Seorang ayah kena banyak sabar. Stamina kena tinggi, kena kuat tahan sakit dan kena bijak kawal emosi. Jangan pula bila di uji sedikit dah mengeluh, terus melenting tak tentu pasal.
Jaga anak ni satu ujian! Dia orang bukan peduli pun kita cakap penat, letih dan nak rehat. Lagi kita cakap penat lagi kuat dia nyak belakang kita.
Di panjatnya la belakang kita, di tumbuk-tumbuk perut kita dan paling dahsyat dia suruh kita jadi kuda, dan dia tunggang ala koboi. Yehaa!
Inilah lumrah jadi ayah.. maknya jarang kena, ayah yang selalu kena.
Kalau pinggang tak sakit kepala mesti sakit dulu. Silih berganti sakit pun ada. Tapi tetap juga dia orang tak faham, merengek nak main dengan kita.
Tapi sekali kita mengeluh, dan marah anak begini,
Ads
” Ayah penat, pergi main sana!! ”
Perkataan ni nampak biasa bagi kita tapi ia sebenarnya berbisa di gegendang telinga si anak.
Sakit macam mana pun kita, makan ubat kita boleh baik semula.
Penat macam mana pun kita, rehat sekejap dah kembali segar.
Ads
Tapi anak kita boleh “trauma” dan kekal sampai ke tua nanti kalau kerap di tengking, di marah dan di jerkah.
Ini kerana pada usia 7 tahun ke bawah 90% otak anak berkembang sepenuhnya. Trauma ini boleh buat perkembangan otak anak tadi terbantut.
Lebih bahaya lagi jika otak reptilia anak dah tersalah anggap dan nampak ayah sebagai “ancaman”. Anak boleh memberontak atau jadi terlalu pasif ( pendiam ).
Ads
Bab mental dan emosi anak ni serius. Jangan ambil mudah. Terutama bagi seorang ayah!
Dengan mendengar arahan si ayah anak hanya belajar 20% sahaja dari keseluruhan arahan.
Dengan melihat contoh teladan si ayah anak hanya belajar 30% sahaja dari keseluruhan teladan.
Tapi dengan bermain bersama ayah-anak proses pembelajaran itu jadi 100 peratus.
Bukan sahaja anak jadi lebih bijak IQ dan EQ malah bonding ayah-anak pun semakin akrab.
Mohd Fhais
Lebih baik sakit pinggang, sakit kepala sekarang daripada sakit masa tua nanti anak-anak tak peduli kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai ibu bapa mengalami keadaan di mana anak kecil menangis apabila ditinggalkan sekejap. Tapi terus terdiam apabila ibu ayah muncul di depan mereka. Magis kan? Sebenarnya situasi ini ada kaitan dengan ‘Separation Anxiety’.
Doktor Pediatrik, Dr. Redzal Zainol berkongsi tentang fasa ‘Separation Anxiety’ di mana akan berlaku pada anak yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun lebih. Fasa ini adalah fasa normal.
Bila mak tinggalkan anak sekejap, terus berlaku 3C ini:
Tapi bila mak muncul balik, terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Ini disebut sebagai fasa ‘Separation Anxiety’.
Dan sebenarnya fasa ini dikira normal antara usia 6 bulan hingga 2 tahun setengah.
Tambah Dr.Redzal lagi, fasa ini boleh dicegah dengan melakukan beberapa perkara antaranya bermain nyorok-nyorok bersama anak supaya anak faham tentang konsep ‘Object Permanence’.
Tips, kita ajak anak kita tu main nyorok-nyorok. Jadi mak ayah boleh menyorok di belakang pintu ataupun belakang sofa.
Kemudian biarkan anak kita tu sama ada merangkak atau berjalan ke arah kita. Di sini anak akan belajar satu konsep yang dinamakan sebagai ‘Object Permanence’.
Maksudnya walaupun dia tak nampak mak ayah dia di mana, tapi dia faham dan tahu mak dia wujud, sebenarnya ada.
Jadi taklah dia asyik menangis je bila tak nampak mak dia.
Ramai yang keliru susu mana yang bagus. Sebabnya macam-macam susu dengan pelbagai jenama banyak dijual di pasaran sekarang. Bagaimanapun, perkongsian dari Dr Yazeed Hair Johari ini boleh membantu kita buat pilihan terbaik untuk seisi keluarga.
Sebab pemilihan susu yang betul juga boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam badan dan buatkan badan kekal sihat tanpa peningkatan berat yang mendadak.
FULL CREAM VS LOW FAT
Tadi pergi grocer, alang-alang tu saja belek susu Low fat ni. Ini adalah perbandingan antara Full cream milk dan Low fat milk. Kalau anda perhatikan, kandungan gula dalam Low Fat Milk ni sebenarnya tinggi!!
Kenapa tak bagus? So saya cuma nak ingatkan. Ini adalah fisiologi badan manusia. Untuk pecah lemak, badan perlu menjalani proses “ Lipolysis “ Iaitu
Lipo – Lemak Lysis – Pemecahan
So selagi anda ambik gula tinggi, maka akan terhasil insulin yang tinggi. So sekiranya insulin tinggi, maka insulin akan “ Block “ Halang proses lipolisis. Jadi kalau minum low fat milk ni, sampai bila-bila pun takkan pecah lemak kerana kandungan yang lebih tinggi macam apa yang diterangkan tadi.
So better ambik full cream / fresh milk sebab kandungan gula lebih rendah. Abaikan jumlah kalori tapi kalau ambil full cream, ambil dalam kandungan yang sedikit. Kalau sebelum ni biasa ambil segelas, cukup hanya ambil 1/2 gelas.
Still gula lebih rendah berbanding low fat milk. Tu je kita nak share. Jangan terpedaya dengan low fat bagai ni, takk kira lah susu ke, butter, yogurt atau apa-apa produk low fat lain.
Jadi dekat sini, kalau nak pecah lemak, anda bukan berperang dengan lemak. Tapi musuh utama korang ada lah GULA! Tapi kalau korang jumpa susu low fat, low sugar lebih bagus low sugar tu jika kandungan gula kurang dari 2g / 100ml ..
Tapi ada ke ? Kalau ada itu pilihan lebih baik . Low fat . Low Sugar . Ini baru betul. Tapi aku belum pernah jumpa lagi lah.
Anyway..Tak percaya ? Tak apa. Korang cuba dalam masa sebulan
✅ Tinggalkan segala air minuman bergula
✅ Minum air kosong 2-2-.5litre sehari
✅ Turunkan jumlah nasi biasa korang makan kepada 1/4 ( suku )
✅ bagai mana dengan pemilihan sayuran ?
Kena ingat ni, sayur sayuran pun ada karbohidrat tinggi. Karbohidrat ini pun adalah sumber gula juga. So korang kena tahu, apa jenis sayuran yang lebih baik dan kurang gula..simple je
SAYURAN KARBOHIDRAT TINGGI ( Tinggi gula )
– Sayuran yang tumbuh di bawah tanah
Contoh – Carrot , Kekacang , Kentang dan lain lain
SAYURAN KARBOHIDRAT RENDAH
– Sayuran yang tumbuh atas / Diluar tanah
Contoh – Sayuran hijau , Kangkung, Sawi, Taugeh .
Tak penting ke gula dalam badan? Gula pun penting tapi kena ingat jugak dalam badan kita banyak storage gula. Kalau anda seorang yang normal tanpa diabetis, gula akan diambil dan dipecahkan dari dalam badan. Sebab tu untuk orang normal tak ada term hypoglycemia ( Darah kurang gula)
So anda boleh teruskan makan nasi tapi jumlah 1/4 sahaja. Cukuplah nasi tu jadi sumber gula korang. Yang lain tu nak makan peha ayam goreng pun takpe. Nak makan telur goreng pun takpe .
Cuma kalau ambil terlalu banyak makanan yang berminyak, pecahkan je lemak tu dengan berjalan biasa , 5000-10000 step sehari. 3x Seminggu pun takpe
Sebab lemak memang mudah dipecah kan jika korang tak ambil gula .. Bila korang tak ambil gula, maka tak ada lah penghasilan insulin. Bila dah tak ada kenaikan paras insulin , maka proses lipolisis pecah lemak tadi tak terganggu.
So boleh la korang pecah lemak setiap hari. Macam tu lah konsepnye. Kalau korang faham konsep ni, try lah sebulan .
Setakat sebulan pecah 2-3kilo lemak. Dah ramai pesakit yang berjaya. Tapi kalau nak lagi cantik, pergi gym angkat berat. Tak caya cuba try. Kompem body macam artis hollywood
Tak faham lagi ? Jadi siapa yang belum faham tentang low fat boleh sambung baca , klik link ni .. https://dryazeedhairi.com/mitos-low-fat-sebagai-pelaris…/
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara. Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang.
Cerita disebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya. Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
WAHAI IBU BAPA, SELIDIK DAHULU. WAHAI ANAK, JANGAN MELULU.
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung. Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak.
Tuan Puan,
Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri. Firman Allah SWT:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”
(Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, walaupun dah 2 tahun tak beraya dengan anak-anak, lama tak balik, maka fahami dulu situasinya kenapa.
Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dll tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dll, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati. Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.
Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Luqman 31: 15)
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan:
مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَجْهُهَا وَكَفَّاهَا وَإِنَّمَا لَمْ يَكُونَا عَوْرَةً؛ لِأَنَّ الْحَاجَةَ تَدْعُو إلَى إبْرَازِهِمَا وَإِنَّمَا حُرِّمَ النَّظَرُ إلَيْهِمَا: لِأَنَّهُمَا مَظِنَّةُ الْفِتْنَةِ
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya.
Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.”
(Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah. Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita. Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.”
(Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.”
(Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
DOA MENJAGA MARUAH DIRI
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. 😊🤲🏻🌹
Kredit: Asma’ binti Harun
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!