Anak Main Sabun Jangan Larang, Aktiviti “Sensori Bin” Buat Anak Makin Hebat!

Share

Bilik air di rumah kita antara ruang yang berbahaya untuk anak kecil kita bermain. Pun begitu ruang inilah juga yang mampu mencipta keseronakkan pada anak-anak kecil. Anak-anak makin galak dan gembira bila bermain dengan air di rumah. Inilah kesempatan yang patut diambil oleh ibu bapa untuk merangsang sensori anak kecil kita.

Aktiviti Sensori Bin, bermain dengan air sabun antara yang boleh dicuba ibu bapa buat si comel. Pun begitu, bukan biarkan sahaja anak tetapi di pantau sepanjang anak bermain. Sesekali berikan arahan untuk anak menangkap mainan dan arahkan mainan di bawa ke bekas yang lain. Memang menyeronokkan.

Aktiviti yang dikongsikan oleh Puan Sabariah Sareh Saad ini nampak ringkas tetapi cukup membantu dalam perkembangan sensori anak kita.


Aktiviti “Sensori Bin” (tangkap haiwan dalam air sabun+ais )

Bahan-bahan:-
Pelbagai jenis haiwan mainan
Ais kiub
Sabun
Penyepit makanan
Penapis air
Basin mandi/storage box/bekas besar

Letak haiwan mainan dan ais dalam bekas atau basin mandi anak.

Kemudian letak bancuhan sabun untuk efek banyak buih. Bagi arahan anak tangkap haiwan tersebut guna penyepit dan penapis.

Ransang Deria Anak
Jangan tak tahu aktiviti seringkas ini mampu menjadi aktiviti yang cukup menyeronokkan buat anak-anak kita. Bukan itu sahaja malah ia mampu merangsang deria anak dengan struktur sabun, mainan itu sendiri malah sabun yang licin serta air yang sejuk. Inilah keberanian si kecil dalam meneroka. Memang menarik.

Ini manfaat yang dikongsikan oleh Puan Sabariah.

-Ransang deria rasa nak contohnya ais rasa sejuk dan buih sabun rasa licin dan wangi.

– Motor skill anak akan berkembang dengan baik untuk skill mencedok bagus untuk latihan kuatkan pergelangan tangan.

– Meningkatkan daya kreativiti anak-anak dalam bermain.

Ps: Imani Syifa main aktiviti ni berejam al-maklum la main dalam bilik air kemain pesta air dia.

IKLAN