Bayi  takut berpisah biasa terjadi. Apa yang mama papa boleh lakukan untuk menghadapi kelakuan ini. Ketahui 5 strategi menghadapinya. Tengok mama pakai tudung atau papa bersiap nak keluar, dia pun mulalah tidak tentu arah. Mula menangis minta didukung.

Alasannya apa? Takut untuk berpisah atau nak ikut serta ke mana mama atau papa pergi. Takut untuk berpisah atau seperation anxiety ini biasanya bermula seawal 6 atau 7 bulan dan berlarutan apabila si kecil berusia 10 hingga 18 bulan dan seterusnya 2 tahun.

Bayi Merengek Mula Nak ‘Ikut’ Itu Normal. Nak Elak Menangis Kena Tinggal Mama Cuba Buat Ini

PUNCA BAYI TAKUT UNTUK BERPISAH

Bayi yang lebih muda daripada 4 hingga 6 bulan biasanya akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang menjaganya, asalkan keperluannya dipenuhi. Bayi pada umur 4 antara 7 bulan akan mengembangkan rasa “keabadian objek” atau permanence object. Mereka menyedari bahawa ibu bapa ada walaupun mereka tidak dapat melihat.

MEREKA TIDAK FAHAM KONSEP MASA

Bayi belajar bahawa ketika mereka tidak dapat melihat mama atau papa, itu bermakna mereka telah pergi. Mereka tidak memahami konsep masa, jadi mereka tidak tahu yang mama akan kembali dan boleh menjadi kecewa dengan ketiadaannya. Sama ada ibu berada di dapur, di bilik tidur seterusnya atau di pejabat, semuanya sama bagi mereka yang mungkin menangis sehingga mama kembali.

Anak-anak antara umur 8 bulan dan 1 tahun berkembang menjadi anak-anak yang lebih bebas, namun lebih tidak pasti tentang perpisahan dengan ibu bapa. Ini adalah apabila kegelisahan pemisahan berkembang, dan kanak-kanak mungkin menjadi gelisah dan kecewa apabila seorang ibu bapa cuba meninggalkan.

FASA BERBEZA

IKLAN

Fasa ini dilalui bayi sehingga usia yang berbeza-beza. Sesetengah bayi meneruskannya sehingga antara 18 bulan dan 2½ tahun. Ada yang tidak pernah mengalaminya. Dan bagi bayi lain, kemungkinan tekanan tertentu yan gmencetuskan perasaan takut untuk berpisah seperti baru pertukar taska atau berpindah taska baru, menerima kehadiran adik baru, berpindah ke tempat baru, atau ketegangan yang berlaku di rumah.

Apa pun, mama dan papa perlulah mengambil ketakutan ini dari sudut positif. Ini juga menunjukkan bonding antara anda dan bayi telah berjaya mewujudkan kelekatan (attachment) yang positif dan mereka akan faham bahawa anda akan kembali.

Bayi Merengek Mula Nak ‘Ikut’ Itu Normal. Nak Elak Menangis Kena Tinggal Mama Cuba Buat Ini

5 STRATEGI HADAPI ANAK TAKUT UNTUK BERPISAH

Ketakutan untuk berpisah ini selalunya akan menyebabkan tangisan dan tekanan emosi kepada si kecil malah berlarutan dan tidak boleh dipujuk. Ada yang menangis sehingga tertidur.Walau pun ia memberikan impak besar, ibu bapa perlu ambil langkah bijak untuk menghadapi waktu genting ini.

1.PASTIKAN MASA YANG SESUAI

IKLAN

Cuba elak daripada menyerahkan bayi kepada orang yang tidak dikenalinya pada usia 8 bulan hingga 1 tahun. Sekiranya ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka cuba pastikan anda meninggalkan si kecil ketika dirinya dalam keadaan kenyang, cukup rehat dan selesa. Elakkan waktu genting ini ketika dirinya sedang kelaparan, keletihan atau tidak selesa kerana ia menyebabkan efek kepada emosinya. Jadualklan waktu perpisahan ini selepas waktu tidur dan makannya.

2.LATIH

Mama dan papa boleh latih si manja untuk berjauhan atau berpisah daripada si manja secara berperingkat. Jika anda merancang untuk meninggalkannya di taska atau pengasuh dalam masa terdekat, anda boleh ajak pengasuh untuk berjumpa lebih awal dan berkenalan supaya kelak nanti bayi tidak terlalu terkejut.

3.BERPERINGKAT

Cuba buat secara berperingkat masa anak di rumah pengasuh atau daycare. Misalnya beberapa ini si manja tinggal di rumah pengasuh selama 3-4 jam, minggu depan boleh cuba hingga 8 jam pula. Ia adalah strategi untuk mengelakkan bayi mengalami ketakutan untuk berpisah yang berlarutan.

4.BERTENANG

IKLAN

Si kecil akan menangis, mengamuk dan memanggil anda merayu untuk mengikut. Tapi mama dan papa kena kental.  Mama dan papa perlu bertenang dan cuba akhiri perpisahan setiap hari dengan kata-kata yang manis dan pelukan. Cuba bertenang dan yakinkan dia bahawa anda akan kembali mengambilnya nanti. Berikan perhatian kepadanya apabila anda melambai dan lihat tepat pada wajahnya semasa mengatakan “Mama akan ambik adik nanti. Adik duduk elok-elok dengan ibu (pengasuh) ye”.

Bayi Merengek Mula Nak ‘Ikut’ Itu Normal. Nak Elak Menangis Kena Tinggal Mama Cuba Buat Ini

5.PENGASUH MAIN PERANAN

Minta pengasuh untuk menenangkan bayi anda dengan mengajaknya bermain dengan permainan yang disukainya, memujuknya dan memeluknya. Pengasuh dan penjaga memainkan peranan penting untuk membantu bayi anda melalui fasa perpisahan ini.

FASA INI AKAN BERLALU

Percaya bahawa fasa takut nak berpisah ini akan berakhir nanti. Mama dan papa perlulah yakin dan mengambilnya dari sudut positif, Banyakkan bersabar melayani kerenah si kecil.

Mama dan papa juga perlu percaya kepada instinct. Sekiranya bayi mengamuk tidak mahu berpisah dengan anda dan mendapatinya tertekan dengan selera si manja berkurangan atau mengalami masalah untuk tidur dalam jangkasa masa yang lama, ambil langkah untuk memeriksa sekiranya ada sesuatu yang meragukan.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI