Semua anak sekarang dalam trend bermain Beyblade. Dulu pernah popular dan kini ia kembali. Pasti saja anda juga pernah kena ‘pow’ dengan anak-anak untuk belikan mereka Beyblade kan? Paling tidak mesti mereka ada dua atau tiga buah mainan ini dalam koleksi. Beyblade ni ada beberapa jenis.
Disebabkan permainan ini tengah trending, kuali emak diambil untuk jadi gelanggang perlawanan. Lucu betul! Beyblade ada yang kuat, ada yang biasa. Macam mana kita nak kenal pasti yang mana elok untuk anak-anak. Yalah, agar tak mudah rosak dek kerana asyik kalah ketika berlawan dengan orang lain.
Ini perkongsian hebat seorang ayah dari pemerhatiannya tentang kualiti Beyblade yang bagus jika anda mahukan belikan untuk anak-anak. Tak adalah selalu berhabis nak kena belikan yang baru untuk mereka.
Ads
Berdasarkan kes study anak yang selalu kalah.
Ads
Tip untuk ayah dan mak-mak di luar sana nak cari Beyblade yang hebat (kes study, sebab apa kakak selalu kalah, adik jer selalu menang. Boleh tengok gambar ni ya.
Ads
Yang ni hebat, naga dia ala-ala Gold 916Yang ni tak hebat. Naga dia bukan ala-ala Gold 916Yang ni hebat, kaki dia gelap (tak digalakkan kaki besi, kang berlekuk kuali isteri)Yang ni tak hebat, kaki dia lite sikit. Cepat kemek so jadi tak lajuPastikan pemacu, untuk pegang Beyblade tu cakok dia tebal macam niKalau pemacu yang cakok kecik macam ni Beyblade susah nak melekat (boleh bebai oo) pada pemacu saat nak dilancarkan
Memang berguna betul hasil kajian ayah ini. Moga-moga dapat membantu Mama Papa yang lain untuk beli Beyblade uat anak-anak. Selamat mencuba!
Dalam menanggani penularan wabak Covid-19, Kementerian Kesihatan (KKM) yakin bahawa Malaysia dapat mengalahkan unjuran JP Morgan mengenai kes kumulatif di Malaysia sekaligus menunjukkan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam membendung penyebaran virus ini berada di landasan yang betul.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan trend semasa, dijangkakan jumlah kes COVID-19 di negara ini esok adalah di bawah 5,000 kes.
“JP Morgan meramalkan kes positif berada di puncak sehingga mencecah 6,300 esok tetapi hari ini kita hanya menyaksikan kes kumulatif sebanyak 4,817 kes.
“ Saya rasa kita melakukan dengan lebih baik. Saya hanya meramalkan esok kita dapat memecah pada kadar bawah 5,000 kes dengan fasa pertama dan kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan hasil.
“Ini adalah satu tanda yang menunjukkan kejayaan (langkah-langkah) bahawa kita dapat membendung dan mengurangkan kes dan meratakan lengkung,” katanya dalam taklimat harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
Berdasarkan fasa satu dan dua PKP, Dr Noor Hisham berkata fasa ketiga sekarang adalah penting untuk mengurangkan kes harian COVID-19.
“Ketika melihat minggu ke-13, sebenarnya ada puncaknya tetapi sekarang mungkin kita berada dalam fasa pemulihan tetapi kita masih mengawasi dengan teliti kerana kita belum dapat mengurangkan seterusnya.
“Sekiranya kita boleh melakukan itu, kemungkinan kita dapat mengurangkan kes bukan sahaja merapatkan lengkung tetapi kemungkinan mengakhiri COVID-19 di negara ini. Kita harap dapat melakukannya tetapi bukan hanya bergantung kepada kementerian tetapi tanggungjawab kita bersama,” katanya.
Ditanya sama ada kementerian akan melakukan ujian COVID-19 secara besar-besaran termasuk orang yang tidak menunjukkan gejala jangkitan, Dr Noor Hisham berkata buat masa ini, mereka hanya menjalankan ujian terhadap kumpulan sasaran.
“Dari segi saringan, kita telah melakukan saringan terhadap 83,488 kes dan hanya 4,817 atau 5.8 peratus didapati positif. Di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kita melakukan terhadap semua orang dan kadar pengesanan positif hanya 0.5 peratus dan bukan 5.8 peratus.
“Daripada memeriksa semua orang dengan kadar pengesanan hanya 0.5 peratus, kita perlu memberi tumpuan kepada kawasan tertentu dan kumpulan berisiko tinggi dengan sumber terhad yang kita ada,” katanya.
Nak dilentur buluh biarlah dari rebungnya, sebab itulah ramai ibu ayah yang melatih anak untuk belajar berpuasa sejak kecil. Seawal usia lima tahun pun dah ada yang berpusa, kagum betul dengan semangat anak-anak kecil yang mahu menyahut rukum Islam yang ketiga ni.
Meninjau ke akaun Instagram Alisa Aisyah, terbaharu ada perkongsian gambar alisa dan abangnya Yusuf Iskandar yang membuatkan meraih perhatian warganet.
Gambar itu telah dirakamkan ketika mereka berdua bangun bersahur. Biarpun masih kecil, tetapi sudah diajarkan untuk bangun bersahur. Lucunya kerana kedua-dua mereka jelas kelihatan mengantuk tetapi masih maintain comel!
Ekspresi wajah anak-anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini mencuit hati ramai. Dapatlah ubat rindu para peminat Alisa dan Yusuf sebab sejak kebelakangan ini memang jarang sekali Hanis berkongsi perkembangan terbaharu anak-anaknya itu.
Dah makin besar dua beradik ini, bila jarang nampak Alisa di media sosial dia dah nampak macam kakak-kakak. Geram tengok kecomelan dia!
Antara komen warganet;
Semoga Alisa dan Yusuf dapat menjalani ibadah berpuasa dengan gembira dan dapat banyak belajar tentang erti mensyukuri nikmat. Biarpun hanya bersahur kalau tak puasa pun tak apa, janji ada effort tu. Nanti bila dah besar, bolehlah mula berpuasa betul-betul kan?
Ramai tak sangka, seorang budak perempuan berusia setahun tidur lena di sisi seekor landak raya. Nampak macam bahaya, tetapi tidak bagi anak perempuan ini. Malah, dia menjadikan landak raya itu sebagai ‘rakan’ sepermainannya bersama adik-beradiknya yang lain. Perkongsian tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Facebook milik Khairul Johari, 42, beliau memuat naik gambar anak bongsunya sedang tidur bersama seekor landak raya yang dinamakan Blacky. Aksi comel itu tular di media sosial dan meraih lebih 34,000 tanda suka, lebih 2,000 komen dan lebih 3,000 perkongsian daripada warganet yang rata-ratanya teruja melihat sisi lembut haiwan eksotik itu.
Dalam perkongsian tersebut, Khairul menjelaskan bahawa niatnya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa landak raya sebenarnya boleh dijadikan haiwan peliharaan, asalkan dijaga dengan betul dan mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa.
“Ramai takut sebab tengok durinya tajam, tapi sebenarnya landak raya ini jinak seperti kucing,” tulisnya di Facebook.
Selepas perkongsian itu tular, pelbagai persepsi negatif terhadap landak raya kerana fizikalnya yang berduri tajam dan sering disangka garang.
Namun hakikatnya, landak raya sebenarnya manja dan tidak agresif. Malah, jika dibela dari kecil, haiwan ini mudah jinak dan selesa bersama manusia.
“Di rumah, saya ada tujuh ekor landak raya setiap satunya ada nama sendiri seperti Blacky, Dino, Tuah, Daisy, Dina dan Dini. Semua ini saya pelihara sejak lapan tahun lalu sebagai haiwan kesayangan.
Anak saya pun suka bermain dengan landak raya sebab karakter haiwan ini memang manja dan suka dilayan oleh pemiliknya,” katanya
Khairul menjelaskan, walaupun kelihatan garang, landak raya hanya akan mengembangkan durinya apabila berasa terancam. Jika ia daripada baka peliharaan, haiwan itu sudah biasa dengan manusia dan tidak membahayakan sesiapa.
Sejak perkongsian itu tular, Khairul menerima ratusan mesej daripada individu yang berminat membeli landak raya. Namun, katanya, dia tidak menjual haiwan tersebut, sebaliknya hanya ingin mendidik masyarakat mengenai penjagaan yang betul dan undang-undang berkaitan haiwan eksotik.
“Saya nasihatkan sesiapa yang nak bela landak raya supaya beli daripada pembiak baka berdaftar dan dapatkan lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk elak masalah undang-undang,” jelasnya.
Bagi Khairul, pengalaman memelihara haiwan unik itu bukan sekadar hobi, tetapi satu bentuk terapi dan kasih sayang yang berbeza. Melihat anak kecilnya begitu selesa tidur di sisi landak raya peliharaan membuktikan bahawa ikatan antara manusia dan haiwan tidak pernah mengenal rupa atau bentuk yang penting, kasih dan rasa percaya.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.