Anak suka bertanya soalan yang sama, walau pun sudah tahu jawapannya. Normalkah keadaan ini?

Ibu ayah jangan rimas, bersabarlah melalui fasa ini kerana  ia adalah perkembangan yang baik.

Terdapat lima cara untuk mama dan papa menghadapi si manja yang banyak bertanya iaitu:

Anak Suka  Bertanya Soalan Yang Sama, Walau Pun Sudah Tahu Jawapannya. Normalkah?

Langkah 1: Mendengar dengan baik

Ibu bapa perlulah memberikan perhatian apabila diajukan soalan. Hal ini penting kerana selain menjadikan anak berasa dihargai, perhatian yang diberikan juga adalah komunikasi dua hala yang lebih berkesan. Hanya apabila anda mendengar dengan teliti, anda akan dapat membantu si manja memahami apa yang ingin diketahuinya.

Langkah 2: Menjawab soalan yang ditanya

Selepas mendengar soalan, jawablah dengan fakta yang betul. Jangan sesekali mendongengkan jawapan atau memberikan fakta yang salah. Sebagai contoh, anak menyoal “Mama, kenapa burung terbang?”. Anda perlulah menjawab jawapan yang logik yang sesuai dengan usianya. Anda mungkin boleh menjawab “Burung terbang kerana ia ada bersayap.Burung terbang untuk cari makanan. Dia lapar agaknya tu”. Jawapan anda hendaklah tidak terlalu rumit untuk difahami si kecil.

Anak Suka  Bertanya Soalan Yang Sama, Walau Pun Sudah Tahu Jawapannya. Normalkah?

IKLAN

Langkah 3: Menyuruhnya mengulangi jawapan

Minta si manja anda mengulangi jawapan tersebut sehingga dia mengingati fakta tersebut. Memanglah langkah ini mengambil masa yang agak lama. Namun hasilnya nanti anak anda akan mampu menyimpan memori tersebut dan bolehlah anda menyuruhnya mengulangi jawapan tersebut setiap kali dia bertanyakan soalan yang sama.

Anak Suka  Bertanya Soalan Yang Sama, Walau Pun Sudah Tahu Jawapannya. Normalkah?

Langkah 4: Gambar atau objek untuk sokong fakta

Anda juga boleh mengukuhkan jawapan anda dengan menunjukkan gambar atau objek yang menyokong. Sebagai contoh, bagi membuktikan kesahihan fakta yang anda berikan mengenai burung yang terbang, bolehlah mengemukakan gambar di dalam buku dan menunjukkan bentuk sayap burung.  Saat ini, anda boleh menambahkan beberapa fakta lain seperti “Adik tengok, sayap burung terdiri daripada bulu-bulu pelepah yang sangat ringan. Sebab itu bila burung mengepakkan sayap, ia boleh terbang dengan mudah.”

IKLAN

Langkah 5: Sabar dan positif

Bersabarlah dengan kerenah si manja dan jangan menunjukkan air  muka yang anda tidak suka dengan perbuatannya. Ketahuilah pada peringkat usia tiga hingga empat tahun adalah tempoh keemasan si manja menyerap pelbagai maklumat dan informasi, membina keyakinan diri dan kepercayaannya kepada anda. Penerokaan ilmu pengetahuan akan memberikan asas kukuh pembentukan karakter insan yang cemerlang.


SI KECIL BERTANYA SOALAN YANG SAMA BERULANG KALI

Ramai kanak-kanak suka pertanyaan yang sama berulang kali. Kenapa ini berlaku dan adakah ia normal? Menurut Dr. Leon Hoffman, pengasas Pusat Kanak-kanak Pacella New York Psychoanalytic Society & Institute, kanak-kanak berbuat demikian kerana beberapa sebab. Antaranya ialah;

Anak Suka  Bertanya Soalan Yang Sama, Walau Pun Sudah Tahu Jawapannya. Normalkah?

IKLAN

1)Untuk memahami perkataan

Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 2 tahun sedang belajar bercakap, jadi mereka mengulangi soalan untuk menjelaskan apa yang setiap perkataan bermakna.

2)Menguatkan daya ingatan

Mendengar ibu bapa memberikan jawapan yang sama beberapa kali dapat membantu memandu konsep tersebut.

3)Sokongan emosi

Si kecil  berbuat untuk mencari keselesaan. Dalam pengulangan tanya-jawab antaranya dan ibu bapa, mereka mendapat sokongan emosi. Apabila emosi stabil, mereka akan lebih gembira dan positif dalam pelbagai perkara.

Dr. Hoffman menyarankan ibu bapa agar meluangkan masa untuk menjawab seberapa banyak dan kekerapan soalan yang boleh untuk membina perkembangan tatabahasa anak, kepercayaan si kecil kepada anda dan menyokong emosinya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI