Bila anak tidak pandai bergaul dan pemalu bukanlah sesuatu yang janggal. Tapi jika keterlaluan, ia perlu ditangani awal. Malu tidak bertempat adalah salah satu petanda tidak yakin diri.
Dalam buku Bright Start karya Dr Richard Woolfson seorang pakar psikologi, si kecil ini bukan lagi bayi dan rasa takut kepada orang asing semakin hilang. Pengalamannya sendiri dan peranan ibu bapa mampu memupuk keyakinan diri dalam diri anak-anak.
Ads
Imej positif perlu dipupuk awal agar si kecil membesar menjadi seorang yang yakin pada dirinya sendiri dan tidak mudah berasa putus ada dalam menerokai perkembangan diri.
Pada usia ini sifat malunya menjadi semakin berkurangan. Dia juga semakin kurang bergantung kepada mama dan papa.
Yakin diri membolehkan si manja mencuba sesuatu yang baru tanpa teragak-agak dan terlalu takut untuk gagal. Ia juga bermaksud mereka tidak takut untuk mendekati teman baru untuk berkawan, dan untuk menguruskan masalah mereka mungkin bertemu di sepanjang jalan. Keyakinan diri semasa kecil adalah asas yang kukuh untuk si manja dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang.
Ads
Ads
Yakin diri, kenapa penting?
1.Memberikan imej diri positif yang akan menggembirakan dan memudahkan proses perkembangan.
2.Mudah menyesuaikan diri dalam suasana baru misalnya di taska atau di majlis.
3.Berupaya mempertahankan diri dari segi fizikal dan mental.
4.Mengatasi halangan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
5.Tahu berdiplomasi dengan baik.
6.Boleh menerima teguran dan komen negatif tentang dirinya.
7.Bertanggungjawab kepada tugas yang diberikan kepadanya.
8.Kekuatan emosi atau emotional intelligence yang memainkan peranan penting dalam kawalan emosi diri.
9.Kajian menunjukkan bahawa apabila si manja mempunyai keyakinan diri yang rendah mereka tidak yakin berbuat sesuatu untuk diri sendiri atau menggunakan kebolehan dan bakat mereka dengan cara yang terbaik.
10.Memberikan impak kepada kesihatan fizikal dan emosi. Kurang yakin diri juga menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari seperti menyebabkan tekanan perasaan, penyakit jantung koronari dan peningkatan dalam tingkah laku anti-sosial.
Apabila anak tidak menunjukkan perkembangan seperti rakan seusia, ramai ibu bapa mula risau dan tertanya-tanya, “Adakah anak saya lambat berkembang, atau adakah sesuatu yang lebih serius berlaku?” Salah satu kemungkinan yang sering diabaikan ialah penyakit neurologi kanak-kanak, iaitu gangguan yang melibatkan sistem saraf otak dan tulang belakang, yang boleh memberi kesan besar terhadap perkembangan anak.
Penyakit neurologi kanak-kanak ialah keadaan yang menjejaskan fungsi sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) atau sistem saraf periferi (saraf di seluruh badan). Bagi kanak-kanak, gangguan ini boleh menjejaskan cara mereka berfikir, bercakap, bergerak, dan berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Sistem saraf ialah “pusat kawalan” badan. Jadi, apabila berlaku masalah di bahagian ini, ia boleh mempengaruhi hampir semua aspek perkembangan anak daripada keupayaan berjalan hingga memahami bahasa.
Setiap anak berkembang pada kadar berbeza, tetapi ada beberapa tanda amaran yang tidak wajar diabaikan:
Sekiranya tanda-tanda ini berterusan, sangat penting untuk mendapatkan nasihat doktor atau pakar neurologi kanak-kanak bagi pemeriksaan lanjut.
Autisme ialah gangguan perkembangan neurologi yang menjejaskan komunikasi, interaksi sosial, dan tingkah laku. Kanak-kanak autistik mungkin sukar memahami emosi orang lain, sensitif terhadap bunyi atau sentuhan, dan lebih suka rutin yang sama.
Berlaku apabila terdapat kerosakan pada otak semasa atau selepas kelahiran, yang menjejaskan kawalan otot dan koordinasi badan. Anak mungkin sukar berjalan, bercakap, atau melakukan aktiviti harian.
Gangguan pada aktiviti elektrik otak yang menyebabkan serangan sawan berulang. Ada anak yang mengalami sawan ringan tanpa disedari, seperti merenung kosong selama beberapa saat.
Kanak-kanak dengan ADHD sukar menumpukan perhatian, cenderung gelisah, dan bertindak tanpa berfikir. Ini bukan masalah disiplin semata-mata, tetapi gangguan neurologi yang memerlukan rawatan dan sokongan khusus.
Termasuk disleksia (sukar membaca), disgrafia (sukar menulis), dan diskalkulia (sukar mengira). Otak anak berfungsi berbeza, jadi mereka memerlukan pendekatan pembelajaran yang sesuai.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gangguan neurologi pada kanak-kanak, antaranya:
Dalam banyak kes, punca sebenar sukar dikenal pasti. Namun, pengesanan awal boleh membantu mengurangkan kesan terhadap perkembangan anak.
Gangguan neurologi boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anak — fizikal, kognitif, sosial, dan emosi. Tanpa rawatan awal, anak mungkin ketinggalan dalam pelajaran, kurang keyakinan diri, dan menghadapi kesukaran berinteraksi dengan rakan sebaya.
Namun, dengan intervensi awal dan rawatan berterusan seperti terapi pertuturan, fisioterapi, terapi pekerjaan, serta sokongan keluarga, anak masih berpotensi untuk berkembang dan mencapai tahap terbaik mereka.
Penyakit neurologi kanak-kanak bukanlah pengakhiran bagi masa depan anak, tetapi satu permulaan untuk memahami dunia mereka dengan lebih mendalam. Dengan diagnosis awal, intervensi yang betul, dan sokongan berterusan daripada keluarga, ramai kanak-kanak dengan gangguan neurologi mampu membesar dengan bahagia dan berdikari.
Ingatlah, setiap anak berkembang dengan cara mereka sendiri dan tugas ibu bapa ialah menjadi pemandu, bukan pengadil, dalam perjalanan itu.
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Pernah atau tidak sesekali mama papa rasa yang anak terlalu ‘bising’? Asyik bercakap tanpa henti, macam-macam soalan yang dia ajukan pada kita. Nak melayan pun sampai penat. Memang itu lumrahnya, bila anak nak membesar ada saja yang dia ingin tahu.
Dengan siapa lagi anak mahu bertanya kalau bukan dengan kita kan? Lepas satu soalan, dia akan tanya yang lain pula. Cuma ada waktunya, anak bertanya pada masa yang ‘tak kena’. Mungkin kita tengah sibuk dengan kerjaatau sibuk melakukan sesuatu.
Waktu itulah kita akan mula rasa serabut. Mungkin malas nak layan, kita akan diamkan saja pertanyaan anak tu. Lebih teruk lagi, kadang-kadang kita marah pula anak sebab banyak soal jawab. Ya, sebenarnya bukanlah kita tak suka anak bercakap dengan kita. Tapi kadang-kadang tu kita tak ada mood.
Perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mungkin akan membuka mata kita. Kadang-kadang kita terlupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Melalui ciapan Dr Redza di akaun Twitter, dia menceritakan pengalamannya berjumpa dengan sepasang suami isteri yang mempunyai anak speech delay;
Bagaimana kita mahu mengenalpasti sekiranya anak mempunyai masalah lewat pertuturan ini?
Biasanya untuk kita mula mengesan sekiranya anak mungkin mengalami masalah lewat pertuturan apabila pada usianya 12 bulan mereka masih belum mengenal nama sendiri atau tidak boleh menyebut satu atau dua perkataan bermakna. Selain itu semasa usianya 15 bulan mereka masih tidak pandai menunjuk pada objek apabila kita sebut objek tersebut. Anak juga masih tak boleh meyebut perkataan “Nak” atau “I want it” apabila mahukan sesuatu.
Pada umurnya satu tahun setengah, anak masih tidak boleh mengikut arahan mudah untuk mengambil barang dan sebagainya. Mereka juga tidak boleh memanggil kita atau adik-beradiknya yang lain. Lihat juga pada usia mereka dua tahun, anak-anak tidak boleh menggunakan 25 perkaatan bermakna.
Anak juga tidak boleh memberi jawapan lisan atau mengganggukkan kepala ketika ditanya soalan mudah seperti “Awak nak minum susu?”. Selain itu, mereka juga tidak boleh menggabungkan perkataan untuk membuat ayat mudah seperti “Nak makan” atau “Nak Mandi”.
Sekiranya anak menunjukkan ciri-ciri begini, usah bertangguh untuk mendapatkan nasihat pakar. Masalah lewat pertuturan boleh diselesaikan, namun mama papa perlu pantas mengambil tindakan dan mendapatkan consultation dari pakar berkaitan.
Sedih juga kan bila baca sharing Dr Redza ni? Rasanya lepas ni kalau anak tanya macam-macam pun, kita takkan bosan untuk melayan. Sama-samalah kita bersyukur dengan anugerah terindah ini dan doakan ibu ayah yang mempunyai anak lewat pertuturan terus kuat dan bersemangat untuk membantu anak mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesilapan yang selalu ibu-ibu buat pada anak hingga menjejaskan perkembangan anak adalah dengan memaksa anak membaca dan menulis sedangkan waktu itu anak kena belajar cakap dulu.
Ini yang ramai daripada kita tak sedar hingga akhirnya memberi kesan negatif hingga buat anak jadi stres.
Menurut Terapi Cara Kerja (Pediatrik), Liyana Raya ramai ibu bapa yang sering bertanyakan soalan antara membaca, bercakap dan menulis, mana satu nak dimulakan dulu?
Ini penjelasannya
Inilah elemen paling penting dalam kehidupan seorang manusia. Bercakap penting untuk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya orang sekeliling tahu apa yang hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.
Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia, iaitu dalam masa 24 jam selepas dilahirkan. Greet anak, bagi salam… say ‘hi’,cium…. peluk, cakap apa saja nak cakap. Sembang saja. Memang nampak macam tak betul sikit bila duduk dekat ward, kita seorang-seorang sembang sambil bagi eye contact kat baby. Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia, nak-nak dalam dua tahun pertama.
Seringkali saya tanya pada parents,’anak sudah boleh bercakap atau belum?’ Kebanyakannya jawab ‘dah, ada cakap… ABC,123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.’ Saya cakap, itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!
Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact, kena ada anak menjawab balik pertanyaan, sahut panggilan nama dari mak ayah, memanggil, bukan menyebut saja.
Pernah semasa anak saya admit di hospital, ada seorang ibu ‘bercakap’ dengan anaknya yang setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja. Kuat pulak tu! ‘B.U.K.U… BUKU!’ Agaknya dia target anak dia untuk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa, saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan ‘belajar’ melalui gadget. Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yang tak kena je, mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!
Rimas saya tengok! MENGEJA bukan bercakap! MEMBACA bukan bercakap! MENGIRA bukan bercakap!
Bercakap kena ada eye contact. Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak. Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya. Bercakap adalah komunikasi, ada orang yang mendengar, ada orang yang membalas balik. Bercakap kena ada peniruan, baik meniru dari segi gaya atau bunyi-bunyian.
Pemberian gadget dan belajar di usia ini? Kalau boleh,elakkan!
Kalau risau anak conteng dinding, belikan kertas mahjong besar-besar,tampal kat dinding rumah. Kalau ada bajet lebih, catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat, reda je la dinding rumah kena conteng.
Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya. Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan. Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain). Menconteng mewujudkan midline crossing abilities. Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).
Tak kesah nak conteng kat mana. Atas kertas, atas lantai, dekat dinding, buku… kita dah dewasa ni, tolonglah fikirkan cara terbaik untuk menggalakkan anak-anak menconteng. Ikutlah masing-masing nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke…. yang penting,fikirkan cara!
Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir,atas tanah,guna batu… guna ranting kayu… tak kisah apa pun,asal anak boleh conteng.
Waktu usia ni, janganlah force anak untuk menulis sangat. Asyik-asyik nak suruh tulis ABC, nombor, huruf jawi…
Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG. Lukislah bentuk-bentuk yang ada di sekeliling kita. Lukislah haiwan, tumbuhan,rumah,atau apa saja. Layankan anak melukis. Gunalah water colour, crayon atau apa saja alatan melukis. Tak rugi spend duit beli benda-benda ni semua. Tak rugi!
Warna lukisan yang diwarnakan biarlah padan dengan usia anak. Janganlah disuruh mewarna lukisan yang complex. Kalau boleh, elakkan mewarna lukisan yang di dalam gadget.
Mewarna di dalam gadget tidak membawa apa-apa makna kepada otot tangan. Macam mana nak develop motor memory terhadap garisan?
Di usia ini, tak payahlah risau kalau anak-anak masih lagi tak pandai warna dalam garisan. Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yang penting, dia tahu nak warna kat mana.
Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna. Tak payah bawak pergi mall, mewarna kat bahagian-bahagian yang ada lukisan-lukisan untuk diwarnakan,xlepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je. Lebih baik kita lukis gambar kita satu family, suruh anak usia ni warnakan. Simple.
Logically, bila anak dah belajar garisan yang banyak-banyak melalui menconteng dan mewarna, persiapkanlah dirinya untuk menulis. Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.
Boleh ajar menulis di satu sesi, kemudian ajar mengenal huruf di sesi yang kemudiannya…. pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yang paling awal! Belum terlewat lagi.
Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf, bunyi-bunyi huruf… mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.
Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat, insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.
Kalau kita ‘terbalikkan’ semua proses ni,akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.
Kalau terasa ada kesannya, jangan segan nak bawa jumpa terapis untuk betulkan masalah yang ada.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.