Fasa ‘Terrible Two’: Fahami Emosi Anak & Elak Tantrum Berulang
Masuk je umur 2 tahun, ramai mak ayah mula risau bila anak jadi drama kingatau drama queen—menangis tanpa sebab, mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak, guling-guling tengah mall, jerit macam kena dera. Jangan risau, ini semua normalya! Ini yang kita panggil sebagai fasa ‘Terrible Two’, satu fasa perkembangan emosi yang penting dalam kehidupan anak kecil.
Apa Itu ‘Terrible Two’?
Fasa ni biasanya berlaku sekitar umur 18 bulan hingga 3 tahun. Anak waktu ni tengah belajar kenal emosi sendiri, nak berdikari, tapi belum mampu nak kawal emosi atau luah dengan cara yang betul. Bayangkan badan kecik tapi emosi macam gunung berapi, bila meletup… BOOM! Jadi lah tantrum tu.
Ads
Kenapa Anak Suka Mengamuk?
Ni antara sebab kenapa anak jadi ‘mudah meletup’:
Tak dapat apa yang dia nak.Masa ni dia baru nak belajar konsep sabar.
Susah nak luah dengan kata-kata.Anak umur 2 tahun belum fasih cakap, jadi dia guna badan – jerit, tendang, gigit.
Penat, lapar atau overstimulated.Kadang bukan sebab mainan rosak pun, tapi sebab dia dah letih sangat.
Perubahan rutin.Contoh: pindah rumah, dapat adik baru, atau mak ayah sibuk dan tak beri perhatian macam biasa.
Cara Nak Bantu Anak Atasi Tantrum
Jangan panik bila anak tantrum. Yang penting, kita kenal punca, respon dengan bijak, dan bantu anak regulate emosi dia. Antara cara yang boleh bantu:
Ads
Tunjuk contoh tenang. Anak belajar dari kita. Kalau kita terus marah atau jerit balik, dia tak belajar apa-apa pasal kawal emosi.
Beri pilihan. Contoh: “Adik nak pakai baju warna biru ke merah?” – Bila anak rasa ada kuasa memilih, dia kurang memberontak.
Peluk & tenangkan. Bukan semua tantrum perlu hukuman. Kadang, anak cuma nak dipeluk dan diberitahu “Mama faham, adik marah…”
Guna bahasa emosi. Contoh: “Adik rasa sedih sebab tak dapat aiskrim ya?” – Bila kita bantu dia kenal emosi dia, dia lebih cepat belajar kawal diri.
Buat jadual tetap & rutin. Anak suka predict apa akan jadi. Bila ada rutin harian, dia rasa lebih selamat dan kurang stres.
Bila Perlu Risau?
Kalau anak sering mencederakan diri atau orang lain, atau tantrum berlarutan sampai umur 4-5 tahun, ada baiknya mak ayah bincang dengan pakar kanak-kanak atau kaunselor anak.
Ads
Fasa ‘Terrible Two’ bukan fasa yang buruk—ia fasa penting perkembangan emosi anak. Ia memang mencabar, tapi kalau mak ayah tenang dan sabar bantu anak kenal emosi dan kawal diri, insyaAllah anak akan membesar jadi lebih kuat dan bijak kawal perasaan.
Mak ayah bukan nak jadi sempurna, cukup jadi tempat anak rasa difahami & disayangi. Peluk dia kuat-kuat bila dia lemah. Satu hari nanti, dia akan peluk kita semula dengan penuh penghargaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi MK K-Clique tidak menafikan atau mengiyakan spekulasi kehamilan isterinya. Malah MK berkata dia akan berkongsi perkhabaran itu apabila tiba masa yang sesuai.
MK atau Muhammad Hairi Amin, 28, bagaimanapun berkata dia dan isteri iaitu Siti Hajaar memohon orang ramai mendoakan agar urusan mereka itu dipermudahkan.
“Saya sebenarnya tak nak nafikan atau cakap ya kerana akan datang waktu yang tepat akan saya kongsikan kepada umum cuma sekarang saya harapkan doa yang baik daripada semua.
“Kita sama-sama nantikan saja tapi doa yang paling penting, saya bukan tak mahu kongsi perkara ini sebab kena tanya persetujuan isteri… bukan nak sorok atau apa tapi kami mahukan privasi.
“Kadang-kadang berita baik ni kena sorok sehingga ia terjadi jadi keputusan yang kami buat ini memang nak tunggu waktu yang tepat dan perkara tersebut berlaku jadi baru sesuai untuk kami kongsikan kepada peminat dan semua,” kata MK.
Sebenarnya ada beberapa alasan mengapa ramai pasangan suami isteri mungkin memilih untuk merahsiakan kehamilan terutama pada trimester pertama.
Berikut adalah beberapa sebab umum:
Risiko Keguguran
Keguguran paling sering terjadi selama tiga bulan pertama kehamilan. Beberapa pasangan memilih untuk menunggu hingga risiko keguguran menurun sebelum mengumumkan kehamilan mereka kepada orang lain.
Masalah Kesihatan
Jika ada komplikasi atau masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan, pasangan mungkin ingin merahsiakannya sehingga mereka mendapat kepastian lebih tentang keadaan dan prognosis.
Kesulitan Kehamilan Sebelumnya
Orang yang pernah mengalami kesulitan dalam kehamilan sebelumnya, seperti keguguran atau kelahiran prematur, mungkin lebih berhati-hati untuk berbagi berita tentang kehamilan baru.
Keperluan Privasi
Beberapa individu lebih suka menjaga aspek peribadi hidup mereka secara pribadi, termasuk berita tentang kehamilan.
Menunggu Masa yang Tepat
Ada juga yang memilih untuk menunggu hingga momen yang mereka rasa tepat—seperti mencapai pencapaian tertentu dalam pekerjaan atau kehidupan pribadi—sebelum mengumumkan kehamilan.
Tanggapan Masyarakat atau Tekanan
Terkadang, tekanan sosial atau ketakutan akan penilaian orang lain bisa menyebabkan seseorang merahsiakan kehamilan.
Setiap pasangan atau individu mungkin memiliki alasan mereka sendiri yang sesuai dengan keadaan dan kenyamanan mereka.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“May you have your bapak’s smile,” Sharifah Amani harap anak sulung punya senyuman seperti suaminya. Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Amani dan suami tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung.
Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Sharifah berharap agar anaknya memiliki senyuman seperti suaminya.
“May you have your Bapak’s smile. Mudah mudahan,” tulis Amani di ruangan kapsyen.
Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, sempat berkongsi gambar suaminya ketika masih kecil.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos membesarkan anak sering menjadi topik yang hanya difikirkan secara serius selepas seseorang bergelar ibu atau bapa. Ramai yang biasa mendengar ungkapan “anak bawa rezeki”, dan sememangnya kehadiran cahaya mata membawa kebahagiaan yang sukar digambarkan. Namun dalam kegembiraan menyambut ahli keluarga baharu, perancangan kewangan tetap perlu diberi perhatian.
Hakikatnya, membesarkan seorang anak bukan sekadar menyediakan makan minum dan tempat tinggal. Dari hari pertama kelahiran sehinggalah anak melangkah ke alam dewasa, pelbagai keperluan perlu dipenuhi dan semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.
Ramai ibu bapa tidak pernah benar-benar mengira berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk seorang anak sehingga usia 18 tahun. Ini kerana kebanyakan kos datang sedikit demi sedikit setiap hari sehingga tanpa disedari jumlahnya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Merujuk laporan media NST sebelum ini bahawa kos membesarkan seorang anak dari sebelum kelahiran sehingga usia 18 tahun bagi isi rumah dalam kumpulan 40 peratus berpendapatan terendah (B40) dianggarkan antara RM93,000 hingga RM155,000.
Menurut perancang kewangan berlesen, Dr Rajendaran Vairavan, perbelanjaan akan meningkat dengan ketara apabila anak semakin membesar. Bagi keluarga B40, perbelanjaan tertinggi biasanya berlaku ketika anak berusia antara 13 hingga 17 tahun, dengan anggaran kos sekitar RM40,000 hingga RM60,000 sepanjang tempoh tersebut.
Walau bagaimanapun, jumlah ini jauh lebih rendah berbanding kos yang ditanggung oleh keluarga dalam kumpulan 20 peratus berpendapatan tertinggi (T20), di mana kos membesarkan seorang anak boleh mencecah antara RM250,000 hingga RM470,000 sehingga umur 18 tahun.
Keluarga T20 lazimnya membelanjakan antara RM60,000 hingga RM100,000 bagi tempoh kelahiran hingga usia empat tahun, manakala kos semasa usia remaja boleh meningkat kepada sekitar RM100,000 hingga RM200,000.
Dr Rajendaran berkata, keluarga B40 biasanya mengutamakan pilihan yang lebih berpatutan dengan bergantung kepada perkhidmatan awam seperti sekolah kerajaan, pusat penjagaan kanak-kanak komuniti dan kemudahan kesihatan awam. Perbelanjaan mereka juga lebih tertumpu kepada keperluan asas dan aktiviti yang sederhana.
Sebaliknya, keluarga T20 cenderung membelanjakan lebih banyak untuk pilihan premium seperti yuran sekolah antarabangsa yang boleh mencecah RM50,000 setahun, perkhidmatan kesihatan swasta serta produk bayi berjenama, selaras dengan keutamaan mereka terhadap kualiti dan eksklusiviti.
Menurut beliau, jurang corak perbelanjaan antara keluarga B40, M40 dan T20 mencerminkan perbezaan sosioekonomi yang lebih luas dalam masyarakat.
Namun begitu, dengan perancangan kewangan yang baik serta penggunaan pelbagai bantuan dan sokongan kerajaan yang tersedia, keluarga masih boleh mengharungi cabaran membesarkan anak dengan lebih yakin.
Di Malaysia, isi rumah B40 merujuk kepada mereka yang berpendapatan bulanan di bawah RM5,249, manakala M40 berpendapatan antara RM5,250 hingga RM11,819 sebulan. Bagi kategori T20, pendapatan isi rumah adalah melebihi RM11,820 sebulan.
Tahukah anda bahawa ramai beranggapan perbelanjaan terbesar hanya berlaku ketika anak masih bayi. Hakikatnya, perbelanjaan untuk anak akan terus meningkat mengikut usia, keperluan dan tahap pendidikan mereka.
Pada peringkat ini, ibu bapa biasanya perlu menyediakan pelbagai keperluan asas seperti:
Bagi sesetengah keluarga, kos untuk keperluan asas ini sahaja boleh mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Tambahan pula, terdapat perbelanjaan tidak dijangka seperti rawatan kesihatan atau keperluan khas yang mungkin timbul dari semasa ke semasa.
Apabila anak mula memasuki alam persekolahan, corak perbelanjaan turut berubah dan bertambah.
Antara kos yang perlu ditanggung termasuk:
Pada usia ini, ramai ibu bapa mula merasakan tekanan kewangan semakin meningkat kerana keperluan anak menjadi lebih pelbagai. Selain itu, aktiviti pembelajaran dan pembangunan diri sering memerlukan peruntukan tambahan yang berterusan.
Fasa remaja sering dianggap antara tempoh yang paling mencabar dari segi kewangan. Pada tahap ini, perbelanjaan bukan lagi tertumpu kepada keperluan asas semata-mata tetapi turut melibatkan teknologi, pendidikan dan aktiviti sosial.
Menurut anggaran yang dikongsikan dalam laporan tersebut, keluarga B40 membelanjakan sekitar RM40,000 hingga RM60,000 hanya bagi tempoh usia remaja.
Ketika ini, anak-anak memerlukan:
Belum termasuk kos tambahan sekiranya anak mempunyai minat atau bakat tertentu seperti sukan, muzik, seni atau aktiviti lain yang memerlukan latihan serta peralatan khas.
Ramai melihat perbelanjaan anak hanya dari sudut wang yang keluar setiap bulan. Sebenarnya, terdapat pelbagai pengorbanan lain yang tidak dapat diukur dengan angka.
Sebab itu ramai ibu bapa sering berkata, “Anak membesar terlalu cepat.”
Hakikatnya, bukan sahaja masa berlalu pantas, malah perbelanjaan juga meningkat sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Dalam banyak keadaan, ibu bapa sanggup mengutamakan keperluan anak berbanding kehendak diri sendiri demi memastikan mereka mendapat peluang terbaik dalam kehidupan.
Walaupun jumlah kos membesarkan anak sehingga usia 18 tahun mungkin mengejutkan ramai pihak, tujuan mengetahui angka ini bukan untuk menakutkan bakal ibu bapa.
Sebaliknya, ia menjadi peringatan tentang pentingnya membuat perancangan kewangan sejak awal. Menyediakan tabung pendidikan, membina dana kecemasan, mendapatkan perlindungan insurans atau takaful yang sesuai serta mengurus perbelanjaan dengan bijak dapat membantu mengurangkan tekanan kewangan pada masa hadapan.
Dengan perancangan yang baik, keluarga dapat menghadapi pelbagai cabaran kewangan tanpa menjejaskan keperluan anak yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Pada akhirnya, kebanyakan ibu bapa tidak akan mengingati berapa banyak wang yang telah dibelanjakan sepanjang membesarkan anak.
Sebaliknya, mereka akan mengingati saat pertama mendengar anak memanggil “mama” dan “ayah”, hari pertama anak melangkah ke sekolah, keputusan peperiksaan yang membanggakan serta pelukan yang membuatkan segala penat lelah terasa berbaloi.
Kos membesarkan anak sememangnya besar dan memerlukan komitmen jangka panjang. Namun bagi kebanyakan ibu bapa, kasih sayang, kegembiraan dan kenangan yang diterima sepanjang perjalanan itu adalah sesuatu yang tidak ternilai dengan wang ringgit.