
Fasa ‘Terrible Two’: Fahami Emosi Anak & Elak Tantrum Berulang
Masuk je umur 2 tahun, ramai mak ayah mula risau bila anak jadi drama king atau drama queen—menangis tanpa sebab, mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak, guling-guling tengah mall, jerit macam kena dera. Jangan risau, ini semua normal ya! Ini yang kita panggil sebagai fasa ‘Terrible Two’, satu fasa perkembangan emosi yang penting dalam kehidupan anak kecil.
Fasa ni biasanya berlaku sekitar umur 18 bulan hingga 3 tahun. Anak waktu ni tengah belajar kenal emosi sendiri, nak berdikari, tapi belum mampu nak kawal emosi atau luah dengan cara yang betul. Bayangkan badan kecik tapi emosi macam gunung berapi, bila meletup… BOOM! Jadi lah tantrum tu.
Ni antara sebab kenapa anak jadi ‘mudah meletup’:
Tak dapat apa yang dia nak. Masa ni dia baru nak belajar konsep sabar.
Susah nak luah dengan kata-kata. Anak umur 2 tahun belum fasih cakap, jadi dia guna badan – jerit, tendang, gigit.
Penat, lapar atau overstimulated. Kadang bukan sebab mainan rosak pun, tapi sebab dia dah letih sangat.
Perubahan rutin. Contoh: pindah rumah, dapat adik baru, atau mak ayah sibuk dan tak beri perhatian macam biasa.
Jangan panik bila anak tantrum. Yang penting, kita kenal punca, respon dengan bijak, dan bantu anak regulate emosi dia. Antara cara yang boleh
bantu:Tunjuk contoh tenang.
Anak belajar dari kita. Kalau kita terus marah atau jerit balik, dia tak belajar apa-apa pasal kawal emosi.
Beri pilihan.
Contoh: “Adik nak pakai baju warna biru ke merah?” – Bila anak rasa ada kuasa memilih, dia kurang memberontak.
Peluk & tenangkan.
Bukan semua tantrum perlu
Guna bahasa emosi.
Contoh: “Adik rasa sedih sebab tak dapat aiskrim ya?” – Bila kita bantu dia kenal emosi dia, dia lebih cepat belajar kawal diri.
Buat jadual tetap & rutin.
Anak suka predict apa akan jadi. Bila ada rutin harian, dia rasa lebih selamat dan kurang stres.
Kalau anak sering mencederakan diri atau orang lain, atau tantrum berlarutan sampai umur 4-5 tahun, ada baiknya mak ayah bincang dengan pakar kanak-kanak atau kaunselor anak.
Fasa ‘Terrible Two’ bukan fasa
yang buruk—ia fasa penting perkembangan emosi anak. Ia memang mencabar, tapi kalau mak ayah tenang dan sabar bantu anak kenal emosi dan kawal diri, insyaAllah anak akan membesar jadi lebih kuat dan bijak kawal perasaan.Mak ayah bukan nak jadi sempurna, cukup jadi tempat anak rasa difahami & disayangi. Peluk dia kuat-kuat bila dia lemah. Satu hari nanti, dia akan peluk kita semula dengan penuh penghargaan.