Penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak selamat menimang kelahiran cahaya mata perempuan keduanya semalam bersama isteri tersayang, Amira Asyura Abd Razak.
Menerusi satu hantaran ringkas di instagram miliknya, Angah menyampaikan khabar gembira itu dengan turut berkongsi sekeping gambarnya sambil memegang puteri kesayangannya itu.
Dalam pada itu, Angah atau nama sebenarnya, Iskandar Shah Hashim turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan dan mendoakan urusan kelahiran tersebut.
“Alhamdulillah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapaknya.
“Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya,” tulisnya berkongsi.
Ads
Rata-rata, para pengikut Angah dan rakan selebriti turut memberikan ucapan tahniah buat Angah dan isteri atas kelahiran bayi keduanya ini bersama isteri.
Semoga kelahiran bayi comel ini akan terus memberi kebahagiaan dan melengkapkan lagi kasih sayang mereka sekeluarga.
Ads
Terdahulu, Angah mengumumkan kehamilan kedua isterinya pada Ogos lalu.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisyah pada 16 Februari 2019. Melalui perkahwinan terdahulu, Angah juga turut memiliki seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Nurrina.
Sila ambil perhatian ibu dan ayah. Anak Demam, semua biasa bagi ubat demam kan. Sebelum beli ubat demam untuk anak, sila baca panduan ini dulu.
Ubat demam ialah ubat ” over the counter”, yakni boleh di beli tanpa prescription doktor. Post ini bertujuan beri pencerahan secara ringkas, apa yang anda wajib tahu kalau NAK BELI UBAT DEMAM UNTUK ANAK ANDA.
Ubat demam yang biasa di gunakan di Malaysia ialah PARACETAMOL. Nama lain ialah ACETAMINOPHEN. Tak kisah la apa jua brand nya, belajar tengok label pada botol. Cari tulisan Paracetamol atau Acetaminophen.
Selain untuk demam, Paracetamol juga boleh kita guna untuk
TAHAN SAKIT
( painkiller / analgesic). Contoh, anak sakit gigi. Atau sakit kaki sebab jatuh dan lebam sikit. Post ini tidak bincang tentang IBUPROFEN sebagai ubat demam, maka jangan confuse ya. Post ini juga tidak bincang tentang penggunaan Paracetamol suppository ( ubat masuk punggung).
Di sebabkan dalam market ada 2 persediaan ( 2 strength ) ubat Paracetamol kanak kanak ( dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos.
Ada 2 persediaan Paracetamol syrup:
1) 120mg / 5ml
* atau ada juga yang 125mg / 5ml
2) 250mg / 5ml
Untuk anak kita, kita kena peka dengan dos ubat. Dalam kes Paracetamol, terlebih bagi dos, berisiko rosak hati.
Ya … ROSAK HATI Terkurang dos maka suhu badan tak turun. (Underdose) Apabila kurang dose makan, suhu badan tak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tak stabil.
Kena ingat ini:
> Baby umur kurang 1 bulan / berat kurang 4kg, SILA JUMPA DOKTOR. Jangan bagi ubat Paracetamol memandai. Khidmat nasihat doktor sangat penting ok!
> Demam start bila temperature > 37.5 degree.
> Berapa kerap? Setiap 6 jam / 4 kali dalam tempoh 24jam.
> Apa-apa demam yang berserta simptom merisaukan, jumpa doktor cepat. Contohnya demam dah 2 hari tak sembuh lepas bagi Paracetamol. Atau demam tinggi sangat berserta kanak-kanak meracau. Atau demam dengan cirit birit teruk. Atau demam yang berserta ruam.
Perlu tahu ya, datangnya demam bersebab. Kadang kala Paracetamol hanya dapat mengawal suhu badan, tapi ia bukan rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan Diagnosis doktor terhadap penyakit yang dihidapi.
KESILAPAN yang sering berlaku bila parents bagi ubat IKUT UMUR. Sekian sekian mL untuk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun…etc.
Sila ikut berat badan anak ya.
Ada budak umur 3 tahun yang berat macam budak 5 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur TIDAK TEPAT.
KESILAPAN lain ialah salah KIRA DOS ubat ( dah ambil kira berat anak), sebab salah persediaan. Di sangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan label betul betul.
Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yg perlu di bagi ikut berat badan anak.
Apa formula nya?
(boleh tulis dan lekatkan di peti ais rumah anda)
15mg / kg of Paracetamol, every 6 hour
Ini formula nya. Makna nya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol utk setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.
* Formula ini terpakai utk kanak2 yang beratnya <50KG ya.
Contoh:
Berat anak 10kg.
So berapa ubat Paracetamol yg patut kita bagi?
15mg X 10kg = 150mg Paracetamol
Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi ( berapa mL) utk dapatkan 150mg tu?
Kiraan nya:
150 / 120 x 5ml
= 1.25 x 5ml
= 6.25ml
So, kita bagi anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.
Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pulak berapa ml perlu bagi?
150 / 250 x 5ml
– 0.6 x 5ml
= 3ml
So, kita bagi anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.
Nampak tak, beza 12.5mL VS 6mL ?
Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula dan salah pilih ubat..
Pastikan ambil kira berat anak. Jangan bagi TOTAL melebihi 3750mg Paracetamol dalam masa 24 jam.
Formula maksimum dos dalam 24 jam ialah:
75mg / kg in 24 hours.
Maximum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dlm bentuk suppository ( makna nya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository)
Ambil contoh anak yg berat 10kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg.
Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 150mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 600mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.
*Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dos yg ingin diberikan.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza bawa Aafiyah bersama semasa bekerja di luar negara. Walau pun jadual padat dengan latihan dan nyanyian, komitmen penyusuan susu ibu diteruskan. Pengalaman ini membuatkan penyanyi nombor 1 Malaysia menghargai semua ibu, tidak kira suri rumah mahu pun yang bekerja.
Menurut Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ini adalah kali kedua beliau membawa anaknya, Siti Aafiyah ke luar negara. Terdahulu ialah pada minggu lepas iaitu ke Singapura dan kini ke Jepun pula.
Apabila ke Jepun, beliau melayani Aafiyah, menyusu, berlatih dan menyanyi. Jadualnya tentu padat dan pasti memenatkan. Justeru, penyanyi dan usahawan berjaya ini memuji dan menghargai pengorbanan semua ibu-ibu sama ada suri rumah tangga mahu pun yang berkerja.
Isteri kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa ini memuat naik fotonya sedang menyusukan Aafiyah dengan kapsyen berikut;
ctdkPengalaman kedua membawa Aafiyah mengikuti saya bekerja di luar negara, minggu lalu di Singapura dan kini di Tokyo pula. Beginilah pengorbanan ibu, tiba-tiba ada ‘kuasa’ luar biasa. Layan anak, menyusu, berlatih, menyanyi, saya salute buat semua ibu, baik suri rumah ataupun ibu bekerjaya.
Netizen memberikan sokongan kepada ibu ini untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Ada juga mengusik kerana geram dengan kecomelan kaki Siti Aafiyah yang kelihatan dalam foto tersebut.
Anak-anak petah dan boleh menguasai dua atau tiga bahasa memang mengagumkan. Penguasaan bahasa ini boleh dipupuk sejak awal lagi sementelah minda mereka seperti span, menyerap apa sahaja yang dilihat. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memupuknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, rancangan TV Pa&Ma akan memberikan banyak tips mengenai topik ini dalam episod “ Si Cilik Multilingual.” Kami akan ke udara pada pada Selasa, 9 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Niena Azma, isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody, menjelaskan bahawa beliau masih lagi berpantang. Walaupun dalam keadaan berpantang, bukan alasan untuk selekeh di depan mata suami katanya.
Menerusi instastory yang dimuatnaik di instagramnya, Niena masih lagi melakukan aktiviti berpantang seperti biasa dan tak salah baginya untuk menghias diri.
Ramai orang tanya, dah habis pantang belum? Jawapanya belum lagi.
Niena masih berpantang, hari-hari buat treatment pantang. Dari awal pagi sampai petang. Lepastu free dah.
Chill ok, memang Niena ada keluar dan bersolek bagai, tapi insyaAllah i know my limit. Lagipun kita kena la jugak jaga, jangan selekeh depan En. Mi kang dia pandang orang lain.
Satu hal pulak! Time2 tengah sauna, tangas ke tunku ke, muka macam tak siap kan. Time ni la dua-dua diuji. Now tau la Niena kenapa bila lelaki bile isteri dia berpantang dia kena pantang, pantang tengok perempuan lain!
Niena Azman yang juga penjaga gol skuad kebangsaan telah mendirikan rumah tangga bersama Rody, gitaris kumpulan Kristal pada 28 April 2018. Beliau telah selamat melahirkan bayi sulung lelaki mereka pada Isnin, 15 Januari 2019 lalu.
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.