa bila anak lelaki kita sedikit lambat perkembangannya. Jadi ibu jangan mudah panik ya.

Menurut Puan Aisyah Kassim, Patalogis Pertuturan Bahasa daripada Aisyah Kassim Academy, perkembangan anak lelaki sememangnya sedikit lambat namun ia tidak membimbangkan selagi berada pada usia yang tepat.


Ya BETUL..

Memang perkembangan kanak-kanak lelaki lebih lambat sikit berbanding anak perempuan, termasuk la bercakap. Tapi sikit saja tau.. Hanya 2-3 bulan sahaja.

Dan kena ingat lambat sikit tu tak terkeluar dari JULAT PERKEMBANGAN NORMAL KANAK-KANAK.

Contoh: Purata kanak-kanak start bercakap pada usia 1 tahun. Mungkin kanak-kanak perempuan dah start sebut perkataan pada usia setahun, tapi kanak-kanak lelaki sebut perkataan pada usia 1 tahun 3 bulan.

Kalau dah lebih dari 1y 6m dan masih lagi tidak sebut perkataan bermakna, jaga-jaga, sebab ianya dah masuk border line speech delay yang ringan. Jika dibiarkan, akan makin teruk lah.

Tapi tak kisahlah lelaki ke perempuan, tugas kita jangan berhenti beri rangsangan. Tak mustahil anak lelaki lebih cepat bercakap dari anak perempuan jika rangsangan yang diterima lebih banyak.

Apa yang ibu boleh lakukan di rumah adalah sentiasa merangsang anak setiap hari. Jangan pernah jemu bagi melihat perkembangan anak yang lebih progresif.

IKLAN