“Doktor, anak saya ni sangat memilih bab makan. Apa yang saya boleh buat supaya dia makan?”
Kadang-kadang, anak tak nak makan sesuatu makanan tu bukan kerana tak suka rasa makanan itu, tetapi tidak suka teksturnya atau cara penyediaannya.
Berkongsi mengenai hal ini, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan ibu bapa mesti jadi lebih kreatif sebab setiap anak penerimaannya berbeza. Yang penting pemakanan anak itu mesti cukup nutrisi untuk perkembangan yang baik.
Ada yang tak suka makan nasi, tapi dia makan ketupat, dan bubur nasi.
Ada yang tak makan ayam dalam sup, tapi dia makan ayam goreng garing.
Ada yang tak makan kubis goreng, tapi dia makan kubis dalam kuah lodeh.
Ada yang tak makan buah tembikai, tapi sangat suka jus tembikai.
Ads
Ada yang tak suka langsung makan ikan, tapi suka hirup kuah laksa.
Ada yang tak makan cendawan dalam lauk, tapi makan “mushroom soup”.
Ada yang tak suka makan buah pisang, tapi berebut kalau dapat cekodok pisang.
Kita tak boleh paksa anak kita suka makan semua benda, tapi kita boleh cuba cari makanan apa yang anak kita suka.
Ads
Maka, jika anak tak suka sesuatu makanan, kita cubalah tukar cara penyediaan makanan itu. Gunakan daya kreatif kita. Cuba pujuk dan puji.
Hidang cantik-cantik, hias comel-comel, pelbagaikan menu, dan yang penting sekali ibu bapa pun kena makan sekali apa yang dihidangkan untuk anak.
Contohnya, kalau ibu bapa pun tak makan sayur, memang susahlah nak ajar anak makan sayur. Ibu bapa kenalah belajar makan sayur.
**Bagi menjimatkan masa penyediaan makanan, mama boleh klik SINI untuk dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer padaa harga berpatutan. Jika menggunakan kod PNMGSP5, layak lagi dapat diskaun RM5
Pemakanan yang seimbang sangat penting bagi memastikan berat badan atau BMI dalam keadaan normal dan sihat.
Selain mengamalkan sayur-sayuran dan buah-buahan, anda serta ahli keluarga juga boleh mengamalkan makan kekacang kerana kekacang antara snek yang sihat dan boleh membantu mengurangkan berat badan.
Bayangan segenggam kacang kuda ada:
1. Folate – 12% dari keperluan harian
2. Fiber – 2g
3. Protein – 3g
4. Zat besi -4% dari keperluan harian
5. Fosforus – 5% dari keperluan harian
6. Copper – 5 % dari keperluan harian
7. Manganese – 14% dari keperluan harian
Kalau nak turunkan berat badan boleh cuba kacang kuda ni. Kacang kuda bagi rasa kenyang. Bagi hormon kenyang leptin keluar. Dia benamkan hormon lapar.
Kajian dari George Mason University dapati kesan yang hebat kalau ambil kacang kuda ni. Dalam kajian peserta;
1. tidak berisiko untuk obes
2. BMI turun dan
3. ukur lilit pinggang juga jadi kecil.
Untuk yang ada diabetes, chickpeas ni stabilkan gula dalam darah. Ada kajian menarik di American Journal of Clinical Nutrition pasal diabetes ni.
Kajian ini dapati mereka yang ambil 200g chickpeas turun gula dalam darah sebanyak 21%. Banyak tu.
Paling win sekali ialah makan chickpeas bantu keluarkan butyrate dan saponins. Butyrate turunkan inflamasi pada sel colon. Rendahkan risiko dari terkena colon cancer.
Saponins pula hebat dalam halang pertumbuhan tumor. Hebatkan.
Bolehlah cuba! Kalau susah nak panggang ayam beli saja ayam panggang. Untuk chickpeas rebus pakai pressure cooker kalau nak cepat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa kekacang baik untuk anak? Kacang merupakan antara pilihan snek sihat yang sering dipandang sepi walaupun kaya dengan nutrien penting untuk tumbesaran. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mencari snek yang bukan sahaja sedap tetapi juga berkhasiat untuk anak-anak.
Walaupun saiznya kecil, kacang menyimpan pelbagai nutrien penting yang membantu tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Bagi anak berusia 4 tahun ke atas yang sudah boleh mengunyah dengan baik, ia boleh dijadikan sebahagian daripada pemakanan harian yang sihat dan seimbang.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, kekacang merupakan snek yang sangat berbaloi untuk tubuh kerana mengandungi gabungan protein, serat dan lemak sihat yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.
Berbanding makanan ringan yang tinggi gula dan garam, segenggam kecil kekacang mampu membantu mengawal rasa lapar serta mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis secara berlebihan. Ini penting terutamanya bagi kanak-kanak yang aktif dan sering meminta snek di antara waktu makan.
Selain itu, terdapat pelbagai manfaat lain yang boleh diperoleh daripada pengambilan kekacang secara sederhana.
Kekacang seperti walnut dan badam mengandungi lemak sihat, vitamin E serta antioksidan yang membantu menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
Nutrien ini memainkan peranan penting dalam pembelajaran, daya ingatan dan keupayaan anak untuk memberi tumpuan ketika belajar atau bermain.
Protein diperlukan untuk pembinaan otot, pembentukan tisu baharu dan proses tumbesaran yang sihat.
Bagi anak yang cerewet makan atau kurang mengambil sumber protein tertentu, kekacang boleh menjadi alternatif yang baik untuk menambah pengambilan protein harian mereka.
Ramai beranggapan penjagaan jantung hanya penting apabila dewasa. Hakikatnya, tabiat pemakanan sihat perlu dibentuk sejak kecil.
Lemak tidak tepu yang terdapat dalam kekacang membantu menyokong kesihatan jantung dan mengekalkan paras kolesterol yang lebih baik. Menurut American Heart Association, pengambilan kekacang secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet seimbang boleh memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular.
Kandungan serat membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko sembelit yang sering dialami kanak-kanak.
Apabila penghadaman lebih baik, anak juga cenderung berasa lebih selesa dan aktif sepanjang hari.
Anak-anak memerlukan tenaga yang mencukupi untuk bermain, belajar dan menjalani aktiviti harian.
Gabungan protein, lemak sihat dan serat membantu membekalkan tenaga secara lebih stabil berbanding snek tinggi gula yang hanya memberikan tenaga sementara sebelum menyebabkan anak kembali lapar.
Sesetengah kanak-kanak mungkin tidak gemar makan kekacang secara terus. Ibu bapa boleh mencuba beberapa cara kreatif untuk memperkenalkannya kepada anak.
Sapu mentega kacang pada roti, biskut atau hirisan buah seperti pisang dan epal. Pilih mentega kacang yang rendah gula dan tanpa bahan tambahan berlebihan.
Kacang yang dicincang halus boleh ditaburkan ke dalam oat, yogurt atau bijirin sarapan untuk menambah tekstur dan khasiat.
Serbuk badam atau kacang kisar boleh dimasukkan ke dalam pancake, muffin, kek atau biskut buatan sendiri.
Tambahkan satu sudu mentega kacang ke dalam smoothie pisang atau susu untuk menjadikannya lebih mengenyangkan dan kaya protein.
Campurkan kekacang yang dipotong halus (penting) dengan kismis, kurma yang dipotong kecil atau bijirin tanpa gula untuk menghasilkan snek yang lebih menyeronokkan.
Walaupun kaya dengan nutrien, kekacang tetap mengandungi kalori yang agak tinggi. Sebab itu ibu bapa perlu mengawal kuantiti pengambilannya.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, pilihan terbaik ialah kekacang yang tanpa garam tambahan, tanpa gula tambahan dan tidak disalut coklat. Pengambilan sekitar segenggam kecil sehari sudah memadai untuk mendapatkan manfaatnya.
Antara pilihan yang baik termasuk:
Selain itu, pastikan anak tidak mempunyai alahan terhadap kekacang sebelum memperkenalkannya secara kerap dalam diet harian.
Snek sihat tidak semestinya mahal atau sukar didapati. Kadangkala, hanya dengan segenggam kecil kekacang, anak sudah memperoleh protein, serat, lemak sihat dan pelbagai nutrien penting untuk tumbesaran mereka.
Daripada membiasakan anak dengan jajan yang tinggi gula dan garam, ibu bapa boleh memulakan langkah kecil dengan memperkenalkan pilihan snek yang lebih berkhasiat. Amalan ini bukan sahaja membantu mengenyangkan anak, malah turut menyokong perkembangan otak, kesihatan jantung dan tumbesaran secara keseluruhan.
Bayi yang dah menginjak umur 6 bulan dan mula makan, perkara pertama yang ibu fikirkan adalah nak bagi makan bubur. Apabila memikirkan masa yang lama untuk menyiapkannya, niat itu mula berbelah bahagi.
Bagi ibu yang tak bekerja, mungkin tiada masalah tapi ibu yang bekerjaya masa agak terhad. Banyak tip yang sebelum pernah dikongsikan seperti mengisar beras, bekukan beras dan macam-macam lagi.
Kali ini perkongsian dari Puan Raudah mengenai caranya masak bubur nasi pada anaknya sangat mudah. Hanya letak dalam periuk nasi sahaja.
Jangan cakap ibu, ayah pun boleh masak cara ni. Memang senang sangat.
Kaedah yang yang hampir sama dengan masak nasi. Bezanya lebihkan je air.
Sekiranya ibu-ibu nak jimatkan elektrik boleh je masak atas dapur dengan cara kukus. In SHAA Allah menjadi juga.
Tak faham? Ni tutorial bergambar, cara masak bubur si kecil di dalam rice cooker.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.