Anak makan berselera tapi berat tak naik: apa yang perlu ibu bapa lakukan? Sebagai ibu bapa, tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat anak makan dengan berselera. Setiap suapan yang masuk ke mulut mereka bagaikan satu kelegaan, tanda mereka sihat, aktif, dan tidak cerewet memilih makanan.
Anak Makan Berselera Tapi Berat Tak Naik: Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan?
Namun, tidak kurang juga yang mula berasa bimbang apabila melihat berat badan anak tidak menunjukkan peningkatan yang sepatutnya, walaupun anak makan dengan baik dan tidak memilih makanan.
Keadaan ini sering menimbulkan dilema. Di satu sisi, anak nampak sihat dan ceria. Di sisi lain pula, carta tumbesaran atau graf berat badan di klinik menunjukkan bacaan yang statik atau tidak mencapai paras yang ideal. Lebih membingungkan, anak tidak menunjukkan tanda-tanda sakit atau kurang selera makan. Jadi kenapa beratnya tetap tidak naik?
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan situasi ini – dari aspek metabolisme, jenis makanan yang diambil, kepada faktor genetik dan kesihatan dalaman yang mungkin tidak disedari.
Ramai ibu bapa menyangka bahawa selera makan yang baik secara automatik akan membawa kepada peningkatan berat badan, tetapi realitinya tidak semudah itu. Pemahaman yang lebih mendalam diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar dan langkah terbaik yang boleh diambil.
Dr Suriyakhatun ada berkongsikan tip kepada ibu ayah yang ada anak seperti dalam situasi ini.
Setiap kali jumpa nurse dan doktor di klinik kesihatan, bayi kita ditimbang dan beratnya dicatit dalam graf yang ada pada buku KK yang diberikan untuk catit rekod imunisasi dan perkembangan anak.
Jika berat badan anak jatuh pada kawasan kuning / merah, nurse atau doktor beritahu kita anak tak cukup berat badan.
Ads
Mungkin ada beberapa saranan dari jururawat atau doktor dan antara yang saya pernah dengar; hentikan susu badan, berikan susu formula, bagi minum air manis, bagi anak makan biskut, bagi dia makan nasi dan lain-lain lagi.
Jika anak tak cukup berat badan dan tidak cukup mengikut grafnya, adakah anak ini dilahirkan cukup bulan? Jika lahir tidak cukup bulan, pasti beratnya ikut corrected age: Contohnya lahir 36 minggu, jika sudah empat bulan maka ikut berat 3 bulan.
Sekiranya anak lahir cukup bulan dan minum hanya susu badan. Ada kemungkinan susu badan tak cukup. Ini mungkin benar jika anak mengambil banyak masa menyusu dan payudara ibu tidak rasa penuh pada bila-bila masa.
Dalam kes begini dapatkan susu dari ibu susuan dan tambahkan susu ibu susuannya dalam botol susu setiap kali selepas ia sudah menyusu direct feed. Jika tidak ada ibu susuan, tambah dengan susu formula.
Berikan susu top up ini selepas sudah berikan susu badan dan jika anak masih nakkan susu maka memang susu ibu tidak cukup. Jangan terus hentikan susu ibu, cuba jumpa kaunselor laktasi untuk atasi keadaan ini.
Ads
Bila anak sudah boleh makan dan berat badan masih tak cukup, berikan anak makanan pepejal yang padat nutrisi. Contohnya bubur beras ditambah dengan minyak kelapa dara dan serbuk moringa dan baobab serta al manna.
BILA SUDAH LAPAN BULAN DAN MASIH TIDAK CUKUP BERIKAN PULA BONE BROTH, MAKANAN SEIMBANG DARI PROTIN DAN SAYURAN SERTA BUAH-BUAHAN. TAMBAH JUGA MINYAK IKAN KOD SELAIN MINYAK KELAPA ORGANIK DAN MINYAK ZAITUN ORGANIK DAN VIRGIN. MINYAK KELAPA MENGANDUNGI MEDIUM CHAIN TRIGLYCERIDES YANG MAMPU MENAIKKAN BERAT BADAN. MINYAK YANG BAIK JUGA MENAMBAHKAN KALORI DAN INI AKAN MEMBANTU NAIKKAN BERAT BADAN.
Anak perlu diperiksa najisnya untuk pastikan tidak ada masalah penyerapan. Najis anak yang normal dan menyusu badan sahaja adalah kuning, lembut tapi tidak cair dan tanpa lendir, bau seperti pisang busuk.
Bila najis terlalu keras atau terlalu cair, terlalu kerap atau ada lendir, terlalu masam atau busuk, ada masalah penyerapan atau pencernaan. Anak yang menyusu dengan susu formula, najis mungkin sedikit hijau sebab kandungan zat besi dalam susu formula dan anak yang sudah mula makan, najisnya mula menjadi coklat.
Masalah lain yang boleh menyebabkan kurang berat badan mungkin perlukan pemeriksaan lanjut dan siasatan melalui pemeriksaan darah.
Ads
Memberi anak makanan processed foods yang tidak wajar boleh menambahkan masalah. Processed foods termasuk makanan yang banyak gula, tepung putih serta ada perasa, pengawet, pewarna dan pengemulsi.
Walaupun anak makan berselera, tidak semestinya berat badannya akan naik secara automatik. Ibu bapa perlu perhatikan kualiti makanan, pola aktiviti, dan keadaan kesihatan keseluruhan anak. Pemerhatian dan tindakan awal sangat penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan cergas.
Baru 1 tahun 3 bulan, nampaknya permata hati Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya semakin bijak. Walaupun baru pandai berjalan, ternyata keyakinan dalam diri Fatima itu buatkan ramai yang suka melihat gelagat comelnya.
Melalui perkongsian terbaru Fazura, menunjukkan keletah Fatima yang kini dah pandai nak bergaya dengan beg tangan.
Macam tahu-tahu je keluar rumah nak kena bawa handbag. Bukan itu sahaja, apa yang mencuit hati, siap ada duit seringgit-seringgit dalam beg yang dibawa.
Betullah orang kata, hanya dengan pemerhatian, anak-anak kecil mudah mengikut ibu bapanya. Sebab itu, setiap tingkah laku, tutur kata mesti jaga depan anak-anak. Rumah adalah sekolah pertama anak.
Elok yang ditunjukkan pada anak-anak, maka secara tak langsung anak pun membesar dalam persekitaran yang positif.
Dalam satu video pendek yang dikongsikan Fazura, kelihatan Fatima begitu beriya-iya angkat tangannya semata-mata tak mahu beg yang dibawanya itu terjatuh.
Video yang ditonton lebih 60,000 orang itu mendapat pelbagai reaksi dan ramai yang beritahu lepas ni mommy kena siap sedia berkongsi handbag dengan Fatima.
“Comel Fatima sayang. Sampai angkat tangan takut nanti beg jatuh ya..”
Malah semakin besar, wajah Fatima semakin iras dengan mommynya. Copy paste sungguh!
Kredit: @fattzuralovelife
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sagu gula melaka antara menu wajib ada ketika berbuka puasa. Rasa manis dan lemaknya cukup membuatkan keinginan untuk menikmati sagu manis dan sejuk tercapai. Sedap teramat. Namun memasak sagu adakalanya buat kita kecewa. Mana tidaknya, sagu jadi hancur dan adakala tidak masak sepenuhnya dan masih tertinggal warna putihnya. Kecewa.
Perkongsian tip dari Puan Nur Syaidatul Fazreen ini pastinya dapat membantu kita untuk menghasilkan sagu yang cantik rupanya malah tidak bergumpal. Memang superb! Jom cuba!
Sagu gula melaka. Lagi dan lagi. Hari ni oren pulak. Happy rasa diri bila ramai yang try dan menjadi. Saya halalkan ilmu ni. Saya nak share tips dan cara. Mudah nak masak benda ni. Bahan pun murah-murah aje. Ramai mintak tips sagu cantik. Lets follow video-video sis yang terketar-ketar ni.
Tips Masak Sagu Jadi Kembang Cantik
Air mendidih masuk sagu sikit2 nahh…. Wajib tgu air mendidih. Kalau x sagu anda akan hancur punah harapan😁
Kacau manjahhh. Jgn asyik mengacau je.. Nanti mula la mengadu. Siss…. Knp sagu sy hilang.. Misteri sgt.. Sis pening la nk jawab. Sambil sambil to boleh tgk hp. Screenshot menu banyak2 simpan. Bila nk buat pon entah le….. Try buat sagu dulu nah….
* Jangan terlalu banyak kacau nanti pecah habis biji sagu tu adik kakak uiiii.
* Air perlu banyak. Biar cair tak apa nanti mudah nak tapis. Mudah sagu nak kembang. * Jika sagu anda masih ada warna putih di bahagian dalam sagu. Teruskan masak hingga sagu clear@ jernih sepernuhnya.
* 5-10 minit waktu memasak bergantung pada kuantiti sagu. Kalau banyak lambat la skit. * JANGAN cuci sagu sebelum masak. Nanti lepas masak, semua air rebusan sagu akan dibuang. Bilas la sagu anda. Cuci sepuasnya. Jangan guna sanitizer sudah le. * Jangan RENDAM sagu nanti habis jadi bubur.
* Lepas letak warna biar 10 minit. Kalau tak susu anda akan jadi hijau. * Boleh guna susu kotak/santan/susu cair tanya lah tekak anda mana sedap. Tambah secubit garam dalam susu untuk lemakkan. * Air yang banyak untuk mempercepatkan sagu kembang. Baru la tak ada putih-putih dalam sagu. Dan nak tapis pun mudah.
Bahan-bahan:
Gula merah
Gula putih
Susu cair
Sedikit garam
Masak air gula merah + gula putih. Sejukkan dalam peti ais. Baru la pekat.
Air gula merah.. Tuang la dgn penuh kelembutan dan kesusilaan.
Ajar anak tak pakai lampin seawal usia 3 tahun mungkin rasa sukar. Namun jika anda betul-betul bertekad semua itu boleh berlaku dengan mudah. Paling penting kena ada kesabaran. Sebabnya anak yang sedang melalui proses ini tak lari dari kesilapan yang tidak ‘disengajakan’.
Dalam memastikan usaha ini berjaya, tip yang dikongsikan oleh seorang bapa, Mohd Fadhli wajar dijadikan contoh.
Anak saya berumur 3 tahun. Ini hanya perkongsian. Mungkin, anak-anak anda lebih awal dari anak saya yang mana mampu buang air di tandas tanpa memakai lampin pakai buang.
Pada awalnya saya dan isteri amat kurang yakin atas kemampuan anak sulung kami. Tetapi selepas dinasihati oleh seorang doktor Klinik Simpang Ampat, Melaka kami menyahutnya. Antara nasihatnya ialah latih anak tidak memakai pampers pada waktu cuti.
Baiklah, saya cuba kongsikan bagaimana cara saya dan isteri melatih anak tidak memakai pampers hanya sehari sahaja.
Sentiasa Positif Dan Yakin
Tanamkan niat dan keyakinan dalam hati kita (ibu bapa) hanya Allah yang mampu latih dan didik anak-anak kita. Kita hanya usaha.
Keyakinan itu penting. Keyakinan yang tinggi akan memberi harapan yang menggunung. Bila kita yakin dan tanamkan segala pada Allah, maka segala kemungkinan seperti anak kita terkencing atau terberak kita akan hadapi dengan tenang tanpa marah-marah.
Ingatkan Anak Berulang Kali
Sebelum kita latih anak tidak memakai pampers, ulang-ulangkan peringatan kepada anak (ambil masa)
Peringatan ini bukan dilakukan sehari atau dua hari. Tetapi peringatan ini mula dilaksanakan setelah anak kita mampu respon segala arahan ibu bapa yang mudah.
Lazimkan semasa tukar pampers ditandas (sewaktu pakai pampers). Cakap padanya.
“Ini tandas, tempat buang air ”
“Kalau buang air, kena basuh bersih-bersih ”
Selalu ulang-ulang. Mengikut kreativiti anda.
Fahamkan Anak Dengan Arahan
Pada hari pertama tidak memakai pampers, kene tegaskan pada anak. Peringatan hendaklah diberi dengan jelas.
Anak-anak kita pada peringkat umur 3 hingga 7 tahun mampu mengingat dan faham dengan pantas segala arahan dan apa yang di dengarnya. Contoh ;
“Akak tak pakai pampers tau, nanti kalau nak kencing bagi tahu abi dan umi, ingat tu ”
Ulang banyak kali sewaktu pakaikan baju dan seluarnya.
Oleh sebab itu, lazimkan anak-anak dengan selawat, zikir dan alunan Quran ketika ini. Kerana mudah untuk mereka ingat.
Kerap Bertanya
Selalu bertanya ketika dia sedang main atau leka buat sesuatu.
Ketika anak sedang bermain, sering bertanya dan buat-buat tanya . Contoh ;
“Akak nak kencing tak…..”
“Akak nak berak tak…….”
“Kalo nak kencing berak bagi tahu abi tau…”
Kesimpulannya di sini jika mahu anak-anak kita seawal tiga tahun tidak memakai pampers dan mampu beritahu kita untuk buang air. Perlu ada beberapa syarat ;
1. Keyakinan 2. Komunikasi yang jelas 3. Sabar
Sampai sini dahulu, perkongsian saya. Akan datang saya akan kongsikan bagaimana hendak didik anak bila sakit sahaja dia tahu angkat tangan dan doa se awal 3 tahun.
Perkongsian ini dari seorang abi yang MUDA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.