Siapa yang tidak kenal pemilik nama Eriyca Baiduri, usahanita kosmetik yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu yang merupakan seorang jutawan produk kecantikan dan penjagaan kulit muka yang tidak asing lagi dalam kalangan wargamaya.
Memiliki raut wajah yang jelita dan personaliti mempersona membuatkan ramai yang terpikat untuk mengenali figura ini dengan lebih lagi.
Seiring populariti dan kejayaannya, Madammu tampil berkongsi perjalanan kisah kehidupan dan kejayaan dirinya dalam sebuah program sendiri bersama Portal Majalah Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv yang menerbitkan sebuah rancangan siri televisyen berdurasi 30 minit bertajuk “Diari Madammu”.
“Diari Madammu” merupakan sebuah rancangan TV enam episod yang akan bermula pada 3 Jun 2023 nanti, setiap Sabtu, jam 10:00 malam di saluran ASTRO RIA.
Berkongsi kisah kehidupan peribadinya menerusi program itu, pemilik di sebalik Noir Health & Beauty, anak kelahiran Terengganu ini telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2017.
Siapa sangka Madammu yang pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita ini telah berjaya melahirkan seramai 20 ribu ejen di bawah naungan Noir Health & Beauty.
Ads
Noir tidak hanya terhad kepada produk kecantikan dan penjagaan wajah, malahan ianya juga meliputi produk yang berbentuk kesihatan.
Antara produk Noir yang popular adalah Super Whitening Skin Peptides, Noir Skincare Crystal Set, Noir Pure White Mixed Berries dan macam-macam lagi.
Di atas kejayaan Madammu di dalam bidang perniagaan ini, beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita yang ingin berjaya seperti beliau. Warganet yang mengikuti perjalanan Madammu di media sosial, pasti mengetahui serba sedikit tentang hidupnya.
Astro sebagai penyiar rasmi rancangan ini bekerjasama dengan portal majalah Nona ingin memartabatkan wanita yang berjaya dan memberi inspirasi dengan menerbitkan rancangan Diari Madammu. Dengan harapan ianya akan memberi impak yang besar dalam memperkasakan semangat wanita-wanita di luar sana untuk keluar dari zon selesa dan melangkah dengan lebih berani bagi mencapai impian mereka.
Ads
Rancangan ini akan menampilkan perjalanan hidup dan sisipan inspirasi Eriyca Baiduri (Madammu) dalam menjalanani kehidupan sehariannya sebagai seorang isteri, ibu, dan sebagai seorang usahanita yang berjaya.
Diari Madammu ini juga turut memperlihatkan bagaimana Madammu memainkan peranannya di pejabat, di rumah, pertemuan dengan klien, dunia glamor, gaya hidup mewah, perkahwinan, bagaimana Madammu menangkis stigma netizen, menelusuri perkongsian kisah ibunya yang merupakan seorang bekas pesakit kanser, kesusahan zaman kecilnya sehinggalah membawa kepada kejayaannya bersama NOIR dan cintanya yang tidak pernah hilang pada Besut, Terengganu.
Menariknya penonton akan dapat melihat sendiri Madammu berkongsi perjalanan proses IVF bersama suaminya (TP Azri). Penantian selama 8 tahun yang penuh dengan emosi dan air mata ini juga bakal dikongsikan bersama penonton.
Ads
Program siri TV realiti ini juga akan memperlihatkan sisi Madammu sebagai seorang wanita yang kuat, berkarisma dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Walaupun sibuk dan bergelut dengan semua ini, Madammu masih mengekalkan aura dan gaya hidupnya yang glamor dan classy.
Di sepanjang perjalanan program Diari Madammu ini juga akan memperlihatkan sisi lain beliau. Transisi 360 darjah yang berlaku dalam kehidupannya menerusi gambaran utama iaitu bagaimana penonton akan menyaksikan transisi perubahan dari segi emosi dan fizikal Madammu sepanjang proses kehamilan berisiko tinggi yang dilaluinya sepanjang program ini. Dari permulaan proses awal IVF sehingga ke labour room bagi menyambut kelahiran baby A yang penuh keterujaan yang tak terduga.
Wow bukan calang-calang. Rupanya pengacara versatile, Nabil Ahmad bukan sekadar pandai mengacara dan menghiburkan semua bahkan bapa kepada tiga orang cahaya mata perempuan ini rupanya pandai melukis.
Tidak hanya mengarah dan menerbitkan filem, kini Nabil tampil menerusi naskhah terbaru dengan mengembangkan sayapnya menerbitkan Siri Animasi Pendek, Lu Pikir La, Nabil.
Paling menarik, Nabil yang seringkali menghiburkan kita dengan lawak jenaka spontannya itu melukis sendiri kartun untuk animasi kartun beliau. Memang berbakat!
Menerusi rancangan hiburan, Meletop, Nabil turut berkongsi mengenai siri animasi beliau ini malah turut memperkenalkan watak utama siri animasi itu kepada umum.
Ketika rancangan tersebut, Nabil turut dipuji rakan pengacara, Daiyan Trisha yang begitu mengagumi bakat Nabil.
” Power! Nabil Ahmad boleh lukis kartun sendiri, selebriti pertama yang ada animasi sendiri,” kata Daiyan ketika bersiaran di Meletop baru-baru ini.
Kisah zaman kanak-kanak Nabil
Jika anda ternanti-nantikan animasi kerakyatan dan menggunakan dialek atau loghat Negeri Sembilan, animasi karya Nabil ini boleh anda jadikan pilihan bersama anak-anak.
Dapatlah anak-anak mempelajari loghat Negeri Sembilan sambil mengetahui dengan lebih dekat mengenai pengacara serba boleh ini. Kisah-kisah yang diketengahkan Nabil melalui siri animasi pertamanya ini begitu dekat dengan kita.
Siri Animasi Selebriti Pertama Malaysia, Lu Pikir La, Nabil ini turut menceritakan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan, persahabatannya dan rakan-rakan serta kekalutan perangai orang-orang kampung.
Siri animasi Lu Pikir La, Nabil di program Meletop.
Paling menarik, Nabil yang bijak menyampaikan olahan setiap karyanya dengan pelbagai elemen yang begitu dekat dengan masyarakat. Tak sabar rasanya melihat siri animasi Nabil yang pastinya penuh dengan humor.
Siri animasi yang memulakan tayangan episod pertamanya pada 14 Oktober lalu bersiaran setiap Khamis jam 9 malam. Empat episod penuh dengan cerita ini pastinya cukup menghiburkan semua.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @nabilzira
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini Mead Johnson Nutrition telah menamatkan kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ dengan memberi penghormatan kepada enam Wira Tempatan dalam satu acara maya. Kempen ini dilancarkan di bawah jenama susu formulasi dewasa baharu Mead Johnson Nutrition – PROVITAL Immuna Plus dalam usahanya untuk menyokong kesihatan para wira tempatan ini yang banyak berbakti kepada masyarakat. Acara maya tersebut dirasmikan oleh Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Puteri Sultan Selangor, sempena Hari Malaysia.
Acara maya bagi kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ dihadiri oleh Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah (tengah atas), Gonzalo Balcazar (tengah kiri, berdiri), Dr Kent Woo Chee Keen (tengah bawah), juruacara Xu Zhen Ru (tengah kanan, berdiri) dan Wira-wira Tempatan (kiri dan kanan)
Beri Penghargaan Kepada Wira Tempatan
Kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ bertujuan meraikan dan memberi penghargaan kepada wira tempatan yang banyak membuat perubahan positif kepada masyarakat menerusi usaha murni yang dilaksanakan oleh mereka. Keenam-enam mereka telah dicalonkan oleh orang ramai. Kesemua wira tempatan ini adalah Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, Adrian Pereira, Esther Chit, Aunty Jenny, Har Yin Geong, dan Siamy Tan.
Enam Wira Tempatan bagi kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’
“Mead Johnson Nutrition memang sentiasa menyokong usaha menjaga kesihatan badan dan masyarakat. Kami kagum dengan kegigihan luar biasa kesemua wira tempatan ini yang telah menabur budi kepada masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan PROVITAL Immuna Plus untuk memupuk masyarakat Malaysia yang lebih sihat, kami ingin memberi penghargaan kepada wira-wira ini dengan melindungi kesihatan mereka, ” jelas Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Mead Johnson Nutrition Sumbang 1,000 Pek PROVITAL Immuna Plus
“Walaupun ramai yang telah menyokong wira-wira kita dalam pelbagai cara, kita tidak harus lupa untuk menjaga kesihatan mereka supaya badan mereka lebih kuat dan sihat untuk meneruskan misi membantu masyarakat. Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia untuk menyumbang 1,000 pek PROVITAL Immuna Plus yang mengandungi nutrien untuk menyokong kesihatan imun keluarga-keluarga yang memerlukan agar mereka kekal sihat dalam masa yang mencabar ini, ” tambah Gonzalo.
: Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah (kiri) selaku Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia menerima sumbangan susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus daripada Gonzalo Balcazar (tengah, berdiri)
Di dalam acara itu juga, Dr Kent Woo Chee Keen, Perunding Perubatan, Pakar Alergi dan Imunologi Gleneagles Hospital Kuala Lumpur turut melahirkan rasa bangganya melihat rakyat Malaysia bersungguh-sungguh untuk membantu satu sama lain dalam situasi sekarang tanpa mengabaikan kesihatan mereka.
“Orang ramai perlu memahami kerja sosial boleh memberi kesan kepada badan kita dan seharusnya meningkatkan kesedaran tentang cara untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan daya tahan. Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mencontohi Wira-Wira Tempatan kita dengan menjaga diri dan orang terdekat mereka,” ujar Dr Kent lagi.
**Sumber foto (top image): www.shutterstock.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, Karnival Karangkraf 2015 kembali lagi dengan acara yang lebih gempak, lebih hangat! Dianggarkan lebih 150,000 bakal berkunjung ke acara tahunan Kumpulan Media Karangkraf ini yang akan bermula dari 30 Januari hingga 2 Februari depan. Selain diskaun hebat untuk pelbagai judul buku, novel, majalah dan Al Quran serta lain-lain terbitan Kumpulan Media Karangkraf, para pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara yang pastinya sangat menarik!
Antaranya “The Largest Frozen Kids Gathering@Karnival Karangkraf” yang bakal menghimpunkan kanak-kanak yang menggayakan pakaian bertemakan filem animasi hebat ‘Frozen’.
Sudah tentu masing-masing akan bergaya cantik ala Princess Elsa dan Princess Anna. Pakaian tercantik bakal memenangi hadiah berbentuk wang tunai. Jadi, kepada anda yang berkelapangan boleh hadir beramai-ramai membawa anak-anak ke acara ini.
Berikut tentang himpunan tersebut:
TARIKH : 1 FEBRUARI 2015
MASA PENDAFTARAN : 10.00 PAGI
MASA AKTIVITI : 11.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
Pendaftaran bermula jam 10.00 pagi
Terbuka kepada kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas (kanak-kanak di bawah umur 4 tahun boleh hadir tetapi tidak boleh ambil bahagian atas faktor-faktor keselamatan).
Goodies bags istimewa untuk 300 penyertaan pertama
Berpakaian gaya Elsa dan Anna
Masuk adalah PERCUMA
Jangan lupa singgah ke booth PA&MA kerana ada beberapa aktiviti menarik untuk anda:
Peraduan PA&MA SMILEY SEARCH @ Karnival Karangkraf yang menawarkan hadiah sehingga RM8,000 termasuklah kerusi keselamatan dan pakej fotografi tajaan Camora Arts.
GENIUS PA&MA CUBE PUZZLE CHALLENGE mencari ibu atau bapa bersama anak yang terpantas melengkapkan cube puzzle.
BELI & MENANG HADIAH juga bakal menghangatkan booth Pa&Ma.
Selain itu, Karnival Karangkraf juga dimeriahkan dengan penampilan istimewa maskot Upin & Ipin, Chichi Chacha, BoBoiBoy dan Super Squad. Pelbagai program lain juga bakal berlangsung antaranya pelancaran Kempen Save Your Dara anjuran majalah Dara.com, program bersama Ustaz Kazim, pelancaran 100 Buku Kanak-kanak dan lain-lain lagi.
MOHON SHARE DENGAN RAKAN-RAKAN LAIN JUGA YA..Terima kasih semua!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.