Tumbesaran serta perkembangan anak dapat digalakkan dengan memberi pendedahan untuk melihat dunia luar. Malangnya dalam keadaan musim pandemik sekarang menghalang anak-anak untuk belajar di luar rumah. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu tumbesaran mereka secara mental dan fizikal.

Selain menjalani PdPR dan menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru, ibu ayah boleh mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk mengelakkan anak-anak dari merasa stres atau bosan. Dengan itu, tumbesaran anak tidak akan terganggu walaupun mereka tidak boleh keluar rumah.

Anak Minum Susu, Penting Waktu Pandemik. Ini Yang Perlu Ibu Ayah Tahu
Sumber foto: www.shutterstock.com

Bukan itu sahaja, pemakanan yang sihat dan seimbang juga amat penting supaya anak-anak dapat membesar dengan baik. Tumbesaran anak bukan sahaja penting dari segi fizikal , bahkan perkembangan mental dan sosial mereka juga sangat penting.  Bila menyediakan makanan yang tinggi khasiat untuk anak, jangan lupa untuk beri mereka minum SUSU! Ia bukan sahaja  mengandungi nutrien seperti Kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi anak, susu juga mempunyai pelbagai nutrien lain yang boleh membantu menyokong keseluruhan perkembangan anak-anak.

Anak Minum Susu, Penting Waktu Pandemik. Ini Yang Perlu Ibu Ayah Tahu

Yang Terbaik Buat Anak Tersayang!

  • Mengekalkan Sistem Imuniti Yang Kuat

Sangat penting untuk anak-anak mempunyai sistem imuniti di tahap terbaik sekarang. Ia dapat mengelakkan mereka dari mudah jatuh sakit. Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E, Zat Besi dan Zink sangat diperlukan oleh tubuh anak dan ia boleh didapati di dalam makanan seperti brokoli (Vitamin A, C, E), buah-buahan sitrus dan betik (Vitamin C), bijirin penuh dan produk tenusu (Zink), ubi keledek dan lobak (Vitamin A); serta daging, ayam & sayur berdaun hijau (Zat Besi).

Anak Minum Susu, Penting Waktu Pandemik. Ini Yang Perlu Ibu Ayah Tahu
Sumber foto: www.shutterstock.com
  • Menyokong Fungsi Kognitif 

Ibu ayah perlu pastikan anak sentiasa bersedia dan fokus terutamanya ketika menjalani kelas atas talian bersama guru. Antara nutrien-nutrien yang diperlukan untuk membantu menyokong fungsi kognitif anak adalah seperti Asid Folik, Vitamin B, Zat Besi dan DHA. Contoh sumber makanan untuk nutrien-nutrien  ini adalah salmon (Vitamin B, Zat Besi dan DHA), sayuran berdaun hijau (Asid Folik dan Zat Besi) dan telur (Asid folik, Zat Besi dan Vitamin B).

IKLAN

Anak Minum Susu, Penting Waktu Pandemik. Ini Yang Perlu Ibu Ayah Tahu

  • Menyokong Tumbesaran 

Protein sangat diperlukan untuk membina otot, sel dan untuk menyokong perkembangan sistem imuniti. Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D membantu perkembangan tulang yang sihat. Sumber khasiat ini? Sudah tentulah daging (Protein), telur (Protein dan Vitamin D), susu dan produk tenusu (Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D).

Anak Minum Susu, Penting Waktu Pandemik. Ini Yang Perlu Ibu Ayah Tahu

Jom, Ajak Anak Minum Susu! 

IKLAN

Garis Panduan Diet Malaysia menyarankan pengambilan susu atau produk tenusu sebanyak dua kali sehari. Untuk memastikan anak mendapat khasiat secukupnya, ibu ayah perlu memilih susu dengan teliti. Pastikan anda memilih jenama susu yang mempunyai reputasi yang baik. Selain itu, carilah susu yang bersesuaian dengan umur anak anda. Setiap susu tepung telah diformulasikan mengikut keperluan nutrisi mengikut usia mereka.

Anak Minum Susu, Penting Waktu Pandemik. Ini Yang Perlu Ibu Ayah Tahu
Sumber foto: www.shutterstock.com

Baca label dengan teliti. Sangat penting untuk ibu ayah melihat kandungan yang ada di dalam susu tepung sebelum memilihnya. Kenali setiap bahan di dalam susu dan ambil peduli apa kepentingannya untuk anak. Dalam kesibukan ibu ayah yang terpaksa bekerja, agak sukar menyediakan hidangan lengkap nutrisi untuk anak yang diperlukan untuk perkembangan mereka.

Jangan risau, kerana ibu ayah boleh mendapatkan susu NESPRAY Penuh Krim. Tahukah anda, susu ini merupakan satu-satunya susu penuh krim yang mempunyai kebaikan 15 Vitamin dan Mineral di dalamnya*? Dengan memberikan anak minum susu NESPRAY Penuh Krim setiap hari, ia dapat membantu memupuk potensi mereka. Ianya sangat penting untuk kita memberikan khasiat yang sesuai buat mereka untuk menyerlahkan kemampuan anak-anak.Anak Minum Susu, Penting Waktu Pandemik. Ini Yang Perlu Ibu Ayah Tahu

IKLAN

Susu NESPRAY Penuh Krim bukan sekadar susu penuh krim yang biasa! Rasanya juga sedap dan berkrim, pasti menjadi kegemaran anak-anak. Ia mengandungi Protein, Kalsium, Zat Besi, Vitamin C, Vitamin D dan lebih banyak lagi Vitamin dan Mineral. Lebih baik lagi, ia mengandungi 0gm Sukrosa. Apa lagi parents, jom dapatkan Susu NESPRAY Penuh Krim segera untuk anak-anak!

Nak tahu lebih banyak tentang Susu  NESPRAY Penuh Krim, boleh layari : https://www.dearnestle.com.my/bm/brand-story/nestle-nespray

Bagi anda yang mahu mendapatkan susu ini, boleh klik SINI atau SINI

*Perbandingan berdasarkan maklumat pemakanan Susu Lembu Penuh Krim daripada data Nielsen (Oktober 2020).

**Sumber foto:www.shutterstock.com



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI