Sekiranya anda perhatikan anak kecil muntah atau cirit birit, mesti ada sesuatu yang tak kena. Kebanyakan daripada kita akan menganggap mungkin tak serasi dengan susu yang anak minum.
Sedangkan ada lagi punca lain yang ramai tak tahu. Seperti perkongsian seorang ibu, Aisyah Hussain, kejadian yang berlaku pada anak lelakinya ini perlu dijadikan peringatan bersama jika anak muntah dan cirit birit dalam jangka masa lama.
Ibu jangan ambil mudah bila anak cirit birit dan muntah!
Muhammad Aisy Syafi’i atau panggilan manjanya si tembun ni masuk hospital sebabkan cirit birit dan muntah-muntah. Tapi 2 minggu sebelum tu memang dia dah start cirit birit dan muntah-muntah. Jadi mak ingat biasa je la dengan harapan akan baik 2 3 hari selepas tu.
Tapi cirit birit dan muntah tu berlarutan sampai 2 minggu. Kalau ikutkan lepas seminggu mak ada bawak hospital, doktor dah cek, ambil darah, dia kata tak ada apa dan suruh balik. Bagaimanapun minggu seterusnya masih lagi tak berhenti.
Mak mana yang tahan tengok anak macam tu, terus mak bawak ke hospital ditambah pernafasan laju. Alahai baru 4 bulan kan, takut sangat mak ni. Kesian tengok dia, tapi tengok dia macam orang tak sakit, minum macam biasa, muka ok, bawah mata tak hitam, aktif semua ok. Mak tak jangka pulak rupanya penyakit tu serius tau.
Simptom-simptom kat rumah yang mak nampak, demam tinggi 39 tak turun, cirit birit yang kerap, tak sampai setengah jam dah cirit, pampers jangan cakap la tak sampai seminggu dah habis, najis dia mula-mula warna oren plus cair of coz cirit birit kan, then after 2 week najis tu bertukar jadi warna hijau, bukan mak kau hijau eh.
Najis tu pulak bau dia alamak, bau macam bangkai. Seram mak ha. Ingat sebab susu dia. Jadi kalau anak-anak cirit birit najis dah bau macam bangkai refer la ke hospital ye..
Masa dekat hospital check darah semua ok. Terpaksa bagi nap dekat si tembun ni sebab nafasnya laju.
Kalau nak tahu dah dekat sebulan anak cirit birit. Mula-mula masuk wad biasa dan selepas tu dipindahkan ke bilik kuarantin pula. Ini kerana cirit birit ni boleh berjangkit dan sebab itu kena asingkan.
Hari pertama dan kedua masih cirit macam biasa, hari ke 3 dah mula ada darah. Mak dah takut..Apabila doktor datang check, mak cerita la yang najis dia dah ada spot darah. Terus doktor ambil sample najis.
Hari ke 4 pagi tu mak relaks lagi, doktor check boleh senyum lagi sebab result tak keluar lagi kan, masuk tengah hari terus doktor datang bawak result, dup dap dup dap, puan anak puan ni kena jangkitan salmonella.
Masa tu muka bersahaja lagi sebab tak tau tu apa yang sebenarnya. Bila doktor terangkan salmonella tu apa baru gelabah menitik air mata. Part yang boleh menitik air mata tu sebab mak lambat bawa pergi hospital. Sebenarnya doktor cakap salmonella ni boleh rosakkan buah pinggang dan paling takut boleh bawa mati. Masa ni air mata dah merambu keluar. Takut yak mat..
Sebenarnya doktor ada cakap nak ambil air tulang belakang, tapi tak ingat dah hari ke berapa nak tengok sama ada kuman tu sampai kat otak ke tidak, tapi disebabkan si tembun ni ada perubahan, doktor batalkan.
Mula la anak mak ni bertarung dengan jarum ..boleh dikatakan hari-hari kena cucuk. Jarum asyik tercabut je. 11 hari kat hospital, 20 kali pasang jarum baru. Kita yang besar ni tak tahan, bayi apatah lagi.
Sebenarnya jika ibu bapa nak tahu, salmonella ni berpunca dari persekitaran contoh macam kita terpegang daging, ayam, sayur atau ikan mentah. Lepas tu kita terus pegang anak.
Dari situ kuman tu boleh berjangkit pada anak, atau pun kita nak buat susu anak. Sebelum tu ada terpegang yang mentah-mentah tu terus kita buat susu. Dekat situ pun boleh berjangkit, salah satu sebab lagi botol susu tak direbus. Doktor sarankan beli 6 botol susu untuk anak, bila habis pakai, tukar botol lain.
Kenal apa tu kuman salmonella
Salmonella adalah istilah yang merujuk kepada kelompok beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Salmonella (salmonellosis) di saluran pencernaan.
Menurut WHO, Salmonella merupakan salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia.
Kredit: Public Health Malaysia
Tanda-tanda terkena jangkitan kuman salmonella ni ialah mual, cirit birit, perut cramp, badan menggigil, demam dan darah pada najis. Kalau ada tanda-tanda ni ibu-ibu tolong alert ye.
Lepas 9 hari on antibiotik sekali lagi doktor ambil najis untuk pastikan kuman ada lagi ke tidak dan akhirnya hari ke 10 result dah negatif. Mak lega sangat. Hari ke-11 dah discharge. Berkampung la mak kat hospital 11 hari.
Bagi ibu yang ada anak kecil kena sentiasa peka dan mesti lebih sensitif. Salmonella ni sangat bahaya untuk bayi. Kena basuh tangan selalu, pegang apa pun sebelum pegang bayi mesti basuh tangan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dulu bila diri sendiri sakit tak kisah sangat. Tapi setelah ada anak, tahu je anak dalam keadaan kurang sihat, mulalah rasa tak senang duduk.
Ibu bapa risau sangat anak tak sihat sebab mereka tak boleh nak beritahu dia sakit. Cuma jika nampak tak bersemangat maknanya memang ada yang tak kena.
Seperti yang dikongsikan oleh Tasha Manshahar mengenai pengalamannya bila pertama kali anak demam memang tak senang duduk dibuatnya. Sekejap suhu ok, sekejap suhu panas.
“Disebabkan Muammar cranky teruk,menangis lama dan kuat sehingga badannya lembik, tengoknya memang rasa kasihan sangat.
“Tapi mujurlah dalam keadaan itu ada mak ayah yang boleh jadi penenang. Saya cuba juga petua tradisional macam mandi air lemon, lumur asam jawa, kerap basahkan badan dia.
“Nampak ada sikit perubahan tapi tetap juga bawa jumpa doktor untuk pastikan keadaan anak dalam keadaan baik dan tidak memudaratkan diri anak,” katanya.
Berikut tip yang dikongsikan Tasha Manshahar dan dilakukannya ketika anak demam.
Tips : Kalau baby demam
1. Pakai baju nipis je, ada yang cakap tak pakai baju langsung lagi okay cuma pakaikan pampers tapi saya macam kesian baby sejuk so i pakaikan baju lubang-lubang tu. Ni supaya haba dari badan dapat dibebaskan. Suhu bilik jangan terlalu sejuk atau terlalu panas. Sedang-sedang je.
2. Kerap mandikan/basahkan mula dari kaki naik ke kepala. Kerap untuk kawal suhu sampai suhu turun. Boleh juga sediakan air dalam spray bottle tu untuk spray kepala anak dengan kerap. Kalau tinggi dan tak turun-turun lebih 2 hari terus bawa klinik/hospital jangan tunggu lama tau!
3. Boleh guna kain basah atau ambil ice pack balut dengan kain, letak dekat pelipat-pelipat macam ketiak anak.
4. Kerap susukan anak, supaya dia stay hydrated
5. Ibu bapa terutama ibu kena tenang. Budak memang akan demam. Tak ada orang dalam dunia ni tak pernah demam. Bila demam ni la nak bina antibodi. Banyakkan berdoa.
Apa-apa pun jangan lupa rujuk doktor untuk kepastian dan perlu segera dapatkan rawatan.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pun ia membantu pernafasan si kecil dengan membuka rongga pernafasan, ramai ibu bapa yang menolak penggunaan nebulizer. Ini kerana mereka berpendapat ia akan menyebabkan si kecil mendapat asthma atau lelah. Salah tu!
Salah tanggapan yang banyak beredar dalam masyarakat ini diperbetulkan oleh Dr Khairul Faizie. Katanya, ada ibu bapa yang keberatan untuk membenarkan anak mereka diberikan rawatan menggunakan nebulizer kerana tanggapan nebulizer menyebabkan anak lama kelamaan menjadi asthma atau lelah.
Ada parents yang keberatan untuk membenarkan anak mereka di beri rawatan ” nebuliser “, dengan alasan:
‘ TAK MAHU BIASA KAN AMBIL NEBULIZER, NANTI JADI ASTHMA’
Ini ialah salah faham / misconception yang perlu diperbetul kan. Doktor pun bukan suka suka nak bagi rawatan nebuliser kepada anak kecil anda, unless ada keperluan untuk di beri.
NEBULIZER MEMANG SINONIM DENGAN PENYAKIT ASTHMA
Ya, rawatan nebuliser itu memang sinonim dengan penyakit asma. Ianya di beri utk membuka airway (rongga pernafasan) yang menyempit semasa attack asthma berlangsung (Bronchodilation effect).
Gambar dari FB Dr Khairul Faizie.
3 KEADAAN YANG MENYEMPITKAN RONGGA PERNAFASAN ANAK
Namun, bukan hanya asthma sahaja yg ada penyempitan airway ini. Keadaan seperti Bronchitis, atau Bronchiolitis yang biasa di alami kanak kanak, terutama nya usia bawah 5 tahun, pun ada penyempitan airways ini. Maka, untuk membuka saluran pernafasan, kita bagi rawatan nebuliser.
SUKAR MEMBUAT DIAGNOSIS ASTHMA BAGI KANAK-KANAK 5 TAHUN KE BAWAH
Sebenarnya, untuk doktor betul betul membuat diagnosis asthma dalam kanak kanak usia bawah 5 tahun sendiri, adalah sukar.
Ini kerana, pada peringkat usia ini, mereka memang kerap kena simptom2 respiratori yang berulang ulang ( episodic respiratory symptoms) seperti batuk, dan wheezing.
CARA ASTHMA DIDIAGNOSIS
Secara umumnya, doktor perlu melihat kepada banyak faktor untuk mendiagnosis asthma pada kanak-kanak iaitu seperti:
– faktor sejarah keluarga
– sejarah kerap berulang ulang simptom seperti wheezing
– sejarah adanya alahan, termasuk dalam famili
– ujian spesifik seperti Spirometry test ( jika kanak kanak dah mampu buat test itu)
– respon / tindakbalas positif yang konsisten setiap kali diberi rawatan ” bronchiodilator”.
BATUK & NAFAS BERBUNYI TIDAK SEMESTINYA ASTHMA
Kalau anak anda kerap kena batuk2, terutama berserta simptom wheezing, tidak semestinya ia asthma.
Namun, ia boleh jadi simptom asthma in children. Untuk diagnosis yg tepat, kena rujuk doktor pakar kanak kanak anda, dan doktor akan pantau / follow up kes anak.
AMBIL NEBULIZER KERAP BUKAN PENYEBAB KANAK-KANAK ASTHMA!
Mengambil nebuliser kerap pada usia kanak kanak, BUKANLAH penyebab terjadinya penyakit asthma.
Nebuliser hanyalah rawatan. Malahan, mungkin disebabkan adanya childhood asthma itu lah, maka nebuliser itu perlu di berikan. Boleh faham tak?
NEBULIZER BUKAN UNTUK LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT
Dan ada pula jenis parents yang suka sangat nak anak dia diberi nebuliser, walhal tiada keperluan pun, Tiada airways obstruction , tiada wheezing. Just because sebelum ni anak nya pernah di beri nebuliser, maka each time anak batuk, dia nak anak ambil neb.
Ini pun misconception yang perlu di buang ya. Dan nebuliser bukan utk hidung tersumbat, sebab banyak kali saya dapat kes parents mintak anak diberi nebuliser, sebab kesian tengok anak hidung tersumbat selsema.
Doktor akan tentukan sama ada anak perlu atau tidak nebuliser, lepas doktor periksa (termasuk pemeriksaan mendengar paru-paru guna stetoskop).
Pendidikan merupakan kunci utama pembangunan negara. Namun, dalam dunia yang serba pantas ini, masih ramai kanak-kanak yang terpinggir dalam sistem pendidikan kerana kelainan cara mereka belajar. Salah satu golongan yang sering terlepas pandang ialah kanak-kanak yang mengalami disleksia. Mereka bukan malas atau tidak bijak, tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza untuk berjaya. Dengan lebih kefahaman dan empati, kita mampu membuka peluang baru untuk mereka bersinar.
Apakah Itu Disleksia?
Disleksia ialah gangguan neurologi yang menjejaskan keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan bertulis. Walaupun mereka mempunyai tahap kecerdasan normal atau tinggi, pelajar disleksia bergelut dalam tugas yang berkaitan dengan bahasa.
Fakta Menarik:
1 daripada 10 orang di dunia mengalami disleksia. Itu bermakna dalam satu kelas, mungkin ada seorang atau dua pelajar yang menghadapinya.
Disleksia bukan penyakit! Ia tidak boleh “disembuhkan”, tetapi boleh diurus dengan sokongan yang betul.
Albert Einstein, Agatha Christie, dan Tom Cruise adalah antara individu terkenal yang dipercayai mempunyai disleksia.
Bagaimana Disleksia Mempengaruhi Kanak-Kanak di Sekolah?
Kesan disleksia di sekolah boleh sangat ketara. Mereka mungkin lambat membaca, sering tertukar huruf (seperti b dan d), serta keliru dengan arahan bertulis. Ini sering menyebabkan mereka terasa terpinggir, malu untuk bertanya, dan akhirnya kehilangan keyakinan diri.
Fakta Menarik:
Kajian menunjukkan lebih 80% pelajar disleksia mempunyai potensi intelek yang tinggi, tetapi potensi ini tidak dapat berkembang tanpa pendekatan yang sesuai.
Kanak-kanak disleksia juga cenderung lebih kreatif dan berfikir di luar kotak—ramai yang menunjukkan bakat dalam seni, muzik dan rekaan visual.
Tips dan Strategi Menguruskan Disleksia di Sekolah
Dengan kaedah yang betul, pelajar disleksia boleh mencapai kejayaan luar biasa. Berikut antara strategi berkesan:
Gunakan visual aids, warna dan grafik.
Bagi masa tambahan untuk tugasan dan ujian.
Gunakan teknologi sokongan seperti buku audio dan perisian membaca.
Sediakan kelas pemulihan atau sesi pembelajaran individu.
Fakta Menarik:
Kaedah Orton-Gillingham, yang berasaskan multisensori, terbukti antara kaedah paling efektif untuk membantu pelajar disleksia.
Pelajar disleksia yang mendapat intervensi awal dalam umur 6 hingga 8 tahun menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding yang didiagnosis lewat.
Kepentingan Memberi Perhatian Serius terhadap Disleksia
Disleksia yang tidak ditangani boleh membawa kepada masalah sosial, kemurungan, dan keciciran sekolah. Namun, dengan perhatian dan bimbingan awal, kanak-kanak ini boleh berjaya dalam pelbagai bidang.
Fakta Menarik:
Di negara seperti United Kingdom, ujian saringan disleksia dilakukan seawal umur 5 tahun.
Di Finland, antara sistem pendidikan terbaik dunia, pelajar disleksia diberi masa pembelajaran tambahan dan disokong oleh guru khusus.
Peranan Semua Pihak dalam Menangani Disleksia
Menguruskan disleksia bukan hanya tugas guru pendidikan khas. Ia memerlukan kolaborasi seluruh ekosistem pendidikan.
Peranan utama:
Ibu bapa – Sentiasa peka terhadap perkembangan anak dan tidak menyalahkan mereka.
Guru – Sentiasa berusaha memperbaiki pendekatan pengajaran dan menjalani latihan yang relevan.
Sekolah – Menyediakan kemudahan pembelajaran khas.
Kerajaan – Menyediakan dasar yang inklusif dan melatih lebih ramai guru pakar.
Masyarakat – Menyokong dan menghentikan stigma terhadap pelajar yang berbeza keperluan.
Fakta Menarik:
Di Malaysia, Persatuan Disleksia Malaysia ditubuhkan sejak tahun 1995 dan telah membantu ribuan pelajar melalui pusat-pusat intervensi mereka.
Program seperti LINUS di sekolah rendah juga bertujuan membantu pelajar mengatasi masalah asas membaca dan menulis, termasuk mereka yang mempunyai disleksia.
Disleksia bukanlah noktah kepada kejayaan, malah boleh menjadi titik tolak kepada pencapaian luar biasa. Apa yang mereka perlukan hanyalah kefahaman, sokongan, dan peluang yang adil untuk belajar mengikut cara mereka. Masyarakat yang inklusif bermula dengan sistem pendidikan yang menyantuni keunikan setiap pelajar. Jika kita berjaya mengubah cara kita melihat disleksia, kita juga boleh mengubah masa depan ramai anak bangsa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.