Bakal memasuki sekolah pada penggal tahun ini, ada di antara mak ayah yang masih tidak yakin untuk menghantar anak mereka. Dapatkah anak menguruskan dirinya sendiri, bolehkah anak memberitahu cikgu untuk ke tandas dan bolehkah anak makan sendiri? Pelbagai persoalan yang membuatkan baik ibu mahupun ayah mula rasa tak yakin.

Kurangkan kegelisahan ibu bapa dengan melatih anak-anak kita terlebih dahulu sebelum sekolah bakal dibuka. Ini yang dikongsikan oleh, Pn NurSaidah Nafisa Che Abdullah, Occupational Therapist di Hayystar Kids Therapy Learning Centre. Cepat-cepat latih anak kita. Barulah hati rasa lebih lega bila anak nak ke sekolah.

Anak Nak Masuk Sekolah, Mak Ayah Boleh Latih Anak 5 Kemahiran Ni Dulu Pada Anak, Barulah Hati Lega!


Ibu bapa latih anak 5 kemahiran urus diri sebelum ke prasekolah.

Ada ibu bapa yang memilih menghantar anak ke prasekolah seawal 4 tahun, ada juga yang menghantar pada umur 5 tahun. Prasekolah dibawah kementerian Pendidikan Malaysia dimana ada pembelajaran lebih berstruktur berbanding di pusat asuhan kanak-kanak.

Bagi anak-anak pula melangkah ke prasekolah adalah satu fasa baru dalam hidup mereka terutamanya yang dijaga sendiri oleh ibu dirumah. Anak yang sudah biasa berada di pusat asuhan (taska) pula sudah terbiasa berada bersama kanak-kanak lain sama umur. Tidak ada masalah untuk menghantar anak 4 tahun atau pun 5 tahun malah ada yang menghantar pada umur 6 tahun juga.

Mengikut perkembangan bermain , anak 4 tahun sudah berada di fasa “interactive play”. Anak 4 tahun sudah boleh bekerjasama dan berkongsi permainan. Mereka juga sudah boleh menunggu giliran semasa bermain. Mereka juga mula bermain secara imaginasi seperti berlakon menjadi haiwan dan role play bersama kawan lebih dari 2 orang.

IKLAN

Anak Nak Masuk Sekolah, Mak Ayah Boleh Latih Anak 5 Kemahiran Ni Dulu Pada Anak, Barulah Hati Lega!

Oleh itu, boleh sahaja anak 4 tahun dihantar ke prasekolah yang sesuai dengan mengambil kira silibus prasekolah yang sesuai.

Pun begitu bagi mempersiapkan diri ke sekolah, mak ayah perlu melatih anak terlebih dahulu agar anak mula terbiasa dan memudahkan tenaga pengajar di sekolah. Lima perkara ini boleh mak ayah lakukan di rumah.

Kemahiran urus diri untuk bersedia ke prasekolah adalah :
1- Anak boleh makan sendiri tanpa disuap menggunakan tangan atau alat seperti sudu dan garpu. Pada umur 13 bulan, anak sudah mula memanipulasi sudu untuk makan walaupun begitu koordinasi tangan dan mata belum bagus lagi dan makan menjadi bersepah. Galakkan anak makan sendiri untuk ke prasekolah nanti.

2- Anak boleh minum sendiri menggunakan cawan. Anak 4 tahun sudah tidak perlu minum dari botol susu. Mengikut perkembangan 9 bulan, anak sudah boleh dilatih menggunakan cawan. Kurangkan minum dari botol susu sedikit demi sedikit. Elakkan membiarkan anak minum dari botol selepas 2 tahun ianya juga kurang bagus kepada kesihatan gigi.

IKLAN

Anak Nak Masuk Sekolah, Mak Ayah Boleh Latih Anak 5 Kemahiran Ni Dulu Pada Anak, Barulah Hati Lega!

3- Diapers off. 2 tahun adalah umur untuk mula melatih anak tanpa lampin dan berlatih ke tandas. Pada umur ini mereka sudah boleh berjalan ke tandas dan membuka pakaian dengan bantuan. . Bagaimanapun ia juga bergantung kepada kesediaan anak. Ibu bapa boleh tengok apabila anak mula menunjukkan tidak selesa apabila lama memakai lampin pakai buang, mula memberitahu apabila sudah buang air besar. Anak juga menunjukkan minat menggunakan tandas.

4- Aturan menggunakan tandas perlu dilatih sebelum ke prasekolah. Latih anak untuk memberitahu cikgu untuk ke tandas seperti “cikgu nak buang air”. Anak juga perlu boleh menanggalkan separuh seluar dan menggunakan tandas. Pakai semula seluar selepas keluar ke tandas dan cuci tangan.

5- Galakkan anak membantu membuat kerja rumah bersama-sama dan beri tugasan perlu dibuat setiap hari . Antara kerja rumah ringkas adalah : mengemas semula mainan, meletakkan baju kotor ke dalam bakul, mmbuang sampah, menyediakan pinggang mangkuk untuk makan, membantu mengemas katil, meletakkan kasut dan menyusunnya. Di sekolah nanti, mereka juga akan dirutinkan tugasan seperti ini. Eloklah anak kita sudah tahu semasa dari rumah lagi.

IKLAN

Prasekolah adalah fasa dimana anak belajar dan berkembang lagi. Selain itu , mereka juga perlu disediakan dengan kemahiran bersosial, kemahiran mengawal emosi dan tingkah laku , kemahiran fizikal, kemahiran kognitif dan kemahiran bertutur.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai fasilitator untuk anak-anak dalam membentuk mereka. Guru dan ibu bapa bekerjasama untuk mendidik anak-anak bukan sahaja cerdas IQ (Intelligence Quotient) malah seimbang dengan kecerdasan emosi EQ (emotional intelligence).

Fasa 4 hingga 6 tahun seharusnya menjadi fasa yang menyeronokkan bukan lah membuatkan mereka tertekan dengan tuntutan akademik semata-mata.

Artikel berkaitan: Kesian Anak Darjah 1 Belajar Maya Tak Sama Dalam Kelas, Respons Ibubapa Selepas KKM Tutup Sekolah

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI