Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.
Nak anak dengar kata tetapi kadang kita tersalah cara. Apa nak buat? Elakkanlah guna ayat yang berbau negatif. Positifkan keadaan menjadi lebih harmoni. Ini perkongsian dari OT, Ayesha Sairi untuk panduan mak ayah.
Anak mendengar kata, menurut perintah.
Ramai ibubapa mahu anak- anak mendengar kata dan mudah diurus. Kalau kita minta anak buat A, A yang dibuat. Kalau minta buat B, B yang dibuat.
Lega sungguh kalau anak kita macam ni kan? Orang putih kata ‘compliant child’.
Anak umur 18 bulan dah mula pandai cakap tak, tak nak, ‘no’ dan seangkatan dengannya. Semestinya kita tidak boleh mengharap yang anak akan patuh pada setiap arahan.
Kita boleh tingkatkan tahap kepatuhan dengan menggunakan strategi yang bersifat positif berbanding negatif.
Ads
Contoh Cara Positif Didik Anak
1) Minta dengan baik: “Boleh tak simpan Lego tu sekarang?”
2) Berikan arahan dan peringatan dengan jelas: “Ada lagi Lego atas lantai. Tolong simpan sekali.”
3) Beritahu sebab untuk permintaan kita: “Kita kena simpan Lego bila dah habis main. Nanti kalau terpijak, sakit kaki.”
4) Berikan pilihan: “Nak ambil Lego yang jauh dulu atau yang dekat?”
5) Berikan ganjaran/pujian di atas sikap anak: “Terima kasih sebab tolong kutip dan simpan Lego.”
Ads
Contoh Cara Negatif Didik Anak
1) Permintaan yang tidak jelas: “Mama dah bagitau tadi kan, masa untuk main Lego dah habis.”
2) Beri arahan berbanding meminta (commands vs requests): “Berhenti main Lego. Pergi simpan sekarang.”
3) Beri sebab tanpa asas yang jelas: “Sebab mama cakap macam tu, ikut saja.”
Kalau dalam movie orang putih, dia kata “Because I said so!”
4) Fokus pada ketidakpatuhan anak semata-mata berbanding kepatuhannya kepada permintaan kita
5) Gunakan kekerasan seperti memukul.
Ads
Menggunakan cara positif bukanlah bermaksud anak kita akan 100% ikut cakap kita, tetapi kita dapat kurangkan anak dari merengek, melawan dan tingkatkan kemahiran anak untuk berunding dengan kita.
Sama-sama kita didik anak. Ilmu ni saya dapat dari buku seperti dalam gambar. Menarik bukunya.
Dalam dunia yang semakin pantas dan penuh dengan skrin, peranan ibu bapa bukan sekadar menjaga anak, tapi juga membimbing mereka menavigasi dunia digital dengan selamat dan seimbang.
Ramai ibu bapa hari ini bimbang: 📱 “Anak saya asyik main game je.” 😔 “Dia susah nak fokus belajar, semua nak cepat.” 💬 “Bila marah pun, dia tak nak dengar…”
Jangan risau Mama Papa perubahan itu normal, tapi pendekatan kita yang kena berubah. Berikut adalah 3 tip keibubapaan penting untuk bantu anak berkembang dengan sihat dalam era teknologi ini.
Ramai ibu bapa rasa bersalah bila hadkan masa skrin takut anak bosan, takut anak tertinggal. Tapi sebenarnya, anak perlukan sempadan, bukan kebebasan tanpa hala tuju.
🔸 Tetapkan rutin harian bila boleh guna gajet dan bila wajib berhenti. 🔸 Gunakan ‘timer’ yang boleh dilihat anak (contoh: jam pasir, jam digital). 🔸 Beri pilihan: “Nak tengok 20 minit sekarang atau lepas makan?” 🔸 Libatkan anak dalam perbincangan bila mereka rasa dihormati, mereka lebih patuh.
📌 Ingat: gajet bukan ‘musuh’, tapi ia perlu dikawal. Dan kawalan tu mesti datang dari Mama Papa, bukan anak.
Satu perkara yang ramai terlepas pandang anak-anak tak dengar apa kita cakap, mereka ikut apa kita buat.
🔹 Kalau Mama scroll TikTok masa makan, anak pun rasa itu ‘normal’. 🔹 Kalau Papa leka dengan telefon sebelum tidur, anak pun tak rasa perlu rehat skrin. 🔹 Tapi kalau mereka nampak Mama Papa simpan telefon masa berbual, mereka akan rasa dihargai dan ikut cara yang sama.
💡 Tip mudah: Wujudkan ‘zon bebas skrin’ contoh di meja makan, waktu bedtime, dan waktu belajar.
Anak-anak hari ini berbeza. Mereka lebih sensitif, lebih ekspresif dan lebih cepat ‘shutdown’ bila dimarahi. Sebagai ibu bapa, kita perlu ubah cara kita bercakap dan mendengar.
✔️ Gunakan ayat positif: “Mama nak awak simpan tablet sebab mata dah penat,” bukan “Berapa kali nak cakap, simpanlah!” ✔️ Tanya soalan terbuka: “Apa yang buat awak rasa susah nak berhenti main?” ✔️ Dengar tanpa menyampuk beri ruang anak luah perasaan walaupun kita tak setuju. ✔️ Jangan terus hukum tapi bincang kesan daripada tindakan mereka.
🌟 Anak yang rasa difahami akan lebih terbuka berkongsi, dan itu kunci untuk hubungan kekal rapat walau zaman berubah.
Zaman gajet memang penuh cabaran. Tapi dengan ilmu, kesabaran dan pendekatan yang penuh kasih sayang, kita boleh bentuk anak-anak yang bukan saja celik teknologi, tapi juga kuat emosi dan kaya nilai diri.
Mama Papa bukan perlu jadi sempurna cukup jadi hadir, mendengar dan belajar bersama mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum empunya badan tahu diri positif hamil, rupanya sudah ada yang boleh ‘mengesan’dengan tidur di perut. Beginilah kalau hubungan sangat akrab!
Hanis Zalikha yang kini sedang sarat hamil anak kedua mendedahkan yang sebelum dia mendapati dirinya hamil, kucing kesayangan mereka sekeluarga Bujibu Chempel terlebih dahulu membuat reaksi seolah-olah tahu dia hamil.
Bujibu dikatakan tidur di atas perut, seolah-olah melindungi. Ia berlaku pada kedua-dua kehamilan termasuk semasa Hanis mula-mula mengandungkan Yusuf Iskandar dulu!
Permulaan sebuah keluarga yang bahagia adalah dua insan lelaki dan wanita yang saling menyayangi. Tidak sekadar itu, kedua-duanya perlu mempunyai misi yang sama dan saling memperbaiki diri. Barulah beroleh kebahagiaan sebenar dalam rumah tangga.
Menarik sekali perkongsian daripada bapa ini. Kisah percintaannya dengan isteri boleh dijadikan dorongan buat semua pasangan yang ingin memperbaiki hubungan. Pentingnya untuk kembali taat kepada jalan Allah dan meminta dariNya agar hubungan yang dijalin diberkati.
LEBIH 1,600 RETWEET
Hilal Asyraf berkongsi detik awal hubungannya dengan isteri, Masyitah. Bebenang ini menjadi tular dan mendapat 1,600 retweet di Twitter. Manis sekali bila mengikuti bebenang ini tentang bagaimana hubungan Hilal & isteri yang direstui ibu bapa membawa ke jinjang pelamin dengan usia perkahwinan bakal mencecah 7 tahun. Kebahagiaan berganda apabila pasangan ini dikurniakan 4 cahaya mata.
KEBAHAGIAAN IBU BAPA ANAK-ANAK AKAN MERASAINYA
Tidak semua kisah bercinta selepas bernikah itu janggal, menjaga hubungan yang baik berdasarkan syariat membawa kemanisan yang berkekalan dan menjadi momentum terbaik untuk menguatkan semangat menjadi pasangan dan ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat pasangan lain.
Bosan2 buat kerja malam ini(ya, kadang jadual penulisan saya ialah malam. haha), saya selak gambar2 lama. Terjumpa momen ini. Pertama kali bagi hadiah by hand kpd Masyitah. Masa ini kami sudah bertunang. Tahun 2010. Saya mahu pulang ke Jordan.
Saya beri buku @hlovatesays_ , lupa dah tajuk apa. Masyitah pula masa tu balas dengan keychain ini. Haha. Allah, kenangan sungguh. Masa tu punya lah jaga hadiah ni sungguh-sungguh. Yalah, kita bukannya couple kan. Kami ada peraturan yang kami akan beremail sebulan sekali aja.
HANYA SEMPAT EMEL SEBULAN DUA
Kami beremail itu pun, akhirnya lepas sebulan dua, dah tak beremail dah. haha. Sebab dah takde benda penting nak cakap. Saya sibuk habiskan studi, masa lapang habis dengan menulis buku, manakala Masyitah sibuk belajar. Lagipun Masyitah pemalu. *Gambar pertunangan kami 2010.
PANGGIL ENCIK HILAL SAHAJA SAMPAI KAHWIN
Masa awal2 email dulu, saya cuba panggil dia sayang. Dia tegur jangan melebih2 sebab belum sah kahwin. Dia panggil saya ‘Encik Hilal’ aja, sampai kami kahwin.
Saya pernah pergi UK tahun 2011, ada jemputan program. Masa tu saya beli hadiah untuk Masyitah. Saya kena tegur…
…supaya jangan membazir2 untuk dia. Sebab belum kahwin lagi. ???
Jadi kemudian, saya dah tak bagi apa-apa hadiah. haha. Jimat.
Saya bertentang mata dengan Masyitah ni sebelum kahwin tak sampai 5 kali. Semuanya ada bersama keluarga. ?
BERCINTA SEBELUM NIKAH JANGAN SAMPAI TAK BERSUA
Saya sentiasa percaya lah, nak kahwin ni jangan sampai x bersua, x bercakap langsung sebelum kahwin. Kadang orang cerita fasal bercinta selepas nikah ni, macam power sangat la kalau x berkomunikasi langsung sebelum bernikah. Tapi hakikatnya, ramai kecundang selepas berumahtangga.
MASA BERTUNANG AMBIL MASA KENAL MENGENALI
Saya dan Masyitah ni masa bertunang pun ada beberapa cabaran. Saya bersyukur kepada Allah atas cabaran2 tersebut sebab itu peluang kami saling kenal mengenali. Kemudian, alhamdulillah atas suai kenal sepanjang fasa pertunangan selama 2 tahun, di situ ada base untuk kami…
PALING MUSTAHAK CUBA KENALI PASANGAN
…teruskan semasa berumahtangga. Dalam email kami, antara perkara penting kami bincangkan juga ialah kesukaan, x suka, kami masing-masing. Jadi masa berumahtangga, dah boleh dpt expect lah. Ada kami lapang dada, ada kami usaha perbaiki sama2. Ia satu perjalanan, alhamdulillah.
BERCINTA SERONOK, TAPI PERLU FAHAM REALITINYA
7hb Julai 2019 ini, maka sempurnalah 7 tahun perkahwinan kami. Sekelip mata. Anak dah empat, alhamdulillah. Tetapi perjalanan belum berakhir. Bercinta memang seronok, sampai ke hari ini masih bercinta. Tetapi realitinya, cinta tak bayar bil, minyak kereta, pendidikan anak2, dll
PERLU ADA WAWASAN DUNIA & AKHIRAT. SELALU POSITIF
Tetapi jika kita benar2 cintakan seseorang, kita akan ada sikap bertanggungjawab. Kita akan hidup ada wawasan, dunia dan akhirat. Maka antara perkara awal kita kena buat masa kita rasa kita cintakan seseorang ialah perbaiki diri. Lengkapkan diri dengan sikap2 positif dan baik.
MINTA DARI ALLAH AGAR DIBERKATI HUBUNGAN
Jauhi maksiat, jauhi keingkaran kepada Allah SWT, baik yang diri sendiri buat, atau sesama pasangan. Jangan ajak pasangan ke arah apa yang Allah murkai. Minta sungguh2 kepada Allah agar bantu & berkati hubungan yang dibina. Sambil itu usaha jadi insan rajin, kerja keras, jujur.
TIDAK BERLAKU SEPERTI MAGIC, MESTI BERUSAHA KERAS
Sebab hanya dgn bantuan Allah SWT, dan kesedaran diri sendiri untuk berusaha keras – mencari sara hidup, bersabar dan lapang dada dengan pasangan serta anak2 – barulah kita akan mampu mengharungi alam rumahtangga. Semua tu xkan magically ada dalam diri kita selepas akad nikah.
Semoga Allah rahmati Masyitah, Ummi dan Abah yang banyak mendidik saya akan disiplin dan tanggungjawab, serta Ibu dan Ayah yang sentiasa memberikan sokongan atas hubungan ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami yang seterusnya.
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.