Anak Perempuannya Asyik Kalah, Ayah Ini Kongsi Panduan Beli Beyblade Dengan Kualiti Terbaik. Tak Sangka Kena Cari Naga Emas 916!

Share

Semua anak sekarang dalam trend bermain Beyblade. Dulu pernah popular dan kini ia kembali. Pasti saja anda juga pernah kena ‘pow’ dengan anak-anak untuk belikan mereka Beyblade kan? Paling tidak mesti mereka ada dua atau tiga buah mainan ini dalam koleksi. Beyblade ni ada beberapa jenis.

Disebabkan permainan ini tengah trending, kuali emak diambil untuk jadi gelanggang perlawanan. Lucu betul! Beyblade ada yang kuat, ada yang biasa. Macam mana kita nak kenal pasti yang mana elok untuk anak-anak. Yalah, agar tak mudah rosak dek kerana asyik kalah ketika berlawan dengan orang lain.

Ini perkongsian hebat seorang ayah dari pemerhatiannya tentang kualiti Beyblade yang bagus jika anda mahukan belikan untuk anak-anak. Tak adalah selalu berhabis nak kena belikan yang baru untuk mereka.

Berdasarkan kes study anak yang selalu kalah.

Tip untuk ayah dan mak-mak di luar sana nak cari Beyblade yang hebat (kes study, sebab apa kakak selalu kalah, adik jer selalu menang. Boleh tengok gambar ni ya.

Yang ni hebat, naga dia ala-ala Gold 916
Yang ni tak hebat. Naga dia bukan ala-ala Gold 916
Yang ni hebat, kaki dia gelap (tak digalakkan kaki besi, kang berlekuk kuali isteri)
Yang ni tak hebat, kaki dia lite sikit. Cepat kemek so jadi tak laju
Pastikan pemacu, untuk pegang Beyblade tu cakok dia tebal macam ni
Kalau pemacu yang cakok kecik macam ni Beyblade susah nak melekat (boleh bebai oo) pada pemacu saat nak dilancarkan

Memang berguna betul hasil kajian ayah ini. Moga-moga dapat membantu Mama Papa yang lain untuk beli Beyblade uat anak-anak. Selamat mencuba!

Sumber: I’m Marwan

IKLAN