Salah satu untuk merangsang perkembangan anak adalah dengan memberi mereka pendedahan kepada rancangan TV yang memberi manfaat kepada si manja. Baharulah syok! Sambil menonton boleh belajar juga. Tahukah mama papa, Cartoonito telah dilancarkan di Astro dan disajikan setiap pagi menerusi saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD).

Anak Main Sambil Belajar Dengan Cartoonito Di Astro CH 615 HD. Memang Syok!

Cartoonito menawarkan pendekatan moden yang diprogramkan buat kanak-kanak berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun. Ia merupakan ruang buat mereka untuk merasai sendiri keseronokan dan pada masa yang sama, memupuk pemikiran kreatif di mana setiap rancangan dicipta demi menyokong potensi unik setiap seorang daripadanya.

Perkara tersebut dicapai dengan rangka kerja dipanggil “Humancentric Learning”. Dicipta oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak, Dr Laura Brown, kurikulum berkenaan terdiri daripada empat tiang utama: Creativity (kreativiti), Caring (rasa sayang), Curiosity (rasa ingin tahu) and Courage (keberanian). Cara pembelajaran bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, belajar daripada kesilapan dan melayani orang lain dengan rasa empati serta hormat.

Anak Main Sambil Belajar Dengan Cartoonito Di Astro CH 615 HD. Memang Syok!

IKLAN

Sebagai contoh, dalam animasi Lucas the Spider – yang diadaptasi daripada siri viral YouTube – watak berkenaan, seekor labah-labah bernama Lucas, selalu menunjukkan kebaikan dan kesungguhan dalam setiap pengembaraannya.

Anak Main Sambil Belajar Dengan Cartoonito Di Astro CH 615 HD. Memang Syok!

Dalam pada itu, Cartoonito turut dipadukan dengan animasi menarik lain seperti Baby Looney TunesDino Ranch, Monchhichi, Alice & Lewis, Ranger Rob, Mush Mush & The Mushables dan Esme & Roy yang diinspirasi oleh Sesame Street.

IKLAN

Anak Main Sambil Belajar Dengan Cartoonito Di Astro CH 615 HD. Memang Syok!

Rancangan-rancangan tersebut membentuk untaian animasi yang meraikan ciri keperibadian dan keaslian sementelah mengangkat semangat kreativiti, belas kasihan dan keterangkuman. Kebanyakan rancangan yang disebutkan – termasuk juga Sesame Street –boleh ditonton menerusi laman penstriman, HBO GO.

Lebih mengujakan, antara yang baharu kepada penonton termasuk bintang-bintang Cartoonito iaitu Nito, Glob, Itty dan Wedge. Karakter-karakter ini sangat suka mengembara dunia dan mempelajari perkara-perkara baharu, dan mereka sentiasa bersedia untuk membantu penonton dalam setiap selingan rancangan.

IKLAN

Beberapa minggu menjelang pelancaran Cartoonito, para keluarga di sekitar Asia ditugaskan untuk bermain permainan hide and seek (sembunyi-sembunyi) bersama maskot-maskot TV comel ini yang muncul di lokasi terkenal seluruh Malaysia. Cartoonito mempunyai risalah aktiviti dan permainan yang boleh dimuat turun dalam laman rasminya termasuk filter Realiti Tambahan AR (bakal dilancarkan pada pertengahan April) yang menggalakkan kanak-kanak menari bersama Itty dan pada masa yang sama, memupuk sikap berani dan kreatif.

Anak Main Sambil Belajar Dengan Cartoonito Di Astro CH 615 HD. Memang Syok!

Jangan lupa tonton dan rasai sendiri keseronokan Cartoonito menerusi Cartoon Network (Astro Ch 615 HD) setiap pagi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari atau tonton di laman penstriman,  HBO GO bermula Isnin 18 April. Untuk maklumat lanjut, gunakan tanda pagar #CartoonitoAsia dan laman web CartoonNetworkAsia.com/Cartoonito serta @CartoonitoAsia di Facebook dan Instagram.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI