
Ada waktunya, anak menangis buat kita rasa rimas. Sesekali biarkan sahaja anak menangis kerana inilah bentuk emosi yang anak cuba tunjukkan pada kita.
Biar dia lepaskan emosinya dan belajar untuk kembali memujuk dirinya selepas menangis. Ini sebenarnya baik untuk anak-anak. Menurut Pn Wawa Sauqi, Penulis Keibubapaan, bila anak menangis, elakkan memaksanya berhenti dan apatah lagi memarahi mereka. Sebaliknya didiklah agar mereka dapat mengawal emosi dengan betul.
Rupanya kalau anak tengah marah atau menangis, kita tak boleh paksa mereka berhenti marah atau menangis. Bila kita buat macam tu, anak tak belajar pun nak kawal emosi. Takut perangai memendam rasa tu mereka bawa sampai ke besar.
Tak mengapa untuk ada perasaan negatif. Asalkan kita ajar mereka,macam mana nak kawal dan salurkan marah tu dengan baik.
Ajarkan mereka, kalau marah atau kecewa, tak boleh sesuka hati sakitkan orang. Tak boleh juga sesuka hati rosakkan barang.
Antara cara kita nak ajar anak kawal emosi adalah;
* Tarik nafas dan kira 1 sampai 10
Ammar rileks je bila kawal provok Ammar. Mama nak paggil Ammar ‘Cool Guy’ boleh?
Jom cuba sama-sama! Mudah-mudahan rumah kita bertambah tenang.
Artikel berkaitan: Bayi Merengek Mula Nak Ikut, Itu Normal, Nak Elak Menangis Kena Tinggal, Mama Cuba Buat Ini!
Anak Menangis Jangan Abaikan, Mak Ayah Kena Tahu Punca, Boleh Beri Kesan Pada Perkembangan Mereka!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents