Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang penting untuk membantu mereka membesar dengan baik. Tahukah anda bahawa 80 peratus pertumbuhan anak anda dipengaruhi oleh pemakanan dan hanya 20 peratus sahaja oleh genetik?¹ Ini menjelaskan kepentingan pemilihan pemakanan yang sihat dan tepat untuk membantu dalam perkembangan dan tumbesaran anak kecil kita. Jadi sejak kecil lagi bagaimana corak pemakanan yang anda sebagai ibu bapa tetapkan pada anak-anak?
Adakah anak-anak kecil kita makan secara sihat atau anda memilih untuk memberikan jenis makanan yang disukai mereka?
Apa Perlu Ada?
Sejak kecil lagi, usahakanlah untuk membekalkan anak dengan makanan seimbang. Ia perlu terdiri daripada sumber karbohidrat iaitu seperti nasi, roti, biskut, pasta seperti spaghetti, macaroni, mihun, kentang dan pelbagai lagi karbohidrat. Porsi atau sukatan karbohidrat perlulah sesuai dengan usia anak.
Jangan berlebihan kerana ia boleh mendorong kepada anak makan dalam porsi yang besar dan menaikkan berat badan anak-anak. Penting juga untuk kita ingat agar jangan perkenalkan karbohidrat ringkas yang tidak bagus untuk anak-anak seperti makanan yang berasaskan gula dan kumpulan makanan tersebut.
Sumber yang perlu ada juga adalah protein di mana ia penting untuk tumbesaran anak-anak kita. Protein ini adalah seperti ikan, ayam, daging, telur dan sebagainya. Pastikan protein tersebut adalah sihat dan kurang lemak. Kita juga tidak digalakkan untuk memberikan protein yang tidak sihat di mana banyak lemak dan kandungan protein kurang seperti makanan yang diproses iaitu nugget, sosej, burger dan sebagainya.
Pun begitu, lemak perlu ditambah dalam makanan anak-anak namun tidak keterlaluan. Gunakan minyak tumisan seperti minyak sayuran atau letakkan minyak zaitun dalam pasta. Lemak juga diperlukan dalam diet harian kita tetapi bukan secara berlebihan.
Sumber seterusnya adalah serat serta vitamin dan mineral daripada sayuran dan buahan. Potonglah pada saiz kecil dan menarik agar anak-anak lebih tertarik untuk menikmati buah dan sayur ini.
Ads
Jangan lupakan air kosong dan susu untuk anak-anak. Kurangkan perkenalan minuman-minuman manis kerana ia mendorong anak-anak untuk memilih lebih kepada minuman manis berbanding air kosong. Begitu juga dengan snek dan makanan ringan, boleh diberi tetapi elakkan terlalu kerap dan banyak.
Nutrien-nutrien Penting Untuk Tumbesaran Sihat Anak
Bagi menjayakan tumbesaran anak yang padu, pengambilan nutrien daripada pelbagai jenis makanan itu sememangnya amat diperlukan.
Ibu bapa seharusnya berpegang kepada prinsip iaitu memastikan anak makan gabungan utama iaitu karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral setiap hidangan makanan bagi memastikan tumbesaran anak mencapai perkembangan yang memberangsangkan.
Jika memilih roti, sediakanlah roti sandwhich yang sihat untuk anak, jangan hanya sekadar menyapu roti dengan marjerin sahaja buat anak.
Begitu juga dengan pasta. Sebaiknya sediakan pasta seperti carbonara, bolognese atau sup yang mempunyai sayur-sayuran dan ayam sebagai sumber protein.
Ads
Selain itu, untuk perkembangan tulang dan gigi, jangan abaikan pengambilan susu yang tinggi dengan kalsium untuk anak-anak membesar. Begitu juga dengan rangkaian vitamin lain seperti Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.
Bagi pertumbuhan tisu badan, otot dan tulang , jangan diabaikan 9 Essential Amino Acids (EAA) atau 9 Asid Amino Perlu yang merupakan blok asas dalam protein. Kekurangan 9EAAˇ boleh melambatkan proses pertumbuhan dan EAA hanya boleh didapati daripada pemakanan harian kita seperti dengan pengambilan susu.
Jangan dilupakan DHA yang menyokong perkembangan otak anak. Kesemua ini boleh diperolehi dalam segelas susu yang sememangnya wajib diberikan kepada anak-anak kita dalam menu hariannya.
Pengambilan makanan yang tinggi dalam nutrien-nutrien ini dapat membantu pertumbuhan optimum anak. Ketinggian anak tidak hanya bergantung kepada genetik semata-mata tetapi juga pemilihan makanan yang sesuai untuk dimasukkan dalam pemakanan harian mereka.
DUTCH LADY MaxGro dengan Nutrien Tinggi# Menyokong Pertumbuhan Optimum Kanak-kanak
Ads
Bagi memastikan si kecil anda terus mendapatkan nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan optimum mereka, DUTCH LADY MaxGro terbaru dapat membantu memenuhi keperluan si kecil anda.
DUTCH LADY MaxGro adalah inovasi produk terbaru daripada DUTCH LADY yang dirumus khusus untuk menyokong pertumbuhan optimum kanak-kanak. Ia adalah makanan pendietan berformula berasaskan susu untuk kanak-kanak yang berumur antara 1-9 tahun. Ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi# dan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan* bagi memastikan si kecil anda mempunyai pemakanan yang lengkap den seimbang.
DUTCH LADY MaxGro juga mengandungi 9EAAˇ & DHA untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak dengan menyeluruh. DUTCH LADY merupakan jenama tenusu yang dipercayai oleh ibu-ibu di Malaysia dengan kualiti dan nilai pemakanan yang baik untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak.
Jangan teragak-agak untuk memberikan pengalaman bermakna buat anak-anak kita disamping membekalkan nutrisi yang optimum agar anak kita membesar menjadi anak yang lebih cergas dan bijak.
#Tinggi Dalam Nutrien: Tinggi kandungan Protein, Kalsium, Zat Besi, Magnesium, Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
*80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
ˇ9EAA: 9 Asid Amino Perlu
¹ Jelenkovic, A. et al. Genetic and environmental influences on height from infancy to early adulthood: An individual-based pooled analysis of 45 twin cohorts. Sci. Rep. 6, 28496; doi: 10. 1038/srep28496 (2016)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Situasi semacam ini selalu berlaku pada kita. Konon nak simpan duit raya anak supaya jadi banyak dahulu dan kemudiannya baru nak menyimpan di bank, sudahnya duit raya anak hilang tanpa dikesan. Malah tak perasan letak di mana.
Paling dikesalkan, adakalanya kita terpaksa pakai duit raya anak untuk kegunaan kita. Konon nak pinjam sekejap, sudahnya lupa hendak pulangkan semula. Hal yang semacam inilah tidak patut berlaku pada kita.
Mengumpul duit raya anak agar menjadi lebih banyak dan menyimpannya sendiri adalah keputusan yang kurang bijak dan tidak patut diambil oleh ibu bapa. Selain bimbang terguna, ada waktunya kita sendiri terlupa di mana kita simpan wang tersebut. Hal semacam inilah yang patut kita elakkan.
Menurut Perunding Kewangan Bertauliah, Pn Kay Bee, menyimpan duit raya anak perlulah dirancang dengan bijak dan cermat. Adalah lebih baik, ibu bapa melaburkan duit anak itu untuk kegunaan mereka di masa hadapan.
Simpan Cara Bijak!
Salah satu cara paling mudah untuk menyimpan dan dalam masa yang sama menggandakan tabungan anak kecil kita adalah dengan membuat pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ibu bapa boleh membuka Akaun Bijak untuk anak-anak seawal usia bayi lagi.
ASB bukan sekadar simpanan biasa bahkan ianya merupakan suatu pelaburan yang memberikan pulangan agihan pendapatan tahunan. Duit simpanan anak -anak akan berkembang dengan kuasa kompaun jika disimpan dalam tempoh masa yang panjang.
Jika pelaburan dibuat di awal usia anak-anak, ibu bapa mempunyai masa yang lebih panjang untuk mencapai matlamat kewangan misalnya untuk kegunaan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, modal untuk mencapai impian dalam bidang keusahawanan, deposit rumah pertama anak atau perkahwinan. Mulakan dengan jumlah yang kecil; setiap sen yang dilaburkan, lama kelamaan boleh berkembang.
Pelaburan yang dibuat dengan konsisten walaupun dalam jumlah yang kecil tetap boleh memberikan manfaat di masa hadapan. Jadi tak rugi kalau ibu terus menyimpan duit raya anak dengan bijak setiap tahun secara konsisten.
Sebenarnya hendak menyimpan wang anak kini tidaklah sesukar dahulu bila mana pergi ke kaunter untuk membuat transaksi. Kini anda sudah boleh melabur secara online dengan portal atau mobile apps myASNB atau menerusi perbankan internet ejen ASNB. Kalau takut terlupa, buatlah potongan Auto Labur, pelan pelaburan sistematik untuk akaun anak yang lebih menjimatkan masa anda.
Apa itu Auto Labur? Auto Labur adalah kemudahan pelaburan sistematik secara online yang disediakan oleh ASNB yang membolehkan ibu bapa untuk simpan duit anak-anak secara konsisten setiap bulan.
Hanya tetapkan sahaja berapa jumlah yang kita mahu simpan dalam akaun anak serendah RM30 sebulan, dan secara automatik ia akan ditolak dari akaun bank yang ibu bapa tetapkan. Mudah bukan?
Kempen Labur Raya ASNB!
Sepanjang musim raya ini, simpan duit raya anak anda di ASB atau ASB2, anda berpeluang memenangi lebih lagi duit raya. Kempen ini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31 Julai 2021, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM225,000 untuk lebih 3,000 pemenang!
Selain itu, bagi pendaftaran baharu Auto Labur, anda boleh mendapat rebat tunai sebanyak RM10, terhad kepada 2,500 peserta terawal.
Istimewa untuk penonton Tanya Pakar Pa&Ma bagi episod bersama host Fizi Ali dan Perunding Kewangan Bertauliah, Pn Kay Bee, anda berpeluang untuk menang RM50 unit percuma. Seramai 150 orang pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Menarik bukan?
Nak tahu macam mana caranya?
Jangan susah hati, mudah sahaja nak sertai.
Tambah pelaburan minimum RM100 ke akaun anak-anak di ASNB secara online menerusi portal myASNB atau mobile apps pada 2,3 dan 4 Julai 2021.
Seramai 50 orang pemenang bertuah akan dipilih setiap hari pada 3 hari tersebut iaitu seramai 150 jumlah keseluruhan pemenang bertuah.
Hanya tonton Tanya Pakar Pa&Ma dan jangan lupa untuk tekan butang like dan share serta subscribe youtube Pa&Ma.
Apa tunggu lagi, sambil-sambil kita simpan duit raya anak, sambil kita melabur untuk masa hadapan anak-anak kita.
Nak tahu lebih lanjut tentang KEMPEN LABUR RAYA 2021 ASNB, klik sahaja di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Think Quran (ThinkQuran.com) bersama Kumpulan Karangkraf melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa al-Quran bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami dan dihayati maknanya.
Kempen tersebut dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran, Dato’ Abdul Radzeen Abdul Rahman. Turut hadir, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamudin Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff.
“Bulan Ramadan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal al-Quran.
“Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” ujar Dato’ Abdul Radzeen ketika berucap bersempena melancarkan kempen berkenaan di Kumpulan Karangkraf.
Dalam pada itu menyentuh mengenai usaha sama Think Quran dan Kumpulan Karangkraf berhubung kempen ini, beliau berkata, pengalaman kumpulan itu dilihat akan dapat melahirkan masyarakat yang sayang dan cintakan kitab suci berkenaan.
“Saya melihat Karangkraf (menerusi Yayasan Warisan Ummah) merupakan organisasi yang berjaya melaksanakan perkara yang luar biasa contohnya menerusi Quran Time, World Quran Hour dan sebagainya. Saya lihat mempunyai visi yang sama dengan kami untuk membawa cahaya al-Quran kepada manusia,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, dengan kehadiran aplikasi berkenaan, usaha umat Islam untuk memahami kandungan al-Quran diharap dapat dipertingkatkan lagi.
“Dengan adanya kerjasama atau kolaborasi sebegini, ia lebih mudah direalisasikan,” ujar Datuk Hussamuddin.
ThinkQuran.com adalah satu kaedah mudah bagi mempelajari bahasa Arab al-Quran yang memang direka khusus buat umat Islam yang tidak ada sebarang bahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab al-Quran dengan Think Quran sangat berbeza kerana Think Quran lebih memfokuskan kepada penguasaan kalimah-kalimah yang paling kerap berulang di dalam al-Quran.
Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa yang singkat. Cara pembelajaran Think Quran yang agak santai kerana menggunakan telefon pintar, ia sangat efektif kerana ThinkQuran.com boleh mengenal pasti kalimah yang telah dipelajari mengikut tahap pembelajaran dan menyediakan modul latihan mengikut tahap kemampuan individu.
Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa ini membolehkan pembelajaran dan penghayatan al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja untuk mengisi ruang masa ketika bulan Ramadan. Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.
Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini Think Quran menawarkan satu set percuma ‘Al-Quran Amazing’ dengan setiap langganan seumur hidup pada harga RM399.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau duduk di rumah saja, anak-anak akan merasa bosan. Sudah menjadi lumrah untuk mereka suka bergerak aktif dan bermain di luar rumah. Banyak kebaikan apabila kita menggalakkan anak-anak bermain di luar, selain bagus untuk kemahiran sosial ia sebenarnya membantu anak menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Antara aktiviti yang boleh ibu ayah lakukan bersama anak-anak di luar rumah adalah messy play. Ia adalah aktiviti bermain secara aktif dengan mengeksplorasi pelbagai jenis alatan atau bahan. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang deria anak kerana mereka akan menyentuh, melihat, mendengar serta merasa semasa melakukannya.
Manfaat Bila Anak Messy Play
Apabila anak messy play adalah ia dapat membantu sensori anak kerana banyak rangsangan terhadap deria sentuhan mereka ketika bermain.
Selain itu, ia dapat membantu anak untuk menggunakan kemahiran deria badan dan ia adalah langkah pertama untuk mereka menguasai akademik. Tanpa kemahiran deria badan, anak mungkin mempunyai masalah untuk membaca dan menulis.
Kemahiran deria badan yang perlu dikuasai oleh si manja adalah:
* Deria auditori – telinga
* Deria visual – mata
* Deria gustatori – mulut
* Deria olfaktori – hidung
* Deria sentuhan
* Deria keseimbangan tubuh
Kotor Tapi Bagus
Sama seperti namanya, messy play akan menyebabkan keadaan bersepah dan anak menjadi comot. Namun, ia bukanlah situasi yang tidak baik kerana pada waktu inilah anak belajar untuk mencuba banyak perkara baharu.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Antara aktiviti yang boleh dibuat bersama anak ketika berada di luar rumah adalah seperti bermain tanah membuat lukisan menggunakan warna air, membina istana pasir, mengutip batu atau ranting kayu, menghasilkan tanah liat dengan tepung dan banyak lagi. Memang comotlah bila anak main tu!
Anak Tak Selesa Main Luar Rumah
Bila dah main di luar rumah, kotor-kotor pula tu dah tentulah anak akan merasa tak selesa. Dibiarkan tanpa penjagaan diri yang betul juga merisikokan anak untuk jatuh sakit. Nak buat messy play tak salah, tapi kena ajarkan anak-anak tentang kebersihan dan galakkan mereka mandi sebaik saja selesai bermain.
Biarpun anak mempunyai sistem imun tubuhnya sendiri yang dapat melawan penyakit, ibu ayah tetap perlu ambil berat tentang kesihatan mereka. Anak yang bermain kotor dan tidak mengamalkan rutin penjaaan kebersihan berkemungkinan akan mengalami sakit perut dan cirit-birit, demam, batuk, selesema dan banyak lagi.
Sebab itulah penting sangat penting untuk ibu ayah mengajar anak untuk sentiasa mengamalkan kebersihan apabila sudah bermain di luar rumah.
Syoknya Mandi Dengan Johnson’s Baby®
Ibu ayah tak perlu risau lagi bila anak merasa tidak selesa akibat berpeluh yang menyebabkan tubuh melekit dan mengalami kegatalan. Itulah yang membuatkan anak-anak hilang mood untuk bermain, sudahnya merengek kerana tidak selesa!
Sumber foto: www.shutterstock.com
Oleh itu, mandikan anak-anak dengan Johnson’s® Active Fresh Bath yang akan membersihkan 99.9% kuman secara lembut pada kulit *seperti yang dapat dilihat melalui ujian anti-microbial dengan e-coli.
Bukan nak bersihkan badan sahaja, pastikan anda gunakan Johnson’s® Active Fresh Shampoo dengan teknologi anti-statik yang menghalang kekotoran dan habuk melekat pada rambut dan memberi rasa segar berpanjangan pada si manja.
Diformulasikan dengan teknologi PlayProtect, Johnson’s® Bath and Shampoo mengandungi bahan semula jadi yang membersihkan 99.9% kuman tanpa merengsakan kulit si manja. Produk ini juga menggunakan Active Fresh Technology yang telah diuji dan terbukti kekal harum sehingga 12 jam.
Sekiranya anak kuat berpeluh, gunakan Johnson’s® Blossoms Baby Powder yang mempunyai 2x kuasa serapan peluh. Sangat sesuai digunakan selepas waktu mandi bagi memelihara kelembutan kulit serta memberi keharuman berpanjangan.
Bila badan bersih, anak pun selesa. Nak bermain pun rasa teruja! Untuk mendapatkan produk-produk berkualiti dari Johnson’s Baby®, klik SINI
**Sumber foto: www.shutterstock.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rania & Rizqin: Bintang Skuasy Cilik dan Inspirasi Buat Ibu Bapa Malaysia
Dalam dunia hari ini yang terlalu menekankan keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik, kisah...