Biasanya kucing, arnab, harmster, burung antara haiwan peliharaan yang selalu anak-anak suka. Jarang sekali haiwan seperti cicak atau katak yang disukai anak. Ini kerana haiwan tersebut dianggap geli kerana badannya yang lembik.

Namun gelagat anak kecil ini cukup membuatkan ibunya terkejut apabila berani dan  menyukai haiwan seperti cicak dan katak. Kisah adik Nur Nabiella, 6 tahun yang dikongsikan oleh ibunya adalah tak disangka sama sekali.

Anak Orang Lain Sibuk Mainan, Nabiella Suka Katak & Cicak. Tapi Kumbang Dia Kalah!

Menurut ibu adik Nur Nabiella, cara Nabiella menjinakkan haiwan tersebut tak disangka sama sekali. Memang sebelum ini tak nampak pun kecenderungannya minat pada haiwan tersebut.

Semuanya bermula apabila ada seekor katak melompat masuk ke dalam bilik. Waktu itu, saya minta Nabiella ambil penyapu dan suruh dia tolakkan katak itu keluar dari bilik. Tapi langsung tak disangka sama sekali, apabila dia keluar bilik sambil gelak dengan abangnya.

Rupanya dia sangat seronok dapat menangkap katak tersebut. Terkejut juga kerana sebelum itu tak pernah pun nampak dia menjinakkan haiwan. Lagi buatkan saya geli, dengan badan katak yang lembik itu dia boleh pegang tanpa rasa takut.

IKLAN

Kalau budak-budak lain nampak je katak memang masing-masing dah lari, tapi anak saya dia suka. Begitu juga kalau jumpa cicak dalam rumah atau di sebalik kain langsir, memang dia akan ajak abangnya berusia 9 tahun untuk tangkap sama-sama.

Anak Orang Lain Sibuk Mainan, Nabiella Suka Katak & Cicak. Tapi Kumbang Dia Kalah!

Apa yang buatkan saya kagum, haiwan yang dia tangkap itu, semua ‘reda’ je tanpa beri apa-apa tindak balas. Seolah-olah rasa macam tak terancam pun.

IKLAN

Takut dengan labah-labah dan kumbang 

Cuma satu je kelemahan Nabiella ini adalah dia pantang dengan kumbang atau labah-labah. Tak tahulah kenapa tapi nampak je haiwan ini, dia tak akan cakap banyak, terus pecut lari menyorokkan dirinya.

Dia memang pantang dengan dua haiwan ini yang pada orang lain macam tak ada apa kerana saiznya kecil. Nak kata dia fobia dengan haiwan ini tak pasti cuma inilah kelemahannya.

Anak Orang Lain Sibuk Mainan, Nabiella Suka Katak & Cicak. Tapi Kumbang Dia Kalah!

IKLAN

Lagi-lagi kalau kumbang tanduk, memang dia tak cakap banyaklah. Kadang nak tergelak pun ada lihat gelagatnya. Sebab itu, kalau orang tanya saya macam mana Nabiella boleh suka pada haiwan yang lembik itu, saya tiada jawapan. Ia berlaku secara kebetulan.

Saya sebagai ibu pun geli tengok dia jinak dengan katak dan cicak. Kalau boleh minta cepat-cepat dia lepaskan di luar rumah.

Anak Orang Lain Sibuk Mainan, Nabiella Suka Katak & Cicak. Tapi Kumbang Dia Kalah!

Itulah orang kata, setiap anak sikapnya lain-lain. Memang ada sesetengah binatang dia geli sampailah besar. Kita tak boleh paksa melainkan memang dia suka.

Kredit: Ainnabil AinNa

https://www.youtube.com/watch?v=bXlVE5V5Ucw

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI