Anak Malaysia hebat! Itulah ungkapan paling tepat apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) berjaya mencipta sejarah sebagai Sekolah Terbaik Dunia 2025 bagi kategori Menyokong Kehidupan Sihat.
Pengiktirafan ini mengharumkan nama negara apabila buat pertama kali sebuah sekolah di Malaysia dinobat sebagai juara dunia dalam pertandingan berprestij tersebut. Kemenangan ini membuktikan bahawa anak-anak Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan murid dari seluruh dunia apabila diberi peluang, sokongan dan bimbingan yang tepat.
Kemenangan Bersejarah
Melalui laporan Sinar Bestari, kejayaan luar biasa ini, SK Putrajaya Presint 11(1) menerima hadiah kemenangan bernilai AS$50,000 (RM235,000) serta dijemput menghadiri Persidangan Sekolah Dunia yang bakal berlangsung di Abu Dhabi pada 15 dan 16 November 2025.
(SK) Putrajaya Presint 11
Lebih membanggakan, pengiktirafan bertaraf antarabangsa ini diraih hasil inovasi murid-murid sendiri yang berjaya membangunkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai Helpie.
Aplikasi Helpie, Dicipta Oleh Murid
Helpie bukan sekadar aplikasi digital biasa. Ia direka sebagai platform sokongan emosi dan psikososial untuk rakan sebaya, di mana murid boleh berkongsi masalah dengan selamat, mendapatkan bimbingan kaunseling dan berinteraksi melalui elemen gamifikasi yang menyeronokkan.
Ads
(SK) Putrajaya Presint 11
Pendekatan inovatif ini menjadi jawapan kreatif dalam menangani isu kesihatan mental kanak-kanak, sesuatu yang semakin diberi perhatian di Malaysia dan seluruh dunia.
Menteri Pendidikan: Detik Istimewa Buat Malaysia
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan kemenangan ini sebagai satu momen bersejarah yang mengangkat nama Malaysia ke persada dunia.
“Malaysia sudah beberapa kali diiktiraf sebagai finalis, namun kali ini lebih bermakna kerana buat pertama kali kita berjaya muncul pemenang. Tahniah buat seluruh warga sekolah!” katanya.
Ads
Beliau menegaskan bahawa Helpie hadir pada masa yang sangat tepat, seiring dengan usaha meningkatkan kesejahteraan murid melalui pendekatan teknologi dan kreativiti.
Ads
Kejayaan Bersama
Lebih indah, penghargaan ini bukan milik murid semata-mata, tetapi hasil usaha seluruh komuniti sekolah — guru, ibu bapa, kakitangan sokongan, pengawal keselamatan, pengusaha kantin hingga petugas kebersihan. Semua bersatu hati menjayakan ekosistem pendidikan yang unggul.
Kejayaan SK Putrajaya Presint 11(1) membuktikan bahawa apabila ada kerjasama erat antara sekolah dan keluarga, tiada yang mustahil untuk dicapai.
Inspirasi Untuk Semua
Kisah ini menjadi inspirasi kepada seluruh ibu bapa bahawa setiap anak memiliki potensi luar biasa. Apa yang mereka perlukan hanyalah sokongan emosi, peluang mencuba sesuatu yang baru, serta bimbingan berterusan daripada guru dan keluarga.
Tahniah SK Putrajaya Presint 11(1)! Anda telah membuktikan bahawa anak Malaysia bukan sahaja hebat, malah mampu menjadi pencetus perubahan di pentas dunia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga pekerja sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di sini ditahan selepas dipercayai terbabit mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan sehingga koma di taska berkenaan, Rabu lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata tiga suspek terbabit wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di premis berkenaan petang semalam.
Katanya, tangkapan terhadap semua suspek terbabit dibuat selepas polis menerima satu laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa berusia 29 tahun di IPD Kuala Terengganu pada Rabu lalu.
“Berdasarkan laporan, bapa mangsa yang bekerja sebagai pegawai perubatan mendapati, berlaku pendarahan dalam otak selain keretakan pada tempurung kepala bayi terbabit.
“Susulan itu, tiga suspek terbabit ketika dipanggil memberi keterangan menafikan kejadian itu tetapi keterangan mereka meragukan.
“Bagaimanapun, siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan mendapati suspek memukul kepala mangsa dengan tangan.
“Kesan daripada perbuatan itu, mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan berlaku keretakan pada tempurung kepala.
“Kecederaan dialami mangsa serius dan masih dalam keadaan koma dan dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya pada Perhimpunan Bulanan PDRM Terengganu Januari 2023 di Pekarangan IPK Terengganu, hari ini.
Semua suspek terbabit ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Syawal kali ini mungkin tidak seperti tahun-tahun terdahulu. Maklum sahaja negara malah dunia sedang bertarung dengan virus pandemik Covid-19. Namun itu tidak menghalang rakyat untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan meriah dan tersendiri. Walaupun digalakkan hanya beraya di rumah bersama keluarga terdekat, itu semua bukan halangan untuk orang ramai bergaya cantik dan sedondon bersama keluarga tercinta.
Tidak terkecuali selebriti-selebriti tanah air yang masing-masing berkongsi foto raya bersama keluarga tercinta dengan pakaian yang cantik dan sedondon di hari raya yang mulia.
Ternyata PKPB bukanlah penghalang untuk kita menyambutnya dengan gembira sempena Syawal ini.
Pa&Ma kongsikan foto-foto selebriti bersama anak-anak mereka yang comel yang dikongsikan di laman Instagram sempena 1 Syawal yang disambut semalam. Semuanya meriah dengan warna baju yang sedondon dengan rekaan baju yang tidak kurang hebatnya citarasa masing-masing. Enjoy!
Kanak-kanak perempuan9 tahun berdepan detik cemas, nyaris dilarikan ketika tunggu van sekolah. Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan ketika sedang menunggu van sekolah.
Kejadian berlaku berhampiran perumahan di Bukit Beruntung pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat ibu mangsa kira-kira jam 8.56 malam.
Beliau berkata, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa berumur sembilan tahun berada di bawah blok sebuah flat di sini ketika sedang menunggu van sekolah.
“Siasatan mendapati suspek merupakan lelaki warga tempatan didapati cuba melarikan mangsa.
“Mangsa kemudiannya melarikan diri ke kedai berdekatan sebelum menjerit meminta pertolongan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, orang ramai yang berada sekitar lokasi kejadian kemudiannya berjaya menyelamatkan mangsa.
“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika cuba ditahan orang ramai ketika kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.