Apabila anak sudah mula tumbuh gigi kekal, ini bermakna sudah tibalah masanya untuk ibu bapa menukarkan ubat gigi orang dewasa. Anak sudah boleh mula berhenti menggunakan ubat gigi kanak-kanak.
Menurut Doktor Gigi, Dr Izaza Mohd Zan, ramai ibu bapa lakukan kesilapan ini dan tak perasan sebenarnya gigi geraham anak dah mula keluar sekitar usia 6 tahun.
Ermm, tak tau lah tu gigi geraham pertama yang ramai anak-anak rosak itu dah tumbuh masa umur anak-anak 6 tahun! Ramai anak-anak sudah kena buat root canal.
Sebab gigi geraham pertama sudah rosak teruk. Ramai sangat ibu bapa tidak perasaan gigi geraham sudah tumbuh sebab, gigi geraham dia magic, tumbuh je tapi gigi susu tak kena cabut. Tiba-tiba je ada gigi kat belakang sekali dalam mulut anak tu.
Tahu-tahu bila anak dah umur 12 tahun ngadu gigi dia sakit, pastu keluar nanah. Tu lah ceritanya, gigi geraham terpaksa dicabut atau rawatan akar sebab dah tak boleh nak selamatkan dengan tampalan biasa.
Sayang anak, bawa anak jumpa doktor gigi ye secara berkala.
Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa. Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama. Ingat, pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain.
Jadikan pengalaman mereka sebagai panduan dan persediaan sebelum melalui proses kelahiran. Dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang pengalaman dalam bilik bersalin, dapatlah anda menjangkakan dan membuat persediaan mental dan fizikal.
Bagi anda yang bakal dan cuba bersalin secara normal, berikut adalah antara perkara yang boleh anda jangkakan bakal berlaku semasa di bilik bersalin. Dibawa ke bilik bersalin selepas fasa aktif kelahiran bermula.
Jangan ingat sebaik sahaja merasai kontraksi dan bergegas ke hospital, anda akan terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Tidak. Bukan begitu.
Anda akan diperiksa terlebih dahulu. Salah satu rutinnya ialah pemerikaan bukaan serviks. Untuk itu, doktor akan memasukkan jari ke dalam faraj dan mengira luas bukaan serviks ketika itu. Jika masih dalam fasa awal, anda akan ditempatkan di wad buat sementara waktu. Setelah kontraksi berlaku setiap 5 minit, barulah anda akan dibawa ke bilik bersalin.
Kena buang najis terlebih dahulu
Selepas dimasukkan ke bilik bersalin, jururawat akan memberikan ubat pelawas supaya anda membuang air besar. Sekiranya boleh, jangan minum terlalu banyak air sebelum ke bilik bersalin. Selain itu, pastikan anda sudahpun mencukur bulu kemaluan. Hal ini dapat memudahkan proses jahitan sekiranya anda perlu melahirkan anak secara pembedahan atau menjalani episiotomi.
Bilik bersalin biasanya bersuhu dingin
Bilik bersalin biasanya sejuk. Ada segelintir ibu bersalin tiba-tiba boleh mengalami peningkatan suhu badan dan demam lantaran tidak dapat menahan kesejukan. Jadi, ada baiknya anda bawa baju sejuk daripada rumah. Jika ia masih tidak dapat memberikan kehangatan, anda boleh minta selimut daripada jururawat. Sesetengah hospital membenarkan suami masuk untuk menemani anda. Jika tidak dibenarkan, anda akan berada di dalam bilik bersalin bersama jururawat sehingga bayi betul-betul bersedia untuk keluar.
Ubat tahan sakit boleh beri kesan sampingan
Dalam fasa aktif, kontraksi yang dialami semakin kerap dan sakit. Jija ada keperluan, doktor akan menawarkan pengambilan ubat tahan sakit seperti gas entonoks, suntikan pethidine atau epidural.
Dua jenis suntikan ini biasanya meninggalkan kesan sampingan seperti mengantuk atau loya. Ada pengalaman di mana ibu terlalu mengantuk sehingga tidak dapat meneran akibat pengambilan ubat tahan sakit jenis ini. Namun, ramai yang mengaku bahawa ubat tahan sakit ini amat membantu dalam mengurangkan kesakitan yang dialami.
Kelahiran normal ada waktunya perlu guna alat bantuan
Jika anda berjaya melahirkan secara normal, bayi anda akan keluar apabila diteran. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama atau laluan terlalu sempit, doktor akan membuat potongan episiotomi. Jika masih tidak berjaya, doktor mungkin akan menggunakan peralatan seperti vakum dan forsep.
Sesi sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
Setelah berjaya dikeluarkan, bayi yang baru lahir akan ditunjukkan kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan jantina. Kemudian, hidung dan matanya dibersihkan sebelum diserahkan kepada anda untuk sesi sentuhan kulit ke kulit.
Namun, hal ini hanya akan berlaku sekiranya bayi dan proses kelahiran tiada apa-apa komplikasi.
Sesi ini amat penting untuk anda dan bayi. Ia dipercayai dapat menstabilkan suhu badan bayi. Inilah juga masanya untuk anda menyusukan bayi untuk kali pertama. Selepas itu, bayi akan dibawa semula ke nurseri untuk dimandikan dan diazankan oleh suami anda.
Proses keluarkan uri
Selepas bayi selamat dikeluarkan, proses seterusnya ialah mengeluarkan uri daripada dalam rahim. Biasanya jarak masa melahirkan bayi dan mengeluarkan uri tidak lama. Sekitar 5 hingga 30 minit.
Anda mungkin dapat merasakan kontraksi kecil ketika proses ini.
Ia adalah tanda uri sedang terpisah daripada dinding rahim dan sedia untuk dikeluarkan. Walau bagaimanapun lebih ramai ibu yang langsung tidak menyedari proses ini. Ada yang tidak perasan pun uri sudah keluar.
Proses jahit perineum tidak sakit
Jika melalui proses episiotomi, luka akan dijahit semula sebaik sahaja uri dikeluarkan. Walaupun sakit, namun tahap kesakitannya tidak teruk. Ramai ibu menyatakan boleh bertahan dengan kesakitan jahitan perineum kerana sakit kontraksi lebih menyakitkan. Selepas proses ini, anda akan dipantau seketika bagi memastikan rahim mengecut dan tidak berlaku pendarahan. Selepas semuanya selesai, anda akan dibawa ke wad untuk berehat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan. Namun yang demikian, percaya atau tidak, menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda, bahkan boleh jadi bermanfaat kepada mereka.
Dalam kebanyakkan situasi, jawapannya adalah boleh. Biasa untuk ibu merasa risau tentang kemungkinan untuk anda menjangkiti anak anda. Ini bagaimana menyusu ketika sakit boleh mendatangkan manfaat kepada bayi anda:
Ketika anda sakit, antibodi mula dihasilkan untuk melawan jangkitan dalam masa 24 jam pertama walaupun simptom belum mula muncul. Antibodi ini boleh kekal di dalam badan selama beberapa hari.
Dalam jangkitan virus pula, tempoh inkubasi boleh mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari, membolehkan antibodi terhasil disalurkan dalam bentuk susu badan kepada anak anda.
Ini bermakna, anak anda mendapat dos perlindungan daripada jangkitan flu atau selsema yang anda dapat tanpa mendedahkannya kepada jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila anak anda sudah mula bersin. Sekiranya anda mengalami jangkitan selsema yang biasa atau jangkitan virus berkaitan dengan sistem penghadaman – ataupun demam – tidak menjadi masalah untuk anda menyusu. Pastikan anda membasuh tangan anda sebelum sesi menyusu dan mengelakan daripada bahagian hidung atau mulut anda menyentuh muka atau tangan mereka. Sekirannya anda mengambil ubat, cuba untuk pam dan buang susu yang terhasil dalam tempoh waktu anda mengambil ubat..
Sekiranya anak anda di bawah usia 3 minggu, mereka terlalu lemah dan terdedah kepada jangkitan, justeru, menyusu badan ketika ini tidak digalakkan.
Sekiranya anda menghidap penyakit yang debilitatif (sakit jantung, buah pinggang atau anemia) atau kurang berat badan, cuba untuk elakkan menyusu kerana badan anda perlukan kalori dan lemak yang mencukupi sebelum anda boleh menghasilkan susu.
Sekiranya anda menghidap jangkitan yang teruk seperti TB yang tidak dirawat (mereka yang telah dirawat selama 2 minggu dibenarkan untuk menyusu), atau HIV/AIDS. Anda boleh menyusu jika dijangkiti Hepatitis A (jika anak anda mengambil globulin gamma) atau Hepatitis B (selepas anak anda mengambil globulin gamma dan diberi suntikan vaksin Hepatitis B)
Sesentegah bahan atau ubatan boleh menyebabkan anda tidak boleh menyusukan anak anda. Contohnya, ubat anti-barah, ubat untuk tiroid, ubat darah tinggi, penicillin, lithium, hipnotik atau perangsang, ubat tidur dan dadah atau alkohol. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi.
Bila anda sakit, penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk memastikan susu yang mencukupi dihasilkan dan juga untuk mengelakkan anda daripada tidak bermaya.
Penyanyi kesayangan ramai rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi menu pantangnya yang nampak sedap dan tentunya berkhasiat.
Tempoh berpantang sangat penting untuk ibu lepas bersalin kerana ia bermaksud tempoh masa untuk ibu kembali cergas dan pulih selepas bersalin.
Lepas bersalin, ibu memang kena jaga makan. Selepas bertarung nyawa melahirkan bayi, ibu perlu melalui fasa pemulihan untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Selain banyak berehat, merawat diri secara tradisional atau moden, ibu lepas bersalin kena jaga pengambilan makanan sepanjang berpantang.
Perlu diingatkan yang amalan pemakanan yang mengutamakan pengambilan makanan berkhasiat penting untuk mengembalikan semula badan sihat dan bertenaga.
Siti berkongsi dalam instagram peribadinya menu pantang selepas dua hari melahirkan puteri sulungnya.
Ikan salmon bakar yang ditabur bawang putih bersama bubur nasi dicampur lobak merah memang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan secara caesarean.
Ikan salmon bagus kerana mempunyai kebaikan mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin, memperbaiki fungsi otak dan membantu membina sistem saraf bayi.
Salmon kaya dengan DHA iaitu nutrien yang amat diperlukan bayi untuk perkembangan otak dan saraf. DHA disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Salmon juga membantu mengelakkan postpartum depression atau kemurungan selepas bersalin.
Asid lemak dan omega-3 asid lemak juga dikatakan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lemak yang sihat adalah satu komponen utama susu ibu dan adalah penting untuk pengeluaran hormon, yang membantu dalam mengawal pengeluaran susu.
Sementara bawang putih memang makanan yang mempunyai banyak khasiat antaranya bagus untuk menurukan kadar kolesterol badan dan membuang angin dalam badan yang sesuai diamalkan sebagai menu makanan ibu berpantang.
Goreng sahaja garing-garing dan taburkan atas ikan yang digril. Cukup menyelerakan dimakan dengan bubur nasi campur sayur-sayuran seperti menu berpantang Datuk Siti itu.
Mungkin ibu-ibu yang sedang menjalani tempoh berpantang macam Siti pun boleh cuba sediakan menu yang sama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.