Anak selalunya kuat meragam bila bersama ibunya. Memang rata-rata ramai ibu-ibu mengalami masalah ini. Anak akan ‘menjadi lebih baik’ bila bersama bapanya elok sahaja duduk diam.
Bukan sedikit ibu-ibu yang terpaksa melalui situasi ini. Anak-anak akan ‘buat perangai’ bila bersama mereka. Ada yang terlebih manja, sikit-sikit menangis, merengek dan sebagainya.
Anak Selalu Meragam Bila Dengan Ibu
Sebenarnya mengikut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington, prestasi kanak-kanak akan menurun sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada di dalam bilik yang sama.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati jika kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!
Kajian tersebut dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasar, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.
Ads
Dengan Bapa Elok ‘Baik’
Menurut Profesor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr.K.P Leibowitz, dalam kajian tersebut mereka mendapati kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%.
Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan!
Kredit foto: Freepik
Salah seorang daripada ayah yang terlibat dalam kajian tersebut (mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan kajian dan berkata “Saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri saya tak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahannya adalah anak-anak dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana anak-anak berkelakuan baik ketika dengan saya.”
Ads
Ramai suami atau ayah yang mungkin tidak tahu tentang fakta yang ditemui dalam kajian ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibu sahaja.
Kajian ini juga mendapati jika dalam situasi untuk membetulkan disiplin anak-anak, 100% (semua sekali) lebih responsif kepada kata-kata yang diucapkan dengan nada normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada si anak.
Ads
Jadi, lepas baca hasil kajian ini janganlah ayah cakap ibu cepat manjakan anak sampai jadi mengada-ngada. Sebenarnya ibu itu sendiri macam magnet kepada anak-anak. Asyik nak melekat je!
Untuk melatih anak berfikir sejak kecil terdapat pelbagai cara antaranya melakukan aktiviti diluar rumah. Ini kerana otak kanak-kanak dalam peringkat usia pendidikan praformal antara 0 hingga enam tahun amat aktif berfikir. Selain bermain dengan barang permainan yang merangsang minda, ibu ayah perlu biarkan anak-anak melakukan ktiviti-aktiviti diluar rumah (outdoor activities). Ia penting untuk membentuk pemikiran si kecil manja.
Oleh itu, mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk meneroka dunia sekeliling dengan bebas. Ikuti enam aktiviti diluar rumah yang boleh membantu anak anda untuk mula berfikir secara aktif lagi produktif.
Berdasarkan perkongsian, Dr Airil Haimi Mohd Adnan yang merupakan Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal, ada enam aktiviti yang boleh anak lakukan untuk merangsang anak berfikir.
Aktiviti 1
‘Lawatan sambil belajar’ ke mana sahaja
Saya pasti mama dan papa semua tahu manfaat aktiviti seperti ini. Aktiviti lawatan sambil belajar bukan hanya membuat si kecil teruja, malah kita orang dewasa ini pun teramat suka kalau kita diberi peluang untuk melawat tempat-tempat yang baru sambil menambah pengalaman yang sedia ada. Untuk si kecil anda, lawatilah tempat-tempat yang ada berdasarkan kemampuan. Tidak semestinya anda membawa si kecil itu terbang ke tempat peranginan di luar negara sahaja! ‘Lawatan sambil belajar’ ke pasar basah, ke zoo berdekatan, ke taman bunga atau tempat-tempat ‘biasa’ lain juga pasti memberi kesan positif ke arah pembentukan minda si kecil.
Aktiviti 2
Bermain lasak di kawasan yang sesuai
Kanak-kanak pada peringkat usia pendidikan praformal amat senang jika diberi peluang untuk melompat, memanjat, berayun, berlari dan melakukan pelbagai aktiviti lasak lagi. Mereka mungkin akan jatuh dan luka, pada masa yang sama semua ini pasti memberikan pengalaman hidup kepada mereka yang amat perlu untuk pembinaan fakulti pemikiran. Minda yang aktif lagi produktif adalah kesan dari aktiviti bermain lasak, misalnya bermain di padang permainan dengan kanak-kanak lain. Lebih elok jika ada kanak-kanak lain bersama kerana si kecil kesayangan papa dan mama juga akan belajar bersosial dengan cepatnya. Tapi, pastikan si kecil diselia, ya! Janganlah benarkan dia bermain bersendirian.
Aktiviti 3
Beriadah sambil memerhati dan bercerita
Aktiviti riadah tidak semestinya melibatkan aktiviti lasak berlari ke sana dan ke mari sahaja, atau melibatkan perjalanan jauh ke luar negara yang akan melibatkan kos yang tinggi. Antara aktiviti yang amat disukai oleh si kecil adalah yang berbentuk pemerhatian dan penceritaan. Bersama mama atau bersama papa (selalunya bersama dengan papa), bawalah si kecil bersiar-siar di tempat baharu atau tempat yang mungkin sudah pernah dilawati. Kemudian ajak si kecil memerhati keadaan sekeliling sambil bercerita mungkin tentang haiwan atau serangga yang dilihat, bunga-bungaan, pohon-pohon atau apa-apa sahaja!
Aktiviti 4
Temancahaya bulan purnama
Selalunya, si kecil pada peringkat usia praformal akan berasa takut kepada kegelapan. Oleh itu, aktiviti yang dilakukan pada waktu malam seperti ini amat perlu demi untuk menghilangkan rasa takut itu. Aktiviti di bawah cahaya bulan ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, asalkan ditemani oleh orang dewasa. Untuk papa serta mama yang berkemampuan, apa kata laburkan sedikit wang gaji untuk memberi teleskop? Bukan mahal pun harga teleskop sekarang ini. Aktiviti memerhatikan bulan dan bintang pasti membuat si kecil teruja! Nah, siapa tahu kalau-kalau aktiviti ini bakal melahirkan seorang ahli astronomi seperti Ibnu al-Haytham atau Galileo Galilei.
Aktiviti 5
Bermain berdasarkan imaginasi
Kalau disebut sahaja aktiviti di luar rumah, pastinya kita akan terfikir tentang aktiviti bermain bukan? Sebabnya mudah, kanak-kanak cenderung untuk belajar melalui aktiviti bermain. Aktiviti bermain yang memerlukan imaginasi tinggi sudah pasti memberi kesan yang amat positif kepada pembentukan pola pemikiran pada awal usia kanak-kanak. Kotak kadbod kosong yang besar lagi kuat, kain selimut yang sudah tidak digunakan, malah apa sahaja boleh digunakan untuk aktiviti berbentuk pembinaan. Jika ada ruang, rumah di atas pokok atau khemah di tepi rumah anda juga boleh menjadi tempat untuk melatih imaginasi tahap tinggi dalam minda si kecil tersayang.
Aktiviti 6
Aktiviti berbentuk pencerapan aktif
Kanak-kanak dalam peringkat usia pendidikan praformal bukan hanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi, mereka kuat memerhatikan keadaan sekeliling mereka melalui deria mata dan telinga. Ambil peluang keemasan ini untuk membantu melatih kebolehan mencerap, mengamati sambil membuat rumusan. Sebagai contoh, ketika melihat haiwan melintas di depan rumah, minta si kecil mengira sebanyak mungkin haiwan yang dia lihat. Aktiviti berbentuk kesenian juga boleh dicuba dengan membantu si kecil melukis dan mewarna sesuatu yang dilihat di luar rumah anda. Yang pasti apa sahaja yang dilakukan akan membawa kesan yang positif dalam pembinaan minda dan fakulti kognitif atau pemikiran si kecil anda pada hari muka.
KESIMPULAN
Nyata, kanak-kanak dalam usia sebegini memerlukan pengalaman yang banyak untuk membentuk pola pemikiran awal mereka. Pengalaman yang banyak lagi berguna bukan hanya terbentuk di dalam rumah, di taska atau dalam kelas tadika sahaja. Pengalaman-pengalaman awal yang akan membantu membentuk pemikiran yang logik, rasional, kreatif dan divergen sebenarnya lebih banyak tertumpu kepada aktiviti di luar rumah, khasnya untuk peringkat usia pendidikan praformal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu waktu anak batuk kita tak bagi dia berlari dan melompat. Sebenarnya menurut Pakar Fisioterapi, aktiviti tersebut bagus untuk bantu keluarkan kahak anak.
Bila dengar sahaja si kecil mula terbatuk-batuk, mulalah kita rasa susah hati. “Hmm, batuk lagi si Adam ni. Harap tak melarat samapi kena ambik neb sudah.”
Selalunya kalau anak dah mula batuk, macam-macam pantang larang yang kita kenakan pada mereka termasuk tidak membenarkan mereka bermain, berlari atau melompat kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan batuk.
Walhal sudah sifat semula jadi kanak-kanak, walaupun tak sihat tetap aktif bergerak dan bermain.
Tetapi sebenarnya menurut perkongsian info daripada Pakar Fisioterapi Sharfiza Binti Abdul Aziz dalam facebook beliau, tak salah rupanya membiarkan si kecil tetapi aktif bermain ketika dia batuk.
Biasa dengar tak? “Jangan lari-lari… awak tu batuk!” Hakikat sebenar, itula yang baik. Batuk itu baik supaya kahak dapat dikeluarkan dari paru-paru. Bila anak berlari, berlompat, actif la.. paru-paru akan mengembang..means more air inside to regulate so dpt push keluar kahak bawa ke tekak. So kalau anak ada kahak..selsema galakkan anak batuk and active. Saya selalu suruh dia orang lompat-lompat.. lepas tu suruh tiup-tiup..then batuk..as much as i can..
* kalau dia orang dah tak sedap badan sangat lembik jangan la paksa sangat ok.
For younger babies… kalau hidung tersumbat.. boleh gunakan beberapa technique. Satu boleh gelikan/tickle guna tissue yg dimuncungkan masuk dalam hidung supaya dia bersin.
Boleh jugak guna teknik steam. On water heater dalam bilik air. Tutup pintu. Dalam 10 minit pastu masuk sama dengan baby dalam 5 minit. InshaAllah boleh bantu jugak. And sekarang ni dah ada sterimar, spray je sterimar boleh bantu.
Teknik tepuk boleh jugak guna kalau baby banyak kahak, sampai umur 2-3 tahun pun boleh. Yang besar pun boleh. Tapi for babies kena jaga jugak.
Tepuk mesti sebelum minum susu atau 2 jam lepas makan atau minum susu. And tak perlu tepuk kuat-kuat. Tujuan tepuk untuk produce continous vibrations yang akan assist pengaliran kahak.
Tepuk anak dalam posisi meniarap, mengiring. And most effective tepuk 5 mins each sides. InshaAllah akan dapat tengok kahak keluar ikut hidung atau mulut.
Otherwise u need physiotherapist assistance. Kalau dah teruk sangat baru kami akan proceed with suctioning but untuk baby less than 6 months je. Sebab gag reflex belum cukup matang. Tapi saya akan avoid. Bergantung pada hasil assessment therapist anda.
Yang terbaik bawak anak anda jumpa doctor (paediatrician) untuk check up and proper medication. Get their advice on your child’s condition sebelum proceed apa-apa ye.
For the love of our children Sharfiza Binti Abdul Aziz Physiotherapist
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Namun bila baca perkongsian oleh ayah ini, Muhammad Ahmad diharap kita yang bergelar ibu ayah boleh mengawal perasaan amarah yang cepat membuak apabila berhadapan dengan situasi anak membuat perangai.
Anggaplah karenah dan ragam anak yang sukar dijangka itu adalah sebahagian daripada proses mereka membesar dan jadi tanggungjawab kita untuk mengawal emosi kerana sebarang tindakan kurang sabar yang diambil boleh memberi kesan berpanjangan pada anak.
4 sebab kenapa saya berusaha tidak tengking,pukul anak atau adik yang kecil sekiranya mereka buat ‘perangai’.
Mula-mula tengking kita harap mereka akan berubah, kali kedua kita tengking kita anggap mereka sudah degil sebab ulang kesilapan yang sama, ketiga kita tengking perasaan benci mula akan wujud dan kita akan mula bersikap ganas.
Sebab itu ada yang tengking dan sepak terajang anak. Kita akan mula jadi stess dan hilang kawalan emosi. Tengking dah la kuat, terkejut anak. Ada yang sampai menggigil sebab terlalu takut. Akhirnya kita akan menyesal tengok mereka ketakutan, menderita, luka.
Mereka mula tersangat takut kepada kita. Tiada keyakinan diri, akan mula tidak respect kita, akan sembunyikan kesalahan mereka.
Dan paling bahaya mereka akan mula memberontak dan bertindak kasar terhadap orang lain. Sebab itu kalau kita tanya budak kaki buli kebanyakan dari mereka memang pernah ditengking, sering dipukul oleh ibu bapa.
Mereka yang dibesarkan dalam suasana sering ditengking, dipukul, tidak pernah dihargai, sentiasa dihukum boleh jadi mereka akan lakukan perkara yang sama terhadap isteri dan anak-anak.
Boleh jadi mereka akan alami penyakit Major Depressive disorder (MDD). Pasti isteri akan terkejut kenapa suami tiba-tiba berubah. Terkejut tiba-tiba suami senang gila naik tangan, naik kaki ketika marah.
Suami lagi terkejut kenapa isteri yang sebelum ini nampak pendiam, romantik, peramah akhirnya jadi ganas dalam mendidik anak-anak.
Betapa hari ini masyarakat perlu didikan cara Nabi muhammad s.a.w. Lihat hadith ini, Nabi s.a.w tidak pernah pukul atau tengking kanak-kanak (hadith ini saya belajar dari guru yang saya sayangi).
Apa kata Annas bin Malik R.hu. Waktu ini umur beliau antara 10-11 tahun.
“Pernah suatu hari Rasulullah menyuruh saya ke pasar, Sebelum berangkat saya bermain dulu dengan anak anak lain dijalanan. Ketika sedang asyik bermain, saya merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan menyentuh bajuku dengan lembut, lantas saya menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah saw.
Sambil tersenyum beliau bertanya “kenapa belum berangkat lagi, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab,” ya, saya akan berangkat sekarang wahai Rasulullah”,
Demi Allah, selama sepuluh tahun saya berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w, tidak pernah sekalipun beliau memarahiku”.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.