Anak Mula Merangkak Pada Usia 7 Bulan Membuktikan Stimulasi Yang Dilakukan Dr Sheikh Muszaphar Ini Berkesan

Share

Anak kembarnya mula merangkak pada usia 7 bulan menunjukkan kesan positif stimulasi yang dilakukan Datuk Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan hasilnya.

Berikut ialah kapsyen Instagram mengenai hal ini,

“Adam & Noah kini berusia 7 bulan dan boleh merangkak ke mana-mana sahaja. Ia hanya menunggu masa sebelum mereka mula berdiri dan berjalan. Rumah kami telah di jadikan baby proof sejak Bella dilahirkan tetapi kali ini nampaknya lebih banyak masa diperlukan untuk membantu si kembar terutama pada usia ini.

Mereka sememangnya memerlukan lebih banyak perhatian daripada kami terutamanya semasa bermain. Bella & Tasha telah banyak membantu tetapi mereka lari setiap kali adik-adiknya perlu ditukarkan lampin.”

LATIHAN MENIARAP DAN MERANGKAK SEJAK AWAL LAGI

Bermula daripada latihan untuk meniarap dimulakan dari usia bayi-bayinya dua minggu dan kemudiannya rangsangan untuk merangkak sejak anak-anaknya mula meniarap pada usia tiga bulan lagi.

1)Menggalakkan tummy time sejak dari usia dua minggu untuk menguatkan leher dan otot pada bahagian belakang. 

2) Apabila otot leher mula kuat dan stabil, bayi akan mula menolak badannya. Tetapi pastikan permukaan lantai tidak licin . Tikar permainan getah adalah opsyen yang baik. Buat aktiviti seperti menepuk tangan atau memanggil nama anak untuk menggalakkan mereka merangkak ke depan.

3)Lakukan teknik galakan merangkak 3 hingga 5 kali sehari. Bayi mungkin akan menangis mungkin disebabkan oleh tekanan pada bahagian abdomen. Tetapi jika tangisan semakin kuat, hentikan latihan kerana mungkin bayi tidak selesa. 

KINI MEREKA SUDAH MERANGKAK DENGAN BAIK

Kini akhirnya apa yang diimpikan oleh beliau menjadi kenyataan apabila bayi kembarnya sudah boleh menguasai skil merangkak dengan baik. Ini membuktikan rangsangan dan stimulasi daripada awal memberikan impak positif kepada perkembangan bayi.

PERSOALAN MENGENAI MERANGKAK

Beliau yang pernah bertugas sebagai doktor bedah ortopedik dan pensyarah perubatan ini memberikan respons kepada pertanyaan netizen di ruangan komen. Antara yang mendapat perhatian beliau ialah seperti berikut,

Merangkak ke belakang

Lambat meniarap berbanding anak yang lain

Combat crawling

Merangkak bagi bayi pramatang

Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Harlina atas kejayaan ini. Ini jelas membuktikan usaha dan rangsangan yang diberikan oleh ibu bapa pada peringkat awal kepada bayi memberikan kesan positif. Ibu bapa perlu terus merangsang bayi tanpa jemu untuk membolehkan anak mencapai potensi yang maksimum.

Sumber: Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Datin Dr Halina Mohd Yunos

IKLAN