Anak adalah amanah untuk setiap pasangan. Kelahirannya dianggap penyeri dalam rumah tangga. Malah kehadirannya juga yang akan mengajar diri kita jadi lebih sabar dan faham tanggungjawab.
Mungkin bagi yang sudah berkahwin, perasaan saat pertama kali menimang cahaya mata adalah satu perasaan yang amat sukar digambarkan. Lahirnya satu tubuh berserta roh baru dan bermakna bertambah lagi satu tanggungjawab bagi suami dan isteri.
Bagaimanapun, mungkin ada di antara kita yang tak perasan sebenarnya anak pertama diabaikan setelah anak kedua dan seterusnya dilahirkan.
Perkongsian dari Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria ini tak bermakna ibu bapa lepaskan anak sulung untuk berdikari sebaliknya pastikan kita terus sayang dan ajar mereka untuk jadi abang dan kakak yang boleh melindungi adik-adik.
Apabila kita hamil anak kedua dan seterusnya, maka anak pertama akan jadi sasaran kemarahan kita. Letih melayan macam-macam karenah yang menyakitkan hati. Maka kita tengking-tengking dan marah, kita cubit dan pukul. Kemudian di malam hari kita mula sebak melihat wajah si kecil, mula menyesal dan taubat, lalu berharap dan berjanji kita tak buat lagi. Namun di lain hari, kita lupa dan mengulangi….
Ads
Ingatlah bahawa yang pertama itu yang paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah, Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yang pertama menghuni rahim mulia ini.
Sudahlah kita marahkan dia kerana kita yang tersilap mendidik. Kita yang salah, kita yang belum pandai.
Ingatlah sentiasa, si kecil ini adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka. Dia permata hati, pengikat kasih sayang, melaluinya Allah salurkan rezeki tak putus-putus, Allah kuatkan semangat dan sabar kita, Allah buatkan kita rajin usaha dan yakin dengan janji Allah.
Ajarlah dia tentang tauhid, membesarkan Allah. Ajarkan dia takut hanya kepada Allah.
Mohon apa sahaja hanya kepada Allah. Syaitan musuh yang nyata. Jangan ikut syaitan
Buat baik Allah sayang, orang yang Allah sayang, akan masuk syurga.
Ads
Sayang adik, kasihan adik, maafkan adik. Rajin belajar, Allah suka. Syukur walau dapat sedikit, orang yang syukur, Allah akan tambah lagi banyak.
Pujuk dia dengan kasih sayang, doakan dia dengan kasih sayang, tegur dia dengan kasih sayang, tegas bukan tengking, tegas bukan kasar, tegas bukan cubit sakit-sakit, tampar wajahnya…Allah….kasihani dia.
Ads
Dia anak pertama, dahulu dia tiada, kita harap dia ada, lalu bila Allah beri dia kepada kita, mengapa kita tak jaga baik-baik, mengapa mudah geram dan marah? Adakah dia menyenangkan kita atau menyusahkan kita? Jika menyusahkan, bukankah lebih baik jika Allah ambil dia semula??? Senang hati, tentu kita boleh tersenyum lebar kan….?
Wahai ibu & ayah, dia anak, dia penuh karenah, itulah ujian. Bukan menghukum, mendenda tak henti-henti, lalu memujuk ambil hati semula…Berdoalah dengan doa surah Al-Furqan ayat 74.
Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata…. Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama anugerah terindah dari Allah, melaluinya kita belajar mengenal kasih Tuhan. Uruskan dia dengan sabar. TAUBAT dan teruslah TAUBAT kerana kita ibu dan bapa mulia yang penuh kasih sayang, bukan kasar dan bengis.
Isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri akui selepas melahirkan anak, Jeanelle Nika Mandagie dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 12 kilogram melalui kaedah urutan dan amalan minum jamu semasa dalam pantang.
Bagaimanapun, dia masih lagi dalam usaha untuk menurunkan berat badan kepada berat badan ideal dan masih lagi berusaha untuk capai berat ideal.
Cuma dalam hal ini, dia tak terlalu obses nak menurunkan berat badan kerana mahu memfokuskan kepada penyusuan anak. Walaupun ramai yang bertanya kepadanya kaedah nak menurunkan berat badan dengan cepat, Nina dengan positifnya memberi jawapan.
Kita tak boleh nak samakan diri kita sebelum mengandung dan selepas melahirkan anak. Ini kerana, kita pernah membawa seorang zuriat dalam rahim selama 9 bulan. Jadi tak boleh nak harapkan badan kita sempurna 100 peratus selepas itu.
Inilah pengorbanan terbesar kita sebagai wanita. Sekurang-kurangnya paling minimum 6 bulan kita boleh mencapainya dan mungkin bagi sesetengah wanita dah tak boleh nak dapat badan yang ramping kerana badan telah mula mengembang.
Apa-apa pun janganlah nak membandingkan antara satu sama lain kerana setiap individu tak sama. Sebaiknya fokus pada diri sendiri untuk elakkan rasa rendah diri.
Penyusuan juga mungkin membuatkan kita cepat lapar dan mahu mengunyah. Jadi ada baiknya memilih snek yang menyihatkan kerana kita yang membuat pilihan.
Ingat tak semua orang sempurna dalam hidup ini. Bagi ibu yang rasa tertekan dengan masalah berat badan susah nak turun janganlah jadikan ia sebab yang boleh buat kita jadi tak gembira. Percayalah jiwa yang positif akan menjadikan kita wanita yang kuat menghadapi setiap cabaran dan cemuhan orang sekeliling.
Sumber: ig ninaismailsabri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak ni sangat memerlukan kesabaran tinggi. Tak kira tempat, situasi atau masa. Kadang-kadang anak buat sesuatu tak ikut waktu pun. Sebab itu ibu bapa kena sentiasa bersedia.
Bab bersedia ini ada masanya kita boleh bertukar jadi singa secara tak sengaja kerana faktor letih dan hilang sabar.
Sebagai ibu bapa cuba periksa diri kita ni berada di tahap mana? Berikut 5 tanda kita ibu bapa penyabar seperti dikongsikan oleh Puan Aniza.
Tak terus menjerit dan marah-marah bila anak tumpahkan air
Kita masih boleh senyum. Ala small matter ni. Tak ada isu besar pun. Fikiran pun tak serabut, hati pun tenanggg je. Kita ambil langkah untuk berkata
“Laa tumpah dah air. Takpe pergi ambil kain lap. Next time please be careful ya”
Instead of..
“Tak pandai pegang cawan ke? Kan mama dah kata mata tu tengok elok-elok. Ni siapa nak lap ni? (Mak singa)
Zip mulut daripada mengulas hasil buruknya
Kita mengunci mulut daripada mengkritik hasil kerjanya yang buatkan kita tak puas hati. Contohnya, anak sengaja nak tolong kita basuh pinggan, padahal kita tahu kemampuannya. Awal-awal kita dah boleh expect hasilnya. So, kita dah ready dan prepare mental kita.
Setelah habis basah lantai dapur. Kita berkata,
“Bagus Ahmad, tolong umi cuci pinggan. You are a hardworking boy!
Berbanding mengkritik…
“Habis dah lantai basah-basah. Kalau tak pandai tak payah buat. Ni umi la kene lap ni”
Zip mulut daripada mengulas perangai buruknya
Kita minta anak kita solat. Dia komen kita semula sedangkan kita sedang sibuk memasak di dapur.
“Umi tu tak solat tak apa pulak!
Kita sabar dan faham kenapa anak berusia 7 tahun cakap begitu. Walaupun panas telinga mendengarnya, dengan sabar kita membalas,
“Umi tengah masak ni. Umi solat lewat sikit. Nanti kakak nak makan, nasi tak masak lagi macam mana? Kakak kan dah lapar”
Berbanding naik angin dah berkata,
“Amboiii mulut. Siapa ajar cakap macam tu? Bagus ke cakap begitu? Kecik-kecik dah pandai melawan cakap!
Menegur tingkah laku negatifnya tanpa jemu
Setiap hari kita tengok dia asyik mengulang salah yang sama. Walaupun dah beberapa kali kita menegur. Tapi kita sabar.
“Kakak, please. Baju dah pakai lepas mandi masuk dalam bakul. Terima kasih, kakak sebab selalu tolong mama”
Berbanding marah dan berkata,
“Berapa kali nak cakap? Baju kotor masuk dalam bakul. Bersepah depan bilik air. Penat la mama nak pesan berkali-kali!
Mendoakan anak dengan istiqomah
Setiap hari doakan anak-anak dengan menyebut satu persatu nama anak-anak. Setiap kali itulah, kita bayangkan wajah baik mereka. Ikhlas dan sungguh-sungguh.
“Ya Allah, Ayaka anak yang solehah. Jadikan dia hamba yang taat kepadaMu dan kepada kami kedua ibu bapanya. Berilah dia kebaikan di dunia dan akhirat. Amin..”
Berhenti berkata,
“Saya dah doa. Tapi masih belum dimakbulkan. Anak tetap degil tak mendengar kata”
Itu tanda kita berputus asa, tidak sabar dan terburu-buru.
Didik anak mestilah mengikut umurnya. Ini kerana psikologi aras kematangan dan fikiran seseorang berbeza bergantung kepada usianya. Termasuklah berbeza dari segi jasmani, emosi dan rohani.
Anak yang berusia tujuh tahun ke bawah, hendaklah dididik dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Jangan merotan atau terlalu tegas ketika peringkat umur sebegini. Contohnya, menengking atau memarahi anak yang menyepahka rumah atau tidak siapkan kerja rumah, sedangkan mereka baru berusia bawah enam tahun. Sepatutnya cara yang berlemah-lembut pada tempoh ini adalah lebih berkesan.
Tegur dan cakap elok-elok dengan pendekatan psikologi lagi berkesan daripada kita asyik ‘mendera’ emosi anak dengan sikap tidak adil kita pada anak.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu yang suka berkongsi ilmu keibubapaan, Puan Wawa Shauqi, kita sebagai ibu bapa selalu tak adil pada anak. Namun kita tak nampak kesilapan itu.
Kita nak mereka jadi perfect bila melibatkan benda yang kita nak.
Nak anak lap air dengan sempurna,
Nak anak kemas katil dengan sempurna, nak anak belajar terus faham dengan sempurna.
Tapi bila anak nak jadi perfect;
Mereka juga yang kita marah.
Kita marah bila mereka merengek lego tercabut.
Kita marah bila mereka menangis kita potong sandwich dia senget.
Kita marah bila mereka sedih rambut yang kita sikat tak ikut macam yang mereka nak.
Kita lupa yang anak masih kecil.
Kita lupa masih banyak benda yang mereka perlu belajar.
Dan mereka banyak belajar dari kita.
Sedarlah anak-anak kita ini bukanlah robot yang boleh disuruh macam-macam dalam satu masa. Tambah lagi mereka juga masih kecil dan dalam proses untuk memahami erti kehidupan.
Jika setiap hari kita selalu bersikap seperti ini dengan megharapkan hasil terbaik sedangkan kita tak ajar dengan pendekatan berhemah, anak-anak kita akan akan sentiasa tidur berlinangan air mata.
Walaupun secara luaran kita tak nampak mereka menitiskan air mata, tapi dalamannya mereka sedih kenapa tidak mendapat layanan baik dan nasihat baik daripada ibu ayahnya ang sepatutnya menjadi pelindung.
Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang adil dan anak-anak bangga dengan cara kita. Bagi yang sebelum ini dah ‘terlepas’, sama-samalah kita belajar ilmu keibubapaan. Masih ada waktu lagi untuk kita jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak.
Jangan berterusan anak-anak jadi mangsa yang tak disengajakan. Mereka pun ada hati dan perasaan. Nak luah tak boleh, hanya memendam saja. Lama-lama risau ia akan jadi parut yang sukar untuk dilupakan dalam hati mereka.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.