Bila ada anak kecil, anak bermain rumah bersepah tu biasa. Selain itu, yang boleh buat ibu ayah kena tarik nafas lebih adalah bila nak mencari remote televisyen atau aircond yang tiba-tiba tak dapat dikesan.
Kadang tu habis satu tempat cari, alih-alih terjumpa dalam timbunan kain yang belum berlipat, dalam raga mainan anak-anak dan paling tak sangka buka peti sejuk remote tersebut ada terletak elok dalam tu.
Tak tahu apa yang best sangat dengan remote ni, tapi ia antara paling disukai anak-anak kecil kan. Lagi satu yang lucunya jika remote tu bukan disorokkan oleh anak tapi suami sendiri masa nak tengok bola. Ada tak yang ada pengalaman macam ni? Hehehe..Kadang momen macam ni, isteri pun ada juga sesekali buat taktik ni jika nak layan drama kesukaan.
Bagaimanapun, idea yang dikongsikan oleh Asrul Achoi ni berguna jika remote dalam rumah selalu hilang.
Tiga benda nie selalu hilang..kadang lepas ke dapur pun ada. Tersorok bawah bantal selalu dah. Paling boring jatuh bawah katil belah bucu dinding, jenuh la nak meraba.
Ads
Kadang benda kecik nie hilang pun boleh mendatangkan peperangan kecil. Nah hambik..ikat terus 3 ketul nie dengan tali…tambat kat meja..harap lepas nie tak hilang lagi lah yer.
Posting asal nie pernah dikongsikan oleh tuan Wan Mohd Khairy tak silap saya. Bagi yang selalu hilang tu, boleh la ikut cara nie. Moga tak hilang dah dan tak tidur skali dengan remote nie.
Ads
Menarik juga kan idea ni. Jadi tak adalah ibu ayah nak ‘menyinga’ tiap kali cari remote tak jumpa.
**Tali tu tak semestinya guna tali yang tu je. Boleh guna ikut kreativiti anda. Matlamat utama asalkan remote dapat kekal pada satu tempat.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami perlu jadi ketua keluarga yang boleh hiasi rumah tangga dengan mawaddah dan rahmah. Walaupun isteri adalah amanah Allah kepada suami, perlu ingat jangan sesekali menyakitkan hatinya.
Bila disebut amanah ia bermakna tanggungjawab itu besar buat seorang suami. Jangan sesekali buatkan hati isteri terluka dan jagalah amanah itu. Ibaratnya orang kata susah senang bersama.
Lagi satu suami perlu juga faham isteri yang makan hati ni ada beberapa sebab. Cuma mungkin suami tak nampak kerana tak mahu dipanjangkan cerita. Akhir sekali tanpa penyelesaian, isteri hanya memendam rasa dan akhirnya menangis dalam diam. Jika dibiarkan ia boleh bahayakan emosi isteri.
Disebabkan itu sebagai manusia biasa, kita pasti akan diuji melalui hati.
Bukan setakat kita, budak darjah tiga pun ada rasa kecewa bila awek yang duduk sebelah kena kebas dengan kawan kelas sebelas.
Jadi, apa kita nak buat kalau suami selalu sakitkan hati?
Dan apa perlu kita lakukan jika isteri tak taat dan suka buat kepala sendiri? Ok, yang pertama satu je.
1. JANGAN BESARKAN LAGI MASALAH
Kekurangan suami, kesalahan isteri jangan di cerita sana sini. Jangan dikongsi. Jangan menulis sesuka hati di IG atau FB. Kalau nak luah pada orang lain, pada yang boleh dipercayai. Pastikan kita ceritakan itu kerana kita mahu diselesaikan dengan cara ini. Kalau sekadar mahu melepaskan emosi, Maaf, Lupa ke Allah kat mana dalam hidup ni?
2. TEMPAT DAN CARA SOLUSI
Kalau marah sangat dengan suami pun, minta izin untuk keluar. Nak bawak anak sekalipun, tinggalkan anak sulung dengan suami. Anak sulung itulah yang paling dekat dengan ayah dia. Kalau nampak macam suami pun tak nak dengan anaknya, baru bawa. Destinasi pertama, bawa ke rumah mak ayah kita. atau mak ayah mertua. Kalau segan, bawaklah jalan-jalan, jarakkan sebentar sementara emosi kita belum stabil. Suami pun sama, jangan blah donooo je. Whatapp bagitahu saya keluar jap. Belikan dulu makanan untuk anak isteri. Kalau cadang nak keluar sampai subuh, pastikan makanan dan keperluan tu cukup sampai subuh esok.
3. JANGAN CARI PASANGAN LAIN
Ini banyak orang buat. Ada masalah, yang lelaki cari perempuan lain, dan perempuan pun sama cari kawan lelaki lain. Dua-dua salah! Ibarat bagi ikan kat kucing yang tengah lapar. Pastu kalau dah terlanjur, acah-acah pening menyesal tak tau nak buat apa. Cari Allah time ni! Kuatkan diri! Bagi telinga dengarkan zikir dan selawat. Dengar ayat suci Al Quran sampai hati itu bersih kembali. Banyakkan istighfar. Sebab dosa kita yang banyaklah jadi serabut rumahtangga.
4. KENANGAN
Belek balik gambar lari-lari kat pantai. Tengok balik memori yang simpan dalam hp tu. Berapa ribu gambar selfie dengan suami dan isteri kita. Sweet kan? setakat di uji, biasalah bro. Biasalah tu kak. Cinta perlu di uji untuk kita bahagia. Sembang la redah api tapi baru di uji menggelabah ubi. Tenangkan diri, tengok dalam-dalam pic anak isteri, suami dan anak-anak yang selama ini mengisi dan menemani.
Yang akhir! Kita ada Allah. Kehilangan bahagia dalam diri suami isteri itu adalah petanda Allah telah hilang perlahan-lahan dalam hidup kita ini.
Bermakna ke hidup tanpa Allah di dunia ini? Pulanglah. Bawalah hati itu menuju kebenaran. Kebenaran yang datang dari Tuhan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ada lagi mak ayah yang tak tahu anak mereka jenis yang mana satu auditori, visual atau kinestatic.
Bila anak tak dengar cakap di katanya nakal, degil, lasak. Padahal yang sebenarnya cara mak ayah beri teguran tu salah. Anak tak faham. Sebab cara beri teguran tu tak sesuai dengan cara otak mereka berfungsi.
Ini 3 Jenis Learning Style, semua mak ayah wajib tahu :
1-AUDITORI
Anak auditori ni sangat peka dengan audio atau bunyi. Mereka suka keadaan yang tenang dan tak bingit.
Nak tahu anak jenis auditori lihat pada minat dia. Kadang-kadang anak auditori ni minat dengar lagu, dan lebih mudah hafal lagu daripada gambar.
Mengajar anak auditori ni kena banyakkan sebut dan dengar ulang-ulang kali. Lagi kerap dia sebut dan dengar lagi cepat dia akan belajar. Repetition ialah penentu kejayaan mereka.
Amaran : Jangan cakap yang bukan-bukan depan anak auditori sebab sekali dia dengar dia akan ingat sampai bila-bila.
2- VISUAL
Kasihan. Anak visual ni selalu di panggil degil. Sebabnya mereka tak pernah dengar bila di tegur. Panggil banyak kali baru mereka nak menyahut.
Memang mereka tak dengar kerana otak mereka tak di program untuk dengar. Sebaliknya otak mereka di program untuk melihat. Anak visual lebih peka pada gambar, orang, dan apa sahaja dalam bentul visual. Yang boleh nampak.
Mendidik anak visual kena jelaskan dengan gambar atau lakaran. Atau buat demonstrasi depan mereka. Langkah demi langkah, di tunjuk baru mereka faham. Tegur guna mulut boleh tapi kena selit dengan pergerakan tangan supaya mereka fokus masa kita bercakap.
Nota : Anak visual ni kalau kita membebel depan dia tanpa ada gambar atau pergerakan memang mereka akan berangan atau khayal. Bila mata tak boleh fokus, fikiran pun melayanglah.
3- KINESTATIC
Anak kinestatic ni selalu di salah anggap lasak, hyperaktif dan tak makan saman punya budak. Kita jerit mereka tak dengar, kita marah pun dia buat tak tahu je.
Ini kerana anak kinestatic belajar dengan rasa sendiri pengalaman dan pergerakan tubuh mereka. Mereka belajar selepas dah rasa sakit, jatuh, pahit, luka dan benjol. Selagi tak rasa sendiri selagi itu mereka tak akan puas.
Anak kinestatic ni kita tak boleh larang bila dia nak buat sesuatu, sebab kalau di larang ibarat kita larang dia jadi pandai. Mereka berkembang dengan teroka dan belajar ( Explore & Learn ). Biarkan je, tapi dengan pantauan mak ayah.
Nota : Anak kinestatic jangan di suruh duduk diam, memang tak jalan punya. Lebih baik sediakan satu aktiviti atau tempat untuk dia melempiaskan tenaga dia tu. Ini yang terbaik.
” Anak kinestatic ini tenaga mereka boleh meruntuhkan gunung dan mengegarkan dunia tau “
Kenali potensi anak sebelum kita menutup potensi sebenar mereka.
Jumpa anak nanti terus bagi 3 ujian ni. Satu dengar audio, satu tunjuk gambar dan satu lagi suruh mereka buat sendiri. Ada budak learning style dia lebih dari satu, jadi jangan terkejut kalau anak auditori boleh cergas macam kinestatic.
Mohd Fhais
Jangan salah faham dengan anak lagi okay !
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak asyik minta didukung sepanjang masa tentulah mama lansung tak boleh buat kerja. Bila letak terus merengek, bila didukung semula, kembali diam. Situasi begini mesti ramai mama mengalaminya.
Fasa keresahan pemisahan (separation anxiety) adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi. Ia berlaku seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan dan menyaksikan bayi menjadi lebih 3C: Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak melekat/berdukung).
Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan stres ibu bapa melalui tempoh sukar yang tidak boleh dielakkan ini;
GALAKKAN PERASAAN BERKUASA PADA BAYI
Bayi boleh, perlu dan suka meluangkan masa sendirian. Contohnya bila anda melihat bayi telah terjaga dari tidurnya namun leka termenung, memandang sekeliling,bermain-main dengan jarinya sambil ‘membebel’ sendirian. Usah ganggu moment ini!. Perhatikan dari jauh dan biar bayi menikmati saat ini selama yang dia perlukan. Ruang meneroka dan mengamati suasana sekeliling secara sendirian akan memberi rasa ‘dunia ini ok’, ‘saya ok walau sendirian’ kepada bayi.
RILEKS IBU!
Bayi sangat awas dan cepat menangkap ekspresi wajah serta gaya tubuh manusia. Contohnya dalam situasi bayi yang sedang belajar untuk meniarap. Anda boleh memilih untuk menjadi salah satu dari ibu berikut: ibu yang membantu bayi membalikkan diri pada setiap cubaannya. Atau menjadi ibu yang meniarap sama aras dengan bayi sambil menyorak kata-kata semangat seperti, ‘sikit lagi..sikit lagi sayang! You can do it! ‘, menunggu reaksi bayi dan hanya bila bayi sudah menangis atau nampak seperti sudah mahu mengalah, ibu bertanya penuh optimis, ‘ adik dah penat?. Nak ibu dukung sekarang?’. Kedua -dua ibu memang berjaya menyampaikan mesej kasih sayang pada bayi mereka. Bezanya, bayi dengan ibu ‘ si tukang penyelamat setiap masa’ akan membuat bayi rasa bahawa ibunya saja yang mempunyai kuasa magik bagi setiap perkara. Manakala ibu ‘si tukang sorak yang optimis’ akan membuat bayi merasa selamat dan yakin diri bahawa dia hanya perlu terus mencuba.
KEKAL POSITIF
Bayi adalah cerminan ibunya. Ibu yang penuh risau akan berbisik kata-kata ,’ tak ada apa la. Orang tu takkan kacau atau makan adik’ setiap kali berhadapan dengan orang baru/asing. Niat ibu mungkin murni,tapi ketahuilah kata-kata tersebut hanya mengukuhkan lagi apa yang ditakuti atau difikirkan bayi. Ia serupa dengan cuba untuk membuat anak-anak berani melalui kata-kata, ‘ mana ada hantu kat sana’. Memang tak pernah berjaya kan?. Ibu hanya perlu rilekskan gengaman tangan anak dan berbual bersahaja setiap kali berjumpa orang asing seperti ia bukan hal yang besar pun.
JANGAN SIBUK NAK IKUT ANAK
Di taman permainan, rumah orang atau mana-mana tempat baru, lepaskan anak untuk pergi dan buat apa yang dia mahu. Ibu hanya perlu duduk setempat dan kekal lah disitu memerhati keselamatan anak dari jauh. Perbuatan sibuk mengekori anak ke setiap ceruk akan membuat anak yakin bahawa dia belum layak untuk berpisah dari ibu. Ibu yang kekal duduk juga akan menyampaikan mesej bahawa adalah ok untuk anak pergi, dan dia hanya perlu kembali jika mahukan ibu.
LAYAN
Sepanjang proses untuk menjadi individu bebas, adalah biasa untuk bayi keliru. Dia tidak tahu cara yang tepat dan dia juga tak pasti jika dia telah sedia. Maka amat biasa bayi nampak gembira pada 1 minit, dan mula nak berdukung pada minit yang lain. Bagi ruang untuk bayi menguji dirinya sendiri; dukunglah bila dia perlukan dan lepaskan bila dia mahu bebas.
JANGAN REMEH ATAU KETEPIKAN PERASAAN ANAK
Perasaan anak itu sah dan wujud. Kita hanya perlu mengakuinya dan bukan meremehkan apa lagi menghukum dengan kata-kata seperti,
‘Tak habis-habis merengek. Kan mama dah main dengan adik tadi?’, ‘shhhh!’, atau ‘ tak ada apa la. Nak nangis kenapanya?’.
Sokong dan hormati perasaan itu sebagai tanda anda faham seperti, ‘ Mama tahu adik sedih. Adik tak nak mama pergi. Mama datang 5 minit lagi ok’. Ramai tidak sedar tetapi menambah pertanyaan ‘ok?’ di belakang memberi bayi rasa ‘hebat’ dan tidak diketepikan kerana anda seperti meminta izinnya. Mengesahkan perasaan anak dengan jelas akan selalu berjaya memperlahan /menghentikan esakan anak kerana anak tahu anda telah faham dan tak perlu dia terus menerus mempromosi perasaan sedihnya.
BERPISAH DENGAN YAKIN
Selalu berani untuk beritahu anak setiap kali anda perlu pergi. Jangan amalkan mencuri-curi keluar/lari dari anak. Ia hanya mencalarkan rasa percaya anak. Peluk dan cium anak dengan erat tapi pantas, ucapkan kata perpisahan yang singkat seperti, ‘ Mama pergi work dulu. Petang nanti mama ambil adik. Be good ‘ dan terus pergi. Usah teragak-agak, menoleh-noleh lagi atau kembali pada anak yang mula menangis. Keresahan anak mencetus keresahan ibu, yang mana ia mengukuhkan kecerewetan bayi dan seterusnya membentuk pasangan ibu-anak yang selalu resah. Lebih buruk jika ibu mula berjanji bermacam perkara untuk mengawal situasi. Ia hanya memberitahu anak bahawa perbuatan ibu keluar berkerja itu memang salah maka ibu harus menggantinya dengan janji-janji seronok yang lain. Tak mengapa jika anak terpaksa bersedih. Ini realiti hidup. Seronok bukan untuk sepanjang masa. Anak yang gembira bukan bermaksud anak yang tidak menangis langsung. Anak yang gembira ialah anak yang ada kestabilan dan kawalan kendiri terhadap pelbagai emosi.
USAH TERASA
Sebahagian bayi lebih sensitif terhadap pemisahan berbanding yang lain. Ini soal personaliti bayi dan tiada kaitannya dengan anda. Jadi janganlah cepat terasa dan membandingkan bayi anda dengan bayi lain pada setiap sekecil- kecil perkara. Contohnya jika hari ini anda berharap dan menjangkakan anak anda akan menyertai kawan- kawan yang lain di taman permainan, namun perkara sebaliknya pula berlaku, usah bengang. Lepaskan saja jangkaan awal anda itu dan alu-alukan anak anda yang hanya mahu duduk bersama anda. Biar anak duduk dan memerhati. Usah mempromosi hal bagaimana anak orang lain ok saja bermain dan tak ada apa yang perlu dia takutkan. Bila kita percaya yang anak kita perlu duduk dengan kita pada ketika itu, kita telah bagi keyakinan padanya bahawa kita tidak menafikan rasa resahnya. Maka proses keresahan pemisahan akan menjadi mudah kerana bebas drama , bebas jangkaan. Yang ada hanya realiti.
LATIH CIPTA SUASANA SELESA
Tempat atau orang baru sentiasa merisaukan bayi. Maka amalkan mencipta rasa selesa pada setiap tempat atau orang baru. Misalnya luangkan masa untuk duduk, berbual-bual dan keluar masuk rumah bakal pengasuh. Lama kelamaan ia membuat bayi sedar bahawa orang atau sesuatu tempat itu telah di ‘luluskan ok’ oleh orang yang paling anak percayai iaitu ibunya.
Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini! Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.