Bukan sahaja mak ayah, anak-anak sendiri akan meminta untuk ruang peribadi mereka bila sampai masanya. Sebagai mak ayah kitalah yang perlu mendorong anak untuk segera berdikari dan asingkan tempat tidur ketika waktu kecil.
Tak sampai hati? Penulis TheProParenting, Wan Nur Syakira berkongsi mengapa anak perlu segera di asingkan daripada tempat tidur mak ayah. Malah turut berkongsi tip berkesan. Jom praktikan pada anak.
Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting. Kenapa perlu asingkan tempat tidur anak dan ibu ayah ?
1. Terlalu banyak kes pornografi, ketagihan seks, sumbang mahram, rogol berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan.
2. Menjaga pandangan anak dan menjaga aurat ibu bapa dan anak.
3. Besar kemungkinan anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba lalu akhirnya terjebak. Memang ada kes begini! Bahkan memberi kesan buruk pada emosi anak tersebut.
4. Mengajar anak tentang konsep privasi, rasa malu dan had antara ibu bapa dan anak-anak.
5. Menjaga keharmonian dan maruah setiap ahli keluarga.
Ads
Islam sendiri memberi panduan tentang pengasingan bilik tidur ibu bapa dan anak.
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).
Begitu juga perintah menjaga dan menundukkan pandangan.
” Katakanlah kpd lelaki yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yg demikian itu lebih suci bg mereka. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat “.
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yg boleh dilihat….”(Surah An-nur, ayat 30-31)
Pandangan anak perlu dijaga dan dielak daripada terlihat aurat dan hubungan kelamin ibu bapa. Kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas tidak boleh dibiasakan selesa tidur dengan ibu bapa.
Ramai ibu bapa rasa tidak sampai hati dan kasihan serta merasakan waktu tidur adalah waktu yang mampu merapatkan hubungan anak dan ibu bapa.
Ads
Menurut pakar psikologi, hubungan antara ibu ayah dan anak-anak akan lebih terjalin erat dan rapat ketika waktu jaga, iaitu waktu bermain dan meluangkan masa bersama serta berkomunikasi dua hala. Jadi, tidak ada isu hubungan jadi renggang apabila berpisah tempat tidur.
Setelah kanak-kanak bercerai susu, kanak-kanak ini sudah boleh disediakan dan dilatih untuk tidur di bilik sendiri secara berperingkat.
Bermula berpisah tilam meskipun di bilik yang sama sehinggalah berpisah bilik tidur dengan ibu bapa. Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi.
Proses yang mengambil masa dan komitmen ibu bapa serta anak itu sendiri. Tidak mengapa, bersusah dahulu , bersenang kemudian.
Emosi dan fizikal anak perlu disediakan dengan baik agar proses ini menjadi lancar tidak menimbulkan gangguan emosi dan trauma kepada anak.
Ia sangat berkait dengan persediaan emosi ( boleh berdikari ), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu dan ruang privasi ) dan fizikal anak ( sudah lulus toilet training) .
Ads
Banyak manfaatnya jika anak diasingkan tempat tidur dari ibu ayah dari usia awal, antaranya anak menjadi lebih berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berani.
Anak juga akan mempunyai rasa tanggungjawab apabila mempunyai ruang peribadi dari segi kebersihan, penjagaan dan disiplin.
Jika ibu bapa tidak mampu menyediakan rumah yang mempunyai 3 bilik tidur, sekurang-kurangnya kita mengehadkan ruang ibu bapa kepada anak-anak dalam 3 masa berikut;
* iaitu sebelum Subuh, tengahari, dan selepas Isya seperti saranan dalam firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu meminta izin (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya…”)
Setelah anak-anak sudah diasingkan tempat tidur, mereka perlu diajar tentang adab minta izin masuk bilik ibu bapa.
Ibu bapa harus tunjukkan satu persatu apa perlu dibuat dan beritahu anak caranya.
* Ketuk pintu bilik ahli keluarga dengan ketukan sederhana.
* Ibu bapa tunjukkan macam mana cara ketuk.
* Jangan diketuk terlalu kuat , ibu bapa berikan bantuan fizikal ketika mengajar.
* Pegang tangan anak-anak , kepalkan , dan ketuk. Pesan kepada anak-anak, jangan pukul pintu ini, nanti terkejut orang dalam bilik.
* Berikan salam , Assalamualaikum meskipun nak masuk bilik sahaja.
* Tanya boleh saya nak masuk. Bila ahli keluarga memberi keizinan, barulah anak-anak boleh masuk ke dalam bilik tersebut.
Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom sama-sama cakna ibu ayah! Dan kecaknaan bermula dengan ibu ayah cari ilmu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kita nak manja berlebih kita mulalah rasa rimas. Jangan rimas dulu, ini baik untuk perkembangan anak kita. Itu tanda anak percaya pada kita walaupun umurnya sudah menjangkau usia enam tahun.
Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi mengenai perihal anak manja ini. Layankan anak kita sehabis baik biarpun usianya semakin meningkat. Manja tak apa, baik untuk anak kita.
Anak manja tanda rasa “connected” dengan kita.
Manja tu sebenarnya bawa maksud, – percaya – selamat – suka – sayang – rapat – cinta
Patutnya kita risau bila anak tak nak manja-manja dengan kita! Kebarangkalian besar dia tak ada rasa percaya, selamat, suka, sayang, rapat dan cinta pada kita.
Risau betul kalau ini berlaku. Bila anak jadi manja tanda kita dah jalankan tanggungjawab kita sebaik-baiknya.
Lagipun 6 tahun je anak nak bermanja manja dengan kita. Usia 1 – 6 tahun adalah fasa “trust & mistrust” di mana anak lalui proses tapis siapa masuk trust circle dia dan siapa yang terkeluar.
Anak manja maksudnya kita dah di serap masuk ke dalam trust circle dia la.
Mudah kerja kita nak melentur dia nanti, bila ada trust ni, – anak mudah terima teguran – anak lebih percaya kata kita – berbanding orang lain – anak suka minta pandangan kita – anak akan ingat pesanan kita sampai bila-bila.
Lagipun, ini je masa yang kita ada untuk bermanja-manja dengan anak.
Anak dah masuk 7 tahun ke atas comfirm hilang kemanjaan dia tu, dia dah makin matang dan kita pun dah kena jadi tegas dan displin pada anak anak.
Sampai masa, kita pasti rindu memori di manja-manjai oleh anak-anak.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bergelar seorang ibu, automatik kita akan ada ‘super power’ yang mampu lakukan apa sahaja demi keluarga. Kadang-kala tak terfikir mampu lakukan segalanya untuk yang tersayang.
Setiap ibu pasti ada ‘struggle’ tersendiri, itulah yang dikongsi oleh pelakon, Ozlyn Wati yang berkongsi rutin seharian sebagai ibu yang bekerja.
Orang selalu tanya, Ozlynn.. tidur pukul berapa bangun pukul berapa.. nampak energy tu sentiasa ada.. bhaiiii jadi Ozlynn waty tak mudah ye.
Bangun seawal 4am.. (kadag babas gak kul 4.30am.. penah la dalam setahun 2-3 kali sesar kul 5am.. bersilat la aku kat dapur tu..)
Aku jenis masak semua sendiri.. so ni contoh apa yang aku cakap kat live tiktok semalam masa buat karipap.
Roti bakar tu dalam ada kaya dan cheese.. luar aku sapu butter yang very light salted.. selalu brand lurpak or maybe boleh je pakai planta kalau takde.
Tu kira aku menipu tau.. sebab nak cepat.. pagi tadi almost 5am aku baru sedar.. pastu mandi sat terus masak.. goreng karipap untuk en somi bawak bekal keje tadi.. so untuk lunch box bebudak aku buat udang goreng kunyit buh la sayur sikit kira macam menipu nak bagi cepat..
Dan mesti ada buah.. so bila bebudak balik rumah pukul 4petang dari sekolah.. menu dorang pon berubah.. supaya dorang tak bosan dengan lauk kat sekolah.
So aku masak chicken curry tak ada santan.. udang goreng cili api dengan sayur baby sawi tu.. done!!!! Malam nanti kita rembat dorang tido awal.. so aku boleh la kemas-kemas settle apa yang patut so aku pon tdo awal..
Tapi kalau aku shooting kalau abes malam pon.. semua menu tetap aku masak cuma lauk lunch aku akan masak pada pukul 7am.. nanti suami aku balik dia pon panaskan lauk tak pun Dorthy pon boleh panaskan.. aku shooting ke, meeting ke, g opis ke, outstation ke, tetap settlekan rumah dulu.
Tapi selalunya mak-mak ni memang kuat semangat lebih lagi untuk anak-anak dan suami.. kadang demam pun tetap gagah fikir untuk depa.. kan.. saya bangga dengan semua mak-mak tak kira yang bekerja atau surirumahtangga.. tetap tiada masa rehat ye.
Rata-rata melalui pengalaman yang sama dan turut berkongsi kisah sendiri. Apa-apa pun semua ibu adalah ibu yang hebat di dunia.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.