Sebagai seorang ibu, kita harus bijak menarik perhatian anak ketika bersembang dengannya terutama anak lelaki. Mereka mungkin kelihatan seperti tidak kisah, tetapi impak dari cara kita mendekati mereka akan terlihat apabila anak-anak ini semakin menginjak dewasa.
Berkongsi tentang hal ini menerusi salah sebuah posting di laman Instagram peribadinya, Yana memberitahu dia selalu mendengar cadangan atau pendapat Aisy Mateen dan sekiranya perlu dibangkang, Yana akan pastikan dia memberi penerangan atau solusi terhadap perkara itu. Ibu muda ini juga menyenaraikan beberapa teknik berkomunikasi berkesan melalui posting tersebut.
Tip untuk bina kepercayaan anak terhadap kita ialah sentiasa jadi pendengar yang baik, nak bercakap dengan :
Ads
1: Anak lelaki guna tone suara rendah 2: Mata bertentangan sama paras 3: Sentiasa puji kalau dia bagi idea tapi kalau tak bernas bagitau dia kenapa idea dia tak berapa bernas 4: Akhir sekali sudahi dengan perkataan ‘faham tak?’ kalau dia ada respon, jawap ‘faham atau dia mengangguk’ tandanya dia faham lah tu. 5: Dan yang paling terakhir serta basic adalah ‘SENYUM’ kat anak kita! Bagi senyuman paling manis sekali dan pelukan paling hangat dan penuh kasih sayang!
Pa&Ma bersetuju dengan perkongsian Yana ini kerana ia dapat membantu para ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak tanpa membelakangkan mereka. Semoga dengan perkongsian berguna ini dapat memberi manfaat kepada kita semua ketika melayan karenah anak-anak. Terima kasih Yana!
Tiada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan melarang ibu bapa membawa anak mereka ke pusat beli-belah sebaliknya ia lebih kepada memberi nasihat untuk mengelakkan terdedah kepada bahaya dijangkiti Covid-19.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya ada berbincang mengenai ibu bapa membawa anak kecil ke pusat beli-belah tetapi setakat ini tiada SOP dan lebih kepada nasihat.
Menurutnya, ada beberapa implikasi yang perlu dipertimbangkan jika diadakan SOP itu dan sebagai contoh jika ibu tunggal mempunyai anak kecil.
“Kalau mereka dihalang bawa anak ke pusat beli-belah, boleh dikenakan kompaun jika tetap membawanya selain di mana mereka hendak tinggalkan kanak-kanak itu jika hendak ke pusat beli-belah.
“Kalau bawa kena saman, kalau kunci dalam rumah mungkin berlaku sesuatu dan kalau tinggal dalam kereta takut kes kematian.
“Jadi banyak perkara, kita pertimbangkan beberapa isu. Buat masa ini kita minta KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara) berbincang semula lebih lanjut,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya.
Beliau berkata, Covid-19 akan terus berada di persekitaran sekitar minimum dua tahun dan mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin lima tahun sehingga ditemui vaksin yang mana jika rasa bahaya, ibu bapa tidak perlu membawa anak mereka ke pusat beli-belah.
“Kalau dua tahun tak mungkin PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kekal dan apabila ia ditamatkan, SOP dan peraturan tidak boleh dikenakan, maka kawalan kendirilah yang perlu dilakukan,” katanya.
Ibu mana yang tidak bimbang jika bayi yang sudah pun mula diperkenalkan makanan pejal tetapi masih belum menampakkan kenaikan berat badannya malah kurang selera makan. Adakah kerana terlalu kerap minum susu atau sebaliknya?
Menurut Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, terlalu kerap minum susu terutama di waktu malam serta akan mengganggu waktu tidur bayi dan ini menjadi salah satu punca penurunan berat badan anak. Ikuti perkongsian beliau.
Kurus’ atau kurang minat makan selalunya BUKAN PUNCA bayi lebih berusia yang makan makanan pejal tapi masih kerap terjaga mencari susu.
‘Thumb rule’ majoriti bayi boleh tidur selama 5 jam tanpa susu menjelang 6-7 bulan, 9-10 jam menjelang usia 12 bulan.
Jika anak anda bangun lebih kerap dari itu untuk mencari susu, selalunya ia berpunca dari:
➡️ Tak mahir tidur sendiri iaitu perlukan bantuan ibubapa seperti menyusu/mengempeng, dodoi atau tepuk untuk tidur kembali, setiap kali.
Apa bukti kurus atau kurang minat makan BUKAN punca anak terjaga kerana lapar?
✅ Kerana anak di bawah usia 6 bulan yang hanya minum susu sahaja pun boleh jarak menyusu sekitar maksimum 4 jam. Jarak ini bertambah selepas usia 6 bulan.
✅ Anak yang banyak & minat makan, berat naik elok dan nampak ‘tembam’ juga masih ramai yang terjaga banyak kali semata-mata mencari bantuan ibu atau ayah untuk boleh lelap juga kerana isu-isu lain seperti salah susunan waktu tidur dan overtired.
✅ Anak telah mempunyai sleep pattern yang lebih elok dan akan bertambah elok selepas usia 12 minggu (3 bulan) iaitu selepas badan anak mula menghasilkan hormon tidurnya sendiri iaitu setelah retina mata anak lebih bagus menangkap perubahan jumlah cahaya sekeliling.
✅ ‘Light sleep’ (REM) bayi jatuh ke 33% dan corak tidur bayi mula bergerak ke arah: tidur siang makin sikit dan tidur malam makin panjang selepas usia 4 bulan.
✅ Susu ibu memiliki komposisi paling padat pada 8 malam-8 pagi, asid amino penggalak tidur, hormon penggalak pencernaan protein dan lemak serta kehadiran neucleotides lain yang hadir bagi membantu rasa ‘rileks’ dan memperbaiki mood untuk memudahkan bayi lena. Antaranya 5’UMP dan 5’AMP.
Terlalu banyak sebab yang menyokong kemampuan bayi tidur lebih panjang semakin meningkat usia. Iyalah,tak kan usia meningkat, tapi masih kerap jaga macam newborn pula kan?
Ibu mana yang tidak bimbang jika bayi yang sudah pun mula diperkenalkan makanan pejal tetapi masih belum menampakkan kenaikan berat badannya malah kurang selera makan. Adakah kerana terlalu kerap minum susu atau sebaliknya?
Menurut Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, terlalu kerap minum susu terutama di waktu malam serta akan mengganggu waktu tidur bayi dan ini menjadi salah satu punca penurunan berat badan anak. Ikuti perkongsian beliau.
Kurus’ atau kurang minat makan selalunya BUKAN PUNCA bayi lebih berusia yang makan makanan pejal tapi masih kerap terjaga mencari susu.
‘Thumb rule’ majoriti bayi boleh tidur selama 5 jam tanpa susu menjelang 6-7 bulan, 9-10 jam menjelang usia 12 bulan.
Jika anak anda bangun lebih kerap dari itu untuk mencari susu, selalunya ia berpunca dari:
➡️ Tak mahir tidur sendiri iaitu perlukan bantuan ibubapa seperti menyusu/mengempeng, dodoi atau tepuk untuk tidur kembali, setiap kali.
Apa bukti kurus atau kurang minat makan BUKAN punca anak terjaga kerana lapar❓
✅ Kerana anak di bawah usia 6 bulan yang hanya minum susu sahaja pun boleh jarak menyusu sekitar maksimum 4 jam. Jarak ini bertambah selepas usia 6 bulan.
✅ Anak yang banyak & minat makan, berat naik elok dan nampak ‘tembam’ juga masih ramai yang terjaga banyak kali semata-mata mencari bantuan ibu atau ayah untuk boleh lelap juga kerana isu-isu lain seperti salah susunan waktu tidur dan overtired.
✅ Anak telah mempunyai sleep pattern yang lebih elok dan akan bertambah elok selepas usia 12 minggu (3 bulan) iaitu selepas badan anak mula menghasilkan hormon tidurnya sendiri iaitu setelah retina mata anak lebih bagus menangkap perubahan jumlah cahaya sekeliling.
✅ ‘Light sleep’ (REM) bayi jatuh ke 33% dan corak tidur bayi mula bergerak ke arah: tidur siang makin sikit dan tidur malam makin panjang selepas usia 4 bulan.
✅ Susu ibu memiliki komposisi paling padat pada 8 malam-8 pagi, asid amino penggalak tidur, hormon penggalak pencernaan protein dan lemak
serta kehadiran neucleotides lain yang hadir bagi membantu rasa ‘rileks’ dan memperbaiki mood untuk memudahkan bayi lena. Antaranya 5’UMP dan 5’AMP.
Terlalu banyak sebab yang menyokong kemampuan bayi tidur lebih panjang semakin meningkat usia. Iyalah,tak kan usia meningkat, tapi masih kerap jaga macam newborn pula kan?
Daun kesum antara daun herba yang begitu disukai dan paling popular dalam pembuatan laksa dan asam pedas. Namun penggunaannya yang tidak terlalu banyak membuatkan lebihannya terpaksa disimpan lama.
Bimbang tidak tahan lama, apa kata anda lakukan tip yang dikongsikan oleh Effa Latifah Hashim ini. Memang segar.
Salam buat semua. Daun kesum, kalau buat gini tahan lama. Ni dah masuk 2 minggu lebih. Masih segar bugar.
Letak air tapis, tutup penutup minuman tu.
Nak pakai baru buka dan ambil.
Note: * Kena letak dalam peti ais sebab Malaysia tak ada 4 season.
* Kalau air keruh tukar lah air baru. Setengah jer tau.
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.