Bila anak menangis, memang buat ibu atau ayah hilang sabar, kadang tak sedar yang kita buat tu boleh bahayakan proses perkembangan anak.

Ada masanya juga ibu ayah jadi persis ‘diktator’ nak minta anak buat yang diluar kemampuan mereka, akhirnya perkara itu buatkan si kecil menangis.

Kita yang memang dah kurang kesabaran, terus jadi marah. Kesannya tentulah pada anak itu sendiri, otak emosi mereka boleh terbantut dan berhenti berkembang. Sebaiknya lakukan apa yang dikongsikan oleh En Mohd Fhais Salim ini.

Anak Menangis Bukan Mengada-Ngada, Itu Tanda Emosi Sakit. Kalau Sungguh Sayang Anak Ini Ibu Ayah Perlu Buat!

Bahaya Suruh Anak Berhenti Menangis

“Diam, jangan mengada-ngada boleh?”

Depan mata saya kejadian ni berlaku.

Kasihan.. Seorang anak menangis kerana takut di paksa pegang arnab, lepas tu kena marah dan di arah berhenti segera.

Semua parent kena dengar ni betul-betul.

Bahaya suruh anak berhenti menangis gitu!

Otak emosi dia boleh terbantut & berhenti berkembang. Ish, bahaya bahaya bahaya..

Anak menangis bukan sebab mengada-ngada, tapi itu tanda emosi dia sedang sakit.

Emosi sedang sakit, dia perlukan penawar bukan sindiran begitu.

IKLAN

Otak kita ni terbahagi kepada 3 layer.

1 – Otak cortex ( fikir )

2 – Otak limbic ( emosi )

3 – Otak reptilia ( survival )

Ketika anak menangis atau tantrum, otak limbic jadi berkuasa. Otak cortex dah hilang kuasa.

Sebab ini la tingkahlaku anak kita ketika menangis & tantrum boleh jadi sangat tak terkawal.

Anak bukan mengada-ngada, tapi memang dah lost control sungguh…

Masalah ni boleh jadi makin teruk!

Jika terlalu kerap anak di sindir begitu, lambat laun otak reptilia pula yang jadi masalah.

IKLAN

Masa tu anak kita boleh jadi super pasif & Fearloop tau. Terus jadi budak yang sentiasa di hurung ketakutan. Aduh..

Anak Menangis Bukan Mengada-Ngada, Itu Tanda Emosi Sakit. Kalau Sungguh Sayang Anak Ini Ibu Ayah Perlu Buat!

Sebab tu la tak boleh suruh anak diam bila dia sedang menangis, tantrum atau menjerit

Sebaliknya cuba cara ni ( rapport ) :

1 – Kita datang dekat pada anak

2 – Pandang muka anak dengan tenang

3 – Pastikan jauh dari gangguan

4 – Beri sentuhan ( peluk, bahu atau kepala )

IKLAN

5 – Tunggu 1 – 2 minit ( emosi bertahan 90 saat je )

6 – Lepas tu baru kita cuba slow talk dengan dia

InsyaAllah. Cara ni lebih selamat & anak pun tak terasa tertekan..

Cuba la kalau sungguh sayang anak.

Jangan cakap diam atau mengada-ngada lagi.

Ps : Ini baru satu teknik ada banyak lagi teknik dalam Ebook 21 Cara Tenangkan Anak Tantrum ni boleh baca di link : MudahDengarKata.com

Anak Menangis Bukan Mengada-Ngada, Itu Tanda Emosi Sakit. Kalau Sungguh Sayang Anak Ini Ibu Ayah Perlu Buat!Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Anak Menangis Bukan Mengada-Ngada, Itu Tanda Emosi Sakit. Kalau Sungguh Sayang Anak Ini Ibu Ayah Perlu Buat!Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI