Anak sembelit selepas minum susu formula? Perkara ini sangat biasa didengari. Tapi sejauh mana kebenarannya? Ikuti kupasan pegawai dietetik ini.
Masalah sembelit pada kanak-kanak selalu dikaitkan dengan penukaran susu formula sebagai punca. Menurut Puan Fizah Sobri susu ‘tidak bersalah’ dalam hal ini.
SUSU TIDAK BERSALAH
Banyak comment saya baca apabila anak sembelit sarankan untuk tukar susu
Tetapi itu bukan solution/jawapan utama.
Sembelit 70% disebabkan dari pemakanan anak yang kurang tepat
Sembelit akibat susu adalah jarang sekali…dan jika ye bukan disebabkan komposisi susu tersebut malah lebih kepada cara bancuhan susu yang kurang tepat.
Cuba baca dengan selanjutnya apakah punca utama sembelit bagi bayi dan kanak kanak umur 6 bulan dan ke atas.
S.E.M.B.E.L.I.T
Maksudnya najis yang keras (jika di skala Bristol type 1) dan boleh mengakibatkan kesakitan bila nak membuang.
Kalau kita yang dewasa pun rasa sakit dan pedih apa lagi kalau baby.
Apa yang ibu bapa boleh buat jika anak sembelit?
PERIKSA 4 PERKARA INI BILA ANAK SEMBELIT
Apabila anak sembelit perlu tengok dari pelbagai sudut;
#1. Adakah air yang diambil mencukupi?
6-12bln perlu 800ml sehari.
#2. Adakah serat diambil mencukupi?
Untuk lawas serat yang dimaksudkan adalah serat tidak larut air yang datang dari sayur sayuran hijau dan kulit buah.
#3. Adakah anak aktif?
– merangkak, berjalan, meniti,bergolek..boleh buat exercise kaki bagi najis lancar.
#4. Pengambilan probiotik
– natural probiotik datang dari yoghurt, keju manakala yang bukan natural datang dari probiotic granules (serbuk). Tidak perlu ambil setiap hari. Seminggu sekali pun ok.
3 HARI JIKA SEMBELIT BERTERUSAN SILA JUMPA DENGAN DOKTOR PERUBATAN. KALAU DIBIARKAN BOLEH JADI HAEMORRHOID (BUASIR)
Jangan ambil supplement/herbal tradisional yang tidak tahu keberkesanannya (atas cadangan makcik bawang sebelah rumah)
JANGAN BUAT 3 PERKARA INI JIKA ANAK SEMBELIT
Dan….
Jangan buat perkara berikut jika anak sembelit 1. Kurangkan pengambilan susu
– susu breastmilk definitely teruskan.
– susu fm jika dah lama(lebih seminggu) perkenalkan teruskan dengan kuantiti dan bancuhan sekarang.
2. Kurangkan makanan
– teruskan kuantiti yang baisa diambil tetapi pastikan ada penambahan serat dan air jika tidak mencukupi.
3. Jangan bagi probiotic drinks
Kebanyakan probiotic drinks amat manis dan tidak sesuai untuk bayi bawah 12 bulan
Pernah tak anda terlihat semasa tidur bayi mulut ternganga? Sekali-sekala tidak mengapa, tetapi jika keadaan ini kerap berlaku, berkemungkinan melibatkan masalah pernafasan. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Apakah tandanya jika semasa tidur bayi ternganga?
Secara amnya, bernafas melalui mulut mungkin merupakan tanda masalah berkaitan pernafasan yang boleh menyebabkan komplikasi di kemudian hari. Bahkan, ia juga bukan cara semula jadi untuk bernafas.
Bernafas melalui mulut tidak seefektif pernafasan yang dilakukan menerusi hidung. Ini kerana oksigen diserap melalui hidung dapat menapis bakteria dan perengsa yang tidak boleh dilakukan mulut.
Pernafasan yang dilakukan melalui mulut tidak berbahaya jika jarang berlaku. Antara punca mengapa anak bernafas menerusi mulut adalah kerana saluran hidung mereka terhalang disebabkan beberapa perkara. Ia sama ada sesuatu yang tidak berbahaya seperti hidung tersumbat mahupun alergi atau keadaan lebih kompleks.
5 kemungkinan mengapa semasa tidur bayi kerap ternganga
Berikut ialah beberapa sebab anak mungkin bernafas melalui mulut semasa mereka tidur:
Lendir punca semasa tidur bayi ternganga mulut
Jika si kecil mengalami masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, ia memaksa mereka bernafas melalui mulut. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan anak demam atau mengalami alahan. Oleh sebab bayi tidak dapat mengeluarkan lendir dengan sendirinya, maka bernafas melalui mulut merupakan mekanisme terbaik dalam situasi ini.
Apnea tidur
Pernafasan melalui mulut yang dilakukan semasa tidur boleh menandakan anda mengalami apnea tidur – saluran pernafasan atas anak terhalang ketika tidur. Untuk kanak-kanak, keadaan ini biasanya disebabkan oleh pembesaran tonsil dan adenoid. Antara gejala apnea tidur yang lain adalah berdengkur, kegelisahan dan pernafasan terhenti seketika.
Septum hidung bengkok
Tidur dan bernafas melalui mulut boleh terjadi kerana wujud kelainan pada rawan yang memisahkan lubang hidung si kecil. Ia sekali gus menyebabkan wujud masalah untuk bernafas menerusi hidung dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai rahang atas yang sempit.
Anak & bayi tidur mulut terbuka kerana tabiat
Ada kalanya, anak hanya mengembangkan tabiat bernafas melalui mulut. Selalunya keadaan ini terjadi selepas mengalami sakit berpanjangan yang memaksa mereka bernafas menerusi mulut.
Alahan
Bayi juga boleh mengalami alergi yang menyebabkan pengeluaran lendir secara berlebihan, yang kemudiannya menyekat saluran hidung mereka.
Komplikasi
Bernafas melalui mulut boleh membawa kesan sampingan yang besar. Beberapa ketidakselesaan dan isu yang boleh wujud kerana bernafas melalui mulut adalah:
Salah satu simptom jangka panjang termasuklah sindrom muka panjang yang menyebabkan ciri muka bahagian bawah memanjang. Keadaan ini hanya boleh diperbaiki menerusi pembedahan. Jumlah oksigen lebih rendah dalam darah boleh mengakibatkan masalah jantung di kemudian hari.
Menjejaskan tidur
Tabiat anak bernafas melalui mulut sememangnya akan menjejaskan kualiti tidur. Ini kerana pernafasan mulut ini akan mengurangkan oksigen dalam paru-paru dan saluran darah, keadaan ini menyukarkan anak untuk mendapat tidur yang lena.
Tidur bayi yang terganggu boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan, prestasi akademik, tumpuan dan tingkah laku mereka.
Rawatan rumah atasi masalah pernafasan akibat tidur bayi dengan mulut ternganga
Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan aliran pernafasan anak:
Pelembap udara
Pelembap udara dapat membantu meredakan hidung tersumbat dan ia sesuai untuk bayi tidur dengan lena. Anda juga boleh menghasilkan wap dalam bilik air menggunakan air panas dan duduk seketika bersama si kecil.
Keluarkan lendir
Anda boleh menyedut keluar lendir daripada hidung anak menggunakan picagari hidung. Tetapi berhati-hati agar tidak menyakiti hidung mereka.
Air garam
Semburan air garam boleh membantu menipiskan lendir dan memudahkan anda untuk menyedutnya keluar.
Mandian air suam
Memandikan si kecil dengan mandian air suam bukan sahaja dapat memberikan mereka ketenangan tetapi dalam masa yang sama membersihkan lendir yang terkumpul dalam saluran hidung.
Kekal hidrat bantu atasi masalah pernafasan
Berikan anak susu badan atau susu formula yang mencukupi untuk memastikan mereka terhidrat. Pengambilan cecair yang mencukupi menghalang dehidrasi dan memastikan lendir tidak tersekat.
Kekalkan persekitaran bersih
Sentiasa membersihkan kawasan dalam rumah anda. Sekiranya mempunyai haiwan peliharaan di rumah, sentiasa pastikan keadaan rumah bersih tanpa sebarang bulu haiwan dan alergen lain.
Kebanyakan rawatan yang dicadangkan di atas boleh membantu memperbaiki masalah pernafasan dan menghindari tabiat bernafas melalui mulut. Namun, sekiranya rawatan di rumah yang dikongsikan di atas tidak membawa perubahan dan keadaan bayi tidur mulut terbuka berterusan, mungkin sudah tiba masanya untuk membawa mereka berjumpa doktor. Doktor dapat melakukan pemeriksaan dan ujian untuk menentukan punca anak bernafas menerusi mulut ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah akhirnya penantian Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya untuk memberi adik kepada anak sulungnya, Lara dipermudahkan setelah kelahiran bayi kedua di pagi Jumaat (12 Februari) yang penuh berkat.
Kelahiran bayi kedua ini cukup ditunggu-tunggu oleh Awal dan Scha setelah Scha berjaya melalui proses membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) Januari tahun lalu. Selepas beberapa bulan mereka mendapat khabar gembira akan menimang cahaya mata.
Menerusi perkongsian di Instagram Scha Al-Yahya, dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana selamat melalui fasa bersalin setelah 6 tahun berehat.
Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
Kedua-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
Sebelum ini, Awal pernah berkongsi Scha mempunyai perangai pelik untuk kehamilan keduanya apabila rimas dengan media sosial hingga pernah terdetik untuk menyah aktifkan.
“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami muntah dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya, katanya.
Ketika episod TV Pa&Ma baru-baru ini pun, semasa Scha dan Awal buat pemeriksaan kandungan, memang bayinya tak mahu tunjuk jantina. Sehinggalah Awal buat keputusan untuk umumkan jantina bayi pada hari kelahirannya. Kini semuanya dah terjawab.
Selamat berpantang Scha dan semoga mommy dan baby membesar dengan sihat!
Kredit: IG Scha Al-Yahya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Idzham Ismail dan isteri yang selamat menimang cahaya mata kedua. Idzam berkongsi khabar gembira itu apabila isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan cahaya mata mereka pada pagi Ahad lalu.
Menerusi satu entri ringkas di Instagram miliknya, Idzham berkongsi perkhabaran itu sambil berkongsi sekeping fotonya bersama putera kesayangannya itu.
Katanya lagi, cahaya mata keduanya itu lahir pada pukul 7:45 pagi, Ahad lalu.
“Alhamdulillah, wife saya @bellasudeen selamat lahirkan anak kedua kami pada pukul 7.45am tadi.
Malah menerusi entri berlainan, Idzham turut meluahkan rasa syukurnya dengan anugerah tidak ternilai dari Allah SWT. Idhzam turut berkongsi sebuah video yang dirakamnya ketika detik kelahiran puteranya itu.
“Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Allah di atas pemberian anugerah dan tanggungjawab ketiga selepas isteriku, Puteriku dan sekarang Puteraku lahir didunia.
“Alhamdulillah semua lancar dari segi proses mengandung dan bersalin.
“Terima kasih juga pada @kpmckajangplaza sebab beri isteri saya layanan terbaik dari A to Z . Gembira bila tengok isteri saya happy.
Thank you for all the wishes . Alhamdulillah,”kongsinya meluahkan rasa syukur.
Melalui temu bualnya bersama MStar, Idzham turut meluahkan rasa syukurnya kerana dapat menemani isteri setiap detik kelahirannya.
“Sama seperti anak pertama, saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran anak kedua ini.
“Dulu terpaksa menunggu 12 jam sebelum anak pertama dilahirkan, tetapi anak kedua ini lebih mudah dan tiak perlu menunggu lama,” kata Idzham berkongsi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi keduanya itu. Rakan-rakan selebriti juga tidak ketinggalan turut mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.
Idzham Ismail mendirikan rumah tangga bersama Siti Nur Abilah pada Ogos 2016 dan dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.
Kira-kira 200 pelajar di Surabaya mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan percuma tajaan kerajaan Indonesia sehingga mencetuskan siasatan pihak berkuasa.