Anak adalah amanah Allah untuk kedua ibu bapa. Cara asuhan dan didikan penting untuk bentuk keperibadian dan kejayaan dalam hidup setiap anak. Sebab itu pentingnya ibu bapa menunjukkan teladan yang baik dan dapat mengawal emosi.

Namun, mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa tanggungjawab dan hormat-menghormati.

Dalam kebanyakan situasi, asuhan dilihat menjadi titik penting dalam membentuk modal insan cemerlang. Ia membawa tiga makna iaitu melindungi, mendidik dan membesarkan anak.

Tak Mahu Anak Degil & Nakal, Pukul Jangan Guna Tangan. Kalau Perlu, Rotan Di Tapak Kaki

DIDIKAN PADA ANAK YANG PERLU KITA BUAT

–  Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

–  Jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul dan menampar anak. Nanti anak akan jadi bertambah degil, nakal dan tak boleh kawal.

– Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifik ia ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang bahagian otak.

…Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

Mulakanlah hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak kita malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam, nama panggilan yang baik adalah digalakkan.

IKLAN

Tak Mahu Anak Degil & Nakal, Pukul Jangan Guna Tangan. Kalau Perlu, Rotan Di Tapak Kaki

– Berikan anak kita pelukan setiap hari. Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat dari anak yang jarang dipeluk.

– Pandanglah anak kita dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

– Berikan peneguhan setiap kali anak kita berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

– Janganlah mengharapkan anak kita yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

– Apabila kita berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak akan terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

IKLAN

– Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah kita mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

– Dengarlah cerita anak kita, cerita itu tak akan dapat kita dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran kita untuk bercakap, kerana hal ini akan mengajar anak kita tentang giliran untuk bercakap.

– Tenangkan anak kita setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak kita bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

– Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak kita belajar menghargai, kerana anak2 yg dtg dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

– Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih dari sekali.

– Luangkanlah masa bersama anak kita di luar rumah. Peganglah tangan anak-anak apabila kita berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa penting dengan kehadiran mereka dalam kehidupan kita suami isteri.

IKLAN

– Dengarlah mimpi ngeri anak-anak kita. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

– Hargailah permainan kesayangan anak kita. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan kita. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

-Jangan biarkan anak-anak kita tidur tanpa ciuman selamat malam.

– Terimalah yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

Tak Mahu Anak Degil & Nakal, Pukul Jangan Guna Tangan. Kalau Perlu, Rotan Di Tapak Kaki

– Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

– Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang, mungkin kita pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak kita mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Didiklah anak-anak kita berakhlak, beradab & berbudi. Tentu mereka akan tahu menghargai & berbakti.

Kredit: Puan Nini Mokhtar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI