
Bila anak tidak pandai bergaul dan pemalu bukanlah sesuatu yang janggal. Tapi jika keterlaluan, ia perlu ditangani awal. Malu tidak bertempat adalah salah satu petanda tidak yakin diri.
Dalam buku Bright Start karya Dr Richard Woolfson seorang pakar psikologi, si kecil ini bukan lagi bayi dan rasa takut kepada orang asing semakin hilang. Pengalamannya sendiri dan peranan ibu bapa mampu memupuk keyakinan diri dalam diri anak-anak.
Imej positif perlu dipupuk awal agar si kecil membesar menjadi seorang yang yakin pada dirinya sendiri dan tidak mudah berasa putus ada dalam menerokai perkembangan diri.
Pada usia ini sifat malunya menjadi semakin berkurangan. Dia juga semakin kurang bergantung kepada mama dan papa.
Yakin diri membolehkan si manja mencuba sesuatu yang baru tanpa teragak-agak dan terlalu takut untuk gagal. Ia juga bermaksud mereka tidak takut untuk mendekati teman baru untuk berkawan, dan untuk menguruskan masalah mereka mungkin bertemu di sepanjang jalan. Keyakinan diri semasa kecil adalah asas yang kukuh untuk si manja dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang.
Yakin diri, kenapa penting?