Malaysia kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.

Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca kering terutamanya di utara negeri Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu. Menurut kenyataan itu, keadaan hujan mulai berkurangan di utara Kedah dan Perlis apabila beberapa kawasan tidak menerima hujan selama dua minggu.

“Anak Maut Kena Strok Haba Dalam Bilik Sendiri” Bayi & Kanak-Kanak Berisiko Tinggi

Orang ramai dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya.

Cuaca yang tersangat panas boleh menyebabkan strok haba dan langkah pencegahan telah dikongsi oleh Dr. Ahmad Luqman. Ikuti perkongsian beliau.

Petang tu, anak gadisnya beritahu nak tidur sebentar dan dia terus menapak ke bilik. Tak lama kemudian, ibunya masuk untuk melihat keadaan anaknya.

Sebaik saja terpandang susuk tubuh anak gadis tu, tak semena-mena jantung si ibu berdebar kencang. Nalurinya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan keadaan anaknya.

Muka si anak kemerahan yang amat sangat. Pakaian yang membaluti tubuhnya basah lencun akibat berpeluh. Bila disentuh, badannya terlampau panas.

Ibu cuba mengejutkan anak gadis tu, namun tiada tindak balas. Langsung tak ada respon!

Ini kisah benar kawan-kawan.

IKLAN

Gadis tu sebenarnya sedang mengalami strok haba dalam biliknya sendiri!

Anak kecil dan bayi memang berisiko tinggi untuk mengalami strok haba walaupun sedang berada di dalam rumah. Bahkan banyak dah kes bayi mati secara tiba-tiba berpunca daripada strok haba ni.

Parent kenalah beringat betul-betul. Biasanya kat negara kita ni, cuaca jadi sangat panas pada bulan Mac dan September.

“Anak Maut Kena Strok Haba Dalam Bilik Sendiri” Bayi & Kanak-Kanak Berisiko Tinggi

Bila suasana sekeliling terlampau panas, suhu dalaman badan kanak-kanak akan meningkat secara mendadak hinggakan boleh mencecah 41 darjah Celsius.

Badan secara automatik akan mengeluarkan peluh yang banyak untuk menyejukkan anggota badan. Sekiranya dibiarkan, akhirnya tubuh akan terhidrasi (kurang kandungan air), sawan, fikiran jadi keliru (confusion), kerosakan otak dan organ dalam badan berlaku.

Paling menyedihkan, kanak-kanak tu akan meninggal dunia.

IKLAN

Beberapa perkara kita ni kena usaha lakukan supaya kes strok haba tak berlaku dalam rumah kita;

1. Pastikan terdapat aliran udara yang baik terutamanya dalam bilik anak. Kipas sangat berguna dalam mengedarkan udara serta mengurangkan risiko bayi sedut balik karbon dioksida yang dilepaskan.

2. Jika tiada kipas siling, memadai dengan menyediakan kipas berdiri. Ikut kajian, bila pengaliran udara berjalan lancar ia dapat bantu turunkan risiko kematian bayi secara tiba-tiba sebanyak 72%.

3. Sekiranya ada penghawa dingin, laraskan suhu bilik kepada 24 ‘C. Itu mencukupi untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas sebab mereka dah tak perlu buat apa-apa untuk kawal suhu badan.

4. Walaubagaimana pun, bagi bayi yang kerap dibedung atau dipakaikan suit siap dengan sarung tangan dan kaki, penghawa dingin mungkin perlu dilaras ke suhu yang lebih rendah.

5. Usah pakaikan bayi dengan bedung yang terlalu tebal atau diikat dengan ketat.

IKLAN

6. Gunakan saja kain lampin atau pun kain kapas yang berlubang-lubang. Yang tu lebih nipis, bahkan lebih menyerap peluh dan harganya juga murah.

7. Pakaikan anak dengan pakaian nipis. Pakaian yang berlubang-lubang pun bagus untuk dipakai semasa cuaca panas.

8. Elakkan penggunaan selimut semasa anak tidur. Jika perlu, letak selimut tu sekadar di bawah bahagian dada dan jangan sampai menutupi bahagian muka.

9. Berikan anak minum air dengan kerap walaupun mereka tak mengadu dahaga. Elok juga jika kalian sediakan makanan yang mengandungi banyak air seperti sup dan buah-buahan.

10. Sekiranya anak berpeluh melampau dan badannya kepanasan, segera bantu turunkan suhu badan dengan mengelap muka atau badan mereka menggunakan tuala lembap.

Bawa anak mandi atau berendam dalam air sejuk. Namun jika gejala masih berterusan, tak usah bertangguh untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pusat kesihatan berdekatan.

Baca: “Anak Terlebih Minum Susu Formula Sampai Terpaksa Tahan Sakit.” Kurangkan Susu & Paksalah Anak Makan
Baca: Tak Perlu Bezakan “Result” Anak Kita Dengan Anak Orang Lain. Setiap Anak Ada Kelebihannya

Hal ni penting sangat sebab cuaca sekarang benar-benar panas. Bantu saya sebarkan ilmu ni pada lebih ramai parent supaya kes strok haba ni tak berlaku pada anak-anak yang lain.

Sumber:
Dr Ahmad Luqman Bukhari
Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI